Monday, November 30, 2009

Kecek koksir & the "toksir" rule

Kecek koksir adalah loghat Kelantan, maksudnya lebih kurang bercakap ikut sedap gigi... Kalau bercakap dengan sesama manusia pun kita perlu berlapik, inikan pula bila kita ber"cakap" dengan tuhan ..Bila berdoa, kita bercakap, berkomukasi secara langsung dengan tuhan sebenarnya... Bila kita meminta sesuatu janganlah kita pinta yang bukan-bukan.. itu kecek koksir..

Ayahcik di KB baru-baru ini ada menceritakan salah satu falsafah perniagaan & hidup bapanya (moyang anak-anak saya) ..the "toksir" rule kata ayahcik.. Do not do to others what would anger you if done to you by others, lebih kurang begitulah yang saya faham.. Cerita dia lagi, ayahnya berpesan dengan dia dalam perniagaan atau apa sahaja yang kita lakukan, kito jange buat gapo-gapo ko oghe lain apo yang kito toksir oghe lain buat ko kito.. itu jah...

Saya ingat daripada kecek koksir, sesetengah orang politik sekarang patut lebihkan mengamal the "taksir" rule ni.. what goes around, comes around orang putih kata... karma..

..*bo', bo' lah kecek berlawok tuh..


*"bo'" - loghat kelantan yang maksudnya lebih kurang "enough is enough".. (translation dari orang Kedah, harap maafkan yang tersalah, terkurang dan tersilap ;-) )

Tuesday, November 17, 2009

Kena tahan dengan peronda polis canggih....

Pagi ini dipersimpangan jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman (pembetulan - Jalan Raja Laut sebenarnya-di hadapan DBKL untuk lebih tepat) kira-kira jam 10 pagi kereta saya telah diarah untuk ke tepi oleh satu unit polis peronda.. mak oi, siap keluar berpasangan dan seorang pegang senjata, sub-mesingan ke entah apa ke.. dan bila saya tanya apa kesalahan saya, dipanggilnya saya untuk jengok ke dalam unit peronda oleh polis 1, dan dengan bangganya ditunjukkan senarai kesalahan-kesalahan trafik saya yang terdahulu di dalam unit komputer riba yang tersedia di dalam kereta polis tersebut.. peh, canggih!? :p

Bangga muka polis 1 dan sungguh menggerunkan muka polis 2 berjaya menunjukkan kecanggihan alat-alatan (komputer dan senjata) unit peronda milik mereka, eh milik kerajaan, ..err milik rakyat..

Sayang, seribu kali sayang.. bila saya jengok dan dari apa yang keluar dari mulut polis 1 yang mengawal selia komputer kereta peronda tersebut, kesemua kesalahan trafik adalah kesalahn lampau, sejauh 1998 yang mana saya telah selesaikan.. aduhhh..canggih alat, tetapi tidak canggih pengisiannya!

Saya pun secara hormat beritahu kepada tuan-tuan polis kita, "Encik, ini semua kesalahan lama, kalau Encik periksa balik nanti di ibupejabat ke mana-mana ke, semua ini telah selesai, cik.."

Polis 1 cuba lagi untuk menggerunkan saya, "eh, mana boleh , cuba lihat ini.." ditunjukkan lagi kesalahan lain..

"cuba, tengok betul-betul cik, bila kesalahan tu?" saya tanyakan

"2003"..jawab polis 1 selamba, sambil polis2 yang pegang senjata, tepi jalan, tengah jalan Tuanku Abdul Rahman yang sibuk demgan kenderaan dan manusia bersimpang-siur, cuba menambahkan kegerunan mukanya, maintain garang beb....

"Cik, sekarang ni tahun 2009, cuba cik lihat lesen saya tu, dan lihat juga roadtax kereta saya sekarang, agak-agak cik kalau saya tak selesaikan saman-saman tu, buleh ka saya perbahurui lesen dan roadtax, cik?"

muka polis 1 terkedu pilu... polis 2 masih cuba tambahkan kemachoannya..

"Lagipun cik, saya pun dok buat kerja macam ni jugak cik, tolong orang yang kena tahan tak kena tempat, saman orang yang...ini salah ni..saya pun boleh buat report ni..." saya tambah lagi...

"Err, cik kerja apa cik.." cepat-cepat polis 1 potong syarahan saya.

"Saya, meniaga kecik-kecik cik..peguam"

"Oh, peguam, ada pejabat kat sini cik?" kata polis 1

Saya keluarkan satu kad perniagaan, serahkan kepada polis 1, polis 2 dah mula hilang ke"macho"an pada muka gerunnya tadi..

"cik, maaf cik mungkin ada silap ni, komputer kami ni, cik kena pergi jumpa IO dulu, bagitau dia, maaf cik ye, tahu jelah benda-benda ni, bukan betul sangat.."