Tuesday, November 17, 2009

Kena tahan dengan peronda polis canggih....

Pagi ini dipersimpangan jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman (pembetulan - Jalan Raja Laut sebenarnya-di hadapan DBKL untuk lebih tepat) kira-kira jam 10 pagi kereta saya telah diarah untuk ke tepi oleh satu unit polis peronda.. mak oi, siap keluar berpasangan dan seorang pegang senjata, sub-mesingan ke entah apa ke.. dan bila saya tanya apa kesalahan saya, dipanggilnya saya untuk jengok ke dalam unit peronda oleh polis 1, dan dengan bangganya ditunjukkan senarai kesalahan-kesalahan trafik saya yang terdahulu di dalam unit komputer riba yang tersedia di dalam kereta polis tersebut.. peh, canggih!? :p

Bangga muka polis 1 dan sungguh menggerunkan muka polis 2 berjaya menunjukkan kecanggihan alat-alatan (komputer dan senjata) unit peronda milik mereka, eh milik kerajaan, ..err milik rakyat..

Sayang, seribu kali sayang.. bila saya jengok dan dari apa yang keluar dari mulut polis 1 yang mengawal selia komputer kereta peronda tersebut, kesemua kesalahan trafik adalah kesalahn lampau, sejauh 1998 yang mana saya telah selesaikan.. aduhhh..canggih alat, tetapi tidak canggih pengisiannya!

Saya pun secara hormat beritahu kepada tuan-tuan polis kita, "Encik, ini semua kesalahan lama, kalau Encik periksa balik nanti di ibupejabat ke mana-mana ke, semua ini telah selesai, cik.."

Polis 1 cuba lagi untuk menggerunkan saya, "eh, mana boleh , cuba lihat ini.." ditunjukkan lagi kesalahan lain..

"cuba, tengok betul-betul cik, bila kesalahan tu?" saya tanyakan

"2003"..jawab polis 1 selamba, sambil polis2 yang pegang senjata, tepi jalan, tengah jalan Tuanku Abdul Rahman yang sibuk demgan kenderaan dan manusia bersimpang-siur, cuba menambahkan kegerunan mukanya, maintain garang beb....

"Cik, sekarang ni tahun 2009, cuba cik lihat lesen saya tu, dan lihat juga roadtax kereta saya sekarang, agak-agak cik kalau saya tak selesaikan saman-saman tu, buleh ka saya perbahurui lesen dan roadtax, cik?"

muka polis 1 terkedu pilu... polis 2 masih cuba tambahkan kemachoannya..

"Lagipun cik, saya pun dok buat kerja macam ni jugak cik, tolong orang yang kena tahan tak kena tempat, saman orang yang...ini salah ni..saya pun boleh buat report ni..." saya tambah lagi...

"Err, cik kerja apa cik.." cepat-cepat polis 1 potong syarahan saya.

"Saya, meniaga kecik-kecik cik..peguam"

"Oh, peguam, ada pejabat kat sini cik?" kata polis 1

Saya keluarkan satu kad perniagaan, serahkan kepada polis 1, polis 2 dah mula hilang ke"macho"an pada muka gerunnya tadi..

"cik, maaf cik mungkin ada silap ni, komputer kami ni, cik kena pergi jumpa IO dulu, bagitau dia, maaf cik ye, tahu jelah benda-benda ni, bukan betul sangat.."

18 comments:

mangchikla said...

muakakakakak comel muke abang ek? Pangge 'cik' tuh polis pompuan ke? SUWE diorang 'tegoda' kat abang si 'loyer' ek...

Lawyer Kampung said...

mangchikla..perempuan ke hape..misai melintang :D

Small Talk said...

Bro, can I laugh? ho ho ho

Lawyer Kampung said...

TokSam, can I join? ho ho ho :D

Semerah Padi said...

Tuan LK,

Ha! Ha! Ha! Macam-macam cerita pasal saman ni! Tapi kita cerita pengalaman kita sendiri la ya?

