Ditambah dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku semalam, kita boleh lihat makin ramai 'pengamal' undang-undang timbul di sana-sini membahaskan nas dan fakta perundangan. Kalau pensyarah saya dahulu boleh lihat minat terhadap undang-undang perlembagaan, undang-undang pentadbiran dan prosedur sivil ada pada sekurang-kurangnya separuh daripada pelajar-pelajar mereka, pasti mereka akan teruja dan berbangga.
Daripada isu ketidak aturan penetapan speaker untuk persidangan tergempar DUN, isu perlembagaan mengenai kuasa seorang speaker DUN, isu ketidak-aturan notis penutupan DUN, isu kesahihan persidangan DUN di bawah pokok, sehinggalah kepada ketepatan perintah di dalam kamar seorang hakim Mahkamah Tinggi berkaitan kelayakan peguam mewakili anakguam hebat dibahas di merata pelosok tanahair.
Semua begitu yakin dengan hujah masing-masing. Ada yang lebih hebat lagi menyertakan 'nas-nas' perundangan untuk menyokong hujah masing-masing. Masing-masing tidak mahu mengalah. Ada yang tidak faham pun sebenarnya apa yang mereka perkatakan, tapi dia "hentam sahajalah labu!".
Yang nyata, masing-masing tidak mahu mengalah. Ada semalam sampai nak bertumbuk! Bersemangat sungguh bersorak. Sampaikan pokok yang dijadikan tempat berteduh diagung-agungkan sebagai simbol demokrasi. Tidak hairan nanti kalau satu muzium bakal didirikan atau sekurang-kurangya batu tanda diletakkan di bawah pokok tersebut bagi memperingati peristiwa yang berlaku semalam.
Hebat tukang-tukang sorak ini menyorak! Nak tanya sedikit, dapat apa sebenarnya bersorak kuat-kuat ini? Menang ke? Kampung sendiri tak tergadai ke?
Daripada isu ketidak aturan penetapan speaker untuk persidangan tergempar DUN, isu perlembagaan mengenai kuasa seorang speaker DUN, isu ketidak-aturan notis penutupan DUN, isu kesahihan persidangan DUN di bawah pokok, sehinggalah kepada ketepatan perintah di dalam kamar seorang hakim Mahkamah Tinggi berkaitan kelayakan peguam mewakili anakguam hebat dibahas di merata pelosok tanahair.
Semua begitu yakin dengan hujah masing-masing. Ada yang lebih hebat lagi menyertakan 'nas-nas' perundangan untuk menyokong hujah masing-masing. Masing-masing tidak mahu mengalah. Ada yang tidak faham pun sebenarnya apa yang mereka perkatakan, tapi dia "hentam sahajalah labu!".
Yang nyata, masing-masing tidak mahu mengalah. Ada semalam sampai nak bertumbuk! Bersemangat sungguh bersorak. Sampaikan pokok yang dijadikan tempat berteduh diagung-agungkan sebagai simbol demokrasi. Tidak hairan nanti kalau satu muzium bakal didirikan atau sekurang-kurangya batu tanda diletakkan di bawah pokok tersebut bagi memperingati peristiwa yang berlaku semalam.
Hebat tukang-tukang sorak ini menyorak! Nak tanya sedikit, dapat apa sebenarnya bersorak kuat-kuat ini? Menang ke? Kampung sendiri tak tergadai ke?
51 comments:
Salam,
politik kita hanya untuk kepuasan. penceramah memaki hamun untu kepuasannya yang ada amarah peribadi kepada kerajaan kerana tak dapat kontrek dan sebagainya.
Pendengar ceramah pun nak memuaskan hati mendengar caci-makai kerana nak memaki tak ada peluang.
Bab collection ni pun bagus juga. sejak dulu lagi ntah berapa juta dan PAS dapat collection atas nama perjuangan Islam tetapi untuk poket pemimpin mereka. dalam keadaan gawat pun pemimpin PAS merompak pengikutnya dengan halus. apa yang pengikut dapat? janji demi janji tapi tak pernah kesampaian, bila tak mampu tunaikan janji maka salahkan BN. Orang melayu penyokong PAS disarankan berhentilah jadi lembu korban.
haha ko ape tau ko kn lawyer kg je..
nk komen lawyer yg belajar n kaji perundang dr akar umbi n blajar bertahun2. x termasuk la hakim2 or lawyer2 duet.
mane bole ko lwn... sorak??? demokrasi adalah suara ramai walaupun aku bkn lowyer sbg org berpendidikan msti la tau perlembagaan n perundangan...
sorak tandanya sokongan bg rakyat biasa.
abes ape lg bole buat.. kn demokerasi. menang x menang bkn ko bole tentukan... ko sape?
anon 11.18am, saudara adalah salah satu contoh terbaik "tukang-tukang sorak" yang saya katakan. Syabas!
Malangnya mereka yang tidak memahami erti sebenar demokrasi. Demokrasi tanpa dibatasi sistem adalah sama seperti hidup tanpa perundangan dan adab.
Anonymous, you ain't got at least an LLB(Hons.) degree to prove your point. You don't sit for the CLP or the Final Bar Exam. What do you know about law and society? You don't even write like a civilized, educated person as you claim to be. So shut your 'unlawful' trap.
Masih ingatkah kita lagi dengan kisah Pak Kaduk yang menang sorak, tetapi harta tergadai? Inilah sejarah Pak Kaduk yang berulang semula di Perak.
saya rasa nanti ada pondok merah tempat semyang. Ada apam, oren dan air untuk Datok.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Well said Amel!
Yang bekobar konon nak memperjuangkan demokrasi ni tak pernah reti nak bersyukur, syukur la kita dapat cari mkn di bumi Malaysia yg bertuah ini. Apa lagi yag korang nak?
Cari la peluang intai2 kat negara orang dan baru korang sedar betapa bertuah nya hidup kt sini.
Pak kaduk, mungkin terlalu lama..cuba renungkan apa jadi melayu singapura?
sebetulnya aku tak kisah siapa yg pegang kat atas tu, janjinya satu, ini negara melayu harus dipertahankan, Islam diamalkan tanpa sekatan dan pemerintah bijak untuk membawa Malaysia ke depan.
Salam Tuan Lawyer,
Gua punya ekonomi dah mula terjejas teruk. Tak nampak tanda2 perubahan positif apalagi kerajaan terlalu sibuk dengan politik.
Settle2 lah cepat..
- Paklah - esok letak jawatan PM dan serah pada Najib.
- Najib - u started Perak, settlekan cepat. Beri balik state govt pada PR, salam2 apa yang patut, bila DUN bersidang nanti, buatlah ur motion of no confidence seperti yang u sepatutnya lakukan mula2 dulu.In the meantime, TUMPUKAN perhatian anda pada ekonomi negara. PAU umno, u dah menang tak bertanding, jadi tak payah nak sibuk sana.
Dah ada sapa2 ambil nombor bawah pokok tu tak ?
2 perkara nak komen. Mutakhuir ini ramai yang bercakap dari sudut undang-undang. Bagus lah ramai beri pandangan. Tapi minta tolong, mereka yang bukan pakar dalam bidang ini, jangan nak-cuba memberikan pandangan. Boleh mengelirukan. Soal Sidang DUN bawah pokok cukup memalukan. Rakan saya bertanya mengapa tak buat atas pokok? Fikirlah habis-habis kalau nak buat sesuatu yang tak pernah dibuat orang. Memalukan dan kawan saya tu malu nak mengaku orang Perak.
luah fikiran said:
Rakan saya bertanya mengapa tak buat atas pokok?
Buat atas pokok pun sah, Dr Agus kata.Ini pun pakar undang-undang juga.
tuan2 ahlul albab sekelian...
harap kalu nak komen, komen la tiga2 pihak... bn,pr dan raja... silap bn pi tutup dewan dan guna polis, dah tu depa pun bersidang la bawah pokok... silap pr sebab tak buat atas pokok..he..he dan silap raja sebab tak layan sama rata bn dan pr yg mana kedua2 nya adalah pacal hina milik baginda ... silap kita semua ..? sebab dua2nya disokong dan disorak oleh kita ... kalau kita hanya jadi pengundi sahaja tanpa menjadi penyokong dan ahli mana2 parti... masalah hari ni tak wujud la ... nak lagi adil agong gabungkan parti2 tu jadi 14 buah ...pastu bagi sebuah sorang perintah negeri... dan hantar wakil masing2 jadi kerajaan persekutuan... main cabut nombor la sapa nak jadi pm,tpm dll.. pastu agong letakkan tanda aras yg pemerintah ni kena capai dalam bidang ekonomi...pendidikan... kesihatan dll... habis cerita
anon 11.18am, kenape? Mike terase ke? Lain bebenor bunyinye tu........
Persoalan2 yang saya ajukan adalah;
Apa kah Standing Order itu undang2atau undang2 subsidiari sahaja? Jika bukan, apakah undang2 subsidiari (anak-anak Undang2)boleh mengatasi keputusan dan perlantikkan yang dibuat oleh Sultan dibawah Undang2 Tubuh Negeri (State Constitution) dengan menggantungkan EXCO baru dan menghalang mereka dari menjalankan tugas?
Siapa yang Tuanku di Perak - Speaker DUN atau Sultan Raja Azlan Shah?
Siapa ketua eksekutif tertinggi di negeri Perak. Sultan atau Speaker DUN?
Adakah Dewan Undang Negeri milik Speaker?
Adakah Speakar mempunyai kuasa melantik dan memecat Setiausaha DUN? Atau itu adalah kuasa Ketua Setiausaha Negeri?
Inilah masaalahnya jika Standing Order tidak dibaca dengan menyeluruh dan tanpa memahami akan kedaulatan dan ketuanan Sultan apabila menelaah apa yang termaktub dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak (atau mana-mana negeri) dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tentang kedudukan dan keistimewaan Pemerintah (Ruler).
Perlu faham bahawa Sultan Raja Azlan Shah bukan sahaja Tuanku dinegeri Perak bahkan adalah salah seorang ahli Majlis Raja-Raja (atau Majlis Pemerintah2) bagi Persekutuan Malaysia. Malaysia adalah sebuah persekutuan (Federation) hasil gabungan negeri-negeri Tanah2 Melayu yang berdaulat dibawah Tuanku2 masing-masing. Inilah yang Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di JPM baru-baru ini mengatakan "Malay Lordship" bukannya "Malay Supremacy". Lebih tepat jika disebut "Ketuanan Raja-Raja". Inilah sejarah Malaysia dibentuk atas muafakat dan sepakat Raja-Raja Tanah Melayu.Bersekutu dan Tidak Bersekutu.
Maka bagi Persekutuan Malaysia, kuasa exsekutif tertinggi (Fasal 39) terletak pada kuasa Yang DiPertuan Agung selaku wakil kepada Majlis Raja-Raja (Majlis Pemerintah2). Saya ada terdengar diTV3 tidak beberapa hari yang lepas, Dr Marzuki, pensyarah Sains Politik diIIUM disebuah persidangan menyebut dibawah Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak, Sultan Perak adalah Ketua Exsekutif Tertinggi bagi Negeri Perak.
Apakah seorang guru besar sekolah berkuasa mengenepikan dasar dan ketentuan Menteri Pendidikan? Apakah Yang DIpertua Persatuan Ibu Bapa Guru berhak mengatasi ketetapan Guru Besar Sekolah itu sendiri?
Contoh selanjutnya, Police Standing Order (Peraturan Tetap Polis) yang bukan Undang2 tidak boleh mengatasi Undang2 Kanun Prosedur Jenayah. Begitu juga, sebuah Standing Order DUN, tidak boleh disegi Undang2 membelakangkan kuasa dan keputusan Sultan yang dibuat dibawah Undang Tubuh Negeri Perak iaitu, (i) tidak membubarkan DUN, (ii) menghendaki MB Dato Seri Nizar dan EXCOnya mengemukakan perletakkan jawatan, dan kemudiannya (iii) melantik MB baru Dato Dr Zambri dan Exconya.
Sementara menunggu keputusan mahkamah, speaker DUN tidak berhak bertindak seolah-olah dia adalah ketua eksekutif dinegeri Perak bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak mahupun bertindak seperti Hakim Besar Malaya dengan mendahului Mahkamah dengan mengesahkan bahawa Dato Seri Nizar adalah MB yang sah bertentangan dengan keputusan Sultan. Bahkan beliau berfahaman mempunyai kuasa `membatalkan’ perlantikkan Sultan pula dengan menggantungkan kehadiran Dato Zambri dan Exconya diDUN sekaligus menghalang mereka dari menjalankan tugas nya. Bahkan kini beranggapan berhak memecat setiausaha DUN pula.
Sivakumar bertindak seolah-olah dialah ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Hakim Besar Malaya, Ketua Setiausaha Negeri, dan dia juga adalah `Tuanku’ pula di Negeri Perak.
Sesuatu Undang-Undang Tubuh Negeri hendaklah ditafsirkan selari dengan Kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja sebagai Pemerintah didalam negeri tersebut. Speaker bukannya lebih berkuasa berbanding Sultan dan speaker tidak lebih dari sekadar pegawai kerajaan. Diperingkat Persekutuan, yang berkuasa adalah Yang Dipertuan Agong selaku wakil Majlis Raja-Raja Konsep Raja Berpelembagaan tidak bermaksud dan boleh ditakrifkan sebagai menafikan Kedaulatan dan Ketuanan Raja itu sendiri. Adalah hak YDPA dalam perlantikan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Hakim, Peguam Negara, Pesuruhjaya Polis, YDPA jugalah Ketua Tertinggi Angkatan Tentera dan banyak lagi dalam hal-hal yang lain.
Apapun, pada akhirnya,persetujuan dan pengendosan tetap milik Raja.
United Kingdom hanya mempunyai satu Raja sahaja dan bukan juga sebuah Persekutuan berbanding Malaysia yang merupakan gabungan Raja-Raja Tanah-Tanah Melayu yang masing-masing berdaulat dan Tuanku dinegeri-negeri masing-masing. Mungkin Negara Amiriyah Arab Bersatu lebih banyak pesamaannya dengan Malaysia berbanding United Kingdom. Maka, perlu berhati-hati bila menfasirkan Pemerintah (Ruler) “shall act on advice” sama itu bermaksud hendaklah bertindak atas nasihat ataupun hendaklah bertindak mengikut nasihat? Setelaj merdeka, Tuanku bukan lagi dibawah telunjuk penjajah. Jika masih lagi dibawah telunjuk samada dari Speaker, PM atau Menteri Besar, maka apa gunanya merdeka? Bukankah PM, MB dan Speaker - mereka adalah Pegawai Tadbir kepada Pemerintah? Sejak bila mereka itu berkedudukan sebagai Pemerintah?
