Monday, March 02, 2009

Doktrin Pengasingan Kuasa

Dikemaskini

Tujuan utama doktrin ini digunapakai adalah untuk memastikan ketidakwujudan kosentrasi kuasa yang melampau kepada sesuatu entiti cabang kuasa yang terlibat. Namun demikian tidak wujud sebenarnya pemakaian doktrin ini secara total dan kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen walaupun pada dasarnya kelihatan mengamalkan konsep di atas adalah sebenarnya lebih ke arah mengamalkan fusion of powers di mana kuasa yang diasingkan bercampur-baur sehingga tidak jelas dimanakah sempadan pengasingan berkenaan.

Namun demikian adalah menjadi tanggungjawab mereka yang mengangkat demokrasi sebagai sistem berkerajaan untuk cuba sedaya upaya melaksanakan pengasingan kuasa antara 3 cabang utama kerajaan iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman supaya tidak berlaku penyelewengan kuasa dan pencabulan hak sewenang-wenangnya oleh salah satu cabang berkenaan.

3 struktur asas fungsi cabang kerajaan adalah legislatif berfungsi sebagai pembikin undang-undang yang kemudiannya dipastikan oleh eksekutif perlaksanaannya manakala kehakiman berfungsi pula untuk mentafsirkan undang-undang berkenaan samada selari dengan kehendak perlembagaan dan konvensyen yang diamalkan di sesebuah negara.

Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga cabang kerajaan ini untuk melakukan pengimbangan dan pemeriksaan (check & balance) di antara ketiga-tiganya bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat dipertahankan. Seandainya salah satu daripada cabang berkenaan bertindak melampaui batasan hak dan kuasa mereka, maka ianya perlulah disekat dan diperbetulkan oleh cabang yang lain.

Hari ini kita bakal melihat sistem kerajaan demokrasi berparlimen dan doktrin di atas diuji sekali lagi di negeri Perak. Difahamkan bahawa terdapat usaha oleh kerajaan yang baru dilantik untuk mencuba mendapatkan injunksi dari mahkamah bagi membolehkan tindakan speaker DUN Perak menggantung ahli-ahlinya baru-baru ini (secara unilateral dan di luar persidangan DUN) disemak dan diputuskan keesahannya oleh mahkamah, baca di sini. Walaupun mempunyai pelbagai opsyen yang lain sebagai pemegang tampuk cabang eksekutif di negeri tersebut, tindakan untuk tidak menyekat persidangan daripada dijalankan dan sebaliknya memilih untuk memastikan persidangan berjalan dengan korum penuh harus dijadikan teladan. Semoga sikap berhemah dan kematangan dalam menghormati konsep pengasingan kuasa dan amalan berdemokrasi akan diamalkan terus-menerus oleh semua pihak.

Baca juga Showdown at the Ipoh High Court

Kemaskini semula 5.06pm

Walaubagaimanapun, tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya kehendak-kehendak prosedural yang diperlukan, kemungkinan besar persidangan tergempar yang dipanggil mungkin adalah "a non-starter" dari awal. Baca di sini.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Dalam kes Perak, antara 3 cabang itu, manakah yang berkuasa mengarahkan pihak polis ? Kurang 12 jam lagi , semua perhatian bertumpu ke Ipoh. Tiada yang mengalah, masing2 dengan interpretasi undang2 mereka sendiri. Masing2 mengaku mewakili rakyat.

Secara peribadi, PR punya kelebihan. Mereka umpama underdog, dan biasanya underdog mendapat sokongan simpati. Jika dihalang DUN dari bersidang, masalah lain pula yang timbul.

Biarlah mereka bersidang, dan biarlah diteruskan undi tidak percaya keatas Zambry. Kalau BN yakin dengan dakwaan mereka bahawa sidang itu tidak sah, maka cabarlah dimahkamah nanti. Kecuali mereka sendiri tidak yakin.... Memang PR mengharapkan usaha mereka dihalang, kontroversi adalah umpama makanan buat mereka untuk terus survive.

Anonymous said...

wwhich one is superior? standing order atau undang2 tubuh perak?