Sekali baca kita akan berbesar hati terhadap
keprihatinan Kit Siang terhadap kebajikan pelajar-pelajar bumiputera di dalam soal pembiayaan pendidikan bumiputera. Kit Siang dengan tegasnya persoalkan integriti MARA dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tetapi bila dua kali baca, jelas benar beliau hanya cuba bermain sandiwara politik. Baca sahaja nukilan A Voice di
sini, segalanya akan menjadi lebih jelas.
Ditambahkan lagi dengan posting berikutnya di
sini, unker kit memang hendak menjolok sarang tebuan dengan harapan propaganda Malaysian Malaysia DAP akan dapat disemai terus dan diserapkan ke dalam agenda 1Malaysia (agenda baru kerajaan yang sayangnya begitu mudah diputar-belitkan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka). Lihat sahaja seruan yang ingin disampaikan. Unker Kit kepilkan di dalam posting berikutnya itu, satu email lagi yang kununnya datang dari seorang Akauntan Melayu di London. Habis dihentamnya segala kursus profesional perakaunan dan lain-lain, tinggal lagi tidak dicerca secara spesifik siapakah yang dikatakan menghabiskan duit rakyat dengan bersulamkan hentaman terhadap dua pembiaya pendidikan nasional, yakni MARA dan JPA. Bijak kerana tidak fokuskan terhadap MARA sahaja, yang kita semua tahu membiayai pelajar dari ras mana, bijak kerana berselindung di sebalik emel-emel yang dikepilkan. Namun demikian, macam mana cuba disorokkan motif sekalipun, sandiwara unker Kit untuk memperlekehkan agenda memperkasakan golongan bumiputera terserlah. Lihat sahaja kepada email-email yang dikepilkan, namapun tidak diberikan. Semuanya dalam bentuk andaian. Peratusan sebenar yang boleh disahkan berkaitan jumlah sebenar lulus atau gagal pelajar-pelajar kita pun tidak dikemukakan. Yang lagi lawaknya, "akauntan" ini ada hati hendak bercerita mengenai CLP, RIBA dan sebagainya. Baca "between the lines" kata mat saleh, anda akan lihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Yang menjadi mesej utama adalah hentikan pembiayaan biasiswa terhadap pelajar-pelajar kursus profesional di luar negara tajaan MARA dan (disulamkan dengan) JPA dengan harapan kununnya boleh dimanfaatkan terhadap pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan. Pastikah unker kit yang kerajaan mahupun MARA sekalipun benar-benar bermasaalah di dalam membiayai pelajar-pelajarnya kini? Ataupun apa yang dilihat sebagai masalah itu sebenarnya percaturan administratif yang biasa menjengok apabila sesuatu organisasi itu sedang sibuk menjalankan tanggungjawabnya? Setiap kali bulan-bulan April-Ogos, maka berbunyi lah dia memutar-belitkan isu-isu ini. Jangan main hentam keromo sahaja, nanti nak tarik ular lidi, tertarik naga!
Sejak bila pula Kit Siang berminat dengan perihal mempertahan dan memperkasakan hak dan keistimewaan bumiputera di negara ini? Kalau benar-benar ikhlas, kenapa perlu masih
pertikaikan kaedah-kaedah tindakan affirmatif (sekarang sibuk benar dia dengan isu biasiswa JPA, dan telah melangkah setapak lagi bila persoalkan MARA baru-baru ini) yang dipraktiskan kerajaan selama ini? Cukuplah dengan pembubaran MECD sebelum ini, dia mahu apa lagi?
Katakan kepada unker Kit ini, kita bukan hendak merampas hak dia, kita hanya ingin pertahankan hak kita, itu sahaja.