Fikir-fikirlah dan fahamilah Rukun Negara apabila membuat penafsiran Perlembagaan Persekutuan dan ataupun Undang2 Tubuh mana-mana Negeri.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Sebagai seorang pelajar undang-undang dan bakal hakim, ulasan Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin yang paling saya hormati dalam ruangan ini. Mohon keizinan supaya direkodkan ulasan ini bagi simpanan saya.
Terima kasih dan syabas di atas penerangan ilmiah Prof menjelaskan lagi kedudukan yang sebenarnya mudah difahami rakyat yang rasional samada dari kedua dua pihak.
Masalah timbul kepada penyokong yang membabibuta menyokong dan menjadikan pemimpin masing2 mengambil kesempatan memutarbelitkan fakta kerana mereka mendapati ada segolongan rakyat dan penyokong mereka mudah diperdaya dengan mainan politik - tentulah untuk agenda peribadi diri atau parti.
Kejahilan rakyat dalam undang undang dieksploitasi dengan mudah oleh pemimpin politik dengan dengan bahasa, tindakan dan kata kata.
Bagaimanapun agak malang, seperti kata Dr. Rais Yatim - kerajaan gagal menguatkuasakan undang2 dengan mengambil tindakan tegas kepada mana mana pihak yang bukan sahaja melanggar, malah yang mempertikaikannya pun patut sudah di ambil tindakan.
`Pakar Undang2 Perlembagaan’ seolah-olahnya sepakat bahawa Speaker DUN Perak tidak memerlukan perkenan Sultan jika sesi DUN yang lalu ditangguhkan/ ditundakan dan bukannya ditamatkan. Jika sesi DUN yang lalu ditamatkan baharulah perkenan Sultan diperlukan untuk memulakan semula sidang DUN.
Maka samada sidiag DUN dibuat dibawah pokok atau atas pokok tidaklah begitu penting kot – yang paling penting adalah perkenan Sultan samada siding DUN boleh dibuat atau tidak.
Pandangan saya berbeza.
Persoalan yang saya ajukan adalah Sultan ibarat CEO Negeri Perak, apakah Baginda Sultan tiada kuasa veto dan mempunyai kuasa menitahkan Speaker untuk tidak membuat/ menerskan sidang DUN yang sudah dirancangkan Speaker? Apakah rancangan Speakar mengatasi rancangan Sultan Negeri Perak itu sendiri?
Perkataan "Speaker" (Pengucap) itu sendiri menunjukkan kedudukannya yang sebenar berbanding Sultan.
Lain pulalah kedudukannya jika seseorang itu berpendapat bahawa Sultan bukannya CEO dinegerinya sendiri sebaliknya Speakerlah yang menentukan walaupun terhadap Sultan yang merupakan Pemerintah (Ruler) dinegeri Perak.
Hendaklah suatu Peraturan Tetap DUN tidak dibaca berasingan (piecemeal) tetapi secara menyeluruh dan filosof. Pentadbiran negeri boleh bertukar tangan seperti Kelantan, namun Pemerintahnya tidak. DI Kelantan contohnya, Pas mendapat mandate mentadbir negeri bagi pihak Sultan sebab itu MB merupakan perlantikkan Sultan bukan rakyat. Dinegeri Selangor pun sama, Pentadbiran jatuh kepada Pakatan Rakyat namun Pemerintahnya tidak berubah.
Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.
PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.
Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”
Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang
Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah malukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden? Bereapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Law Lecturer IIUM
Jadi, prof rani, kalau sultan ialah kuasa eksekutif tertinggi di perak, mb apa pulak kedudukannya dalam eksekutif?
dalam legislatif siapa pulak yang berkuasa? sultan atau tuan speaker?
mahkamah? hakim ke atau siapa?
kalau ikut huraian prof tadi, speaker kena ikut perintah sultan lah sebab sultan ialah kuasa tertinggi eksekutif dan sultan itu bukannya simbol raja berperlembagaan? begitu?
sistem kenegaraan Malaysia raja berparlimen itu sebenarnya tidak tepat dalam mempraktikkan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia?
nampaknya huraian Ku Li termasuk pakar perlembagaan lain tidak betullah dalam penghuraian dan penafsiran mereka berkenaan 3 cabang kuasa di Malaysia?
----------------------
peguambela&peguamcara
kuala lumpur
to the learned Peguambela/cara
Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN. Majistret pun ada kuasa, namun Hakim mahkamah Tinggi pun ada kuasa malahan lebih lagikan?
Perkenan Sultan perlu bukan sahaja bila DUN boleh bersidang bahkan termasuk tempat bersidang. Maka sidang DUN dibawah pokok itu atas perkenan siapa?
Pada pandangan saya, MB adalah selaku Pengarah Urusan (managing Director)Raja - sebagai Ketua Pentadbiran namun Pemerinah (CEO) tetap kepunyaan Raja. Maka saya selalu menekankan perbezaan diantara Pentadbir dan Pemerintah. Kemelut dan kesusutan selalu berlaku kerana ramai yang tidak sedar akan perbezaan siapa pentadbir dan siap pemerintah (Ruler).
Dalamhal Perak, siapapun bole beri pandangan. Persoalnnya, apakah Sultan Perak tersasar dalam tasirannya.
Samada Exsekutif, Legislatif mahupun Perundangan, Pemerintah (Ruler)duduk diatas. Mereka (legislatif, Executif dan Kehakiman) menyeimbangi kuasa satu sama lain. `Percakaran' diantara exsekutif, legislatif dan Kehakiman tidak sepatutnya berkait secara langsung dengan Sultan walaupun ada kena mengena.
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Bro Keeper,
Tolong cover skit kes member hang si Latt itu hari, bro. Blog dia kat sini, untuk penerangan panjang lebar - http://lattsharizan.com
Link kan terus blog dia kat blog hang yang famous ni pun ok gak bro.
Sultan juga adalah eksekutif, legislatif dan Kehakiman. Tiga kuasa ini mengimbangi satu sama lain agar tiada yang bleh salahgunakuasa atau gila kuasa.
Contohnya, Parlimen mengadakan undang2. Undag2 inipun dibawah perkenan Sultan -jadi Undang2 Sultan. menguatkuasakan adalah Exsekutif bukan Parlimen. Samada undang2 ISA itu diuatkuasakan dengan bettul ataupun tidak, atau undang2 itu sendiri selari atau bertentangan dengan Undang2 Tubuh (PerlembagaanPersekutuan)diserahkan kepada mahkamah untuk memutuskan. Namun mahkamah tidak ada kuasa menggubal undang2 hanya mengapplikasikan Undang2. Secara teknikal mahkamah memberikan maksud dan afsiran Undag-undang dan dalam berbuat demikian seolah-olahnya mahkamah membuat Undang2 namun hakikatnya tidak.
Jika Mahkamah membatalkan / membebaskan tahanan ISA, sebenarnya yang membebaskan adalah YDPA. Yang menangkap (polis)sebenarnya adalah YDPA. SEcarabrutal, yang membuat undag2 juga YDPA melalui Jabataan Peguam negara dan Parlimen.
Hakikatnya, PM, Peguam Negara dan Ketua hakim Negara dan banaykahal lagi dibelakangi Raja.
yang pungut cukai (Jabatan hasil) sebenarnya Raja. Kenapa LCCT (AirAsia) tidak boleh buat airport baru diLabu? Malaysia Airport Bhd (Management company) milik Khazanah Holding (milik negara). Perbelanjaan buat KLIA tentunya Khazanah Holding. kalau AirAsia pergi buat airport dia sendiri pakai duit dia sendiri, Khazanah tak dapat untungkan. Jadi KLIA siapapunya? Pakai duit siapa punya? Malaysia Airport Bhd hanya syarikat mengurus (Macam PM dan MB) bukan taukeh. maka siapa taukeh KLIA atau taukeh negeri Pereak (Sultan atau Speaker?) atau tauke malaysia (PM atau YDPA/majlis Raja2). kalau MB dan PM bukan tauke/ pemerintah siapa pula mereka - mereka itu adalah pentadbir/pengurus seperti Malaysia Airport Bhd api bukan yang memilik Airport Bhd. Kena sedar kedudukan -jangan lupa daratan.
Prof madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Terima kasih Prof di atas jawaban tersebut.
Saya bersyukur kerana Prof bukan pensyarah undang-undang perlembagaan saya. Well.. mana mungkin, saya tidak belajar di universiti di mana prof. mengajar.
_________________
peguambela & peguamcara
Kuala Lumpur
Tidak kira dari siapa kita belajar Undang2, akhirnya kita perlu mengambil suatu pendapat -mungkin ada yang setuju dan ada tidak. Yang sedih bila kita tiada pendapat samada orang punya atau sendiri punya. Sebagai seorang peguam, tentu biasa dimahkamah, sentiasa ada pendapat di pihak Plaintiff dan disatu lagi dipihak Defendan. Dalam kess jenyaha pun dinamakan PP lawan Ali (contohnya). Peguam tentunya tidak akan mahu menerima pendapat Defendan bukan jika peguam dipihak Plaintiff.
Kertas Perlembaggan Persekutuan adalah kertas asas Sarjana Undang2 Muda disemua IPTA maka hendaklah diketahui semua. Kini terpulanglah pada nokumanamana hendak pakai pendapat siapa, samada Ambiga (majlis Peguam), karpal Singh (DAP), Sivakumar, Dato Seri Nizar, Prof Aziz bari, Prof Shad FAruqi, pendapat saya atau tahu mengutuk sahaja namun hujah tidak ada.
Bagaimana pula dpendapat NOKUmanamana dengan Pendapat Dato Seri Utama Dr Rais yatim bagaimana pula?
Disisni saya cut n pastekan pandangan Dato DR Seri Utama Rais Yatim dalam sebuah rencana diBerita harian tarikh 8hb Mac 2009. DrRais yatim memiliki PHD (Falsafah Doktora)dalam Penahan Pencegahan (seperti ISA antaralain).
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
TINDAKAN Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru terus dipertikaikan Pakatan Rakyat walaupun ia dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu. Ikuti temu bual beliau dengan Pengarang Berita, Berita Minggu, Rasid Rahaman dan Wartawan, Siti Almizan Aripin.
BOLEH Datuk Seri jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam proses pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar?
Seseorang Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga kuasa besar yang tidak boleh diganjak mengikut Perlembagaan. Pertama, melantik seseorang Perdana Menteri mengikut perkara 43 (2a) Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Parlimen dan ketiga, menguruskan perkara berkaitan hak-hak keistimewaan atau pun adat istiadat Melayu dan yang berkaitan dengan agama Islam.
Ketiga-tiga kuasa mutlak ini juga ada pada Raja Melayu atau Sultan di negeri-negeri. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai pelbagai fungsi dan kuasa mengikut Perlembagaan termasuk sebagai Ketua Turus Angkatan Ketenteraan. Baginda juga mempunyai hak dan kuasa untuk memberi keampunan kepada pesalah yang kesalahannya berlaku di Wilayah Persekutuan. Hak ini juga ada di negeri-negeri, cuma Sultan tidak ada kuasa atau peranan sebagai Ketua Turus Ketenteraan di negerinya.
Kuasa di Perak misalnya melantik seseorang Menteri Besar terletak pada Perkara 16 dan perkara ini ada ceraiannya antara satu hingga enam. Yang penting ialah bagi kita mengetahui kuasa baginda Sultan di Perak melantik Menteri Besar dari kalangan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang pada pandangan baginda mempunyai sokongan teramai atau majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.
Bagaimanapun, peruntukan ini ada pada semua negeri. Bagaimanapun yang tidak ada pada semua negeri adalah Klausa 4 perkara 16 di negeri Perak itu yang berbunyi lebih kurang, Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang Menteri Besar di bawah Klausa 4 itu, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan.
Klausa atau peruntukan inilah yang pada hemat pakar Perlembagaan digunakan oleh Sultan Perak ketika melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tempoh hari. Seharusnya pelantikan ini tidak dipertikai, tetapi politik sudah mempertikaikannya dan pada masa sama penasihat dan mereka yang bertanggungjawab mengenai Perlembagaan negeri Perak sendiri mungkin berasa terkejut dengan tindakan di luar dugaan itu. Inilah kuasa-kuasa am dan khusus yang ada.
Kenapa pelantikan Menteri Besar Perak terus dipertikaikan?
Politik mempunyai pelbagai mata, tetapi undang-undang mempunyai satu mata. Oleh demikian, politik di Perak yang diasuh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas nampak bahawa dengan peruntukan Klausa 4 tadi, mereka masih mempersoalkan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar. Kononnya pada ketika sama tidak ada ujian penentuan dibuat di DUN untuk menentukan siapa yang mempunyai kedudukan majoriti. Jadi dalam hal majoriti di DUN ini memang menjadi suatu kelaziman bagi mana-mana kuasa legislative (perundangan) untuk menentukan majoriti seseorang atau sesuatu kumpulan.
Di Perak, pembangkang terus menduga dengan hujah mereka kononnya Sultan tidak mengendahkan keputusan Dewan. Jadi pihak yang menyebelahi pandangan mereka terus mendesak supaya diadakan undian di Dewan dan menganggap hanya itulah yang sepatutnya diadakan. Tanggapan itu salah sebab menentukan majoriti di DUN hanya salah satu daripada kaedah dan ini diputuskan oleh kes di negeri Sabah pada 1994, Amir Kahar lawan Tun Mustafa. Dan hal ini sudah diterima sebagai hakikat keputusan universal (sejagat). Ia terkandung di dalam pelbagai kes lain juga dan dengan adanya kes di Sabah itu maka jelas bahawa Sultan tidak perlu mengikut kaedah lazim seperti dikatakan oleh pembangkang.
Pada pandangan Datuk Seri siapakah yang berhak bertindak kepada mereka yang mempersoalkan fungsi Sultan?
Kuasa untuk menahan mana-mana pihak daripada menyaman Sultan atau mengheret Sultan, atau menyaman atau mengheret Menteri Besar yang baru, tidak ada. Apatah lagi sejak 1994, pindaan Perlembagaan kepada Perkara 181 sudah dibuat dan pada pindaan itu seseorang Sultan boleh disaman atau sesuatu kesalahan atau salah laku atau atas sesuatu yang sabit dengan kes sivil. Asalkan Pendakwa Raya membenarkannya. Jadi soal dibangkitkan di Perak ini harus diamati dengan baik oleh kerana kita tidak mahu terbabit dengan suasana kita memperli atau memperkecil mahkamah lantaran ada satu dua perbicaraan sekarang yang berlaku di dalam mahkamah yang seharusnya tidak kita pertikaikan perjalanan atau perbicaraan itu.
