Kira-kira jam 5 petang tadi bertempat di IKM Sg Petani, bagaikan kehadiran seorang rock star, Che Det telah disambut kedatangannya untuk destinasi terakhir ceramah beliau bagi PRK kali ini. Berasak-asakan, bertolak-tolakkan manusia hanya untuk melihat wajah ahli UMNO terbaru ini. Pembesar-pembesar BN & UMNO pun ramai sekali, semua mahu dilihat bersama-sama dengan Che Det kali ini.
Sampai ada kawan yang mengusik, mengatakan "hantu-hantu raya tanpa tuan" pun turut keluar hanya untuk dilihat bersama-sama meraikan kedatangan Che Det. Dia berkata sambil menunjuk ke arah Johari Baharum & Mahadzir Khalid, tidak silap saya lah sebab teramat ramai manusia yang mengelilingi Che Det kali ini.
Tarian Naga Cina , Gendang-genderang India menggamatkan lagi suasana. Yang menariknya kali ini, Che Det tidak menjadikan Anwar Ibrahim sasarannya malah memfokuskan lebih kepada mengembalikan keyakinan umum terhadap kepimpinan terbaru BN.
Malam ini Anwar Ibrahim di Taman Peruda, SP & di Sungai Lalang. Ada kawan kata lagi ramai di sana daripada yang menyambut Che Det tadi. Betul kah? Mungkin ramai kerana hendak mendengar ceritera penglipurlara tersohor itu sahaja, apa pun kita tunggu 9.30 & 10 malam ini.
10 comments:
Jom pi stadium darulaman nak tengok berapa ribu yang mai, bukan pasai anwar, bukan pasai che det...tapi depa nak pi tengok sebijik bola..
Politik hari hari pun buat penin, eko no money jugak, pi tengok bola lepas tension...
che det punya suka laa kalau orang ramai,tv ada,reporter berebut-rebut nak ambik gambaq dia,tu semua adalah perkara-perkara yang mengembirakan che det...
Kalau ada lagi yang nak sambut Mahathir tu memang lah rakyat Malaysia yang ngok.
Buka mata apa yang dah dirosak nya negara ini sampaikan bekas PM Pak Lah pun dihina nya . Orang tua busok hati. Muka dia pun tak ikhlas dan mengaku orang Melayu pulak tu....
tanpa nama 855pm, awat jeles ka?????
Salam Tuan Lawyer,
Dengan izin... kepada Anon 8.55 PM, jujur permintaan ni, apa yang dah dirosakkan TDM kepada negara kita ? Boleh saudara huraikan ?
Bukan menyindir atau apa, tapi saya bukanlah seinformatif mcm kebanyakkan orang, mungkin saya terpengaruh dengan dakyah media utama, tapi sejujurnya, saya tidak dapat tangkap maksud saudara.
Tolong hurai dan senaraikan ya..
Anon 8.55,
Sometimes when u don't have anything better to say it's certainly better to shut up!!
tuan lawyer,
apa pun kata orang jangan dilupa jasa tun m selama 22 tahun menjadi ceo malaysia. memangpun tak buleh nak puaihkan hati semua orang. jangan jadi macam hantu raya tak bertuan tu, tadi tu nampak terpinga-pinga. tak dak rasa malu dan tanpa segan nak bodek sebab masih ramai yang hormat dan sayang tun m. apapun tun tetap rockkk. hehehehe.
p/s: jgn lupa balik mengundi esok!
Reminds me of what Jose Murinho said at a post match press conference yesterday...
"Even Jesus Christ cannot make every one agree with him..."
MRSM Kalae Chepo 66/73
Alo Antupaku,
JASA KEPALA HOTAK HANG! PENIPU & PEROMPAK RAKYAT BERJASA? PUIH!!!
Wahai anonymos 2.50pm, DILARANG meludah di merata-rata tempat. Komen cukuplah, ludah-ludah NO!Terimakasih.
Post a Comment