Monday, October 26, 2009

Has it been 3 in a row already?




I must say that thus far, it has been a bumpy season but what a way to finally stop the rot...

Liverpool 2 - 0 Man Utd

:D

Saturday, October 17, 2009

Deepavali Greetings


















To all my Hindu friends here & everywhere, may I wish you all a Happy Deepavali.

To others, enjoy the holidays!

Sunday, October 11, 2009

N31 NS: Molopong kau jang puteh mato...

..."Apo laie kau sosakan, menghaung tak ado guno.. milah kawin minggu dopan..." sodap lagu tu... sodap lagi pak Isa Samad & co. malam ni eee..

Majoriti bergaya, tanpa undi pos pun masih boleh menang, apo laie nak dikato... Pakatan Rakyat patut sedar sekarang, mereka menang bergaya selama ini di PRK-PRK kawasan sendiri (kecuali KT; yang umum ketahui ada mempunyai masalahnya tersendiri) dan PRU 12 hanyalah disebabkan kelemahan rejim BN yang memerintah sebelum ini dan bukannya atas kekuatan mereka semata-mata.

Ini baru menentang calon yang dikatakan telah "tercalar kredibiliti"nya. Memang seronok menjerit "rasuah, rasuah, rasuah" beramai-ramai tetapi perlu sedar dengan menjerit sahaja tidak semestinya isu tersebut boleh diterima dan menjadi faktor apa yang akan dipangkah pengundi. PR perlu akur bahawa BN juga mungkin telah berjaya memperjelaskan isu tersebut kepada pengundi sehingga mereka boleh menerima semula Isa Samad.

Masalah UMNO dan transformasinya adalah masalah UMNO, tetapi masalah di dalam rumah sendiri jangan ingat orang tidak perhatikan.

Kerapuhan apa yang cuba ditonjolkan sebagai "pakatan", kegagalan untuk mengenal-pasti platform bersama walaupun sudah sekian hari PRU 12 berlalu, pertelingkahan dalaman, kegagalan untuk menunjukkan sesuatu yang benar-benar konkrit di negeri-negeri di bawah naungan mereka, isu displin dan tingkah laku pembesar-pembesar mereka yang semakin besar kepala dan pergantungan kepada retorik politik semata, telah menguatkan lagi azam lebih kurang 2000 orang pengundi di Bagan Pinang yang dahulunya bersama mereka, untuk "mengajar" apa itu erti politik kepada gabungan 3 parti politik ini yang (semakin hari semakin nyata) hanya bergabung dan berpakat ketika pilihanraya dan ketika ada isu-isu sensasi menentang pihak berkuasa (PDRM, SPRM, SPR dan sebagainya) semata-mata.

Tahniah kepada UMNO dan BN!

Saturday, October 10, 2009

Hadiah Nobel Keamanan di Bagan Pinang

Obama dah dapat Nobel Prize for Peace. Sekarang ada peluang untuk pembesar-pembesar PAS (PR) & UMNO (BN) pula untuk menang hadiah berprestij tu. Tak susah. Buat satu rumah terbuka sempena syawal, bawa 2 orang yang menjadi mangsa tumbukan halimunan dan brader yang kena tetak dengan pedang ajaib untuk duduk semeja, beramah-mesra dan bermaaf-maafan. Dengan syarat kena lakukan sebelum hari mengundi Ahad inilah. Lebih kurang dalam konsep syahdu macam tu. Lagi mujarab kalau segala ninja, samurai, peninju halimunan di bawa bersama di satu meja.

Saya sendiri akan calonkan kepada jawatankuasa Hadiah Nobel untuk keamanan bagi mana-mana pembesar dari kedua-dua parti yang berjaya lakukannya.

Kalau ada lebih pingat, kita kurniakan juga kepada 2 orang mangsa keganasan politik di Bagan Pinang kali ini. Kalau tiada mereka yang berkorban sehingga lebam-lebam (sampai masuk hospital!) dan berdarah-darah (tiada rekod masuk hospital lagi tetapi baju koyak-rabak lah & gagal diselamatkan), takkan ada pencalonan ini!

Friday, October 09, 2009

Apo kono eh jang?!

Bila kita tengok lawan kita merapu yang bukan-bukan, membelit yang pelik-pelik dan membebel yang tak sepatutnya, marah sana, marah sini, keluarkan berbagai bukti dan nas yang tak masuk akal, sebagai peguam di dalam sesuatu perbicaraan, kita tahu bahawa separuh daripada kes tersebut telahpun kita menangi.

Walaupun PAS dan pasukan Pakatan Rakyatnya seperti tidak kering isu di dalam PRK Bagan Pinang kali ini, tetapi bila taktik tumbukan halimunan cuba di"up''kan dengan torehan hebat pedang samurai daripada rafael dan michaelangelo ninja turtle, SPR dan undi pos dijadikan isu, ugutan tindakan mahkamah dan injunksi ditimbulkan (sebelum sebarang kesalahan pilihanraya dilakukan), berlakun bersahabat sana dan sini, tanpa menjawab isu-isu sebenar yang melanda pemimpin-pemimpin dan pimpinan mereka di segenap pelusuk negeri dan watan, yang pasti separuh daripada pertarungan di Bagan Pinang kali ini telahpun dimenangi oleh BN.

Setakat bercita-cita untuk bernaung di bawah satu lambang sahaja belum cukup.

Sunday, October 04, 2009

It's always darkest before the dawn

Any reasonable man could see that UMNO is now justifying like mad their choice for Bagan Pinang by-election. From the desperate "good guilt vs. bad guilt" to the latest more appropriate tagline, "choosing the one that can serve you best". Despite they (well, not all I guess) want it so bad to show the world, that they have it in them, the will to cast away their bad ways, they also can just ignore the sad fact that they desperately need this home ground win. As such they see it fit for the veteran and Bagan Pinang very own heartthrob, Isa Samad to stand for the election despite the known extra baggage that he carried around with him. Then again, which politician doesn't?

Coupled with Pakatan Rakyat's own folly these days, they hope their choice for Bagan Pinang as such would not be less attractive than what Pakatan Rakyat has to offer all the while. The lack of work-rate, talent, vision, understanding and ethics in some of the PR reps should then by itself justify UMNO's choice for N31 by-election. UMNO can certainly score points there, no doubt.

Maybe it's true that it is always the darkest before the dawn. Maybe that's what UMNO is hoping to portray here, and that the people would understand and tolerate their current game play for Bagan Pinang. It is always darkest before dawn, so they will say.

And as such the voyage to the all squeaky clean land must now be put on hold. There's a battle that they have to win. The war can wait. The point they are driving home now is that UMNO maybe at its lowest ebb, but don't despair, things will be better soon. They'll pick-up where they have left as soon as the by-election is over, am I right?

For UMNO's sake, they now should pray that the rest of the people (apart from the Bagan-we-are-crazy-for-Isa-Pinang folks) can stand and tolerate the dark. It should be okay if all of them are sound asleep right through dawn. But somehow I doubt that. Not all the people are heavy sleepers. The slightest of noise could've awaken them up from their slumber. On the other hand, some of us are natural early risers; we wake up before dawn.

I hope that it will be dawn soon. Like most of us that are well awake, I can tolerate the darkness but not for long.


P/s (OFF TOPIC):
Zulh, Jani, Dr. Bagar & Adi, good to see you guys at the vaji game yesterday ;) The boys may have lost the game but they sure can, at times yesterday, whoop those vaji boys. Hard luck boys! 22-14 not a bad score. There will always be Bangkok next year.