Tetapi soal ini adalah soal majmuk yang seharusnya masyarakat boleh mengambil perhatian mendalam.
Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?
Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah. Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA. Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia. Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang.
Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain?
Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.
Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Boleh Datuk Seri berikan contoh kes lain yang boleh dibuat rujukan?
Tidak seratus peratus. Tetapi nasnya banyak. Misalnya dalam kes Adigbenro Akintola dari Nigeria ditentukan di situ bahawa dalam menentukan siapa yang boleh menjadi Gabenor harus mempunyai suara ramai. Jadi nas seperti itu juga dipakai di dalam kes Stephen Kalong Ningkan 1966 di Sarawak. Atas kes-kes Komanwel inilah muncul satu corpus undang-undang yang merujuk kepada keputusan DUN menentukan siapa yang mempunyai kuasa majoriti harus diikuti. Kes negeri Perak, keadaan itu telah dibatalkan oleh Klausa 4. Sebab itu Sultan Perak selepas memanggil semua Adun termasuk Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim, Yee Yit Foong (Adun Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering). Baginda berpendapat suara ramai sebenarnya sudah ada pada Barisan Nasional (BN). Sebab itu baginda bersetuju ambil Dr Zambry sebagai Menteri Besar.
Kewajaran Speaker gantung Menteri Besar dan 6 DUN daripada menghadiri Persidangan DUN Negeri Perak?
Kuasa itu tidak boleh diikuti sebenarnya sebab prosiding itu tidak dibuat dalam Dewan. Ia boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya Menteri Besar akur kepada arahan itu. Sekiranya arahan itu dibuat dalam Dewan dan diluluskan usulnya di bawah Peraturan Tetap 18 atau 89 barulah menjadi perkara yang boleh dikuatkuasakan. Tetapi seseorang Speaker yang Dewannya pun tidak ada, beliau tidak ada kuasa menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri persidangan DUN Perak. Sebab Speaker hanya boleh bertindak dalam Dewan. Begitu juga di bawah pokok, bukan Dewan. Seharusnya pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu, tetapi ia tidak dihalang. Di situlah saya mempertikaikan cara kita mentadbirkan kuasa undang-undang di negara ini yang sudah berlainan sangat ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu (tahun 1977-1978).
Ada pihak menyatakan Speaker DUN Perak tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan persidangan baru kerana persidangan terdahulu hanya ditangguhkan, bukan ditamatkan. Boleh Datuk Seri komen?
Itu pandangan biasa namanya. Pandangan yang tidak berasaskan kepada undang-undang. Tetapi jikalau seseorang itu meneliti perkara 36 dan melihat kehendak dan kuasa Sultan di situ, ialah bahawa Sultan mempunyai kuasa itu. Kita tidak boleh hanya menyatakan oleh kerana ini hanyalah kesinambungan kepada Dewan dulu. Sedangkan Menteri Besar sudah bertukar, Exco sudah bertukar, Menteri Besar lama sudah keluar daripada bidang tugas dan bidang kuasanya. Ia sudah menjadi suatu keadaan baru. Sebab itu perlunya kita mendapat arahan daripada Sultan. Sebenarnya ketika Dewan tidak bersidang, kuasa Sultan tetap ada. Sama ada hendak mengarah Dewan bersidang atau tidak. Ini perlu difahami semua orang yang berkaitan dengan DUN. Speaker tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri begitu juga di Parlimen. Jika Yang di-Pertuan Agong menyatakan baginda hendak menangguhkan Dewan, jadi ini kuasa baginda.
Tindakan Speaker DUN Negeri yang mengadakan persidangan di bawah pokok dari sudut undang-undang?
Pertama, istilah Dewan mengikut amalan Parlimentary Practice Commonwealth termasuk yang diamalkan di House of Common (Dewan Rakyat) dan di House of Lord (Dewan Negara). Ia institusi berdinding, beratap dan menggunakan suatu bangunan. Jadi apabila seseorang itu bersidang di bawah pokok, ia bukan bersidang di dalam Dewan. Tidak ada rumahnya jadi mengikut Sesyen 27, seharusnya kita sudah boleh bertindak, tapi kenapa dibiarkan? Soalan ini saya tidak boleh jawab. Jadi saya berterus terang menyatakan tindakan-tindakan preventive (pencegahan) kita tidak cukup. Dan mesyuarat itu tidak sah.
Adakah tindakan pencegahan itu perlu tunggu arahan menteri sebelum polis boleh bertindak?
Tanpa menyinggung mana-mana perasaan, polis sendiri boleh bertindak. Sebab ini bukan berada di bawah cabang keselamatan. Ini kesalahan awam biasa. Ada tiga undang-undang berkaitan dengan tindakan awam. Pertama Akta Polis, kedua Akta Ketenteraman Awam dan ketiga ialah akta bersabit dengan mesyuarat atau berkaitan dengan Dewan Parlimen misalnya. Jadi mereka terbabit boleh diambil tindakan mengikut Akta Polis dan Akta Ketenteraman Awam 1959.
Jadi, jika persidangan dibuat tidak sah, bagaimana dengan tiga usul diluluskan oleh DUN di bawah pokok?
Ia juga tidak sah. Satu, prosedurnya ialah Setiausaha Dewan harus menyediakan notis sekurang-kurang tujuh hari atau menurut kehendak Speaker boleh disingkatkan. Dalam persidangan itu, Setiausaha Dewan tidak terbabit. Proses itu tidak dilakukan. Yang kedua, mengikut Perkara 36 Perlembagaan negeri Perak, Sultan hendaklah memanggil dari semasa ke semasa sidang DUN. Bermakna masa tertentu, Sultan harus dimaklumkan lantaran konsep DUN di negeri-negeri, pertama Sultan dan kedua DUN. Jika di Parlimen, konsep Parlimen ialah pertama Yang di-Pertuan Agong dan kedua Dewan Rakyat dan ketiga Dewan Negara. Jadi di negeri, Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati, sekurang-kurangnya setiausaha mesti berfungsi dan yang paling wajar Sultan perlu memainkan peranannya. Sultan juga boleh meminta supaya sidang diadakan. Menteri Besar juga mengikut petisyen di bawah kuat kuasa peraturan Dewan Negeri Perak boleh meminta Dewan diadakan. Timbalan Speaker pun boleh sekiranya Speaker mempunyai alasan, dan boleh buat petisyen mengikut Sesyen 8 Peraturan negeri Perak.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan menyatakan kekebalan Speaker DUN termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya. Boleh Datuk Seri komen?
Mereka yang cakap kebal ini sebenarnya kebal dari apa. Itu saya fikir satu terma yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan pelbagai pihak. Speaker tidak kebal dari segi undang-undang dan juga prosedur.
Pertama, seseorang Speaker jika tidak mengikut prosedur, fungsinya terbatal. Speaker beroperasi di dalam Dewan bukan di luar Dewan. Speaker mesti menerusi Setiausaha Dewan, Speaker tidak boleh mengarahkan dengan sendiri. Kerja-kerja Speaker mengadakan persidangan dan membubarkan Dewan mesti mendapat kelulusan Sultan sebab erti DUN, tampuknya ialah Sultan dan bawahnya DUN.
Seterusnya, jika Speaker menyalahi keempat-empat prosedur ini, Speaker boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Keistimewaan atau Committee of Privileges apabila bersidang nanti. Jadi pandangan terbaik adalah oleh kerana BN sekarang sudah pun majoriti selepas dibuat perkiraan tempoh hari, kenapa tidak berani mengadakan Dewan, lantik Speaker baru. Di bawah Perkara 39 Perlembagaan Perak, ada peruntukan bagi Timbalan Speaker.
Kenapa ini tidak berlaku?
Inilah masalahnya. Kita kena berani sekarang melaksanakan tuntutan undang-undang. Paling penting, Perak sekarang ini dinasihati oleh satu kumpulan. Kita harus meneliti adakah kumpulan ini memadai bagi perjuangan negeri Perak menghadapi cabaran sekarang. Tapi ini bukan bagi saya untuk jawab. Terserah kepada pihak negeri. Kita mesti mencari alternatif yang praktikal jadi mesti orang yang betul-betul memahami prosedur politik dan juga prosedur dalaman legislative (perundangan) dan juga peraturan menguatkuasa undang-undang dalam DUN.
Adakah kerajaan baru ini boleh berfungsi sebagai kerajaan negeri?
Sebenarnya boleh dan yang terbaik ialah memberi legitimacy (kesahihan) kepadanya di DUN sekarang. Sebab BN sudah majoriti. BN sudah ada 31 Adun termasuk tiga DUN Bebas. Apa yang hendak ditakutkan. Cuma soalan saya, betulkah yang empat orang itu tidak berubah hatinya. Bak kata pepatah, anak sungai lagikan berubah ini pula hati orang. Jadi sekarang mahu tanya balik. Kalau betul kita majoriti, sebaik-baiknya dibuat petisyen di bawah Peraturan 8 ataupun 18 di dalam kaedah peraturan tetap, diadakan sidang. Speaker kalau tidak hadir pun tidak apa. Sebab petisyen boleh dibantu oleh arahan daripada Sultan mengadakan sidang. Menteri Besar sekarang pun boleh memohon menerusi petisyen, di situ lantik Speaker baru.
Ada pihak terutama Pakatan Rakyat menganggap masalah kecelaruan politik di Perak boleh diselesaikan jika DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Komen Datuk Seri?
Itu pilihan mereka. Kalau hendak buat begitu, kini terpulang kepada Sultan Perak. Sekarang setahu saya baginda tidak bersetuju, tidak berkenan untuk bubar Dewan. Kalau Sultan tidak berkenan bubar Dewan, sebaik-baiknya kita memilih Speaker baru. Itu jalannya. Kita gunakan institusi DUN bagi memberi cop legitimacy kepada kerajaan negeri sekarang. Di situ kita boleh dengar petisyen daripada Menteri Besar, petisyen daripada Setiausaha misalnya dan kita buat usul dan diterima. Dan saya percaya akan lulus sebab majoritinya ada, iaitu sekurang-kurangnya satu. Ini yang terbaik
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
di UIA saya tidakmengajar kertas Perlembagaan Persekutuan. Yang mengajar adalah Prof Dr Aziz bari,Penolong Professor Dr Shamrahau. Saya mengajar buat masa ini Prosedur jenayah dan Akta keterangan. Diperingkat awal 1992, saya mengajar Sistem Undang2 malaysia, Amalan Professional (professional Practice), Prosedur Sivil.
Saya katakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah kertas asas LLB - supaya dikehendakai mempunyai kefahaman asas. Apakah Karpal Singh dan Ambiga mengajar kertas Perlembagaan Persekutuan?
Untuk makluman nokumanamana, saya belajar Perlembaggan persekutuan dibawah Prof Shad Faruqi pada tahun 1984, di tahun satu. Diterima masuk sebagai peguam tahun 1991 dan seorang peguam di KL sebelum menjadi pensyarah di IIUM tahun 1992.
prof m\Madya Dr Abdul Rani
Pensyarah Undang2 IIUM
salam lb dan prof dr abdul rani,
orang biasa seperti saya terasa benar kepincangan pengetahuan apabila cuba memahami selok liku undang2 bersabit dgn apa yg berlaku di perak ini.
makin mengelirukan lagi apabila berbagai pandangan berlawan2 datang dari segala sudut -- baik drp yg arif undang2, yg tak berapa arif dan yg perasan arif.
jadi saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas penjelasan dan ulasan yg mudah diikuti tentang undang2 perlembagaan berkaitan dgn isu dan krisis semasa negeri perak.
p.s. memudahkan perkara teknikal dan kompleks utk penggunaan org biasa adalah satu kebolehan yg unik. prof dr rani, dalam pematahannya yg bersahaja namun tajam kpd komen menyindir peguambela/cara mokumanamana Jr itu pun telah berjaya menambah pencerahan saya. saya rasa pelajar undang2 yg mengikuti kuliah prof dr. rani sungguh bertuah. :D
Assalamualaikum,
Pertamanya saya rasa bertuah kerana di dalam blog ini Dr Abdul Rani ada memberikan pendapat tentang politik di Perak dari segi perundangan. Saya tidak pernah nampak Dr. rani memberikan pendapat dalam blog-blog lain.
Sebenarnya saya salah seorang pelajar jurusan undang-undang di UIA dan pernah belajar dgn Dr. Rani utk CPC. Sekarang saya juga merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri.
Saya tertarik dengan tulisan Dr. Rani berhubung dgn perkara di Perak dan nampaknya ada sedikit berbeza pendapat dgn Prof Aziz Bari yang juga merupakan lecturer saya di UIA dulu. Tapi tidak mengapa ini kerana perbezaan pendapat itu satu rahmat jika kita memahaminya.
Sebenarnya pendapat saya begini. Saya tidak peduli dengan lompat parti kerana itu adalah politik biasa bagi Malaysia.
Bagi saya juga Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa untuk menolok permohonan pembubaran DUN kerana itu adalah discretion Sultan itu sendiri. Sultan Azlan Shah juga berhak untuk memecat exco-exco kerajaan negeri.
Tetapi ada satu perkara yang saya musykil ialah adakah Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa untuk memecat MB yang lama iaitu DS Nizar.
Article 16 (6):
"If the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council."
Di dalam clause ini ia HANYA akan berlaku apabila MB hilang sokongan ahli DUN.... jadi bagaimana kehilangan sokongan itu ditunjukkan. Bolehkah hanya ditunjukkan kepada Sultan? atau perlu di buat 'vote of no confidence di dalam DUN?
Kemudian kita rujuk pula Article 16 (7):
"Subject to Clause (6) a member of the Executive Council other than the MB shall hold office at His Royal Highness' pleasure, but any member of the Council may at any time resign his office."
Daripada Article ini ia menunjukkan yang MB tidak memegang jawatan 'at the pleasure of the Sultan'. Ini bermaksud yang Sultan boleh memecat exco kecuali MB. Seperti yang diterangkan oleh pakar-pakar Perlembagaan dan juga saya ada berbincang dengan seorang Senior Lawyer yang jawatan MB hanya tergugur bila dia meletak jawatan, DUN bubar atau ada vote of no confidence.
Sekarang kita merujuk kepada 'vote of no confidence'. Apa yang merujuk kepada undi tidak percaya dan bagaimana dan di mana undi tidak percaya boleh dilakukan.
