Tuesday, December 30, 2008

P36: Majoriti yang akan tentukan

Sepertimana yang disuarakan oleh A Kadir Jasin di dalam nukilan terkininya, saya mengulangi sentimen yang sama berkenaan Pilihanraya Kecil K.T P36 kelak. Usah dirisau sangat dengan undi minoriti, yang tetap utama adalah pengundi majoriti yang terdiri dari orang Melayu di P36 sendiri.

Sebaik sahaja digembar-gemburkan oleh bakal calon BN bagi PRK tersebut bahawa pengundi minoriti akan tentukan siapa yang bakal menang nanti, terus sahaja terserlah tahap keyakinan diri beliau dan parti beliau di dalam menangani usaha mengekalkan kerusi parlimen yang dimiliki mereka sebelum ini. PAS dan Pakatan Rakyat yang di dalam keadaan kelam-kabut akibat masalah dalaman yang kian meruncing antara mereka pun pasti tersenyum riang kerana kenyataan tersebut.

Saya berkesempatan berada di kesemua kawasan Parlimen di negeri Terengganu, termasuk P36 sendiri, semasa PRU 12 yang lalu, semasa 10 hari terakhir kempen dan hari pengundian itu sendiri. Yang pastinya Terengganu yang seingat saya masih lagi merupakan "Malay heartland", adalah tetap berkenaan sentimen pihak majoriti berkenaan dan bukan sebaliknya. Siapa yang lebih meyakinkan golongan pengundi majoriti, pihak itulah yang akan menjadi wakil parlimen bagi P36 kelak. Kata mat saleh, "It's that simple".

7 comments:

Anonymous said...

Hi

Happy NEw Year to you and your family.

I think in a way we also have to look at the election from a non-racial perspective.
The Chinese on the East Coast are a bit different from the West Coast as there are more MAlays. HEnce, they are not so takut Pas, ISlam, hudud, etc
To me, the election will really depend on the PAS calon.
But whether Sabu (if still on the list) or Mustapa Ali, it's likely to be quite ok with Terengganu.
The issue is how the kemelut in UMNO, and consequently PAS from the calon selection.
If UMNO members fed-up tak nak undi someone they see as a proxi KJ then maybe non-Malay votes may be more important.
BUt the Barisan has poured a lot of money into Tganu. With a new sovereign wealth fund, it seems the ordinary person may get his share after all.
Besides hudud, what is PAS offering KT voters? Hopefully not Anwar, which may be a turn off.
Anyway wishing you and your family a Happy NEw YEar and blessed year ahead.

Quantum Metal Consultant said...

Walaupun pemimpin BN masih tidak menunjukkan perubahan 'baik dan bagus' atas kehilangan (diistilahkan kalah) dua pertiga pada pilihanraya yang lalu adalah perlu juga PAS ditewaskan kerana pemimpin PAS sendiri jauh lari dari 'perjuangan asal'. Perjuangan mereka bersama PKR dan DAP kini 'takut kepada kalah' dan bukan lagi takut 'kepada Allah'.

Pengundi Kuala Terengganu harus 'memulaukan' pilihanraya kali ini jika itu dapat menunjukkan betapa pengundi muak dan rimas dengan gelagat pemimpin2 Melayu dan Islam dari kedua dua parti.

Lawyer Kampung said...

Jed, Happy New Year to you & the family too. I got your point. True, in any election every votes count. But there's a danger in over-emphasizing here. Personally, I don't think it's going to be a close call like the previous election this time around. Whoever wins going to do so comfortably. Thanks for the comment Jed. :-)

Kluangman, satu pandangan yang provokatif ;-) ..Terimakasih untuk komen saudara.

Anonymous said...

Kepimpinan Melayu sama ada UMNO atau PAS sebenarnya menghadapi krisis keyakinan diri (read: kebodohan). Kenapa pulak di dalam kawasan majoritinya MELAYU, undi cina adalah penentu. Justeru, kedua-dua parti mencanang diseluruh pelusuk tanah air bahawa mereka adalah rakan kepada kaum Tiongkok, pro-Tiongkok, dan sedia menjadi hamba kepada Tiongkok! Apa janji mereka kepada kaum MELAYU-ISLAM? Orang Tiongkok, main kiri-kana. Kalau nampak Bulan PAS lebih bersinar, dia bertenggek dengan PAS, tapi kalau nampak keris UMNO lebih tajam, dia melentuk kat UMNO. Itulah taktik Tiongkok. At the end of the day, yang untuk Cina Bukit.

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Secara peribadi, saya merasakan diri bertuah kerana menetap di Terengganu. Rata2 masalah 'racial tension' yang sibuk diperkatakan, tidak terasa di sini. Kalau ada pun, kes tersebut agak terpencil. Mungkin disebabkan peratusan kaum cina agak kecil. Mungkin juga kerana kaum cina disini lebih DAP dari DAP sendiri. Maksud saya mereka lebih menerima konsep Malaysian Malaysia dalam kehidupan bukan hanya sekadar mainan bibir ahli politik.

Kaum cina disini amat berbeza dari pantai barat. Mereka bertutur begitu lancar sekali dalam loghat Terengganu, mesra dan hormat dengan semua orang, makan nasi dengan tangan , pakai kain batik.. pendekkata mereka lebih menerima proses asimilisasi dengan lebih terbuka. Bukti bagaimana bahasa mampu menyatupadukan bangsa (Malaysia)

Cuma apa yang saya risaukan, dengan datangnya PRK, akan datanglah segala macam sampah 'racial tension' menggugat ketenangan masyarakat disini. Semata2 atas nama kuasa politik. Mereka yang datang berkempen ini tidak akan memperdulikan kesan jangka panjang laungan perjuangan kaum mereka, habis PRK, mereka akan pulang ketempat masing2, meninggalkan sampah 'tension' untuk ditangani penduduk KT.

Tak kira siapa pun bakal menang, saya mendoakan KT tetap aman seperti sediakala namun jauh disudut hati, saya merasakan PRK ini bakal merubah semangat sebenar setiakawan, Malaysian Malaysia atau apa saja laungan politik yang selama ini benar2 di dipraktikkan disini. Nauzubillah.

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

Agree with Jed, Anwar will spoil PAS at KT like what KJ did at PP.

Whatever the outcome, it may not have such a big impact to neither sides.

So I prefer to focus on Anfield, perhaps the title may return this year.

Wassalam.

Lawyer Kampung said...

Terimakasih denone & dinturtle & atas komen-komen saudara :-)Selamat tahun baru kepada saudara berdua.

Piggy,
Piggy said: So I prefer to focus on Anfield, perhaps the title may return this year.
------------------------------------
It will return to Anfield provided that Gerrard is not haul off to jail or something..hahaha