Kita hanya mampu melihat, bagaimana kalut dan bercelarunya arah dan tujuan kerajaan negeri Terengganu itu sendiri. Bila ketuanya sentiasa dihimpit perasaan resah dan gusar dengan bayang-bayangnya sendiri. Tidak ada masalah, tidak ada ribut, tidak ada taufan, kenapa sms berbaur ugutan juga yang jadi taruhan? Kenapa semuanya kalut tak tentu pasal....
Kalut sebab boikot? TPM kata bukan boikot. Kalut sebab takutkan kehilangan kuasa? Rosol Wahid menafikan bahawa ada niat untuk menjatuhkan sesiapa, hanya SMS puncanya.
Masalah ini sebenarnya ciptaan sendiri, natijah dari percaturan kuasa dan halatuju pentadbiran yang haru-biru dan begitu bercelaru hanya dalam dalam masa 13 bulan pemerintahan.
Kalau nakhoda sudah tidak tahu-menahu perihal bahtera sendiri, jangankan hendak menakhoda zaman, menakhodakan keluar dari pelabuhan pun belum tentu berjaya dilakukan.
Dikemaskini 6.50pm
PM kata tiada ribut, tiada taufan.
On allegations that there was a bid to force Ahmad out of office, he said that too had been denied.
Najib also said there was no tension in Terengganu despite latest political developments, adding the issue was not something which could not be managed.
Baca PM to boycotting Barisan reps: Get back & Najib orders end to Terengganu revolt
8 comments:
Bila nakhoda sendiri tidak tahu halatuju kapalnya, tidak tahu apa isi buritannya, maka kita diluar jangan pula terlebih kalut.
Seperti kata KJ, kalau pokok bergoyang, jika tiada angin, tentulah ada beruk di atasnya..
Apabila yang tidak layak diberikan tanggungjawab, yang layak dipinggirkan, tentulah kemusnahan natijahnya...
apalah awang2 krepok lekor ni. buat malu kaum aja. dahlah dulu kena bermati2an nak tangkis opposition.. bila dah dapat balik negeri, squabbling sesama sendiri pulak. when are they going to get down to work? sepatutnya peranyut kelaut semuanya, dengan MB skali.. serah balik the state to the opposition, baru padan muka.
Mek Dungun Yang Boring
Salam
Yang paling melucukan... YB2 ini akui takut mati sebab tu mereka bersembunyi...
Ayoyo... nampaknya rakyat perlu melindungi YB2 ni dari dimatikan. Larilah dan sembunyilah... malaikat maut pun mungkin tersenyum
Kluangman, Mahadett, kama & Mantra, terimakasih untuk komen tuan/puan ;-)
adoiii...
buat malu UMNO ja...
APA KES???...
MAt said jadi MB, DERIH dah jd MT, nak apa lagi,... nak jadi "natang beruk ka"
HIDUP HJ IDRIS..
Pemimpin berwibawa dan disegani suatu hari nanti..
Kawe ore kelate..tapi suko ko demo.
demo ado tokoh..
Salam Tuan Lawyer,
Saya rakyat biasa Terengganu tika ini lebih risau dan cakna dengan harga2 barang makanan di pasar2 yang makin naik harganya. contoh di Pasar Gharib tadi- Ikan kerisi dah jadi RM18/kg ! lebihkurang sekor dekat RM4.
Berdepan dengan situasi begini, saya tak ambil pot kalau betul pun ancaman bunuh itu menjadi kenyataan. Lagi bagus kot, bila ada PRK, rakyat jadi mewah balik !
Saya dah meluat dengan ahli2 politik UMNO negeri yang hanya sibuk dengan kepentingan diri sendiri dan kroni. Tidak nampak sorang pun yang cakna pada masalah rakyat, yang ramai makin tertekan dengan masalah ekonomi domestik.
Cuma satu komen berkaitan - sejak bila pula mereka ambil berat tentang ugutan sms ? kalau lepas ni tiap kali ada ugutan sms, tak payah pergi kerja lah ??
UMNO ... sedih, masih belum berubah
Post a Comment