1. Kena saman. Nasib baik simpan stub money order. Kita dituduh tak bayar saman. Rupa-rupanya, polis salah masuk rekod bayar. No. siri terbalik. Padan pun kita dituduhnya tak bayar saman.

2. Kena saman. Mengikut surat, tak pernah pun aku sampai ke situ, pada waktu tu, pada hari tu. Mustahil. Nasib ada kaki dalam balai. Rupa-rupanya silap tulis nombor kenderaan, terkurang satu digit. Yg lari mcm hantu, kereta BMW, yg kena samannya kereta cabuk saya.

3. Kena saman. Peri terus bayar kat balai ibupejabat. Selesai? Tak! Sampai lagi saman yang sama (kali ni nampak mcm photostat aja). Dah letih nak ke balai berurusan. Biak pi lah!

"Berkhidmat Utk Negara"

Semerah Padi

hoqni said...

Nasib baik LK ni, saman-paying citizen, ho ho ho!

mamasita said...

hahahahahaha..best! Akak tumpang ekk..I mean bangga..ok..peguam yang betul2 mengikut undang2!!

Lawyer Kampung said...

Semerah Padi sir, :D ..nice!

Tuan MD, nasib baik yang dia tunjuk tu semuanya yang dah settled.. ;) ..yang lain tu belum tentu lagi..

Anonymous said...

Kat pejabat sy di PJ ni ade satu kereta tampal logo 'Majlis Peguam' kat plet belakang kereta.

Agaknya ... kalau LK ade plet yg same polis tak akan tahan kut.

Nani Cheras

satD said...

bro LK...

thats damn suweeet.....i love the roadtax..thing...

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Peguam.

Apa pasal lah kasi potong stim polis polis tu?

Kesian...tak sempat nak kembang hidung pun...

Har! Har! Har! Har!...

(Copyright M Rajoli) :P

Lawyer Kampung said...

Nani Cheras, :) Mungkin ya, mungkin tidak.. diaorang ni bukan kira plet ni...

SatD, yang gua tak syiok tu sebab nak kena keluar dengan senapang kali tu.. apa hal :p

Tuan Mahaguru58, takdak niat nak potong stim depa pun :D ..depa yang potong stim depa sendiri kut..

Anonymous said...

kipe.....!

Quantum Metal Consultant said...

Tuan, polis polis tu buat kerja secara dedikasi, mencegah sebelum parah. Soal alat canggih yang tak uptodate mungkin kerana Musa Hassan sebok dengan 'sambung kontraknya', tak sempat nak pantau.

Saya pernah dihentikan oleh polis canggih ni pukul 4.00 pagi di lebuhraya ke KLIA, layanan mereka baik sahaja walaupun kereta saya di suspek mirip 'kereta curi'di alat itu.

Berilah kerjasama kerana jangan kita terlalu prejudis dengan mereka seperti pembangkang kerana esok esoknya polis jugalah tempat kita mengadu bila bermasalah.

Kenn said...

Dear Sir,

** Permission for an out-of-topic reporting*

The following poll was conducted over a month ago (invitation was submitted to this blog earlier).

SHOULD the British Overseas Citizen (BOC) BE OFFERED BACK Malaysian Citizenship?

1. "Yes"
2. "No"
3. "Dont care"

The result:-

About 97% (427 votes) voted "NO"
About 1 % (5 votes) voted "YES"
Less than 1% (4 votes) said "don't care".

Details can be read HERE.

Do read THIS NEWS too.

Thank you.
Kenn

Anonymous said...

untung yang disergah lawyer....kalau kerani N11 confirm kena seragh lebih-lebih

azmi bangi said...

padan le muka dia...

Lawyer Kampung said...

mamasita, kluangman, orang biasa, azmi bangi & kenn.. terimakasih kerana sudi melawat dan berikan pandangan :)