PKR is playing hard to get with their former DCM 1? Damn, this people must have really love by-election(s)! Then again, I bet Guan Eng is not feeling good about this. After all Fairus has said that it is either his name being cleared (read: reinstate to his former glory?) or get ready for an expose of a scandal involving the state government & the Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Mohammad Fairus Khairuddin, who quit as Penang Deputy Chief Minister 1 and as Penanti assemblyman, has given PKR a two-week deadline to clear his name, saying he would otherwise expose a state government and party scandal.
In an exclusive interview with Chinese daily Nanyang Siang Pau, he said he had inside information related to the internal operation of the Pakatan Rakyat opposition alliance.
What shall it be, Fairus? Care to elaborate on the above? This is, after all, the C.A.T government that we are talking about. Must not only be clean but it must also seen to be clean maaa...
Update 4.52pm
Okay, okay.. we get it. He resigned, period. It's water under the bridge, I get it. Let us hold hands & sing Kumbaya! Read Anwar Ibrahim's latest here and Din Merican's here. Fine, I understand, you guys really want that by-election (and err..our former DCM 1 really, really, really wants to further his studies), but what about that "state government and party scandal" talk from him? Just another BN's media manipulation (conspiracy/anti-PKR campaign)? Resignation is not retractable they say, what about that "scandal-icious-expos`e" warning he was harping on last week, retractable ke?
Pic: Torque Venue: Malay College Kuala Kangsar Event: Xantheus20Years (XC 8589) Malay College Old Boys Weekend 2009 (17th-19th April 2009)
Someone from that old school said the followings:
...Brotherhood between the Collegian remains a strong, unifying factor. No doubt, disagreements occur but that is another fact of life. To live and learn. To disagree or to agree. It is all a part of the learning process. And as time comes and goes, it is all an evolution, gradually shaping the future of our alma mater....WE CAME HOPING TO GET OUT, BUT WENT CRYING TO STAY!
..FIAT SAPIENTIA VIRTUS. Let manliness come through wisdom. The philosophy of the college bespeaks: "The fusion of intelligence and valuable wisdom is the foundation of mankind's progress that is excellent and divine, pledging loyalty to Allah and therefrom preserving our race and nation"
Lim Guan Eng came in as the CM for Penang with a bang, riding high on his *C.A.T. government.
That was last year... But now baru tak sampai 13 bulan, apa pulak ni?
KUALA LUMPUR: Mohammad Fairus Khairuddin, who quit as Penang Deputy Chief Minister 1 and as Penanti assemblyman, has given PKR a two-week deadline to clear his name, saying he would otherwise expose a state government and party scandal.
In an exclusive interview with Chinese daily Nanyang Siang Pau, he said he had inside information related to the internal operation of the Pakatan Rakyat opposition alliance.
“That is the reason why the party still does not take any action against me,” he said, adding that it was not convenient for him to elaborate at present and urged the press to be patient.
“I am innocent. They know what I can do. So do not push me (from taking such step)!” he said, claiming that he had been framed by party insiders. -Fairus (The Star Online)
Kita hanya mampu melihat, bagaimana kalut dan bercelarunya arah dan tujuan kerajaan negeri Terengganu itu sendiri. Bila ketuanya sentiasa dihimpit perasaan resah dan gusar dengan bayang-bayangnya sendiri. Tidak ada masalah, tidak ada ribut, tidak ada taufan, kenapa sms berbaur ugutan juga yang jadi taruhan? Kenapa semuanya kalut tak tentu pasal....
Kalut sebab boikot? TPM kata bukan boikot. Kalut sebab takutkan kehilangan kuasa? Rosol Wahid menafikan bahawa ada niat untuk menjatuhkan sesiapa, hanya SMS puncanya.
Masalah ini sebenarnya ciptaan sendiri, natijah dari percaturan kuasa dan halatuju pentadbiran yang haru-biru dan begitu bercelaru hanya dalam dalam masa 13 bulan pemerintahan.
Kalau nakhoda sudah tidak tahu-menahu perihal bahtera sendiri, jangankan hendak menakhoda zaman, menakhodakan keluar dari pelabuhan pun belum tentu berjaya dilakukan.
Dikemaskini 6.50pm
PM kata tiada ribut, tiada taufan.
On allegations that there was a bid to force Ahmad out of office, he said that too had been denied.
Najib also said there was no tension in Terengganu despite latest political developments, adding the issue was not something which could not be managed.
Aiyo this fella just doesn't know when to close his mouth. You are no longer relevant la dey! Not for the Indian community nor Malaysia.
Take a hike la... busuk punya kaki..
KUALA LUMPUR, April 11 — Embattled MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu, whose wish to return to the Cabinet was rejected by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, is playing his final gambit by threatening to withdraw the sole MIC minister.
...kalau kalah selalu itu..? Kalau kalah selalu itu ALAMAT!
Ada hikmah kekalahan? "Status Quo" bukan hikmah beb!
Namun begitu bagi mengubati hati yang luka, fikir-fikirkan lah di bawah ini:
Bukit Selambau - MIC perlu sedar nama Samy Vellu sudah tidak lagi sinonim dengan aspirasi & restu rakyat. Mempunyai imej yang berpaksikan Samy Vellu tidak membantu malah merosakkan.
Bukit Gantang - UMNO perlu sedar kekurangan bakat dan karisma calon-calon yang diketengahkan (Masalah sama semenjak PRU 12, bukan hanya di PRK kali ini). Calon yang berpeluk tubuh bila berdepan dengan pengundi-pengundi tidak memberikan isyarat yang menggalakkan dalam menagih sokongan. Lain-lain hal itu tidak perlulah disebut, nasi sudah jadi bubur.
Batang Ai - PKR perlu lebih banyakkan lagi usaha memikat orang Sabah & Sarawak. Nama pemimpin utama sahaja tidak akan menjamin undi.
Yang ini pun ALAMAT jugalah, kalau menang pun janganlah ter"over"... Kerja tak habis lagi brother...
Pakatan Rakyat’s massive wins in Bukit Gantang and Bukit Selambau are a clear referendum on the Umno-led Barisan Nasional government’s divisive politics and proof that the opposition has delivered its campaign promises.
Kira-kira jam 5 petang tadi bertempat di IKM Sg Petani, bagaikan kehadiran seorang rock star, Che Det telah disambut kedatangannya untuk destinasi terakhir ceramah beliau bagi PRK kali ini. Berasak-asakan, bertolak-tolakkan manusia hanya untuk melihat wajah ahli UMNO terbaru ini. Pembesar-pembesar BN & UMNO pun ramai sekali, semua mahu dilihat bersama-sama dengan Che Det kali ini.
Sampai ada kawan yang mengusik, mengatakan "hantu-hantu raya tanpa tuan" pun turut keluar hanya untuk dilihat bersama-sama meraikan kedatangan Che Det. Dia berkata sambil menunjuk ke arah Johari Baharum & Mahadzir Khalid, tidak silap saya lah sebab teramat ramai manusia yang mengelilingi Che Det kali ini.
Tarian Naga Cina , Gendang-genderang India menggamatkan lagi suasana. Yang menariknya kali ini, Che Det tidak menjadikan Anwar Ibrahim sasarannya malah memfokuskan lebih kepada mengembalikan keyakinan umum terhadap kepimpinan terbaru BN.
Malam ini Anwar Ibrahim di Taman Peruda, SP & di Sungai Lalang. Ada kawan kata lagi ramai di sana daripada yang menyambut Che Det tadi. Betul kah? Mungkin ramai kerana hendak mendengar ceritera penglipurlara tersohor itu sahaja, apa pun kita tunggu 9.30 & 10 malam ini.
3 hari saya berada di kedua-dua "zon peperangan" di atas. Dari Kampung Sebelas, Bukit Selambau hinggalah ke Kampung Padang Serai Dalam di Trong Perak. Masuk kampung keluar kampung.
Kedua gagasan politik yang bertempur jelas menggunakan segala peluru yang ada dalam usaha mengekalkan dan merampas semula kerusi yang dipertandingkan.
Kalau di Bukit Selambau, anda disambut dengan banner PR yang berbunyi, "Awas! Perasuah sudah sampai!" manakala di Bukit Gantang pula ianya pula berbunyi "Tolak Politik Durjana!". Manakala kain-kain rentang BN pula lebih tertib dengan kata-kata "Mohon Restu Rakyat" dan sebagainya. Kain-kain rentang tersebut jelas memberikan prelude mengenai isu-isu yang dibangkitkan siang dan malam dalam ceramah-ceramah di kedua-dua kawasan tersebut.
Perang poster & bendera di Bukit Gantang
Walaupun PR dengan taktik asakan dan menyerangnya, mempertikaikan setiap usaha yang dijalankan oleh lawannya, para penceramah BN kali ini tidak begitu terikut-ikut dengan rentak PR dan sebaliknya memfokuskan lebih kepada kesedaran mereka sendiri sejak diaibkan dalam PRU yang lalu dan lebih menumpukan kepada usaha memberikan jaminan dan janji untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Walau apa pun yang dibangkitkan, permasalahan dalaman parti-parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan nafas baru yang dimiliki oleh BN apabila negara bertukar nakhoda pasti akan memainkan peranan di dalam pengundian yang akan dijalankan kurang dari 72 jam dari sekarang di Bukit Selambau.
Kepada yang memandang remeh isu pertikaian terhadap keputusan raja dan masih lagi bangga dengan slogan "kekalkan kemenangan rakyat"nya di Bukit Gantang, strategi baru perlu dilakukan seandainya mahu kekalkan kemenangan lalu. Ingatlah bahwa anda berada di Bukit Gantang dan bukannya di Bukit Bangsar.
Pastikan yang dikejar itu dapat dan yang dikendong tidak keciciran. Semoga berjaya hendaknya meneruskan perjalanan menakhoda zaman...
Tidak dilupakan izinkan juga saya mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada Tun Abdullah kerana jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang 5 tahun memimpin negara.
SUNGAI PETANI 29 Mac - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah negara apabila menyaksikan buat pertama kali berlakunya pertandingan 15 penjuru.
Senarai calon yang menyerahkan borang bermula pukul 9 pagi dan kini dipamerkan untuk tujuan bantahan di pusat penamaan Sekolah Menengah Teknik 1 Sungai Petani ialah;
Keputusan penuh pertandingan kerusi2 tertinggi di dalam PAU 2009 mengembalikan semula keceriaan terhadap "kemalapan" yang menyelebungi PWTC semalam. Dengan kemenangan Muhyiddin Yasin, barisan Naibnya dan terpilihnya sebahagian nama-nama pemimpin yang telah sedia terbukti tahap kepimpinan, daya kerja dan visi mereka di dalam barisan ahli-ahli Majlis Tertinggi memberikan sedikit harapan kepada UMNO di dalam usaha pemulihannya.
Saya teringat cerita seorang rakan yang menceritakan bahawa terdengar cakap-cakap di kedai kopi di kalangan perwakilan yang mengatakan bahawa terdapat golongan "ulul-albab" dan teknokrat di dalam senarai calon yang bertanding kerusi MKT yang perlu dimenangkan. Ini wajib kata mereka, demi survival parti. Dengan tersenarainya nama-nama yang mereka sebutkan di dalam barisan MT kali ini seperti Mustapha Mohamad (undi terbanyak), Norraesah, Idris Jusoh, Ahmad Husni, Saifuddin dan sebagainya telah menguatkan cerita kedai kopi oleh kawan saya tadi. Tapi itu sekadar cerita kedai kopilah...
Cuma yang agak menarik kali ini adalah dengan kegagalan pemimpin utama negeri-negeri yang diperintah oleh BN (Pahang, Perlis, Johor serta NS) untuk merebut kerusi MT. Walaupun mereka nanti lazimnya akan dilantik ke MT oleh Presiden, kekalahan mereka ini menjadi tandatanya apakah angin perubahan juga telah melanda negeri-negeri berkenaan? Begitu juga dengan tewasnya berapa nama-nama besar daripada kabinet kerajaan persekutuan sekarang di dalam pertandingan kerusi MT kali ini. Mungkinkah ini juga mensiratkan beberapa kehendak dan halatuju UMNO itu sendiri yang dizahirkan melalui pengundian kali ini?
UMNO patut bersyukur, kemalapan malam semalam sekurang-kurangnya tidak berterusan hingga ke malam ini. Dengan keputusan pemilihan malam ini sekurang-kurangya UMNO masih boleh menaruh harapan bahawa mereka telah berusaha sebagaimana yang terdaya untuk menghantar mesej yang sepatutnya kepada bakal-bakal pengundi di tiga PRK pada 7 April kelak. Cukup atau tidak usaha tersebut, betul atau tidak mesej yang ingin disampaikan, lihat sahajalah nanti keputusan PRK-PRK 7 April 2009 kelak.
dikemaskini semula
Nota kaki: Maaf kerana tidak dapat membuat update kepada blog ini dengan lebih kerap kebelakangan ini.
“I was a millionaire before this, when I was a professional engineer. You can check my bank account.
“I drove eight cars — three were Mercedes Benzs and I had a BMW too.”
