Thursday, March 26, 2009

Saf MT UMNO 2009: Ampuh & Padu?

Keputusan penuh pertandingan kerusi2 tertinggi di dalam PAU 2009 mengembalikan semula keceriaan terhadap "kemalapan" yang menyelebungi PWTC semalam. Dengan kemenangan Muhyiddin Yasin, barisan Naibnya dan terpilihnya sebahagian nama-nama pemimpin yang telah sedia terbukti tahap kepimpinan, daya kerja dan visi mereka di dalam barisan ahli-ahli Majlis Tertinggi memberikan sedikit harapan kepada UMNO di dalam usaha pemulihannya.

Saya teringat cerita seorang rakan yang menceritakan bahawa terdengar cakap-cakap di kedai kopi di kalangan perwakilan yang mengatakan bahawa terdapat golongan "ulul-albab" dan teknokrat di dalam senarai calon yang bertanding kerusi MKT yang perlu dimenangkan. Ini wajib kata mereka, demi survival parti. Dengan tersenarainya nama-nama yang mereka sebutkan di dalam barisan MT kali ini seperti Mustapha Mohamad (undi terbanyak), Norraesah, Idris Jusoh, Ahmad Husni, Saifuddin dan sebagainya telah menguatkan cerita kedai kopi oleh kawan saya tadi. Tapi itu sekadar cerita kedai kopilah...

Cuma yang agak menarik kali ini adalah dengan kegagalan pemimpin utama negeri-negeri yang diperintah oleh BN (Pahang, Perlis, Johor serta NS) untuk merebut kerusi MT. Walaupun mereka nanti lazimnya akan dilantik ke MT oleh Presiden, kekalahan mereka ini menjadi tandatanya apakah angin perubahan juga telah melanda negeri-negeri berkenaan? Begitu juga dengan tewasnya berapa nama-nama besar daripada kabinet kerajaan persekutuan sekarang di dalam pertandingan kerusi MT kali ini. Mungkinkah ini juga mensiratkan beberapa kehendak dan halatuju UMNO itu sendiri yang dizahirkan melalui pengundian kali ini?

UMNO patut bersyukur, kemalapan malam semalam sekurang-kurangnya tidak berterusan hingga ke malam ini. Dengan keputusan pemilihan malam ini sekurang-kurangya UMNO masih boleh menaruh harapan bahawa mereka telah berusaha sebagaimana yang terdaya untuk menghantar mesej yang sepatutnya kepada bakal-bakal pengundi di tiga PRK pada 7 April kelak. Cukup atau tidak usaha tersebut, betul atau tidak mesej yang ingin disampaikan, lihat sahajalah nanti keputusan PRK-PRK 7 April 2009 kelak.

dikemaskini semula

Nota kaki: Maaf kerana tidak dapat membuat update kepada blog ini dengan lebih kerap kebelakangan ini.

5 comments:

Zed Zachary said...

Saudara Blogger,

Syabas kepada semua calon-calon yang terpilih untuk menerajui UMNO dari Timbalan Presiden hinggalah ke Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang baru!! Syabas kepada semua perwakilan yang dengan jelas telah menunjukkan kesungguhan untuk mengubah nasib UMNO sekarang ini!! Sadly, the same can't be said for Pemuda though.. Bukannya apa..takut disebabkan nila setitik rosak nanti susu sebelanga!!

To the new President, do what is right for the people by ensuring that those who are proven corrupt shall be punished no matter what their position is in the party. Hidup bangkit mati berkuburnya UMNO rests squarely on your shoulder..

NO KHAIRY NO CRY CAMPAIGN!!

angkasawankampung said...

well, from my point of view.. we cant say for sure. Seperti kata pepatah Melayu, sedangkan pantai kan berubah apatah lagi manusia.

Kita, sebagai yang memilih dan mengundi, oleh itu kuasa di tangan kita dan kita perlu percaya atas apa yang kita pilih.

As for the winner, maybe we can't see what other people see but the fact that the majority choose he/she to lead them proving that majority see that he/she's got what it takes to be a leader. =D(peace)

Anonymous said...

tuan lawyer kampung,
tahniah untuk semua yang menang. cuma 'kemalapan' itu akan sedikit sebanyak menutupi sinar mentari untuk UMNO mara ke arah baru. malanglah di dalam barisan pemuda terdapat ramai pengkhianat, pembelot dan petualang bangsa. namun harap-harap berkekalan semangat dan ikrar perjuangan untuk berbakti terutamanya dalam membela nasib golongan marhaein.jangan bila dah di langit tinggi bumi di bawah tidak dipeduli lagi sedangkan sebelumnya bumi adalah ayahku dan ayahmu jua.

Quantum Metal Consultant said...

Kepada penyokong Mukhriz yang masih terus kecewa, wajar tempat itu (Ketua Pemuda) tidak lagi dijadikan tempat keramat untuk berbakti kepada UMNO, masih ada ruang dan cara lain untuk meneruskan perjuangan ini.

Tidak perlu protes atau laporan polis, hentikan kerja sia sia yang terus meranapkan parti kerana UMNO kena dibangunkan semula dengan penyatuan ahli dan pemimpin walau berbeza pendapat. UMNO tidak mantap sekadar Najib dan UMNO tidak ranap sekadar KJ - UMNO akan hancur jika tidak bersatu.

Sudah terlalu lama politiking sehingga banyak agenda lain terganggu dan tidak tercapai, Melayu semakin jauh ketinggalan, Melayu semakin dipertikaikan dan Melayu sedang diperkotak katikan oleh Melayu yang lupa daratan bersekongkol dengan bukan Melayu yang lupa asal usul.

Jawatan adalah amanah untuk dipikul, jika ada kemenangan palsu ia akan akhirnya memakan diri. Biar masa menjadi saksi terpenting dan masa juga akan meletakkan seseorang yang benar untuk berada di puncak kuasa, atas izinNya. Persepsi emosi yang berlebihan sekadar merugikan semua.

Dan MASA sekarang dan MASA ini adalah MASA untuk menebus dosa dan kesilapan lalu.

luah fikiran said...

Barisan kepimpinan UMNO sudah dipilih. Ini adalah pemilihan perwakilan seramai hampir 2,400 orang mewakili lebih daripada 3 juta ahli UMNO. Diharapkan mereka yang dipilih ini adalah kalangan mereka yang dekat di hati rakyat. Penerimaan rakyat jelata adalah paling utama kerana mereka ini yang akan menentukan survival UMNO dalam PRU 13 nanti. Najib harus menjadikan pembentukan kabniet baru sebagai titik-tolak untuk membuat perubahan kepada UMNO. Najib mesti berani! Yang patut keluar dikeluarkan, yang patut kekal dikekalkan, dan yang patut dibawa masuk dimasukkan.Silap langkah, silap percaturan dan salah orang yang dilantik akan mengundang lebih banyak masalah kepada UMNO.