Saturday, October 10, 2009

Hadiah Nobel Keamanan di Bagan Pinang

Obama dah dapat Nobel Prize for Peace. Sekarang ada peluang untuk pembesar-pembesar PAS (PR) & UMNO (BN) pula untuk menang hadiah berprestij tu. Tak susah. Buat satu rumah terbuka sempena syawal, bawa 2 orang yang menjadi mangsa tumbukan halimunan dan brader yang kena tetak dengan pedang ajaib untuk duduk semeja, beramah-mesra dan bermaaf-maafan. Dengan syarat kena lakukan sebelum hari mengundi Ahad inilah. Lebih kurang dalam konsep syahdu macam tu. Lagi mujarab kalau segala ninja, samurai, peninju halimunan di bawa bersama di satu meja.

Saya sendiri akan calonkan kepada jawatankuasa Hadiah Nobel untuk keamanan bagi mana-mana pembesar dari kedua-dua parti yang berjaya lakukannya.

Kalau ada lebih pingat, kita kurniakan juga kepada 2 orang mangsa keganasan politik di Bagan Pinang kali ini. Kalau tiada mereka yang berkorban sehingga lebam-lebam (sampai masuk hospital!) dan berdarah-darah (tiada rekod masuk hospital lagi tetapi baju koyak-rabak lah & gagal diselamatkan), takkan ada pencalonan ini!

No comments: