Sunday, October 11, 2009

N31 NS: Molopong kau jang puteh mato...

..."Apo laie kau sosakan, menghaung tak ado guno.. milah kawin minggu dopan..." sodap lagu tu... sodap lagi pak Isa Samad & co. malam ni eee..

Majoriti bergaya, tanpa undi pos pun masih boleh menang, apo laie nak dikato... Pakatan Rakyat patut sedar sekarang, mereka menang bergaya selama ini di PRK-PRK kawasan sendiri (kecuali KT; yang umum ketahui ada mempunyai masalahnya tersendiri) dan PRU 12 hanyalah disebabkan kelemahan rejim BN yang memerintah sebelum ini dan bukannya atas kekuatan mereka semata-mata.

Ini baru menentang calon yang dikatakan telah "tercalar kredibiliti"nya. Memang seronok menjerit "rasuah, rasuah, rasuah" beramai-ramai tetapi perlu sedar dengan menjerit sahaja tidak semestinya isu tersebut boleh diterima dan menjadi faktor apa yang akan dipangkah pengundi. PR perlu akur bahawa BN juga mungkin telah berjaya memperjelaskan isu tersebut kepada pengundi sehingga mereka boleh menerima semula Isa Samad.

Masalah UMNO dan transformasinya adalah masalah UMNO, tetapi masalah di dalam rumah sendiri jangan ingat orang tidak perhatikan.

Kerapuhan apa yang cuba ditonjolkan sebagai "pakatan", kegagalan untuk mengenal-pasti platform bersama walaupun sudah sekian hari PRU 12 berlalu, pertelingkahan dalaman, kegagalan untuk menunjukkan sesuatu yang benar-benar konkrit di negeri-negeri di bawah naungan mereka, isu displin dan tingkah laku pembesar-pembesar mereka yang semakin besar kepala dan pergantungan kepada retorik politik semata, telah menguatkan lagi azam lebih kurang 2000 orang pengundi di Bagan Pinang yang dahulunya bersama mereka, untuk "mengajar" apa itu erti politik kepada gabungan 3 parti politik ini yang (semakin hari semakin nyata) hanya bergabung dan berpakat ketika pilihanraya dan ketika ada isu-isu sensasi menentang pihak berkuasa (PDRM, SPRM, SPR dan sebagainya) semata-mata.

Tahniah kepada UMNO dan BN!

9 comments:

Unknown said...

salam tuan,
ain't nothing more like a status quo to me.. hehehe

http://ondastreet.wordpress.com/2009/10/11/barisan-nasional-menang-home-bolehlah/

~ OnDaStreet

Lawyer Kampung said...

Salam tuan ondastreet, :D ..apo laie nak dikato..

CPC said...

lopongggg.... tapi jangan duk sodap sangat jang oiii..

Kenn said...

I hope more of grass-root leaders will emerge. Not just leaders who just "want to eat grass, pulled by the nose" when they should be leading the rakyats.

Wah Al-Subangi said...

hahaha! PAS kono hompok kek Bagan Pinang

Lawyer Kampung said...

CPC, terimakasih kerana memberikan komen :D

kenn, nicely put bro ;)

wah al-subangi, :D

Quantum Metal Consultant said...

Untuk UMNO, ia hanya boleh bergembira sekadar kegembiraan raya "Deepavali" dan bukannya keriangan seperti Raya Puasa atau Raya Haji.

Perjuangan baru bermula, selesainya belum tahu lagi bila...

Kemenangan lebih kepada kemenangan peribadi TS Isa yang masih berpengaruh dan dipercayai pengundi tempatan untu DUN dan UBN belum teruji di Parlimen.

Apapun itu satu suntikan semangat untuk UBN selepas lama berputih mata.

Ismail N said...

Susah melayan org yg kononnya pandai & arrogant ni bro. Dah melopong cam ni pun tetap juga sibuk cari salah orang.

Kenn said...

Dear Sir and Readers,

Please do excuse me for posting something out of topic.

Please cast your vote for this survey:-

"SHOULD the British Overseas Citizen (BOC) BE OFFERED BACK Malaysian Citizenship ?"

at:-

http://tersenarai.blogspot.com/

(Alternatively, you can CLICK HERE TO VOTE)

Thank you for your time. I appreciate it.

Kenn