Nizar added that after he became the Mentri Besar, his salary barely touched RM15,000 a month.
“Before this, I could have earned at least RM40,000 a month. Plus, I only spent a few hours in the office once a week.
“As Menteri Besar, I worked from 7am to about 2am. But we were willing to relinquish all these pleasures of life because this is not what life is all about,” he said.
Good for you Mr. "MB"! "Who said I am hard-up for that new Camry?" He should have said that too! He has BenzES & a Beemer, that Camry is for suka-suka only. Kids, if you want to be rich don't become an MB. The sacrifices people made when choosing power over wealth. ..ya, rite!
Phew.. I am glad to hear that he got it out of his chest and said that he is not a puppet to N&N. By the way, I am also sure that you can hear the same exact answer, if and when the same question is asked to Mr. V "Super-Speaker" Sivakumar.
SHAH ALAM: Selangor senior exco Teresa Kok earns RM32,830.67 a month from her position in the state government as well as a parliamentary and state assembly elected representative, according to a Selangor government portal.
That's an extract of what is in The Star Online today with regard to Selangor's Excos disclosing their current worth online. I also read this from the same news;
There was difficulty in accessing Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s asset declaration form.
According to an officer from Khalid’s office, several employees are rectifying the glitch.
Nukilan di bawah ini saya terima daripada saudara Kamarul Bahrain Md Yusof dari Sg Petani, Kedah
Pesanan Terbuka Untuk Para Perwakilan
Saya berasa terpanggil untuk turut serta dalam kehangatan bahang pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO.
Kepada Saudara Feriz Omar dan mungkin Saudara Zulkarnain Bakar (*ruangan forum di akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini) tidak perlulah kita memberi promosi percuma berpihak kepada mana-mana calon. Saya percaya setiap calon mempunyai karisma, kredibiliti dan asas perjuangan masing-masing.
Saya cuma ingin memetik tulisan Saudara Zulkarnain Bakar dari Sungai Petani. "Biarlah ahli-ahli Pemuda menilai dan memilih siapa yang mereka mahu".
Saya ingin bertanya siapakah ahli-ahli Pemuda yang akan menilai dan memilih ini?
Seperti yang kita semua sedia maklum, amalan yang diguna pakai oleh UMNO hingga kini adalah perwakilan Pemuda Bahagian yang akan memilih dengan cara mengundi calon untuk dijadikan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Para perwakilan Bahagian juga akan memilih 2 orang wakil beserta Ketua Pemuda Bahagian yang diamanahkan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda dan memangkah calon yang telah dipilih secara demokrasi oleh akar umbi. Maka tanggungjawab mereka hanyalah hadir dan memangkah calon yang telah dipilih oleh perwakilan Pemuda Bahagian sebelumnya. Status mereka hanya sebagai wakil kepada Bahagian masing-masing.
Mengapa perlu lagi ada kompromi dan alasan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diletakkan ke bahu anda. Sekiranya anda hadir dan memangkah calon selain daripada yang telah dipilih oleh akar umbi, kesimpulan saya ialah anda sebagai wakil yang dipilih telah melakukan pengkhianatan dan pembelotan kepada aspirasi bangsa anda sendiri.
Dan sebagai pengkhianat dan pembelot, anda sebenarnya tidak layak mendabik dada mengatakan anda adalah pejuang bangsa yang tulus dan ikhlas. Juga kesan tidak langsung kepada parti yang kita sayangi ini ialah ianya dipenuhi dengan para pembelot, pengkhianat bangsa dan pembodek semata-mata.
Saya dengan suci hati percaya masih ramai ahli-ahli Pemuda yang muak, benci dan tidak mahu lagi keadaan sedemikian berterusan. Tidak mustahil juga akan ada ahli-ahli yang akan meminggirkan diri masing-masing akibat kebejatan yang melanda dan hilang kepercayaan kepada retorik laungan perjuangan yang diwar-warkan.
Sama ada kita mahu sedar atau tidak amalan kompromi dan alasan sedemikianlah yang menyuburkan praktis politik wang dan kempen cantas mencantas.
Pandangan saya ini tidak memihak kepada mana-mana calon. Cuma sekiranya Bahagian anda telah mengundi atau memilih Saudara Khairy Jamaluddin, maka anda perlu memangkah beliau. Jika Datuk Seri Khir Toyo, undilah untuk beliau. Begitu juga jika Datuk Mukhriz Mahathir maka wajiblah mengundi untuk beliau.
