I must say that thus far, it has been a bumpy season but what a way to finally stop the rot...
Liverpool 2 - 0 Man Utd
:D
Where law meets common sense!
Obama dah dapat Nobel Prize for Peace. Sekarang ada peluang untuk pembesar-pembesar PAS (PR) & UMNO (BN) pula untuk menang hadiah berprestij tu. Tak susah. Buat satu rumah terbuka sempena syawal, bawa 2 orang yang menjadi mangsa tumbukan halimunan dan brader yang kena tetak dengan pedang ajaib untuk duduk semeja, beramah-mesra dan bermaaf-maafan. Dengan syarat kena lakukan sebelum hari mengundi Ahad inilah. Lebih kurang dalam konsep syahdu macam tu. Lagi mujarab kalau segala ninja, samurai, peninju halimunan di bawa bersama di satu meja.
Bila kita tengok lawan kita merapu yang bukan-bukan, membelit yang pelik-pelik dan membebel yang tak sepatutnya, marah sana, marah sini, keluarkan berbagai bukti dan nas yang tak masuk akal, sebagai peguam di dalam sesuatu perbicaraan, kita tahu bahawa separuh daripada kes tersebut telahpun kita menangi.
Mungkin masih lagi pening-pening lalat akibat terlalu banyak makan ketupat & lemang. Mungkin kerana ketaatan yang luarbiasa terhadap pemimpin senior. Mungkin juga kerana bercakap ikut sedap gigi. Apapun alasannnya, ianya adalah sesuatu yang amat memilukan bila kita kelihatan seperti tidak boleh membezakan antara kesalahan disiplin kerana menulis buku dengan kesalahan disiplin akibat menggunakan wang secara salah untuk tujuan meraih sokongan politik.