Menurut kes Stephen Kalong Ningkan 1966 (rasanya semua orang tahu kes ni sekarang) telah diputuskan vote of no confidence hanya boleh dilakukan di dalam DUN. Ini dipersetujui oleh semua negara yang mengamalkan Westminster Democracy. Untuk rekod Sarawak Constitution adalah sama dengan Perak Constittution.
Saya tidak meragui kebijaksanaan Sultan Azlan Shah dalam membuat keputusan. Tetapi bagaimana ia dilakukan menimbulkan persoalan. Adakah Sultan berhak memecat MB? Adakah vote of no confidence boleh dilakukan di depan Sultan. Bagaimana pula selepas dilakukan di depan Sultan YB-YB ini kemudian dalam perjalanan ke DUN untuk buat vote of no confidence ... kemudian tukar fikiran atau tiba-tiba terlibat dalam kemalangan.
Rasanya hujah ini juga dipakai oleh Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir yang DS Nizar masih MB yang sah. Bagi saya isu inilah yang membuatkan isu-isu lain berlaku. Apa pendapat Dr. rani.
Kepada Stone,
Prof Shad Faruqi pun tidak begitu pasti, namun saya pasti.
Fasal 16(7) menyebut "subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.
Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?
Pendapat saya memang berbeza sangat dengan Prof Aziz bari. Speaker tidak berhak keatas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Juga tidak berhak menggantungkan dan perlantikkan Sultan, Spekaer juga tidak berhak mengadakan sidang DUN jika Sultan tidak membenarkannya.
Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut "members in" atau "members of the legislative Assembly"? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?P
Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?
Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.
`Pakar Undang2 Perlembagaan’ seolah-olahnya sepakat bahawa Speaker DUN Perak tidak memerlukan perkenan Sultan jika sesi DUN yang lalu ditangguhkan/ ditundakan dan bukannya ditamatkan. Jika sesi DUN yang lalu ditamatkan baharulah perkenan Sultan diperlukan untuk memulakan semula sidang DUN.
Pandangan saya berbeza. Samada sidiang DUN dibuat dibawah pokok atau atas pokok bukan soalan pokok – yang paling penting adalah perkenan Sultan samada sidang DUN boleh dibuat atau tidak. Jika tidak, sidang DUN dibawah pokok atau diatas pokok merupakan `perhimpunan haram’. Kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran.
On the issue of Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;
“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.
(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.
Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah. Saya menyangkal pendapat bekas Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan yang mengatakan sidang DUN itu sah dan Sivakumar mempunyai kekebalan.
Speaker hanya mendapat perlindungan jika pada mulanya sidang tersebut adalah sidang yang sah i.e. mendapat perkenan sultan.
Persoalan yang saya ajukan adalah Sultan ibarat CEO Negeri Perak, apakah Baginda Sultan tiada kuasa veto dan mempunyai kuasa menitahkan Speaker untuk tidak membuat/ meneruskan sidang DUN yang sudah dirancangkan Speaker? Apakah rancangan Speakar mengatasi rancangan Sultan Negeri Perak itu sendiri?
Perkataan "Speaker" (Pengucap) itu sendiri menunjukkan kedudukannya yang sebenar berbanding Sultan.
Lain pulalah kedudukannya jika seseorang itu berpendapat bahawa Sultan bukannya CEO dinegerinya sendiri sebaliknya Speakerlah yang menentukan walaupun terhadap Sultan yang merupakan Pemerintah (Ruler) dinegeri Perak. Terpulanglah pendapat yang mana nak pakai.
Hendaklah suatu Peraturan Tetap DUN tidak dibaca berasingan (piecemeal) tetapi secara menyeluruh dan filosof. Pentadbiran negeri boleh bertukar tangan seperti Kelantan, namun Pemerintahnya tidak. DI Kelantan contohnya, Pas mendapat mandate mentadbir negeri bagi pihak Sultan sebab itu MB merupakan perlantikkan Sultan bukan rakyat. Dinegeri Selangor pun sama, Pentadbiran jatuh kepada Pakatan Rakyat namun Pemerintahnya tidak berubah.
Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.
PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.
Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”
Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.
Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.
Majistret pun ada kuasa, namun Hakim mahkamah Tinggi pun ada kuasa malahan lebih lagikan?
Perkenan Sultan perlu bukan sahaja bila DUN boleh bersidang bahkan termasuk tempat bersidang. Maka sidang DUN dibawah pokok itu atas perkenan siapa?
Izinkan saya memberikan sedikit kelas undang2 kepada Stone jika Stone tidak keberatan. Parti2 Politik adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Soceity Act). Masaalah dikalangan ahli2 parti hendaklah diselesaikan dibawah Akta tersebut contohnya dengan memecat ahli tersebut namun pertubuhan (PKR contohnya)itu tiada hak melucutkan mereka sebagai ADUN kerana itu adalah pilihan dan hak rakyat bukan parti. Jika rakyat benci ADUN tersebut kerana melompat, kenalah tunggu pilihanraya akan datang atau jika ada kausa tindakan (cause of action) boleh juga saman ADUN tersebut kerana memungkir janji dan meminta ganti rugi.
Contohnya, , Ali dan Minah berkahwin. kemudiannya Minah lompat pergi ke lelaki lain. apa kaitan dalam hal ini untuk Ali menyalahkan tok kadi? Ali samanlah lelaki yang membawa lari Minah isterinya atau saman Minah . Kenapa pula hendak dibubarkan semua akad pernikahan pasangan suami-isteri yang lain yang tok kadi telah akad nikahkan?
Inikan masaalah antara BN dan Pakatan Rakyat, kenapa perlu dibabitkan Sultan pula dan kenapa hendak dibatalkan ADUN-ADUN yang lain hanya kerana 3 ADUN yang lompat keluar dari Pakatan Rakyat?
Maka jika Stone ditipu dan tertipu oleh ADUN Behrang (contohnya) bukankah itu masaalah Stone yang mudah tertipu dan ditipu oleh ADUN tersebut? Tunggulah pilihanraya akan datang. supaya jangan tertipu lagi namun Stone boleh jika mahu saman ADUN Behrang kerana telah mungkir janji atau saman saja PKR kerana nyata telah cuai dalam memilih calon yang baik untuk dipertandingkan. Kenapa pula nak mengalihkan pandangan dengan membenci dan menyalahkan Sultan dan menghasut dan mengelirukan rakyat atas salah diri sendiri?
Berbalik kepada Ali dan Minah suami isteri, bukankah Ali sendiri yang tackle dan goda Minah untuk dijadikan isteri- bukannya tok kadi yang pandai-pandai paksa Ali berkahwin dengan Minah? Bila masa pula Sultan ada menyuruh Stone mengundi Adun Behrang (contoh) - maka kenapa perlu babitkan dan persalahkan Sultan atas kesilapan diri sendiri?
Maka jika Stone tak berpuas hati dengan ADUN yang belot, samanlah ADUN itu jangan pula Sultan atau paksa Sultan bubarkan DUN sehingga membabitkan ADUN2 yang lain pula yang tiada masaalah dengan Sultan ataupun menghasut dan mengelirukan pengund2 tempat DUN lain yang tak bermasaalah.
Sekian
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin.
Pensyarah (Undang2 Awam) IIUM
Terima kasih Dr Rani kerana penjelasan yang diberikan. Syukur juga kerana Dr Rani lebih yakin dari Prof Shad Faruqi.
Pertamanya saya cuba tidak melibatkan perbincangan ini kepada politik tetapi lebih kepada undang-undang. Saya tidak peduli jika ada wakil rakyat melompat parti kerana itu hak mereka walaupun dari segi moral itu salah. Dan saya juga tidak mempersalahkan Sultan dalam pertimbangannya.
Cumanya dari awal lagi persoalan saya adalah berdasarkan situasi yang sama berlaku di Sarawak di dalam kes Stephen Kalong Nigkan.
Ini daripada Sarawak Constitution yang ayatnya sama dengan Perak Constitution.
Article 7 :"
(1) If the Chief Minister ceases to command the confidence of a majority of the members of the Council Negri, then, unless at his request the Governor dissolves the Council Negri, the Chief Minister shall tender the resignation of the members of the Supreme Council.
(2) A member of the Supreme Council may at any time resign his office by writing under his hand addressed to the Governor, and a member of the Supreme Council other than the Chief Minister shall also vacate his office if his appointment thereto in revoked by the Governor acting in accordance with the advice of the Chief Minister.
(3) Subject to cll (1) and (2), a member of the Supreme Council other than the Chief Minister shall hold office at the Governor's pleasure."
Jadi ada persamaan dengan Perak Constititution Article 16(6) dan 16(7)... di dalam Sarawak Constitution ini juga menyebut "members of Legislative Assembly" dan bukannya "members in Legislative Assembly" seperti yang Dr Rani hujahkan. Tetapi Mahkamah dalam kes Stephen Kalong Ningkan memutuskan yang kehilangan majoriti mesti ditunjukkan di dalam DUN. Oleh kerana perkataan dlam Sarawak Constitution juga adalam "members of" dan bukannya "members in" pastilah Mahkamah dalam kes Stephen Kalong Ningkan akan menyebelahi Gabenor Sarawak pada waktu itu Abang Haji Openg.
Ini saya ambil dari decision dlam kes Stepehen Kalong Ningkan:
The Court held as follows:
i) for Article 7 (1) to kick in, there must be a vote of no confidence from the floor of the Assembly. Mere letters signed by the members of the Assembly expressing no confidence to the Governor was not sufficient. (Adakah perjumpaan kepada Sultan menyatakan sokongan itu mencukupi?)
ii) the Governor had no power to dismiss the Chief Minister under the Constitution. (Mungkin Sultan Perak mempunyai kuasa?)
iii) the purported dismissal of the CM was then ultra vires the Sarawak state Constitution.
What is even more important is the learned Judge's observation in respect of the exercise by the Governor of his discretionary power to appoint a CM and to withhold his consent when there is a request to dissolve the Assembly. This is what His Lordship said:
"A lot has been said about the duty and powers and discretion of the Governor. His paramount duty is to "act in accordance with the advice of the Supreme Council or of a member thereof acting under the general authority of the Council". (Article 10(1). There are two occasions when the Governor has a discretion, that is, when he can act without, or even contrary to, the advice of the Supreme Council.
Those occasions are in the performance of the following functions -
(a) the appointment of a Chief Minister;
(b) the withholding of consent to a request for the dissolution of the Council Negri. (Article 10 (2) ).
As regards (a), nobody could be so foolish as to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office. As regards (b), this probably has in mind a situation of splinter parties, as has been the case in France, when a general election could not be expected to show an overall majority for any one party. In Sarawak, it seems to me that a Chief Minister may advise a dissolution, even though he has not as yet lost the confidence of Council Negri. In such circumstances, the Governor's refusal to dissolve might be conventionally unconstitutional, although not illegal."
Ini masih lagi good law as this decision has never been overturned by a higher Court.
Berkenaan dengan penjelasan Dr pasal peranan Speaker dan Sultan tu saya pasti ramai yang bagi penerangan. Kalau yang sokong Speaker tu orang akan kata dia tu sokong PR... kemudia kalau orang kata yang speaker salah tu orang kata dia sokong BN. Tapi saya pasti setiap orang ada alasan masing-masing.
Tetapi yang menghairankan saya adalah berkenaan dengan injunction yang diambil terhadap Speaker. Sidang diadakan sebelah pagi kemudian injunction pada sebelah petang ex-parte. Kemudian Datuk Hafarizam peguam BN berkata yang injunction itu termasuk untuk persidangan di sebelah pagi.
Mungkin saya masih muda berbanding Datuk Hafarizam tapi saya tahu apa itu injunction. injunction adalah untuk restrain from doing an act.... if the act has been commited ... apa lagi yang nak di halang. Sepatutnya dapatkan declaration yang persidangan pagi itu tak sah dan usul juga tak sah(unlawful). Tetapi jika semua pihak mengatakan yang persidangan itu tak sah (unlawful) jadi nak buat apa ambil injunction lagi... Dah memang tak sah .. Biar ajelah ... memang takde kesan pun... Tapi kita dapat lihat bagaimana kelam kabutnya BN, pihak peguam, State Secretary, Mahkamah pun boleh terus bersidang pagi tu jugak... (amatlah efisyen... maksudnya Perakuan Segera yang difailkan bersama itu cukup SEGERA). Tidak dilupakan tindakan polis yang menghalang ADUN dan Speaker masuk ke Dewan. Bagi saya jika semua pihak berusaha menggagalkan the so called unlawful assembly of the DUN ... then mungkin bagi mereka yang kelam kabut tu "it is not unlawful after all".
Mungkin ini adalah ujian sebenar terhadap Demokrasi di Malaysia. Bagaimana Legislative, Administrative dan Judiciary bertindak. Tapi bagi saya tindakan mengepung DUN perak bagi menghalang speaker dan Adun untuk masuk ke Dewan adalah keterlaluan.
Di sini saya ambil kata-kata dari R H Hickling dari one of his excellent book, "Malaysian Law" (Professional Law Books Publishers 1988), where he said:
"The advent of constitutional government in Malaysia marked the beginning of the end for the prerogatives of the Rulers. While assiduously reserving these prerogatives by express savings in the state constitutions, the very act of defining rights and powers restrict them. With the advent of formal constitutions government in Johor in 1895, limitations on arbitrary rules set in, and the pattern was set for progress to the modern concept of constitutional government: that is to say, not merely government in accordance with the provisions of the constitution, but government in accordance with the wishes of the elected representatives of the people."
Best Regard. Stone.
Dear Stone,
R Hickling;
"The advent of constitutional government in Malaysia marked the beginning of the end for the prerogatives of the Rulers. While assiduously reserving these prerogatives by express savings in the state constitutions, the very act of defining rights and powers restrict them."
The quesion then is, has the Sultan erred in his interpretation of Artcle 16(6) not to dissolve the DUN, to dismiss the EXCO and appoint a new EXCO? The vote of confidence, must it be done in the DUN?
Mind u that what Hickling said was what he thinks it should be. What should it be?
Further, are you bound by the decision made in Stephen kalong Ningken? Did this case, settle once and for all whehter vote of no conficence must be done in DUN?
The decision in Stephen kalong Ningken binds the parties in dispute but not others. For this new dispute, the court may or may not follow Stephen. Definitely not so as far as Sultan Perak is concern. If others are not happy (e.g. Dato Seri nizar), let the court decide on it rightly or wrongly.
Even for Article 121A Federal Constitution, has the dust settled altogether? Like primae facie case (1984- 2007), i do not think so. Therefore do not be too sure with Stephen Kalong Ningken.
