Monday, August 31, 2015

Merdeka!

Orang putih ada kata "no rest for the wicked", itulah yang sedang berlaku sekarang ini.

Dalam menyambut merdeka kali ini, muhasabah diri wajar dilakukan. Jangan terlampau taksub dengan "perjuangan" membela sampai alpa di mana kita sedang berdiri.

Jika ber"diri"nya kita ini atas sokongan rakyat, janganlah lupa sokongan boleh ditarik bila-bila masa dan tanpanya tersungkurlah kita.

Jika orang sudah jelak dan mual dengan alasan dan justifikasi kita, janganlah diserang pula orang yang menegur kita. Lihat semula kepada diri sendiri, apa yang kurang tidak akan bertambah dengan menyerang dan mengutuk mereka yang kita anggap tidak sehaluan dengan "perjuangan" membela kita tadi. Nanti yang sudah jelak dan mual itu akan #sehatisejiwa termuntah pula.

Persepsi rakyat sudah jelas. Apa lagi yang mahu diputar-belitkan?

Merdekakanlah diri anda dari belengu rantai ketaksuban, berfikirlah secara rasional dan matang, sematang usia negara kita ini.




Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 58 Malaysia!


No comments: