..ini soal undang-undang, soal kententeraman dan keselamatan. Jangan semena-mena dipuja hanya semata-mata keputusan dibuat tidak menyebelahi pihak kerajaan yang tidak disokong oleh kita.
Tidak perlu saya buat kupasan undang-undang di sini, banyak sudah diperkatakan oleh umum mengenai kedudukan fasal perlembagaan dan undang-undang negeri berkenaan Islam dan bukan Islam di dalam konteks ini. Penghakiman pun telah dibuat, hanya tunggu rayuannya sahaja, jika ada.
Soal nahu, sejarah arab ataupun faktor bahawa ianya telah digunakan secara senyap-senyap oleh pihak gereja katholik sekian lama sebelum ini bukan isunya. Kes ini dibawa kerana ruling pihak Kementerian Dalam Negeri. Apa tujuan Kementerian sebegini diwujudkan di dalam sesuatu kerajaan? Bukan untuk mempromosikan pelancongan, mengawalselia hal-ehwal tanah ataupun untuk kemajuan sukan negara. Kementerian ini antara fungsi utamanya untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman negara. Apa sahaja yang mempunyai kebarangkalian mengganggu-gugat ketenteraman dan keselamatan awam di dalam negeri adalah di bawah bidangkuasanya.
Kita telah melalui proses pilihanraya dan kerajaan persekutuan yang ada hari ini mempunyai mandat untuk memastikan perkara di atas dan kementerian yang bertanggungjawab adalah kementerian tersebut di atas.
Susah benarkah untuk melihat rasional ruling yang dibuat KDN ke atas makalah Herald ini? Lihat sahaja di dalam arena blogosfera ini, suara-suara yang menentang tindakan gereja Katholik mencabar ruling KDN ini amat jelas kedengaran. Selari dengan itu, lihat sahaja laporan berita portal, suara-suara blog yang menyokong keputusan mahkamah. Jelas terdapat pertindihan cara sambutan atas keputusan mahkamah bukan? Ini baru di internet. Kesemua berita, komentar, baik yang menyokong mahupun yang menentang keputusan mahkamah, begitu jelas menghala kepada pertembungan dua haluan pemikiran yang ekstrem. Paling membimbangkan, hal ini adalah berkaitan agama. Sedikit sahaja pergeseran boleh membawa padah, buktinya lihat sahaja kepada apa yang telah berlaku sebelum ini, dan pada ketika ini. Bukan sahaja di negara kita malah di seantero dunia.
Ini yang cuba dihalang daripada berlaku oleh pihak KDN. Bukannya selama ini usaha mubaligh-mubaligh Khatolik ini untuk membawa "dakwah" mereka dihalang. Saya pasti sampai dek akal mereka bahawa isu sebegini kalau sudah mendapat perhatian umum pasti boleh meledak. Kenapa harus diteruskan juga mencabar di mahkamah?
Tambahan lagi di dalam suasana politik yang begitu panas, isu sebegini jika dibawa dan digembar-gemburkan sehingga ke peringkat mahkamah tidak akan menolong sesiapa. Soalnya sekali lagi, kenapa ianya harus diteruskan?
Dan bila periuk panas ini ditambahkan perisa dan rempah ratus, yang melibatkan akidah dan kepercayaan yang dijunjung masing-masing, oleh pengamal-pengamal politik dari sudut perjuangan politik mereka, pastinya sajian yang akan dihidangkan akan menjadi begitu pedas dan berapi sekali... Cuaca panas dengan hidangan yang pedas berapi adalah satu kombinasi yang tidak begitu enak...
Isu sebenar adalah mengenai kebarangkalian perihal yang diperjuangkan itu boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan dalam negara di dalam konteks negara Malaysia kita hari ini. Ini bukan soal nahu ataupun sejarah negara lain. Ini soal bila ianya sudah diketahui umum, dan di dalam konteks negara, hari ini. Ini bukan soal ianya telahpun digunakan secara senyap-senyap sebelum ini. Bukan juga ianya soal samada pengetahuan agama kami lebih hebat dari kamu....
Marilah kita sama-sama berdoa, dengan cara masing-masing, untuk kita dielakkan dari menjadi manusia bodoh sombong di dalam isu ini...

7 comments:
standby susu satu gelas....kalu sudah pedas sangat...
A Voice tulis artikel yg menarik "Why not just use "tuhan"? yg mempersoalkan motif gareja membawa isu ini ke hadapan. Yg pasti pihak gareja memang dah lama berkerja keras mengembangkan agama mereka yg boleh dilihat dengan jelas di negeri Sabah misalnya. Mungkin sekarang dengan berpecahnya umat Islam di negara ini, mereka mula mengambil insiatif yg lebih lagi.
