Thursday, June 04, 2009

Prihatin Unker Kit Terhadap MARA

Sekali baca kita akan berbesar hati terhadap keprihatinan Kit Siang terhadap kebajikan pelajar-pelajar bumiputera di dalam soal pembiayaan pendidikan bumiputera. Kit Siang dengan tegasnya persoalkan integriti MARA dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tetapi bila dua kali baca, jelas benar beliau hanya cuba bermain sandiwara politik. Baca sahaja nukilan A Voice di sini, segalanya akan menjadi lebih jelas.

Ditambahkan lagi dengan posting berikutnya di sini, unker kit memang hendak menjolok sarang tebuan dengan harapan propaganda Malaysian Malaysia DAP akan dapat disemai terus dan diserapkan ke dalam agenda 1Malaysia (agenda baru kerajaan yang sayangnya begitu mudah diputar-belitkan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka). Lihat sahaja seruan yang ingin disampaikan. Unker Kit kepilkan di dalam posting berikutnya itu, satu email lagi yang kununnya datang dari seorang Akauntan Melayu di London. Habis dihentamnya segala kursus profesional perakaunan dan lain-lain, tinggal lagi tidak dicerca secara spesifik siapakah yang dikatakan menghabiskan duit rakyat dengan bersulamkan hentaman terhadap dua pembiaya pendidikan nasional, yakni MARA dan JPA. Bijak kerana tidak fokuskan terhadap MARA sahaja, yang kita semua tahu membiayai pelajar dari ras mana, bijak kerana berselindung di sebalik emel-emel yang dikepilkan. Namun demikian, macam mana cuba disorokkan motif sekalipun, sandiwara unker Kit untuk memperlekehkan agenda memperkasakan golongan bumiputera terserlah. Lihat sahaja kepada email-email yang dikepilkan, namapun tidak diberikan. Semuanya dalam bentuk andaian. Peratusan sebenar yang boleh disahkan berkaitan jumlah sebenar lulus atau gagal pelajar-pelajar kita pun tidak dikemukakan. Yang lagi lawaknya, "akauntan" ini ada hati hendak bercerita mengenai CLP, RIBA dan sebagainya. Baca "between the lines" kata mat saleh, anda akan lihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Yang menjadi mesej utama adalah hentikan pembiayaan biasiswa terhadap pelajar-pelajar kursus profesional di luar negara tajaan MARA dan (disulamkan dengan) JPA dengan harapan kununnya boleh dimanfaatkan terhadap pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan. Pastikah unker kit yang kerajaan mahupun MARA sekalipun benar-benar bermasaalah di dalam membiayai pelajar-pelajarnya kini? Ataupun apa yang dilihat sebagai masalah itu sebenarnya percaturan administratif yang biasa menjengok apabila sesuatu organisasi itu sedang sibuk menjalankan tanggungjawabnya? Setiap kali bulan-bulan April-Ogos, maka berbunyi lah dia memutar-belitkan isu-isu ini. Jangan main hentam keromo sahaja, nanti nak tarik ular lidi, tertarik naga!

Sejak bila pula Kit Siang berminat dengan perihal mempertahan dan memperkasakan hak dan keistimewaan bumiputera di negara ini? Kalau benar-benar ikhlas, kenapa perlu masih pertikaikan kaedah-kaedah tindakan affirmatif (sekarang sibuk benar dia dengan isu biasiswa JPA, dan telah melangkah setapak lagi bila persoalkan MARA baru-baru ini) yang dipraktiskan kerajaan selama ini? Cukuplah dengan pembubaran MECD sebelum ini, dia mahu apa lagi?

Katakan kepada unker Kit ini, kita bukan hendak merampas hak dia, kita hanya ingin pertahankan hak kita, itu sahaja.

7 comments:

Cenderawasih said...

Salam Lawyer Kampung,

unker kit tetap unker kit,tak kan berubah.

Macam nak muntah baca blog dia dan komen-komen,semua disalahkan umno(melayu) dan bn(melayu).Tak logik langsung.

Internet slow pun salahkan kerajaan.Tak berpada-pada langsung.

Quantum Metal Consultant said...

Pasti Kit Siang bertindak untuk keuntungan politiknya tetapi siapa yang memberi ruang dan peluang, tentulah MARA dab MECD sendiri...

Jauh dari itu, kita kecewa kerana pemimpin Melayu langsung tidak bersuara dan membela...mereka memang politkus tetapi kita tak suruh mereka menikus..era Dolah, yes man di zaman Najib makin meluas...Najib sudah mula merasa untung jika orang bawahannya masih terbawa dengan budaya angguk warisan Paklah..

Unknown said...

salam
i think uncle kit should read Federal constitution on article 153 or if he did not have time to do so then he can ask his best friend uncle karpal singh to teach him

With honour
ZHARIF

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Lk,..heheh,..apo nak dikato,..Unket Kit Cina Kapiaq ni rindu kat 'Selempang Merah' kot,.. tak pe kalo dia rindu bagus le sebab gue dengar selempang merah pun rindu kat dia & geng dia gak,..wakaka,..wat else can I say,..(,") Time Will Tell,..

Anonymous said...

kerajaan sentiasa uar-uarkan pasal hak bumiputra. niat murni tuk tolong majukan bumiputra, baguslah. tapi dlm isu ppsmi, mungkin kerajaan terlepas pandang. ppsmi menyebabkan budak2 luar bandar ketinggalan dalam subjek teknikal. satu hari nanti jurang ekonomi akan menjadi besar antara penduduk luar bandar dan bandar sebab perbezaan latar pendidikan. dan malay ramainya tinggal di luar bandar. harap cik boleh komen pasal isu ppsmi.

Ordinary Malaysian said...

Perak Sultan: Don't question bumiputera rights to scholarship

IPOH: Any move which questions the interests of the Malays and Bumiputeras in terms of scholarships and places of study not only violates the fundamental provisions in the federal and state constitutions but also questions the sovereignty of the Yang di Pertuan Agong and the Malay rulers, Perak’s Sultan Azlan Shah said on Thursday.

He said Clause 2 of Article 153 of the Federal Constitution provided the Yang di Pertuan Agong with specific powers to safeguard the interests of the Malays as well as the Bumiputeras in Sabah and Sarawak in terms of scholarships and places of study.

He also said that Article 27 (b) (2) of the Perak State Constitution provided a similar responsibility to the Sultan of Perak.

“These matters enshrined in the Federal Constitution and the state constitution are agreements achieved collectively in the spirit of give and take and the spirit of understanding and respect among the leaders representing the interests of the various races at the time of negotiating the nation’s independence.

“The agreements were achieved among the leaders of the various races, the British government and also the Malay rulers,” he said at the opening of a Discourse on Knowledge at the Perak Islamic Administration Institute here.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/11/nation/20090611142636&sec=nation

PKMPL said...

kuasa melayu berpecah! masa inilah nak minta yg bukan2