"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.
Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.
"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.
"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.
Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.
"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.
"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.
Sedap mendengar hujahan orang politik ini. Baru saya tahu bahawa katholik dengan Islam itu tiada banyak beza ajarannya. Bilamana mahkamah putuskan bahawa nama Allah juga milik mereka, maka makin berkuranglah perbezaan, tuhan yang disembah adalah sama dan apa yang berbeza hanyalah kefahaman mereka tentang "ajaran islam", itu sahaja.. Mungkin selepas ini mereka yang beragama lain selain Islam boleh tunjukkan kepada umat muslimin di Malaysia yang mana satu Allah di kalangan dewa-dewa yang mereka sembah kerana mengikut ahli politik ini apa yang berbeza bukannya tuhan yang disembah tetapi "pemahaman mengenai ajaran Islam" masing-masing yang berbeza.
Harap-harap ahli politik ini bersama rakan-rakannya akan bergerak cergas mulai dari saat ini menerapkan pemahaman ajaran islam yang sebenar kepada penganut-penganut katholik ini, dan bukannya "pemahaman ajaran islam" yang ada pada mereka sekarang. Semoga Allah Subhanu Wa Ta'ala memberikan hidayah dan petunjuk kepada kita semua, SATU Malaysia.
P/S Nasib baik ada brader ini yang berani bersuara, tidak mengira sentimen peti undi ataupun pilihanraya umum akan datang.
5 comments:
Baca ustaz Dr Asri bekas mufti untuk kamu faham sepenuhnya. Yang jelasnya perkataan "Allah" telah lama digunakan oleh penganut agama Ibrahim malah turut digunakan oleh orang Quraisy Mekah sebelum kedatangan Islam. Sebab itulah nama bapa nama "Abdullah" iaitu hamba Allah, yang diberikan sewaktu zaman sebelum lahirnya nabi Muhammad.Orang Quraisy Mekahlah yang menggunakan kalimah "labaikallah" ketika mengelilingi kaabah, menyembah berhala di situ. Jadi perkataan Allah itu sifatnya universal yang membawa maksud "tuhan".
Baca di sini,
http://drmaza.com/home/?p=566
Orang Kafir tu nak terjemahkan GOD ke dalam Bahasa Melayu. bukan kedalam Bahasa Arab. Dalam Bahasa Melayu GOD tu terjemahannya Tuhan dan dah berkurun puak kafir tu menggunakannya. Tanyalah kepada pakar bahasa Melayu bukannya pakar bahasa Arab. Orang Melayu terutamanya PAS dan PKR yang menghancurkan Islam di Malaysia.
Salam,
apabila orang kristian hendak menggunakan nama ALLAH, kita melenting, kita anggap ianya satu penghinaan kepada kepada islam, kita membantah tetapi adakah kita melenting, adakah kita menganggap satu penghinaan dan adakah kita membantah apabila ramai orang-orang yang mengaku islam telah menyimpang dari ajaran islam yang sebenar. aurat, tingkahlaku, perbuatan dan pakaian kita adakah menepati ciri-ciri seorang islam yang sebenar? Jika ini semua tidak dapat kita jaga apakah boleh kita mengharapkan orang akan menghormati kita. Sesungguhnya yang menjahanamkan islam adalah orang islam itu sendiri...
"sebelum kedatangan Islam"
kat sini kau dah kantoi. islam bermula sejak kedatangan nabi muhamad ke ?
nih jenis raja petra ler nih. suka hati tokok tambah.
mmg bodoh dan mengecewakan. malaysia bukan arab saudi, jika di arab kita tiada masalah menggunakan perkataan ini kerana Allah bermaksud Tuhan tapi mengapa pula orang cina dan india tiba2 nk pggl Allah juga sama mcm orang arab? kan sesuatu di situ.
Post a Comment