Monday, February 22, 2010

Pakatan Rakyat & Jawatankuasa Disiplinnya

Hari ini kita lihat Pakatan Rakyat seolah-olah "melangkah setapak" lagi ke arah permuafakatan sejagat antara parti-parti yang bakal membentuk komponennya. Jawatankuasa Disiplin gabungan diuar-uarkan akan ditubuhkan dengan harapan memberikan gigitan yang lebih kuat ("more bite") di dalam permasalahan disiplin inter-komponennya.

Soalnya sekarang apakah "jawatankuasa" sebuah permuafakatan ("Pakatan Rakyat" itu sendiri) yang belum lagi wujud sebagai satu entiti di bawah undang-undang boleh "menggigit" hanya dengan pseudo-kuasa yang ada padanya? Berkuatkuasakah hukuman (mahupun arahan sekalipun) daripada "jawatankuasa disiplin" yang saya kira lebih merupakan jawatankuasa "penyelaras saluran permasalahan" ini ke atas undang-undang dan peraturan sedia ada parti-parti komponen masing-masing yang umum ketahui ternyata berbeza dasar, wadah perjuangan dan matlamat ini?

Persoalannya lagi bolehkan forum penguatkuasaan disiplin yang diwujudkan daripada pakatan yang belum lagi diiktiraf oleh undang-undang berkuatkuasa dari segi undang-undang ke atas ahli-ahli yang belum lagi secara sah bernaung dibawahnya? Sejauhmana sengat gigitan yang ada pada "jawatankuasa disiplin" ini? Atau ini hanya satu lagi sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata ahli-ahli parti mereka khasnya dan marhaen amnya; satu jalan keluar singkat dan mudah buat masa ini bagi pucuk pimpinan parti-parti komponen yang sedang dirundung pelbagai masalah, cabaran dan krisis semasa kini?

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adakah tujuannya untuk mendisiplinkan ahli-ahli gabungan atau hanya untuk mengaburi mata umum daripada isu-isu dasar yang selama ini mencengkam part-parti yang bergabung sebagai pakatan rakyat ini? Adakah ini Jawatankuasa Disiplin PR atau hanya merupakan Jawatankuasa Penyelaras Penutupan Sementara Permasalahan Inter-Komponen PR?

17 comments:

satD said...

bro LK..

sound like a kencing coming...

sepupu ramayana said...

Diaorang ingat kita ni dungu ke ape? Drama memanjang

Anonymous said...

dancing to the tune of najib.stupid pakatan!

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Macam orang selalu kata, not only you have to do the job, but also seen to be doing it. Dan macam biasa, they only concentrate on the seen part.

Heran but they seem to be so good at it...virtualising

Quantum Metal Consultant said...

Parti Pakatan Koboi nak tubuh jawatankuasa oleh syerif2nya apabila kuda dan koboi bergaduh sesama sendiri.

Anonymous said...

HOI, DENGKI KE?

Anonymous said...

Salam lawyer kampung,

Jika Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dengan sah disegi undang-undang (no legal entity), bermakna ianya hanya suatu pakatan yang konon, dan Jawatankuasa itupun suatu jawatankuasa yang konon. Maksudnya, keputusan pemecatannya, sesuatu yang konon semata-mata.

Dr Abdul rani Bin Kamarudin

ISAC said...

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/

p/s: Tuan Lawyer lama X nampak?

Lawyer Kampung said...

ISAC, maaf kerana lambat menjawab.. blog tuan telah saya linkkan di sini

bingai@bangang, terimakasih, site tuan juga telah dilinkkan di sini.

Anonymous said...

Tuan loyar
Apa yang kau merepek. Kalau nak jadi jaguh masuk ler pakatan dan tunjukkan jalan yang benar. Rasa nya pakatan lebih baik 1000 kali daripada UMNO. kah kah. jngn mareh

Anonymous said...

malas nak layan dengan PAKATAN ROGOL NI.HARAM.

Peguam Bisaya said...

salam singgah.

DEN COMANDO said...

Den gaso elok kito jgn berburuk sangko. Kalau niat penubuhan tu baik,eloklah disokong, tapi kalau dah tubuh lain lak jadinyo...kito sonyom ajo laa..senyumm..senyum...tak perlu berkata apa-apa....

Anonymous said...

mari undi di sini

mari-mengundi.blogspot.com

SSS Admin said...

Makluman

Kajian Semula Sistem Pendidikan bersama UNESCO

Artikel susulan bloggers:-

The Story of The Satu Sekolah Memo

Perjuangan KEMPEN SSS kini berputik!

Terima Kasih.

Anonymous said...

disiplin!!! kepala hotak diorang!!!
dari atas sampai bawah tak ada disiplin!!! wayang cina adala... terjerit jerit sana sini...

disiplin konon...puih!!!

Abu garcia said...

Apa yang dia Pakat?
Macam tiga penyamun Laknat,
Titah Sultan dia nak sakat
Anjing dia kata malaikat.