On the injunction, u are outrightly correct, but it still serves the purpose to peempt and stop further acts. Though it could not stop what had been done under the tree,the question still remains whether the purported Assembly was valid or not. To answer this, who has the ultimate say over DUN Assembly, - the speaker or the Sultan?
Ultimately, the issue would boil down to whether the DUN Assembly was properly constituted? Wether the suspensison was done according to law or was it an abuse of power or an exercise of an unlawful power?
My view is the DUN Assembly was not properly constituted. Thus the immunity over the validity of the proceeding and the the EXCO liability in court are not protected. I dare say, it was an unlawful assembly (perhimpunan haram) - a seizable offenc (boleh tangkap tanpa waran).
On the susspension, my view is the same - there was no endorsement by the DUN members. What is even funny, the Speaker considered the taking of the MB and EXCO office appointment granted by the Sultan as a breach of the DUN Orders (Peraturan2 Tetap).
My view is Sivakumar, Dato Seri Nizar days are numbered; i,e,
(i) an exercise of an unlawful power. Bukan salah guna kuasa, tetapi melakukan sesuatu diluar bidang kuasanya.
ii) an offence under section 121B and 124 Penal Code
(iii) members of an unlawful assembly (sidang bawah pokok),an offence both under the Penal Code and the Police Act (is it section 27)
(iii) What about ISA?
Most law students who upon graduation failed to notice that constituional paper is a core paper for which they must know. Thus they consider or look at so and so as expert when they should likewise be daring enought to consider themselves as equally knowlegeable at par with their lecturers or professor. No matter under whom one learns, at the end we make our own decision. You have done exactly that for whch i salute you.
We read law not learn law in law schools. Thus law is about making a convincing submission based on provisons of laws and cases, and how one argue. The court decides whether rightly or wrongly (see sivakumar's on his right to engage his own counsel not the speaker. Though the court decision binds the parties, you and me are still entitled to our opinion. That is how i see it.
Keep arguing, that is what law is about but with the facts, law and cases.
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Thanks Dr for your argument. At least we can Agree to Disagree. Like what I said previously that 'berbeza pendapat itu satu rahmat'. Since you have made up your mind on what really happened in Perak, I think I have to make a stand too.
Your question: "The quesion then is, has the Sultan erred in his interpretation of Artcle 16(6) not to dissolve the DUN, to dismiss the EXCO and appoint a new EXCO? The vote of confidence, must it be done in the DUN?"
For this matter I believed that according to Article 16(6) the Sultan have the power not to dissolve the DUN and to dismiss the exco eventhough outside the DUN... because the exco serve at the pleasure of the Sultan. But my point again is that MB does not serve at the pleasure of the Sultan.
With regard to Stephen Kalong Ningkan I'm not saying I'm pretty sure what's the outcome of the Nizar-Zambry battle but my argument based on a decided case. Maybe this time the court will rule otherwise. But I have to quote the similarity of the decided case and the new case for us to make judgment.
But if the Federal Court confirm the Sultan decision then it's over for Nizar but it will set a precedent that a Sultan or Governor can dismiss an MB. Maybe in the future it will be BN who's going to suffer. If that happen maybe they don't have to assemble under a tree but will appoint another Sultan under a tree as in Kelantan 1993.
For now you and I just have to await the outcome of the decision of the Federal Court.
When I was in IIU I've never realised that Constitutional Law was so interesting but now it really is. Now I can even have an argument with my own lecturer like you. Yes Sir... we are entitle to our own opinion. Thank you Dr for all you have given me throughout my study.. really hope to meet you again.
Before I finish Dr. I post here an article by Dr Mahathir.. maybe by now you already read this.
He said mistakes, bad strategy and carelessness in the Feb 5 power grab, orchestrated by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had led to the current crisis in the state.
"You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision," he said at a function organised by Mubarak, the association for former elected representatives.
"Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar," he said, referring to Sultan Azlan Shah's decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign.
"As far as I know, there is no such provision in the Perak or Federal Constitution," he said.
Dr Mahathir said that BN should have done it properly and not "be in conflict with the law" as the courts may now rule that the Sultan has no right to sack a menteri besar.
He added that a Sultan could only reject a candidate for one of his choice after an election but even this candidate could be defeated in the assembly by a vote.
The veteran politician said BN should have "followed the laws of the country, especially the constitution."
"Because this may be in conflict with the law, we find that people will not comply. Because we started on the wrong foot, people are now against us," said Dr Mahathir, who quit Umno last year in a long-running feud with his successor Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Well that is Dr Mahathir own opinion and maybe he is wrong ... but as we agreed everybody entitle to their own opinion.
Best Regard. Stone.
Dear Stone,
everyone is entilted to his opinion but the court's opinion whehter rightly or wrunllgy made that binds (but only to the disputants). However, no one can take way our opinion as we are not the disputants.
How about Prof Dr Aziz Bari's view;
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html
Ahad, 2009 Mac 08
Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak
sedikit Petikan dari web diatas;
Ujar Prof Dr Aziz Bari;
“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
Prof Shad Faruqi diUiTM pun berfikiran begitu more or less. Bahkan mengatakan kuasa melantik bermakna ada juga kuasa memecat. Cuma fasal 16(7) Undang2 Tubuh Perak mengatakan seolah-olah MB tidak boleh dipecat namun Fasal 16(6) boleh. maka lebih wajar sokongan majoriti dibuat semasa sidang DUN bukan diluar DUN. Sebab itu pandangan Prof Shad lebih berhati2.
Namun ini tidak bermakna sokongan majoriti yang dibuat luar DUN salah disisi undang2 cuma tidak wajar.
Persoalan saya pula adalah - Apakah Sultan Perak dalam keputusannya perlu mengikut kewajaran Prof tersebut atau kewajarannya sendiri? Apakah sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Perak sudah kurang kewajarannya sehingga memerlukan Baginda bertindak berdasarkan kewajaran dan pendapat2 orang lain? Apakah sultan perak kurang Arif dengan Undang2 Tubuh negerinya sendiri?
Pada saya, jika keputusan Sultan dihormati, masaalah tidaklah timbul. Jika tidak puas hati akan keputusan Sultan mintalah deklarais diMahkamah. Ini tidak, digantung EXCO tersebut kononya mereka itu melakukan kesalahan terhadap Peraturan Tetap Dewan hanya kerana menerima perlantikkan Jawatan dari Sultan. Kalau perlantikkan itu sah -dimana pula kesalahan Dato Zambri dan Exconya? Kan sudah kalut. Maka siapa sebenarnya yang merampas kuasa dan siapa sebenarnya yang melanggar undang2 Tubuh?
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Di IIUM dan mana2 law schools, the lecturer do not go deep but only the basic. But when the Trengganu and now Perek crisis occurs - the lecturer and graduated students (like you) should scrambke to discuss it - Consti is core paper.
Kedaulatan Tuanku: Mutlak atau terhad?
carilah digoogle!
Assalamualaikum.
Hi again Dr. Rani,
I just read the article from Prof Dr Aziz Bari and it seems that I cannot agree with that contention. I dont know whether you agree with Prof Aziz Bari on that issue only because it support your argument. Because Prof Dr. Aziz Bari spoke on many things which touch on Sultan, Speaker, The Police, The DUN and regarding the problem in Perak which I can tell that you have taken another view.
But Prof Aziz Bari also said and I quote "Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok," ujarnya.
Beliau berkata krisis di Perak adalah krisis politik yang paling buruk kerana ia memakan masa yang lama.
"Tidak pernah berlaku sebelum ini satu negeri mempunyai dua kerajaan," ujarnya.
Do you see the above paragraph... "Tidak pernah berlaku sebelum ini satu negeri mempunyai dua kerajaan," ... What does it mean? It means that for Prof Aziz Bari there are 2 government now in Perak and so who are the MB for this 2 government. Does not it also mean that Nizar is legally still the MB.
"Prof Shad Faruqi diUiTM pun berfikiran begitu more or less. Bahkan mengatakan kuasa melantik bermakna ada juga kuasa memecat. Cuma fasal 16(7) Undang2 Tubuh Perak mengatakan seolah-olah MB tidak boleh dipecat namun Fasal 16(6) boleh. maka lebih wajar sokongan majoriti dibuat semasa sidang DUN bukan diluar DUN. Sebab itu pandangan Prof Shad lebih berhati2."
"94. Power to appoint includes power to dismiss.
Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place:
Provided that where the power of such person or authority to make such appointment is only exercisable upon the recommendation or subject to the approval or consent of some other person or authority, such power of dismissal shall, unless the contrary intention appears, only be exercisable upon the recommendation or subject to the approval or consent of such other person or authority."
With regard to the above issue I cannot agree with Prof Shad Faruqi on the issue of the power to appoint must have power to dismiss. While I concede that section 94 of that Act gives the power to dismiss in every instant where a power to appoint exists, it must be remembered that the Interpretation Act does not apply "where there is something in the subject or context inconsistent with or repugnant to the application" of the Interpretation Act.
Where is the context inconsistent with the application of the Interpretation Act here? The answer lies with Article 16 (7) above. It is clear that the MB does not hold office at the pleasure of the Sultan as opposed to the other members of the Assembly. Had it been intended that the Sultan should have the power to dismiss the MB as well as the other members of the Executive Council, Article 16 (7) would not have made such a glaring and clear exception so as to expressly preclude the MB from the operation of that Article.
About your question Kedaulatan Raja. Mutlak atau Terhad? For me people will suppport if it is done benefit them. We can see the PM himself stated in National TV that the act of Sultan Terengganu not appointing Idris Jusoh is UNCONSTITUTIONAL... can you imagine the PM himself... I dont see anybody accuse him of disloyalty. We also must remember how the immunity of the Sultan and Raja stripped in 1993. But right now we can see that for the benefit of themselves they accused other of disloyalty.
Because of the notion Raja Berpelembagaan ... Sultan and Raja have to follow the constitution. Is it Mutlak?
Dear Dr, I know who Sultan Azlan Shah is, I know he used to be Lord President. So do I have to accept his decision although what I read and understand is different. Maybe we should ask him to be the decision maker and all problem is solve. If that is your argument then I rest my case. Justice must not only be done but seen to be done.
Thanks. Best Regard.
Whose kewajaran should we use then? Yours, mine etc? Should the PP too use somebody else kewajaran or his?
FAsal 16(6) allow Sultan to use his kewajaran (prerogative) so when he used it, there will be some quarters who would be displeased. either way, there are quarters who would be displeased. At the end of the day, who has the majority of the DUN members. Is it BN or Pakatan Rakyat?
If and only if the sultan's decision is respected till the court decides. So back to the analogy i have given.
Dear Stone, if u were one of the voters in Behrang, why did you not sue Pakatan Rakyat for being negligence in putting an "unworthy" candidate? Or why did you not sue your ADUN for breach of contract?
As i see it, it is more of "mengalihkan pandangan" as if the fault is not theirs but Sultan for "not having the kewajaran" to dissolve the DUN.
let the court settle - is not the court also part off him?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM (Law)
Assalamulaikum Dr. Rani.
Well as you said there will be some quarter who would be displeased... with any action taken by him.
As we have said what we wanna say and both had presented arguments so just let the Court decide. Nice to chat with you Dr.
Best Regard. Stone.
Aku ni bukan orang undang-undang. Jadi aku nak tanya Prof Rani? Ini kerana aku tak nampak pun apa-apa daripada tulisan Prof Rani pasal selain daripada yang Sultan tu Eksekutif, Sultan tu pandai, Sultan tu bekas Ketua Hakim.
Boleh tak Prof Rani bagitau kat saya yang bodo pasal undang-undang ni Peruntukan, Seksyen, atau apa-apa Undang-Undang dari Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ke, dari Perlembagaan Persekutuan ke, tak pun dari kes-kes dari dalam atau luar negara yang boleh dipakai untuk Sultan buang MB pastu terima undi tak percaya di luar DUN.
Tolong bagi penjelasan boleh tak?
Tok Salak.
Kepada Tok Salak,
Apakah Raja kita sekadar simbolik atau sememangnya Pemerintah (Ruler) yang berkuasa?
Kuasa2 Sultan Perak antara lainnya adalah sepertimana yang terdapat didalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Soal Sultan Perak mempunyai kuasa dibawah Undang2 Tubuh Perak tidak membubarkan DUN Perak tidak dipertikai oleh ramai "Pakar Perlembagaan". Soal siapa yang berkuasa melantik MBpun tidak menjadi isu - lihat Trengganu dan Perlis. Dalam hal Perakpun, PAS sebenarnya hanya memiliki beberapa kerusi DUN sahaja namun MB dipilh dari PAS walaupun DAP dan PKR pun ada calon mereka. Maka jelas perlantikkan MB adalah kuasa Sultan.
Peruntukkan2 Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas menunjukkan kedaulatan dan ketuanan Sultan - belilah dan baca kerana itu adalah lebih baik daripada mendengar saja tafsiran orang.
Dalam hal yang sama - belilah dan bacalah Perlembagaan Persekutuan dalam hal perlantikkan PM, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, siapa Ketua Exsekutif, Ketua Suruhanjaya Polis dan banyak hal lagi. Kamun Keseksaan pun memberikan perlindungan kepada Raja namun tidak kepada Perdana Menteri.
Contoh, kenapa YDPA berkuasa memberikan pengampunan kepada pesalah? Kenapa kata muktamad untuk memecat Hakim adalah pada YDPA bukan tribunal (hanya mengesyorkan)?. Kenapa habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dari tahanan (ISA - contohnya) orang yang ditahan perlu mengemukakan permohonan representasinya untuk kebebesan kepada YDPA?
Inilah maksud Raja Berlembagaan dimana dalam banyak hal penting, persetujuan dan pengendosan akan sampai kepada Raja yang akan memberikan kata putus. Inilah pebezaan diantara pemerintah (Raja-Raja) dan pentadbir (PM). Perbezaan diantara CEO dan Managing Director - bolehkah seorang MD membelakangi CEOnya?
Malahan diParlimenpun, perbincangan berkeanaan Rajapun ada batasnya.Perenggan empat Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan sebut kebebasan yang diberi ada sekatan mengenai Akta Hasutan dan raja-raja.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20090314092550/Article/
Ahli Parlimen tiada kekebalan mutlak: Peguam
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen tidak mempunyai kekebalan mutlak dan boleh dikenakan tindakan mahkamah jika membangkitkan isu menyentuh beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta Akta Hasutan.
Ia termasuk Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedaulatan Raja dan Yang di-Pertuan Agong; Perkara 153 - hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak dan Perkara 152, berhubung Bahasa Kebangsaan.
Selain itu, segala perkataan atau tindakan yang boleh tergolong mengikut maksud Akta Hasutan 1948.
Peguam Datuk Salehudin Saidin, berkata jika ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara membangkitkan perkara yang menjadi kesalahan mengikut akta itu, mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah.
“Kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai hasutan ialah mengenai kedaulatan Raja dan Yang di-Pertuan Agong, hak keistimewaan Orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Bahasa Kebangsaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_03.htm
Ketegasan Speaker sudah lama dinanti
KUALA LUMPUR 16 Mac - Beberapa anggota kerajaan mahu ketegasan Dewan Rakyat yang menggantung Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) hari ini dapat diteruskan sebagai pengajaran kepada Ahli Parlimen yang terus bertindak melanggar peraturan.
Malah mereka berkata, ketegasan seperti itu sebenarnya sudah lama dinantikan bagi mengawal tindak tanduk seperti yang dilakukan Gobind pada 12 Mac lalu.
Razali Ibrahim (BN-Muar) berkata, beliau menyanjung ketegasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membenarkan usul tersebut untuk dibahaskan kerana ia begitu serius.
''Kalau ikut kami anggota kerajaan, isu aparteid yang pernah dibangkitkan anggota pembangkang pun kita mahu bawa usul yang sama lebih awal. Kalau tuduh bunuh salah, tuduh aparteid pun salah.
''Kita memikirkan apa persepsi rakyat, perkara yang tak betul. Banyak perkara yang telah dilakukan dan untuk usul yang dibawa ini, saya ucap tahniah kerana ia cukup serius," katanya ketika membahaskan usul mengambil tindakan ke atas Gobind pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Razali turut membidas beberapa anggota pembangkang yang sebelum itu mengemukakan bantahan selama hampir sejam terhadap pembentangan usul berkenaan.
Katanya, Yang Dipertua Dewan Rakyat sebenarnya tidak perlu pun meluangkan masa untuk tujuan tersebut kerana beliau mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan perkara berkenaan.
''Banyak perkara dibangkitkan, perenggan (a) sampai (n) lah. Tetapi harus ingat, yang teratas ialah Perlembagaan. Tetapi apabila cakap Artikel 63, sebut sampai subseksyen 3 saja. Kenapa tidak sebut yang empat sekali?
''Jangan baca separuh-separuh. Perenggan empat sebut kebebasan yang diberi ada sekatan mengenai Akta Hasutan dan raja-raja. Kenapa itu tak sebut pula?
''Kenapa tak disebut juga pada tahun 1960-an ada anggota yang digantung kerana menuduh Tun Dr. Ismail diktator. Yang ini tuduh pembunuh terus, memang sahlah salah," jelasnya.
Kata beliau, sebab itu, kes Gobind adalah straight forward case yang jelas telah melakukan kesalahan dengan membuat tuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Yang Dipertua.
Menurutnya, dalam kes melibatkan Datuk Mark Koding pun mahkamah putuskan yang imuniti ahli Dewan adalah terhad dan tindakan boleh diambil.
''Sebab itu apabila tidak mahu mengulangi kenyataan di luar Dewan, salahlah tu. Kalau berani, cakap kat luar, saya nak tengok.
''Semua yang bangun tadi peguam. Jangan salah guna undang-undang. Saya terfikir patutlah banyak kes di mahkamah tertangguh, benda mudah yang boleh diputuskan segera tetapi dipanjangkan.
''Salah tetap salah dan biar hukuman ini menjadi pengajaran untuk kita tunjukkan sebagai tauladan supaya ia tidak berulang pada masa depan," tegasnya.
Dalam pada itu, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berkata, usul itu patut disokong kerana perlu ada noktah terhadap perlakuan dan tindak tanduk ahli yang tidak mengikut peraturan.
Malah, katanya, perkara ini bukan yang pertama kali berlaku dan Gobind sendiri juga terlibat dalam beberapa kes termasuk telah pun dikenakan tindakan yang diambil ke atasnya.
''Puchong ulang juga, jadi apa yang diusulkan cukup penting untuk memberi pengajaran supaya ahli Dewan mematuhi peraturan.
''Pada saya apa yang berlaku cukup jelas, ada orang berpengetahuan undang-undang tetapi menyalahgunakan kekebalan di Parlimen untuk menimbulkan persepsi buruk ke atas individu tertentu," ujarnya.
Di sini saya (Dr Abd Rani) memberkan beberapa kuasa YDPA dalam Perlembagaan Persekutuan;
Apakah Raja sekadar simbolik atau Raja sememangnya berkuasa?
Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan (PP) menyatakan YDPA adalah Ketua/ Kepala Tertinggi (Supreme Head) dalam Persekutuan dan mengatasi semua orang didalam Persekutuan;
Artikel 36 PP adalah hak YDPA menyimpan dan menggunakan Mohor Awam Persekutuan (Public Seal);
Artikel 38 (4) PP menyatakan tiada Undang-undang yang menjejaskan keistimewaan, kedudukan, martabat atau maruah Sultan dan atau Yang DiPertua Negeri boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja – lihat juga Artikel 181 berkenaan dengan kedaulatan kedudukan dan keistemewaan Sultan-Sultan;
Artikel 39 (1) Perlembagaan Persekutuan (PP) menyebut kuasa eksekutif terletak pada YDPA.
Artikel 40(2) PP menyebut YDPA boleh bertindak mengikut budibicaranya dalam perlantikan Perdana Menteri.
Artikel 41 PP – YDPA adalah (shall) Pemerintah Tertinggi Tentera DiRaja Malaysia (armed forces of the Federation);
Artikel 137 (1) & (3) PP, Ketua Angkatan Tentera mestilah lantikan YDPA;
Artikel 43 (2) PP menyebut bahawa perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa lantikan YDPA seseorang yang pada keputusan/ timbangan/ kewajaran YDPA akan memperolehi keyakinan majority ahli-ahli Dewan Rakyat;
Artikel 43 (6) – Minister shall take oath of allegiance (sumapah taat setia kepada siapa? - bukankah Raja?.
Artikel 44 PP, YDPA adalah sebahagian dari komponen Perundangan Persekutuan dan Artikel 66, mana-mana undang-undang yang hendak diluluskan perlu mendapat perkenan YDPA – pindaan pada Artikel 66 (4) & (4A) yang memperuntukkan bahawa perkenan YDPA tidak lagi penting adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP kerana menjejaskan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja;
Artikel 45 PP – dalam perlantikan ahli-ahli Senate, mereka hendaklah pada pandangan/pendapat/ timbangan YDPA orang yang berwibawa;
Artikel 122(1A) PP perlantikan Ketua-ketua Hakim adalah atas kehendak YDPA (may appoint .. for such period of time as he may specify any person who has held high judicial office in Malaysia…).
Artikel 125 PP, pemecatan seorang hakim adalah atas kehendak YDPA (YDPA may on the recommendation of the tribunal remove the judge from office). Bukan tribunal tapi YDPA yang berhak memecatkan?;
Artikel 140(4) PP, jawatan Ketua Turus Polis hendaklah dibuat oleh YDPA atas saranan/cadangan Suruhanjaya Angkatan Polis;
Artikel 141A, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dilantik oleh YDPA setelah mengambil kira nasihat PM dan setelah mendapat nasihat Majlis Raja-Raja;
Artikel 145 PP, YDPA yang melantik Peguam Turus Persekutuan.
Artikel 145(2) & (5), YDPA adalah Tuan kepada Peguam Turus Persekutuan dan boleh mengarahkannya dimana jawatan Peguam Turus Persekutuan itu sendiri adalah mengikut kehendak hati YDPA (during the pleasure of the YDPA);
Artikel 150, kuasa mengistiharkan darurat adalah kuasa YDPA jika dia berpuashati untuk berbuat demikian dan tidak boleh dicabar langsung;
Artikel 153 PP, tanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu, pribumi (Sabah & Sarawak) dan kepentingan-kepentingan yang berasas (legitimate) mana-mana kaum adalah tugas YDPA;
Dalam Jadual 8 PP, Sultan dan atau Yang Dipertua melantik Menter Besar mengikut budibicaranya (act in his discretion), pada keputusannya (in his judgment), dan atau pada pendapat/ timbangan/fikirannya (in his opinion) – ahli-ahli Majlis Executive (EXCO) memegang jawatan atas kehendak hati (at the Ruler’s pleasure).
Sultan juga boleh prorogue atau bubarkan Majlis Perundangan. Undang-Undang Negeri hendaklah mendapat perkenan Sultan. Seksyen 11 (2B) Jadual ini adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP Perlembagaan kerana pindaan ini menjejaskan kedudukan Sultan – iaitu kuasa perkenanya antara lain.
Hendaklah bertindak atas nasihat (to act on the advise) hanya sekadar mengambil tindakan setelah mendapat nasihat bukannya terikat dengan nasihat (To act on the advice does not mean to be bound by the advice). Namun setelah mendapat nasihat, YDPA, hendaklah mengambil tindakan (follow up) berikutan nasihat tersebut. Maksudnya, selagi belum mendapat nasihat, YDPA tidak berkewajipan untuk membuat apa-apa tindakan, namum ianya tidak bermaksud bahawa selepas nasihat diberi atau rujukan dibuat, YDPA semestinya terikat dengan nasihat tersebut, hanya perlu mengambil tindakan (to take action) atas nasihat tersebut. Apa tindakan YDPA atas nasihat tersebut adalah ketetapannya atau urusannya. Dalam hal ini, pindaan pada Artikel 40(1A) dan Jadual 8 Seksyen 11 (2B) Jadual adalah ultra vires Perlembagaan Artikel 36 & 38(4) PP.
Saya ulangi sedikit dari apa yang sudah saya komen sebelum ini.
Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.
PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.
Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”
Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.
Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.
Majistret pun ada kuasa, namun Hakim mahkamah Tinggi pun ada kuasa malahan lebih lagikan?
Perkenan Sultan perlu bukan sahaja bila DUN boleh bersidang bahkan termasuk tempat bersidang. Maka sidang DUN dibawah pokok itu atas perkenan siapa?
Maka, apakah Raja kita sekadar simbolik atau sememangnya Pemerintah (Ruler) yang berkuasa? Apakah seorang Pentadbir seperti MB dan PM bertindak diatas kepala Raja atau dibawah Duli Yang Maha Mulia?
Kedudukan Raja dalam Rukun Negara dan lagu Negaraku.
Fahamilah Rukun Negara
(i) Kepercayaan kepada Tuhan
(ii) Kepercayaan kepada Raja dan Negara
(iii) Keluhuran Perlembagaan
(iV) Kedaulatan Undang2
(v) Kesopanan dan Kesusilaan
dan lagu Negaraku!
Negarakau,
tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.
Apa yang pelik tapi benar ialah, ramai tidak sedar termasuk yang mengajar perlembagaan itu sendiri siapa Tuan mereka dinegeri-negeri masing-masing diMalaysia.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Kepada Tok Salak lagi,
Article 16 (6) Undang2 Tubuh Negeri Perak
"If the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council."
Article 16 (7) Undang2 Tubuh Negeri Perak
"Subject to Clause (6) a member of the Executive Council other than the MB shall hold office at His Royal Highness' pleasure, but any member of the Council may at any time resign his office."
Fasal 16(7) menyebut "subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.
Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?
Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut "members in" atau "members of the legislative Assembly"? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?
Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?
Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.
Pandangan Prof Dr Aziz Bari's;
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html
Ahad, 2009 Mac 08
Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak
sedikit Petikan dari web diatas;
Ujar Prof Dr Aziz Bari;
“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.
PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.
Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”
Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.
Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.
Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah.
Maka sidang DUN dibawah pokok itu bukanlah ianya suatu perhimpunan haram, kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran?
Tindakan Sivakumar menggantungkan MB Dato Zambri dan EXCOnya, bukankah itu melanggari titah dan lantikkan Sultan? Apakah menerima lantikkan Sultan Perak itu sendiri kesalahan dibawah Peraturan2 Tetap DUN?
Prof madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Daripada soalan yang aku tanya Prof Rani pasal peruntukan atau undang yang dipakai untuk
1 - buang MB
2 - Undi tak percaya buat dalam atau luar DUN
Dalam berpuluh baris yang Prof Rani tulis tu yang boleh dipakai untuk buang MB yang ni
Fasal 16(7) menyebut "subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.
Lepas tu bab undi tak percaya kat sini
Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut "members in" atau "members of the legislative Assembly"? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?
Jadi jawapan kepada soalan saya ni hanya dua perenggan ni je kan.
Tok Salak.
Kepada Tok Salak,
Betul, sepatutnya pendek seperti itu namun walaupun dituju k€pada Tok Salak, ianya juga utk tatapan/ p€nj€lasan umum b€rk€naan krisis P€r€ak.
M€s€j yang h€ndak saya t€rapkan ialah "Raja B€rp€l€mbagaan bukan s€kadar simbolik t€tapi kuasanya s€mmangnya didalam tangannya - Raja adalah P€m€rintah (Rul€r)n€g€ri - jadi MB dan PM apa pula - mana bol€h sama.
Kita dibumi ini pun s€bagai Khalifah (P€ntadbir) bukan Tuan atau p€m€rintah.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
P€nsyarah Undang2 IIUM
Saya jumpa artikle yang menarik...
Ditanya mengenai krisis di Perak Aziz berkata ia juga berbeza dengan apa yang disuarakan oleh Zaid kerana apa yang diminta Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah supaya kekeliruan itu diselesaikan dalam dewan atau dewan dibubarkan.
"Nizar tidak meminta istana menyokongnya. Beliau mahukan kerajaan yang beliau pimpin diadili oleh rakyat di tengah-tengah kekeliruan yang timbul setelah berlaku pencolekkan dan kehilangan tiga orang ADUN itu," tambahnya.
Aziz berkata apa yang perlu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong telah dilakukan oleh Sultan Idris di Perak pada 1977 dalam krisis baginda dengan Tan Sri Ghazali Jawi.
"Ada laporan mengatakan bahawa baginda tidak berkenan dengan menteri besar itu kerana individu tersebut dikatakan terlibat dengan rasuah. Malah ada yang mengatakan ada tangkapan. Apa pun yang sebenarnya berlaku baginda tidak mahu terlibat dengan seorang yang integritinya dipersoalkan dan saya fikir itu betul malah menjadi tugas raja sebagai penjaga perlembagaan itu sendiri. Dan apa yang menarik ialah Sultan Idris melakukannya dalam konteks perlembagaan," tegas Aziz.
"Oleh sebab itu saya fikir Sultan Idris lebih cekap dan lebih faham perlembagaan meskipun baginda tidak berkelulusan undang-undang. Dan kita jangan lupa baginda adalah penentang utama Dr Mahathir yang cuba hendak memindahkan kuasa darurat dari Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri dalam krisis Perlembagaan 1983 itu," tambah beliau.