Saya sesungguhnya mengharapkan agar pandangan ini dapat sama-sama kita kaji dan selidiki dan turut diguna pakai secara am untuk pemilihan semua jawatan jikapun kita tidak mampu merealisasikan impian agar kesemua ahli UMNO mempunyai hak dan kuasa undi menentukan barisan kepimpinan.
Kepada kesemua perwakilan yang akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac nanti termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri, selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Ingatlah di dalam hati, setiap amanah akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Wallahhu alamu bissawab.
"RM 60 Billion... banyaknya duit", kata sahabat saya tadi.
"Dari mana nak mai RM sebanyak tu?" tanya beliau lagi.
Saya jawab, ".. baguslah, sekurang-kurangnya bunyi berpuluh biliyun ringgit Malaysia yang tersedia untuk dimanfaatkan atas nama Pakej Rangsangan ke 2 itu sahaja sudah boleh meransangkan semangat kita..."
Sahabat saya bertanya lagi kepada saya, "...Ada tulis nama hang ka, aku ka dalam Pakej Rangsangan 2 tu?"
Saya pun sekadar tersenyum sumbing sebagai jawapan kepada soalan tersebut.
Tidak diperlukan seorang cerdikpandai ekonomi bagi memastikan kejayaan pakej rangsangan yang diumumkan. Apa yang perlu bagi saya, selain dari dana yang dinyatakan, kerajaan kenalah pastikan yang berhak dan perlu dirangsangkan, akan terangsang dan rangsangan ini hendaklah berlaku tepat pada masa dan ketikanya. Jangan pula nanti tidak kedengaran bunyi dan suara manusia terangsang tetapi hanya bunyi-bunyian ketirisan, titisan demi titisan ketirisan.... tup, tap, tup, tap....
P/S
Untuk ringkasan mini bajet tersebut dan harapan TPM sendiri bagi menjayakan apa yang telah dibentangkan, sila berkunjung ke blog dan laman web beliau sendiri, 1Malaysia di sini dan di sini.
One of the UMNO Youth fellas that confronted Karpal Singh the other day in parliament is an old friend of mine. I know him since since our schooling days back in Kuala Kangsar. Latt Sharizan is now the UMNO Youth Chief of PJ Utara. Cultured & very friendly, that's how I would describe the guy. I was amazed to see him on the front line on the day of the incident. Really! One thing I know, the guy is not a gangster. Trust me, you wouldn't want to send him if you want to intimidate someone the samseng way. Sorry Latt, I just can't imagine you fighting bare hands, one to one even with Gobind Sr., let alone taking on Karpal Jr. himself lah.. hahaha
Tansrimat the blogger has informed me that Latt has posted in his website their side of the story of what had actually taken place that afternoon. We have heard stories from the PR's side pertaining to the incident. In all fairness, let us read the Selangor UMNO Youth side of the story.
KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR 5 MAC 2009 - UNTUK SIARAN SEGERA
Kami ingin menyatakan seperti berikut:
1. Ketua-ketua Pemuda UMNO dari Selangor hadir ke Parlimen atas dasar jemputan sebagai tetamu untuk diadakan perbincangan dan makan tengahari. Jauh sekali untuk berada di Parlimen semata-mata untuk menimbulkan kekecohan sebagaimana yang dituduh oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari DAP di dalam Dewan Rakyat.
2. Tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap YB Karpal Singh sebagaimana yang didakwa oleh Pembangkang dari DAP dan disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan. Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanyalah lantaran lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku sewaktu babak kedua.
3. Kekecohan hanya berlaku apabila ahli-ahli Parlimen DAP datang kemudiannya (sepertimana dirujuk sebagai Babak Kedua). Pada waktu itu, YB Karpal Singh sudahpun mula meninggalkan kawasan insiden.
4. Terdapat sekurang-kurangnya EMPAT insiden provokasi, keganasan dan/atau kekasaran yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh YB Wakil Rakyat Pembangkang DAP.
Ditambah dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku semalam, kita boleh lihat makin ramai 'pengamal' undang-undang timbul di sana-sini membahaskan nas dan fakta perundangan. Kalau pensyarah saya dahulu boleh lihat minat terhadap undang-undang perlembagaan, undang-undang pentadbiran dan prosedur sivil ada pada sekurang-kurangnya separuh daripada pelajar-pelajar mereka, pasti mereka akan teruja dan berbangga.
