Friday, September 04, 2009

Tidak perlu curahkan minyak...

Minyak kalau dicurah kepada api, jangan ceritalah akibatnya. Kalau api dilawan dengan api, pun jangan kita ceritalah natijahnya.

Khabarnya besok ada acara "candle light vigil" pula bagi membantah demonstrasi kepala lembu. Hendak cari apa sebenarnya berkumpul ramai-ramai tanpa permit buat bantahan di Dataran Merdeka besok? Bukannya bawa faedah, bawa bala mungkin.

Kalau kepinginkan sangat satyagraha ala gandhiji pun, perlu juga kita tengok masa dan tempatnya. Kita di Malaysia, dan dalam tahun 2009 bukan di India dalam tahun 30an. Tidak perlu vigil, tidak perlu berkumpul, umum sudah faham apa yang berlaku dan kenapa ianya tidak sepatutnya terlanjur sehingga ke peringkat mana yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini. Masing-masing ada hak, masing-masing ada perasaan, itu semua kita ada faham... biarkan kerajaan (negeri dan pusat) yang saudara-saudari pilih yang selesaikannya. Jangan bagi mereka makan gaji buta. Biar mereka yang bekerja bukan kita. Tidak perlu protes, tidak perlu simbahkan minyak ke api....



13 comments:

eddy said...

Bro, saya perhati ada elemen-elemen anarkis yang cuba menghasut untuk mengeruhkan keadaan. Polis mesti bertindak dengan tegas dan tidak berlembut dengan pengikut candle vigil ini.

Patut malam ini Polis sudah sediakan lori-lori untuk mengangkut orang-orang yand ditahan yang engkar arahan IGP supaya tidak ada perhimpunan candle vigil didataran Merdeka.

Kalau pengikut candle vigil ini berdegil jangan belantan mereka, gari dulu dan angkat mereka kedalam lori polis dan terus hantar ke lokap di merata Kuala Lumpur. Esuknya charge mereka di Magistrate court for public nuisance.

Kalau isu kepala lembu ini dibiarkan terbakar dan dipergunakan oleh pihak Pakatan Politik yang tidak bertanggungjawab mungkin negara ini akan diancam dengan rusuhan ugama dan kaum sekali lantas lebih teruk dari rusuhan May 1969.

The time for talking and warnings must stop, PDRM must take stern effective action to douse the fire of hatred.

dinturtle said...

Salam Tuan Lawyer,

Ini dah terang2 mengambil kesempatan atas apa yang terjadi.
Sesiapa yang turut serta dalam vigil tersebut sememangnya bodoh macam lembu, tak tercapai akal yang letaknya dikepala lutut.
Penganjurnya pula memang ular, licik dan lidah bercabang.

Sekarang saya mula faham bagaimana rusuhan kaum 69 boleh berlaku.. history is repeating itself, slowly but surely. New players (almost) but the same species - ular and lembu !

3Abdul said...

ini semua tak lain nak cari pasal la ni..

guruji mana yang hang peluk tu? hehe!

Lawyer Kampung said...

bro 3Abdul, haha.. tu LK dengan mahatma gandhi tu..somewhere kat Marylebone Road ;)

Bro eddy & dinturtle, understand your concerns.

Cikgu Adham said...

slm sheikh..
betul tu buat apa la kumpul ramai2 buat kerja yang tak faedah macam tu..
baik kumpul ramai2 kat masjid dengar kuliah belajar kitab2 agama yg masih lagi tak belajar tu... kalau kumpul kat masjid belajar fardu-ain tu liat plak... sedangkan yg tu wajib.. apa nak jadi msyrkt akhir zaman, lebih suka buat perkara yg remeh temeh berbanding perkara wajib..

Lawyer Kampung said...

Salam cikgu adham, betul kata cikgu tu...Terimakasih kerana berikan pandangan. Btw, bilo tuan sheikh kito nok kelik mengajar di koleq? ;)

Semerah Padi said...

Tuan LK,

Mungkin ini bertujuan untuk menenggelamkan isu sebenar yang dihadapi penduduk Shah Alam berkenaan:-

1. Gangster di Seksyen 19
2. Kuil terlalu dekat dengan perumahan
3. Cadangan tapak baru kuil tidak dipersetujui oleh penduduk
(4. Kes Anwar?)

Ada orang spin (MT, Malaysia kini?) yang kuil asal tu dah ada kat situ lebih 150 tahun dulu. Tapi saya baca, ia bermula dgn bangunan kecil serba ringkas yang dibangunkan secara haram di atas tanah PKNS.

Walau apapun, "kepala lembu", "hishamuddin" "candle vigil" nampaknya bertujuan untuk mengalihkan pandangan ramai terhadap isu sebenar, iaitu masalah penduduk Shah Alam tersebut.

"NegaraKu"

Semerah Padi

satD said...

Cantik gambor kamu dg Gandi ye....


sikit2 candlelight vigil....so so christian.....ape nak jadi....

kluangman said...

Mereka sekadar mengesahkan merekalah lembu sebenarnya, kalau tak nampak sebab depa gelap sangat, pasang lilin dan saksikanlah...

Dari dulu lagi dah diperkatakan, dipesankan, puak ni jangan bagi pangkat sikit, jangan bagi uniform sikit, jangan terlebih sikit diberi perhatian - kelak menjadi jadi, mengada ngada...

Lawyer Kampung said...

Tuan Semerah Padi, di mana ada gula pasti di situ ada semutnya, di mana ada krisisnya, pasti di situ juga ada yang akan menangguk di air keruh.. ;-) Terimakasih kerana pandangan saudara

Satd, hensem dak gua bro? ka Gandhi hensem lagi? :D

Kluangman, bro terimakasih untuk komen saudara :)

Anonymous said...

But for the hair, the clothing and the white moustache, you guys sure look alike. Mind-wise, some intellectual similarities are there, although it would be interesting to gauge his reaction towards the lembu issue.

The hand on the shoulder by the neck, is a good pre-emptive move should the stick decides to come to life.

Perhaps Sonia could be reached for some comments. The italian mama i'm sure has had enuff curry to spice up the issue. And if unclear, then some spaghetti should project clarity although it might be a bit slimy for some.

The whole episode brought to mind the proverb [never seen in any officially printed documentation - at least to these eyes ]- bodoh mcm lembu". Personally, to go after its head was uncalled for.

To abuse a God-given creature , dead or alive, smellls and spells lack of intelligence in any language. No matter what the purpose is.
And for that , its survivng siblings may term us as "bodoh lebih dari lembu".

Perhaps we've had too much of otak lembu on our plates.

Perhaps we,ve forgotten how vital they are ( and the goats too ) for qurban and aqiqah.

Perhaps we should be pondering why they are highly regarded by Him.

And while our brains are still functioning, perhaps we could learn to live in peace as they do while grazing those green or brown grass, no matter where that may be.

Perhaps they are not bodoh at all.

Perhaps we are.

** AC **

Lawyer Kampung said...

AC, nicely put sir ;)

Anonymous said...

Ini negara demokrasi, tak salah kalau nak berkumpul secara aman, cuma jangan jadi macam demontrasi macam lembu-lembu kat seksyen 23 cukuplah. Patutnya lembu-lembu ni dululah di tangkap masuk kandang ISA.