Tuesday, September 15, 2009

Kalaripayat Sang Samy

Sandiwara politik terkini Samy Vellu mengesahkan status mahaguru beliau di dalam lapangan seni kalaripayat politik MIC. Kepada perwakilan yang malang tersebut, seandainya ucapannya memang tidak bertujuan mengikut skrip asal mahaguru kalaripayat MIC itu dan hanyalah dibuat atas usaha gigih beliau untuk membodek mahaguru Samy, wajib bagi kita untuk ucapkan kepadanya selamat maju jaya di dalam menghadapi tindakan disiplin keatasnya.

Kepada Samy Vellu dan segmen pengikutnya di dalam MIC, kita ucapkan selamat menjalankan usaha transformasi dan penjenamaan semula cap MIC. Semoga seni kalaripayat versi mahaguru Samy akan terus kekal bersemi di dalam MIC hendaknya. Keunikan seni kalaripayat versi ini amat perlu dikekalkan dan diteruskan memandangkan kelainan senjata/perisai yang digunakan di dalam teknik menyerang dan bertahan yang tidak pernah digunakan di dalam mana-mana cabang kalaripayat hatta di India sekalipun. Hanya mahaguru Samy satu-satunya yang mempelopori teknik kalipayat yang menggunakan LIDAH (seelok-eloknya) BERCABANG sebagai senjata (dan sekaligus sebagai perisai) setakat ini.

Pastinya keseluruhan warga BN amat berbangga dengan adanya mahaguru MIC yang unik ini untuk terus menerajui dan mencaturi agenda membela masyarakat India di Malaysia.

Dikemaskini (3.47pm):

“With the powers vested in me as the president under the MIC constitution, I have suspended the membership,” Samy Vellu said in a statement on Tuesday.

Buah pemati kalaripayat sang samy, baca MIC suspends delegate who suggested slipper garland for Dr M (Update 2)

4 comments:

CCZ said...

Samy Vellu mencipta sejarah tersendiri. Orang yang sombong ni sebenarnya tak lama sangat. Dahulu mungkin dia benar-benar diterima oleh kaumnya sendiri tapi masa telah berlalu untuk dia terus bergelar Presiden MIC. MIC baginya ialah MATI I CUTI

kelambuharimau said...

entahla bila MIC ni nak tolak sammy vellu kasi turun,bikin susah aje dia kat atas sana

Semerah Padi said...

Tuan LK,

Mahaguru yang pada suatu ketika dahulu berstatus Menteri Penuh (portfolio yang power pula tu) serta Presiden MIC telah di "thrashed" kan oleh pengundi-pengundi di kawasan beliau wakili (diwakili sekian lama pulak tu) oleh seorang MUKA BARU dari parti pembangkang.

Bukankan ini isyarat yang teramat jelas dari mereka-mereka yang majoritinya tidak berada dalam parti MIC? Oleh itu kemenangan puak-puak Samy Vellu dalam pengundian MIC baru-baru ini tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur kepopularitian Samy Vellu.

Rakyat tidak mahu tengok muka Samy lagi! Lebih-lebih lagi bila beliau telah lupa serta agak biadap kepada Tun Mahathir.

Adalah lebih baik BN, terutamanya UMNO memperhalusi kehadiran MIC di dalam BN sekiranya Samy Vellu & geng masih memberi nama busuk kepada MIC.

"Negaraku Malaysia"

Semerah Padi

Lawyer Kampung said...

CCZ, kelambuharimau & semerah padi, terimakasih kerana memberikan pandangan saudara/saudari di sini.