Kesimpulannya, Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak menyelamatkan negara. "Jika tidak krisis yang berlarutan di Perak mungkin akan merebak ke peringkat nasional dan ini tidak baik untuk negara yang berada di dalam kesulitan ekonomi," tegasnya.
Tok Salak.
Oleh kerana ramai "pakar undang2 Perlembagaan" termasuk Prof Dr Aziz dahpun endos bahawa perlantikkan Dato Dr Zambry tidak salah - isu ini dikira selesai kot - tak payah dibincagkan dulu? Ini bermaksud, pemecatan Dato Seri Nizar mestilah terlebih dulu sah - itulahyang tersiratkan?
sekarang saya nak cerita sedikit tentang kekebalan Raja kerana ada yang menuduh Tun dr Mahatir anti Raja pula!
Memahami Pindaan kekebalan Raja:
Pindaan Perlembagaan hanya membuka sedikit ruang bagi membincangkan hal-ehwal Raja-Raja didalam Dewan bukannya lesen besar untuk mempertikaikan kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja. Immuniti Raja juga kekal melainkan tindak-tanduk Raja2 dalam urusan peribadinya terhadap apa-apa kesalahan2 dibawah mana-mana undang2 bertulis Negara.
Maksudnya, Raja2 tetap memiliki dan menikmati kedudukan, keistimewaan selari dengan kedaulatan dan Ketuanan Baginda-Baginda Tuanku. Maka jangan beranggappan Raja sekadar simbolik kerana Kuasa sememangnya ditangan Raja2 jelas termaktub didalam Perlembagaan.
Pandangan NASPAZI (MAC 21, 2009 - http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html) sukar diterima dan tanpa disertai hujah sebenarnya. Apa yang penting ialah hujah kerana perbezaan pendapat (tafsiran) itu biasa. Saya ada autoriti (nas) saya begitu juga Prof Dr Aziz Bari. saya dengan Prof Dr Aziz Bari tiada masaalah – saya dan beliau dalam satu Jabatan dan Fakulti yang sama. Kalau Prof Dr Aziz Bari hendak mengulas pandangan saya biarlah dia sendiri yang mengulas – beliaukan Professor. Malahan Naspazi juga telah menyalah ertikan pandangan Prof Dr Aziz Bari – rakan setugas saya dalam Fakulti Undang2 dan juga Tun Dr Mahathir dalam pindaan kekebalan Raja2.
Beberapa Petikan dari blog diatas Marhean apa yang Prof Aziz kata;
"Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat."
Prof Dr Aziz ujar lagi;
"Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok," ujarnya."
Dalam dua kenyataan Prof Dr Aziz Bari ini cukup sebagai pengendosan akan Ketuanan dan Kedaulatan Tuanku. Naspazi dari negeri mana – takkan tidak ada Tuanku yang memerintah dinegeri itu?
Apakah saya bias atau awak (Naspazi)? Nampaknya, Beginilah, Naspazi sebenarnya tidak faham apa yang dipindapun – baca betul2 ucapan Tun Dr Mahathir sekali lagi apa yang sebenarnya dipinda. Tun Dr Mahathir sememangnya setia (lahir dan batin)kepada Raja2 Melayu. Inilah masaalahnya bila tidak faham apa yang dibaca.
Petikan (beberapa sahaja) dibawah dari;
SELAYANG PANDANG KECAMUK POLITIK DI PERAK
Oleh: Naspazi - 22 Mac, 2009 -
http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html
UCAPAN : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
JAWATAN: PRESIDEN UMNO / PERDANA MENTERI MALAYSIA
LOKASI : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
TARIKH : 18 JANUARI, 1993
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.
26. Justeru ……….. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.
27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.
28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi-fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.
37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity`.
38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.
40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.
55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.
60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.
RAJA BERPERLEMBAGAAN TIADA KEKEBALAN
- Mahathir Mohamed
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamrudin
Pensyarah Undang2 IIUM
sebagai menjawab kepada Naspazi bahawa pandangan saya bias seperti dapat dilihat di didalam blog Marhean;
SELAYANG PANDANG KECAMUK POLITIK DI PERAK
Oleh: Naspazi - 22 Mac, 2009 -
http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html
Aku teringat satu kisah lawak waktu sekolah rendah dulu. Waktu tu aku terpaksa ikut abah aku datang ke Shah Alam kerana dia belajar di UIA kat PJ. So kami kena tinggal di Seksyen 6 Shah Alam. Aku pula masuk Darjah 3 di Sekolah Rendah Sek. 6 Shah Alam.
Waktu tu cerita kartun yang paling best, mestilah 'Thunder Cats'. Aku ni asal budak kampung so aku tanya la Abah aku 'Thunder Cats' tu apa maksudnya... so abah aku pun kata maksudnya 'Kucing yang Kuat'.
Di sekolah rendah tu pulak, aku masuk kelas yg paling corot.. yelah masok pun dah pertengahan jalan, tambah pulak aku dari kampung, tak kanlah cikgu nak masokkan aku kelas budak2 pandai.
Satu hari, aku bersembang dgn beberapa org murid pasal cerita "Thunder Cat", aku cakap "Thunder Cat" tu cerita "Kucing yang Kuat". Tapi ada seorang murid tu kata "Thunder Cat" ialah cerita "Kucing Guruh".
Apa lagi, berdebatlah aku dengan kisah "Kucing yang Kuat" dgn cerita kawan aku "Kucing Guruhnya itu". Dia tanya aku dari kelas mana, maka aku jawablah aku dari kelas corot. kawan aku tu pun apa lagi, terus dia cakap "akulah yg betul sebab aku dari kelas A"
kah...kah...kah...kah........
kah...kah...kah...kah........
Aku teringat satu kisah lawak waktu sekolah rendah dulu. Waktu tu aku terpaksa ikut abah aku datang ke Shah Alam kerana dia belajar di UIA kat PJ. So kami kena tinggal di Seksyen 6 Shah Alam. Aku pula masuk Darjah 3 di Sekolah Rendah Sek. 6 Shah Alam.
Waktu tu cerita kartun yang paling best, mestilah 'Thunder Cats'. Aku ni asal budak kampung so aku tanya la Abah aku 'Thunder Cats' tu apa maksudnya... so abah aku pun kata maksudnya 'Kucing yang Kuat'.
Di sekolah rendah tu pulak, aku masuk kelas yg paling corot.. yelah masok pun dah pertengahan jalan, tambah pulak aku dari kampung, tak kanlah cikgu nak masokkan aku kelas budak2 pandai.
Satu hari, aku bersembang dgn beberapa org murid pasal cerita "Thunder Cat", aku cakap "Thunder Cat" tu cerita "Kucing yang Kuat". Tapi ada seorang murid tu kata "Thunder Cat" ialah cerita "Kucing Guruh".
Apa lagi, berdebatlah aku dengan kisah "Kucing yang Kuat" dgn cerita kawan aku "Kucing Guruhnya itu". Dia tanya aku dari kelas mana, maka aku jawablah aku dari kelas corot. kawan aku tu pun apa lagi, terus dia cakap "akulah yg betul sebab aku dari kelas A"
kah...kah...kah...kah........
kah...kah...kah...kah........
Prof Shad antara lainnya;
(i) akur bahawa adalah hak Sultan untuk atau tidak membubarkan DUN;
(ii) akur adanya ruang dimana undi tidak percaya boleh juga diraih diluar sidang DUN;
(iii) akur bahawa tindakan wakil-wakil rakyat dan DUN melompat adalah dibenarkan oleh Undang2;
(iv) terbuka (tanpa memberikan jawapan) dalam isu samada Sultan mempunyai kuasa memecat MB Dato Seri Md Nizar; Prof Shad tidakpun mengatakan pemecatan itu tidak sah;
(v) akur bahawa MB dilantik oleh Sultan mengikut pandanganya seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majoriti;
Prof Shad bagaimanapun tidak memberikan apa-apa jawapan samada perlantikkan MB Dato Zambri sah – tapi Prof Aziz kata tak salah disisi undang2 cuma tidak wajar. Berbalik kepada apa yang Prof Shad akur – Sultan melantik MB mengikut pandangannya (budibicara/ kewajaraanya) siapa yang berkemungkinan (likely) meraih sokongan majoriti ADUN – perlu ambil perhatian bahawa Prof Dr Shad (did not rule out) tidak menolak kemungkinan meraih undi sokongan majoriti diluar sidang itu sah;
Ujar Prof Dr Aziz Bari;
“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
Komen saya (Dr Abdul Rani) > untuk mengatakan perlantikan Dato Zambri itu tidak salah, pemecatan MB Dato Seri Md Nizar mestilah terlebih diterima sebagai betul dan sah,
Ujarnya lagi;
"Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa Sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat."
Persoalan saya (Dr Abdul Rani) – jika sudah tidak salah perlantikkan MB Dato Zambri – tak ke sakit (kesalahan jenayah) Speaker DUN Perak dan kuncu2nya bila menggantungkan mereka dari menghadiri sidang DUN dan menjalankan tugas mereka kononya tindakan mereka menyalahi peratutan Tetap DUN. Keputusan Sultan melantik MB Dato Zambri dan exxconyakan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya seperti Prof Dr Aziz sendiri ujar? Tambahan pula, kata Prof Dr Shad, Speaker DUN tidak boleh menghukum ADUN tanpa mendapat pengesahan ADUN disidang DUN – maka penggantungan itu pun tak sah.
- persoalan saya (Dr Abd Rani) kepada Naspazi > bukankah itu semuanya menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa bila Dato Zambry dan Exconya digantung?
(vi) mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada Speaker DUN mempunyai kuasa mengatasi Suruhanjaya Pilihanraya yakni apakah Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kuasa atau tidak mempertikaikan keputusan Speaker. Prof Shad tidakpun mengatakan Speaker berkuasa keatas Suruhanjaya Pilihanraya; Bukanklah ini bermakna ada kemungkinannya?
(vii) Mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada mencabar (saman) keputusan Sultan suatu perbuatan derhaka?
Komen saya: jika jawapannya adalah “ya”> bukankah ianya suatu kesalahan samada dibuat atas kapasiti individu ataupun parti politik?
(viii) Bolehkah Sultan (tanpa memberikan jawapan) disaman dimahkamah terhadap tugas/ keputusan rasmi Baginda? Prof Dr Shad tidak kata bolehpun dan juga tidak kata tidak boleh. Karpal Singh kata boleh (tapi sampai sekarang beiau tidak menyaman Sultan –malahan telah didakwa dibawah Akta Hasutan.
> Prof Aziz menyatakan Sultan tetap kebal kecuali dalam tugas peribadinya sahaja – maka apahalnya menyaman Sultan? Bukankah ujar Prof Dr Aziz bermaksud Sultan tidak boleh cabar (disaman)?
(ix) Sidang DUN boleh dibuat ditempat lain –
- komen saya (Dr Abdul Rani) ialah Sultan tidak boleh membiarkan tiadanya sidang dibuat melebihi 6 bulan. Bermakna kuasa mengadakan sidang sebenarnya (ultimately – kata putus) ditangan Sultan. Maka jika Sultan tidak membenarkan sidang dibuat lagi – apakah sidang dibawah pokok itu boleh ditakrifkan halal atau “perhimpunan haram”?
Pada pendapat saya, disini Prof Shad (with due respect –saya belajar Undang2 Perlembagaan bahawa Prof Shad sebenarnya ditahun 1984 –ditahun satu) telah “khilaf” (erred). Saya amat menghormati pandangan Prof Dr Shad bekas guru saya, dan begitu juga Prof Dr Aziz, rakan sejabatan dan seFakulti. Hormat-menghormati pandangan suatu sama lain adalah lumrah – tak perlu emosi. Namun, pendapat saya berbeza dalam isu ini – sidang DUN bawah pokok bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak kerana tidak mendapat perkenan Sultan bahkan dilarang diadakan sama sekali –sebab itulah setiausaha DUN itu “mengunci” Bangunan DUN.
Penghujungnya, adalah tersasar untuk seseorang mengatakan bahawa pendapat itu bias (senget pandangannya) hanya kerana pendapatnya tidak memihak kepadanya tetapi “terpuji” jika memihak kepadanya. Prof Dr Shad pun dah mengatakan walaupun dengan kekesalan (unfortunately) bahawa lompat melompat adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan.
Apakah Naspazi boleh persetujui dengan saya bekenaan perkara-perkara (statement of agreed facts) berikut?;
(i)lompat itu sah (Prof Shad);
(ii)Perlantikkan MB Dato Zambri sah (Prof Aziz)
(iii)MB dilantik oleh Sultan mengikut pandangannya
(budibicara/ kewajarannya) seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majorit (Prof Shad ia, namun Prof Aziz juga?)
(iv)Penggantunggan Dato Zambri dan exconya tidak sah (Prof Shad kerana perlu mendapat kelulusan semasa sidang DUN)
(v)Bubar DUN adalah prerogative Sultan (Prof Shad)
(vi) Sltan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya (Prof Aziz)
Prof Mdya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Public law Dept) IIUM
hujah balas kepada hujah balas Naspazi
Dibawah – petikan apa yang dinyatakan Prof Dr Shad Faruqi;
http://mt.m2day.org/2008/content/view/19676/84/
AN AVALANCHE OF LEGAL ISSUES
Posted by admin
Wednesday, 25 March 2009 08:22
REFLECTING ON THE LAW By SHAD SALEEM FARUQI (The Star)
The legal skirmishes triggered by the four Perak assemblymen who defected have sullied the reputations of several hallowed institutions and opened up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
THE four Perak Assemblymen who slithered down the treacherous slope of defections could not have anticipated the political and legal avalanche they have triggered.
The punches and counter-punches and the legal skirmishes over issues of procedure and substance are opening up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
Several constitutional institutions, including the state’s Sultan, the Election Commission, the Attorney-General’s office, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commis¬sion, the State Speaker and the Secretary to the State Assembly, have become embroiled in the controversy and have had their good names sullied.
The judiciary has not been spared.
When the case first reached the courts, a Judicial Commissioner gave judgments that defy understanding. To have a Judicial Commissioner and not a senior High Court judge presiding over this novel constitutional case was indeed disappointing.
Hearings were not in open court but in chambers. The Speaker of the Perak Assembly was declared to be a public servant despite indisputable legal evidence that he is exempted from such a definition.
The Speaker was not allowed to be represented by private lawyers. He was not even allowed to represent himself!
There was an unbelievable ruling that no conflict of interest existed in the state legal adviser representing the unwilling Speaker against the state government!
