Wednesday, April 08, 2009

Menang kalah itu adat, tetapi....

...kalau kalah selalu itu..? Kalau kalah selalu itu ALAMAT!

Ada hikmah kekalahan? "Status Quo" bukan hikmah beb!

Namun begitu bagi mengubati hati yang luka, fikir-fikirkan lah di bawah ini:
  • Bukit Selambau - MIC perlu sedar nama Samy Vellu sudah tidak lagi sinonim dengan aspirasi & restu rakyat. Mempunyai imej yang berpaksikan Samy Vellu tidak membantu malah merosakkan.
  • Bukit Gantang - UMNO perlu sedar kekurangan bakat dan karisma calon-calon yang diketengahkan (Masalah sama semenjak PRU 12, bukan hanya di PRK kali ini). Calon yang berpeluk tubuh bila berdepan dengan pengundi-pengundi tidak memberikan isyarat yang menggalakkan dalam menagih sokongan. Lain-lain hal itu tidak perlulah disebut, nasi sudah jadi bubur.
  • Batang Ai - PKR perlu lebih banyakkan lagi usaha memikat orang Sabah & Sarawak. Nama pemimpin utama sahaja tidak akan menjamin undi.

Yang ini pun ALAMAT jugalah, kalau menang pun janganlah ter"over"... Kerja tak habis lagi brother...

Pakatan Rakyat’s massive wins in Bukit Gantang and Bukit Selambau are a clear referendum on the Umno-led Barisan Nasional government’s divisive politics and proof that the opposition has delivered its campaign promises.

Baca Pakatan calls wins a referendum

11 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Sebagai rakyat, kekalahan pada maana mana parti politik terutama parti kerajaan khususnya ketika Malaysia mempunyai PM yang baru sebenarnya lebih banyak kebaikan yang boleh diharapkan.

Kekalahan itu wajar di peringkat pilihanraya kecil dan di peringkat sekarang kerana itu mampu memperingatkan kerajaan bahawa terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan dan rakyat mahu perubahan yang besar dan ikhlas.

Kemenangan atau kekalahan kepda pembangkang tidak banyak membawa perubahan atau kebaikan secara langsung kerana mereka lebih gemar berpolitik dari memerintah dan menyelesaikan masalah rakyat. Mereka tidak ada agenda pembangunan sendiri, mereka lebih menumpang agenda kerajaan yang seiring dilaksanakan tetapi 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.

Anonymous said...

Two bukits without a batang is WASTELESS..hehehe

Anonymous said...

Whilst this is only a by-election, nevertheless, I feel that maybe BN should have dealt with it the whole situation in a different manner.

I can only imagine how hurt our new PM with such a lost. I just have to question why didn't he just take over after the by-election? Some say so that the Tun Mahathir factor would ensure BN the win. Well, again, that has now been proven wrong. I think that has done is damaged the excellent reputation of Tun.

What was clear to see is the disunity. I think if Tun had come into the picture earlier, things might have been different. But he has his principles as well and the biggest lossers I suppose is still BN. Such personal issues have only led more people to really think about BN and how relevant they are.

wanbaki said...

baik punya.... yang special saja ada dua bukit dan ada satu batang...
makna nya patut gak PR tak menang di batang...kalau tak "yang ada du bikit dan satu batang jadi kegilaan ANUAR.""" ha ha ha

Anonymous said...

Salam.
Dulu pada PRU 12 saya pangkah PAS.
Tapi pada PRK p059 Bkt.Gantang ini saya dan ramai lagi telah pangkah BN.

Bagi saya faktor utama saya pangkah BN kerana DAP.

PAS Perak telah di pergunakan oleh DAP.

PAS Perak perlu sedar bahawa lebih dari separuh umat Melayu Islam di Perak tidak setuju dgn Pensekongkolan PAS/DAP..!!

PAS perlu sedar majoriti undi kemenangan PAS/PR adalah kerana undi kaum Cina di Bkt.Gantang telah memehak pada mereka.

Di pihak BN pula si MCA, GERAKAN,MIC dan Rakan nya yang lain . Mereka kurang aggrefsif dlm kempen pada kaum bukan Melayu.

DAP kini sudah kuat kembali di Simpang,Matang,Port Weld dan Bt2 1/2 Taman Kaya.

Kemenagan PAS di Bkt.Gantang kerana undi Cina.
Nizar kini suadah pasti mengutamakan kaum itu bila tiba isu2 yang bakal menjelma kelak...!!

Sekian..drp Don B.Jeles...Wassalam.

Quantum Metal Consultant said...

Yang selalu kalah itu tandanya bahlol kerana membuat kesilapan yang berulang, tetapi baiknya, dia sentiasa berusaha untuk menang akana datang..

Yang selalu menang pula jerih untuk mempertahankannya dan terlebih malang kalau ego, megah diri dan lalai menguasai..

Harap harap rakyat dapat untung dari yang kalah dan menang.

Anonymous said...

Tak kira, undi Pakatan Rakyat semenjak PRU12 itu dari mana. Yang penting sekali, UMNO sekarang dalam tekanan dari Pakatan Rakyat. BN??? O, sudah mampus lama. Sebabnya UMNO membodohkan komponen parti sendiri.

Buat apa kita soal kerjasama Pakatan Rakyat. Yang masalah adalah UMNO, parti yang sudah sampai tempoh tanggal.

Hamba said...

Loyar, loyar pant on fire! ....kalau dah kalah tu mengaku je lah tak payah le asyik cakap status quo. Macam dato' Sak cakap kalau dah status quo buat apa masuk tanding..baik bagi menang percuma je kat parti yg pegang kawasan tu...jimat sikit...

Lawyer Kampung said...

aikk.. sedara hamba keliru ke? Bila masanya saya menjuarai isu "status quo"? Baca dengan teliti, kalau tidak faham janganlah komen. Lagi satu, sedara hamba tahu mana saya kalah? Saya pangkah siapa sedara tahu ke?

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Skrip ulasan keputusan memang dah tersedia - kalau menang, 'Nah, rakyat dah memberi mesej menyokong tindakan kami ...' - kalau kalah, 'ia tidak semestinya menunjukkan sokongan rakyat secara total...' bla bla bla

Slogan kita boleh tukar bila2 masa, tapi yang jelas, sikap masih belum berubah.

Lawyer Kampung said...

salam tuan dinturtle.. hahaha.. dah lagu tu, nak buat lagu mana lagi ;-)