Daripada isu ketidak aturan penetapan speaker untuk persidangan tergempar DUN, isu perlembagaan mengenai kuasa seorang speaker DUN, isu ketidak-aturan notis penutupan DUN, isu kesahihan persidangan DUN di bawah pokok, sehinggalah kepada ketepatan perintah di dalam kamar seorang hakim Mahkamah Tinggi berkaitan kelayakan peguam mewakili anakguam hebat dibahas di merata pelosok tanahair.
Semua begitu yakin dengan hujah masing-masing. Ada yang lebih hebat lagi menyertakan 'nas-nas' perundangan untuk menyokong hujah masing-masing. Masing-masing tidak mahu mengalah. Ada yang tidak faham pun sebenarnya apa yang mereka perkatakan, tapi dia "hentam sahajalah labu!".
Yang nyata, masing-masing tidak mahu mengalah. Ada semalam sampai nak bertumbuk! Bersemangat sungguh bersorak. Sampaikan pokok yang dijadikan tempat berteduh diagung-agungkan sebagai simbol demokrasi. Tidak hairan nanti kalau satu muzium bakal didirikan atau sekurang-kurangya batu tanda diletakkan di bawah pokok tersebut bagi memperingati peristiwa yang berlaku semalam.
Hebat tukang-tukang sorak ini menyorak! Nak tanya sedikit, dapat apa sebenarnya bersorak kuat-kuat ini? Menang ke? Kampung sendiri tak tergadai ke?
Tujuan utama doktrin ini digunapakai adalah untuk memastikan ketidakwujudan kosentrasi kuasa yang melampau kepada sesuatu entiti cabang kuasa yang terlibat. Namun demikian tidak wujud sebenarnya pemakaian doktrin ini secara total dan kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen walaupun pada dasarnya kelihatan mengamalkan konsep di atas adalah sebenarnya lebih ke arah mengamalkan fusion of powers di mana kuasa yang diasingkan bercampur-baur sehingga tidak jelas dimanakah sempadan pengasingan berkenaan.
Namun demikian adalah menjadi tanggungjawab mereka yang mengangkat demokrasi sebagai sistem berkerajaan untuk cuba sedaya upaya melaksanakan pengasingan kuasa antara 3 cabang utama kerajaan iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman supaya tidak berlaku penyelewengan kuasa dan pencabulan hak sewenang-wenangnya oleh salah satu cabang berkenaan.
3 struktur asas fungsi cabang kerajaan adalah legislatif berfungsi sebagai pembikin undang-undang yang kemudiannya dipastikan oleh eksekutif perlaksanaannya manakala kehakiman berfungsi pula untuk mentafsirkan undang-undang berkenaan samada selari dengan kehendak perlembagaan dan konvensyen yang diamalkan di sesebuah negara.
Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga cabang kerajaan ini untuk melakukan pengimbangan dan pemeriksaan (check & balance) di antara ketiga-tiganya bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat dipertahankan. Seandainya salah satu daripada cabang berkenaan bertindak melampaui batasan hak dan kuasa mereka, maka ianya perlulah disekat dan diperbetulkan oleh cabang yang lain.
Hari ini kita bakal melihat sistem kerajaan demokrasi berparlimen dan doktrin di atas diuji sekali lagi di negeri Perak. Difahamkan bahawa terdapat usaha oleh kerajaan yang baru dilantik untuk mencuba mendapatkan injunksi dari mahkamah bagi membolehkan tindakan speaker DUN Perak menggantung ahli-ahlinya baru-baru ini (secara unilateral dan di luar persidangan DUN) disemak dan diputuskan keesahannya oleh mahkamah, baca di sini. Walaupun mempunyai pelbagai opsyen yang lain sebagai pemegang tampuk cabang eksekutif di negeri tersebut, tindakan untuk tidak menyekat persidangan daripada dijalankan dan sebaliknya memilih untuk memastikan persidangan berjalan dengan korum penuh harus dijadikan teladan. Semoga sikap berhemah dan kematangan dalam menghormati konsep pengasingan kuasa dan amalan berdemokrasi akan diamalkan terus-menerus oleh semua pihak.
Walaubagaimanapun, tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya kehendak-kehendak prosedural yang diperlukan, kemungkinan besar persidangan tergempar yang dipanggil mungkin adalah "a non-starter" dari awal. Baca di sini.
Comments are welcomed but will be moderated. Those containing profanities and obscenities will be rejected. Views expressed are not those of Mohd Sarisffuddin Ismail.