Terdapat peguam2 Islam yg di bayar berpuluh hingga ratus ribu untuk membawa kes-kes murtad misalnya. U of all people, mesti tahu punya.
Apa yang merisaukan adalah lemahnya organisasi2 Islam di negara ini dalam menyelamatkan akidah umat Islam. Jarang aku lihat pertubuhan Islam ambil insiatif sehingga ke tahap ini dalam mengembangkan syiar Islam. Tiap-tiap tahun aku wonder apa yg dibuat pada duit zakat / derma yang dikutip bagi kebajikan umat Islam? Tak nampak sangat.
Me & my wife pernah hantar pertanyaan berkaitan agama to Jbtan agama tetapi di jawab dengan NO tanpa alasan dan penerangan. Amat mendukacitakan.
Apa yg tinggal buat umat Islam adalah political power yg ada pada UMNO. Sikit sebanyak ia adalah perlindungan juga. Something yg even PAS patut appreciate.
Salam....
LK,
Sorry to say the case was lost due to poor legal representation and maybe over confident! Let's see if AG will step in at the Ct of Appeal level.
Salam
satD, gua mau satu gelas susu bro...
Mail, interesting take bro, could not put it any better than that.
DSN, suspected as much toksam..
Syabas beb. Rencana yang bernas, padat dan tepat.
Memang sudah tugas KDN. Tanggung jawabnya menentukan ketenteraman.
Mereka tahu desas desus dan resah resi rakyat sebab Cawangan Khas
Polis yang membuat penyiasatan hal-hal berbentuk politik adalah
dibawah kawalannya. Ini fasal agama, jika salah cara berat padahnya.
Saya puas hati bahawa teknokrat diKDN terdiri dari orang yang penuh
bertanggung jawab. Orang politiknya pun sekarang nampak boleh
dipercaya. Tidak lagi yang melulu kenegeri Cina minta ma'af dengan
tidak memasal dan diketawakan seluruh dunia dimasa pemerintahan Tun
Dol.
Memang pihak-pihak berkenaan boleh melalui proses penghakiman hingga
ke Mahkamah Federal. Tetapi semangkin satu peringkat semangkin panas.
Dua gelas susu mungkin tak cukup. Namun demikian, KDN perlu melalui
proses penghakiman itu sehingga keakhirnya. Pasukan keselamatan negara
mesti berjaga-jaga mengelakkan/ membantutkan rusuhan jika timbul
dimana-mana.
Status quo atau keseimbangan semasa janganlah diusik. Janganlah coba
menambah jumlah penganut dengan cara yang tidak diterima pihak lain.
Berdakwah tidak salah. Tujuan berdakwah, cara berdakwah dan siapa yang
ditujukan dakwah itu mesti sentiasa diperhatikan. Orang Yahudi di
beritakan sudah lama tidak lagi coba mengYahudikan penganut agama
lain. Sebaliknya pertubuhan-pertubahan dakwah Yahudi diAmerika hanya
memusatkan perhatian kapada mengelakkan penganut-penganut agama
Judaism keluar dari agamanya. Zaman perang merebakkan agama (religious
expansionism), tindakan Crusaders dan sebagainya sudah lama berlepas.
Seharusnya Kristian Katolik pun mengahalakan aktiviti dakwahnya kapada
kumpulan mereka sendiri, contohnya, melebih fahamkan agamanya, bukan
mengKristiankan kaum lain.
Perkataan Tuhan sudah cukup untuk tujuan mereka. Tetapi bila mereka
tidak hiraukan bantahan rakyat Islam dalam perkara menggunakan
perkataan Allah dinegara ini, hingga sanggup pergi keMahkamah, tujuan
mereka adalah disangsikan. Memang orang Arab Kristian diLebanon dan
lain-lainnya ada menggunakan perkataan Allah. Tetapi itu kerana mereka
Arab dan Allah adalah perkataan Arab. Diharap pemimpin Katolik akan
berfikir lagi. Walau pun mereka menang diMahkamah diperingkat ini,
saya percaya orang-orang Islam dinegara ini mahukan KDN ikuti proses
mahkamah sehingga keakhirnya.
Isa.
Lawan ikut undang undang.
Kita melatah selepas penghakiman diberi, kenapa tidak sebelum ini.
Isa, good observation :)
kluangman, terimakasih kerana memberikan pandangan :)
Post a Comment