These initial judicial missteps were fortunately corrected on appeal but they left a bad feeling and sullied the reputation of a hallowed institution whose resurgence we were all praying for.
Defections: As opposed to the stability of the American presidential system, governments in parliamentary democracies often rise and fall because of political defections.
Unfortunately, the right to disassociate and re-associate is part of the fundamental right to association under the Federal Constitution’s Article 10(1)(c) and the decision in Nordin Salleh (1992).
We need a constitutional amendment to Articles 10(1) and 48(6). There are eminent legal models available in other Commonwealth countries. MPs and Assemblymen who hop midstream should be required to vacate their seats and seek a fresh mandate from their constituency.
Dissolution: The right to refuse a premature dissolution is an undoubted constitutional discretion of the Sultan under Article 18(2)(b) and 36(2) of the Perak Constitution.
We have instances in Kelantan in 1977 and in Sabah in the 90s when requests by MBs for premature dissolution were politely turned down. Judicial authority in Datuk Amir Kahar (1995) confirms the non-reviewability of this discretion.
Even if it is argued that the Sultan was bound by constitutional convention to pay heed to the advice of the then beleaguered MB, it must be noted that constitutional conventions are not law. They are rules of political morality that are non-enforceable in a court: Government of Kelantan v Government of Malaya (1963).
Dismissal of MB: This poses more complex issues. Article 16(7) of the Perak Constitution implies that the Sultan has no power to dismiss an MB. An MB’s cessation of office must come about by resignation under Article 16(6):
“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”
The Sarawak case of Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) ruled that lack of confidence may be demonstrated only by a vote of no-confidence in the Council Negeri. Factors outside the Council Negeri are irrelevant.
The High Court will have to decide whether to follow Ningkan or to distinguish it on many grounds, among them, that in Sarawak in 1966 the Assembly was in session when the Governor sacked Ningkan. In Perak, the Assembly was in adjournment and a vote on the floor was, therefore, not possible.
The High Court may also note that Article 16(6) does not make any explicit reference to a vote of no-confidence in the Assembly. It uses the words “confidence of the majority of the members of the Assem¬bly”.
The Privy Council in Adegbenro v Akintola (1963) and the Sabah High Court in Datuk Amir Kahar (1995) have held that factors other than a vote of no confidence can be taken note of in determining the question of confidence, and that there is no limitation to the consideration of factors outside the Assembly.
There was an additional complication. The Speaker of the Assembly declared that the hoppers had ceased to be members of the Assembly. With them excluded, Nizar disputed the loss of confidence and therefore refused to resign under Article 16(6).
In such a stalemate, did the Sultan have a residual, prerogative power to dismiss Nizar? In addition could His Highness rely on section 47 of the Interpretation Act that the power to appoint includes the power to dismiss? The court has to decide.
Appointment of MB: This is a discretionary function but is controlled and structured by constitutional guidelines. The Sultan has to appoint someone who, in his opinion, is likely to command the confidence of the State Assembly.
If there is a clear-cut leader with the requisite numbers, the discretion of the Ruler is merely nominal. But in an Assembly where no one has a clear majority, (a “hung Assembly”) the Sultan’s personal discretion acquires great significance.
In this case, the Sultan was obviously of the view that Zamri had the requisite numbers and therefore swore him in. The Sultan relied on face to face, separate interviews with the actors involved. The court will have to determine whether this manner of determination is legally justified.
Along with the above contentious issues there is a whole range of controversies that the Perak crisis has engendered.
Powers of Sultan: Can a Sultan be sued in the courts for his official acts? Is a threat to sue tantamount to sedition or treason?
Speaker’s powers: If open-dated resignation letters have no effect, as was determined in Datuk Ong Kee Hui v Sinyium (1983), can the Speaker still rely on them to declare that four Assembly seats have fallen vacant?
Is the Election Commission bound by the rulings of the Speaker on this point or can it decide on the issue independently?
The Speaker of an Assembly is indeed the master of proceedings and procedures in his Assembly, but does his power go so far as to declare seats vacant and to deprive members of their legal right to attend? Is his decision absolutely unimpeachable in any court?
In India, courts do not refrain from pronouncing on the validity of decisions in the House if human rights or constitutional issue are involved.
If the Assembly was not under prorogation but merely under adjournment, can the Speaker convene it on his own without an order from the Sultan?
Who must issue the summons, the Speaker or the Secretary to the Assembly? Does the Speaker have the power to dismiss a disobedient Assembly Secretary?
Privileges committee: The committee has undoubted powers to try members for contempt. But its decisions are not final and any recommendation to dismiss, suspend or discipline members must be confirmed by the Assembly.
Immunity of members: There is no legal bar to the Assembly meeting outside its official premises. The constitutional issue is whether those, including the police, who obstructed the Assembly from meeting are liable to punishment by the Assembly for contempt?
Likewise, are the police and the Anti-Corruption Commission guilty of serious breach of the privileges of the Assembly by questioning the Speaker and Privileges Committee members for their official conduct?
These are serious triable issues. Our answers to them must not be based on expediency or political partisanship but on well established principles of constitutional law.
Dr Shad Faruqi is Professor of Law at Universiti Teknologi MARA.
Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Cut n paste komen saya dari blog - http://drhalimahali.wordpress.com/2009/04/01/hujah-peguam-shafee-abdullah-dipatahkan-oleh-ahli-panel-lain/
HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN
April 1, 2009 at 8:22 am (Bar Council of malaysia, CONSTITUTON OF MALAYSIA
Rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM
1. tongkatmusa said,
April 1, 2009 at 1:56 pm
Ahli2 panel UiTM akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.
Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.
Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.
Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.
Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact)
Berkenaan Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?
Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, Fasal 10 Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto)dibawah Fasal 10 undang2 Tubuh Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat. Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.
Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.
Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.
Adakah hanya 3 ADUN - dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan? Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUN yang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?
Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy.
Indeed sivakumar is brave enough in thinking that he was above and over the Election Commission.
Whether wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.
Soalan seterusnya adalah, adakah dia mengatasi Sultan pula bila menggantungkan Dato Zambri dan EXCOnya?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Public Law) IIUM
The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy.
Indeed sivakumar is brave enough in thinking that he was above and over the Election Commission.
Whether wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.
Soalan seterusnya adalah, adakah dia mengatasi Sultan pula bila menggantungkan Dato Zambri dan EXCOnya?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Public Law) IIUM
Hari ini (14hb April 2009) Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Federal Court) yang diketuai oleh Presiden Makamah Rayuan (ambil perhatian bahawa Presiden Mahkamah Rayuan juga adalah Hakim Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepakat bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan samada keputusan pergantunggan Dato Zambry dan Exconya dari menghadiri sdiang itu mengikut undng-undang atau tidak (sah atau tidak).
Sebelum ini (awal April) mahkamah telah menolak bantahan awal bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidangkuasa menentukan isu peruntukkan dalam perlembagaan negeri hanya isu perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini bagaimanapun tidak berjaya kerana Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan sebelum ini memulangkan “paku buah keras” kepada Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peruntukkan perlembagaan negeri bukan sesuatu yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.
Disegi ini, pada pandangan itu ada betulnya namun tidak tepat kerana Mahkamah Rayuan terlupa bahawa bidangkuasa Mahkamah Persekutuan meliputi bukan sahaja bidangkuasa Rayuan (appellate) tetapi termasuk bidangkuasa2 seperti Penyelian (supervisory), bidangkuasa semakan (revisionary) dan bidangkuasa asal (original). Malahan biangkuasa Mahkamah Persekutuan merangkumi dan melewati (goes beyond) apa-apa bidang kuasa yang terdapat pada Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Rayuan. Maksud saya, Mahkamah Persekutuan tidak sekadar (walaupun kebiasaannya) mendengar rayuan dari mahkamah Rayuan (Court of Appeal) seperti difahami ramai. Lihat Courts of Judicature Act 1964,
Tidak lama kemudian (9hb April) Mahkamah Persekutuan memutuskan lagi bahawa Suruhanjaya Pilhanraya (dibawah Akta Pilihanraya) adalah kuasa menentu samada terdapatnya kerusi kosong DUN(casual vacancy) bukannya Speaker.
Kini pula (14th April) , Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan bahawa mahkamah persekutuan ada bidang kuasa mendengar dan menentukan samada Speker Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan tugas MB (Dato Zambry) dan Exconya selama 18 bulan dari menghadiri sidang DUN. Dibawah Artikel 44 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) Zambry dan 6 ahli ECO lain -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon deklarasi penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal (null and void).
Halangan demi halangan (melalui bantahan awal) Sivakumar bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kuasa Speaker ternyata gagal. Pada pandangan/hujah mereka, Mahkamah (Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan, Persekutuan) tiada bidangkuasa mendengar dan menentukan samada tindak tanduk speaker yang kononnya kebal berdasarkan Artikel 72 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) yang menyatakan bahawa kesahan (validity) apa-apa prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamahpun.
Isunya kini ialah Setelah bantahan awal sivakumar gagal, persoalannya sekarang adalah samada Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan MB Dato Zambri dan EXconya. Dalam hal ini apa itu "prosiding" menjadi isu penting?
Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan spekaer tiada kuasa menggantung MB Dato Zambry dan Exconya, bermakna masaalah besar akan menimpa Spekaer kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).
Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;
121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.
Maka, apakah pergantunngan MBDatZambry dan EXCONya sah?
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html
FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009
Deterministic Chaos In Perak
Here is a news report from the New Straits Times today:
Karpal stumped by Sivakumar's decision
IPOH: Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively.
Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar's decision to order the suspension. Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors.
He said Sivakumar's decision must be endorsed by the house.
Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly's Standing Orders prior to Wednesday's hearing before the Rights and Privileges Committee.
"I was shocked upon hearing Sivakumar's decision. We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it. "By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves.
"I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind," said a PR lawmaker.
Karpal’s suggestion that Sivakumar should put the suspension to the Assembly first is echoed on both sides. Perak UMNO Youth secretary Hang Tuah Din cited Rule 72(2) of the Standing Orders stating :
“when the House was not in session, a state representative could complain to the Speaker of any offences. The Speaker, if satisfied that the offence appeared to have been committed, could refer it to the Rights and Privileges Committee. In turn, the committee must report it to the Assembly”
“It is clear he (Sivakumar) should have referred the matter to the Assembly, and not made a decision,” Hang Tuah told a press conference.
Hang Tuah Din’s statement tallies with Karpal’s view.
According to another comment, by not following the proper procedure, the Speaker has become “the investigator, the prosecutor and the judge at the same time” when such a decision by the Privileges Committees should have been referred to the House.
The Perak Assembly does not meet until April. Logically the Speaker cannot suspend any member of the Assembly until then. Pending the vote, the MB and the six Excos are not suspended. And when the Assembly sits in April, the MB and the six Excos targeted by Sivakumar must also have the right to vote over their own suspension. Otherwise it is as good as a confirmed suspension already and a mockery of the whole process.
(Imagine a situation where a Speaker goes berserk and suspends say 28 members of the Assembly. Why not? If the Speaker can suspend six Excos and the MB, why not suspend 12, 18 or 28 members of the Assembly?)
More importantly if you suspend an MB and six Exco members, how does the State Government function? How does this help the people of Perak? No matter how tasty or distasteful, the State of Perak and its people do not have an effective Government to rule its affairs. Is this what the Speaker Sivakumar really aims to do?
Granted that Sivakumar has a serious axe to grind with the new MB over the change in the Perak State Government. But that does not justify his present action. Suspending an MB and six Exco members on some excuse that they showed contempt to the State Legislature appears frivolous.
Again I can smell the presence of His Ineptitudeness here.
The suggestion that the MB and his Exco take this matter to Court to set aside the suspension imposed by the Speaker is sound. It must be pursued urgently.
If the Court sets aside the Speaker’s action, it is possible that it will be Sivakumar who is in contempt. This must be thought through extremely very carefully but Sivakumar can also be held in breach of other laws.
In my view treason against the Sultan is not an issue because Sivakumar has not denied that Zambry Kadir is the new MB of Perak. He recognizes the Sultan’s appointment of Zambry as the new MB. He has merely suspended the MB and six Excos based on procedure which does not seem right.
Lihat juga;
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html
http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html
Sidang bawah pokok pula?
Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)
Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”
Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.
Pun begitu,
PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”
Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.
Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.
Baru-baru ini, MB Perak Dato Zambry ada menyatakan disuratkhabar (13hb April) beliau akan meminta perkenan sultan untuk mengadakan sidang DUN dan menasihati Speaker DUN supaya bertindak mengikut Undang2.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang2Awam) IIUM
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html
Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430
Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry
LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.
Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.
Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.
Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.
Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok ataupun awal minggu depan.
Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. - Bernama
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517
April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted
PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.
Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.
Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.
Zambry and the six -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon -- brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM
Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah disisi undang2. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.
Perlu ingat bahawa mahkamah Persekutuan sudahpun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.
Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah.
Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?
Bermakna masaalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).
Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;
121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM
Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.
Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?
Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.
Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.
“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).
Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (jabatan Undang2 Awam) IIUM
Perhatian: Disini saya hanya memberikan pandangan undang2 saya. Bukankah diblog ini kita bole bertukar2 pendapat dan pandangan secara informal? Banyak lagi pandangan lain yang bole juga dipertimbangkan oleh pembaca diblog ini - terserah. Mahkamah yang buat keputusan bukan saya - dan pandangan Mahkamah mengikat pihak yang bertelagah.
Apapun keputusan Mahkamah (betul atau tidak, setuju atau tidak) mengikat pihak2 yang bertelagah. jangan pula kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, kita pula yang bertelagah.
Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Petikan (beberapa saja) dari;
http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html
Saturday, April 18, 2009
ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN
Assalamualaikum,
Oleh
Mohamed Hanipa Maidin
Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Komen saya (Dr Abdul Rani):
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517
April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted
PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (sedikit petikan sahaja).
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
Komen saya (Dr Abdul Rani):
Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
Komen saya (Dr Abdul Rani):
Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.
Seterusnya, terpulang kepada PendakwaRaya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apa perbezaan diantara "berhenti makan sebelum kenyang" dengan "jangan makan sampai kenyang"? atau air "separuh penuh" dengan "separuh kosong"?
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Fakulit Undang2 IIUM
Assalamualaikum,
Saya baru balik dari mendengar keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara DS NIzar vs Zambry.
Mahkamah memutuskan DS NIzar masih MB Perak yang sah.
Dalam keputusannya hakim menggunakan kes Stepehen Kalong Ningkan sebagai rujukan dan membezakan antara kes Amir Kahar.
Kebanyakan intipati keputusannya adalah lebih kurang dengan hujah yang saya kemukakan sebelum ini.
Cheers....
Post a Comment