Monday, August 03, 2015

Derma

Mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, apa yang ditakrifkan sebagai "suapan" adalah termasuk yang dikategorikan sebagai derma.


Jadi kita percaya, walaupun sesuatu itu dikategorikan sebagai derma sekalipun itu tidak bermakna siasatan yang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 boleh berakhir setakat itu sahaja.

Andaikata benar bagai dikata, transformasi segala yang menjadi agenda, saya kira wajarlah siasatan diteruskan oleh pihak SPRM, tanpa diganggu gugat oleh mana-mana badan berkanun yang lain, demi mengembalikan keyakinan kami golongan marhaen.

Penguasa yang berkuasa janganlah terlalu ghairah, menggunakan kuasa sampai lupa arah, siapa yang meletakkan anda, di atas sana.

Kepada SPRM, sekyen 16 hingga 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 memperuntukan segala, teruskan usaha, without fear or favor, teruskan siasatan, berikanlah kami rakyat marhaen jawapan.

1 comment:

Conspiracy Theorist said...

As-Salam bro OK.., ape kabar bro.., heheh.., betul tu ape yg bro kata., cuma harap2 maseh yg ade maruah utk menjalankan tugas sebagai Badan Pencegah Rasuah., neway wlcme back bro.., wat else can I say..,heheh., (,")