Friday, May 15, 2009

I am with the Bar Council on this!

1. Strongly condemns and denounces the wrongful arrest, detention and interrogation of the LAC Lawyers.

2. Strongly condemns and denounces the blatant transgression of the rule of law and the constitutional right of every person to counsel and access to justice.

3. Strongly condemns the unnecessary arrest and detention of those exercising their constitutional right to assemble peaceably.

4. Strongly condemns the arbitrary, improper and frequent resort by the police to section 28A(8) of the Criminal Procedure Code, thus denying an arrested person access to counsel and making the right provided under section 28A(3) meaningless.

5. Strongly condemns and denounces the appalling treatment of the LAC lawyers and all those held in custody, including compelling them to wear lock up uniforms and unnecessarily handcuffing them.

6. Strongly condemns and denounces the Police for deliberately refusing to disclose to their family or their lawyers any information in relation to the LAC lawyers after their arrest, including their location and their next course of action.

7. Calls upon the Inspector-General of Police to take immediate disciplinary action against the police officers responsible for the unlawful arrest of the LAC Lawyers and in particular, the OCPD of the Brickfields police station for this shameful incident.

8. Calls upon the Inspector-General of Police to take full responsibility for, and to explain, this gross abuse of police power.

9. Calls upon the Government to be committed to and to uphold the Rule of Law as enshrined in the Federal Constitution.

10. Reiterates its previous calls on the Government to establish the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) in its original form to serve as an independent external oversight mechanism.

11. Calls on the Government of Malaysia to uphold and defend the fundamental rights of advocates and solicitors to discharge their responsibilities to their clients in an environment free from threats and intimidation and unhindered by law enforcement agencies.

Extraordinary General Meeting of the Malaysian Bar

(15th May 2009)

Motion Dated: 8 May 2009 (Proposed by: The Bar Council President)

read more here.


Read also de minimis on the same issue, here. Further read, Is the Malaysian Bar pathetic? — Art Harun


15 comments:

de minimis said...

Bro LK

Sebagai peguam kami mempunyai peranan yang cukup penting untuk melindungi hak sesiapa yang ditahan oleh pihak Polis. Penahanan 5 peguam Biro Bantuan Guaman adalah tindakan yang keterlaluan. Mereka cuma nak memberi bantuan guaman. Apa kesalahan mereka? Lagi pun, mereka tiba ditempat kejadian (di luar Balai Polis Brickfields) selepas para penghimpun telah pun ditahan Polis. Macam mana pegawai Polis membuat kesimpulan bahawa 5 peguam ini membuat kesalahan adalah diluar jangkaan dan fikiran saya sama sekali.

Kejadian ini telah menjatuhkan prestij Polis.

Harap kejadian ini dapat diterima pihak Polis sebagai pengajaran supaya prosedur Polis dapat diteluskan lagi. Pihak Polis mesti tegas tetapi tenang pada setiap masa. Mereka perlu memahami dengan lebih mendalam prosedur dan hak individu yang termaktub dalam undang-undang negara ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sokongan saudara LK atas pendirian Majlis Peguam petang tadi.

Sebagai ahli profesyen yang amat disanjung tinggi ini, kami perlu sentiasa pegang kepada prinsip yang termaktub di dalam Pelembagaan Persekutuan, bahawa setiap individu mempunyai hak asasi untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam yang sedia membantu.

Lawyer Kampung said...

Bro de minimis, setuju 100% dengan pandangan saudara di atas ;-)

Antibarua said...

Peguam...sama seperti penarik kereta yang kemalangan...semuanya menangguk di air keruh. Rezeki di atas kesusahan orang lain...lagi mulia pembuat keranda,...

Akai ada ka

azreen said...

membantu mereka yang mereka memang mempuyai niat utk memburukkan polis dan negara itu adakah ianya hak asasi? bonafide?

de minimis said...

Inilah masaalahnya yang kebanyakkan orang kurang faham. Setiap individu mempunyai hak untuk mendapat bantuan dan nasihat daripada peguam kerana sistem perundangan selalu berwaspada (ataupun patut berwaspada) supaya keadaan dalam mana seseorang salah tuduh tidak timbul sama sekali.

Peguam tidak boleh buat keputusan atau mengikut perasaan sewenang-wenangnya. Kalau keadaan upama itu berlaku, sesiapa yang kata di salah dituduh tidak akan menerima sebarang bantuam daripada peguam. Habislah peluang beliau untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama.

Kami cuma nak sokong prinsip ini yang Majlis Peguam dipertahankan. Lain-lain benda mungkin kami tak sokong.

Lawyer Kampung said...

Bila menyokong, buka mata hati, insya Allah, bukan sokong membuta tuli. ;)

Terimakasih de minimis, antibarua & azreen untuk komen saudara-saudari.

Ramli Mohd Yunus said...

Tuan,

I am not a lawyer but I support all of you on this. Walau pun arahan, kita keseorang sebenarnya mempertahankan kebenaran bila berhadapan dengan Allah.

Saya tidak tahu apa justifikasinya tindakan OCPD itu. Saya kurang selesa dan tergangggu apabila kuasa diperlakukan sesuka hati.

Jangan berselindung disebalik arahan atau pun dalil dalil lain yang dipesongkan kerana kepentingan kelompok dan emosi.

Salah tetap salah. Tindakan terhadap peguam tersebut berjaya menambahkan kebencian rakyat kepada Kerajaan.

Anonymous said...

Sdr Lawyer Kampung,

1. Boleh saudara siarkan transkrip perbualan/perbalahan diantara peguam yang lima dan pegawai polis berkenaan.
2. Kenapa OIC di balai berkenaan tidak menyatakan bahawa mereka yang ingin dibela oleh peguam berlima telah menandatangani tolakan hak memiliki peguam?

Cepo

Quantum Metal Consultant said...

Dalam keadaan semasa, polis adalah betul dalam tindakan mereka terutama mencegah itu lebih baik dari merawat.

Dalam masa yang sama polis juga bersedia untuk dipertikaikan dari sudut undang2 lain. Mereka sedia menerima kesilapan secara terbuka jika undang2 dan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Mereka tidak membuat protes secara tidak beretika dan tidak juga melampau dalam mengambil tindakan secara majoritinya.

Tanggungjawab dan bebankerja polis mencakupi semua aspek dan bidang terutama social justice tetapi tidak seperti peguam yang hanya menjurus kepada pembelaan keatas satu satu pihak sahaja.

Lawyer Kampung said...

Tuan Ramli Mohd Yunus, terimakasih untuk komen saudara.

Cepo, saya tidak punyai transkrip yang saudara maksudkan.

Kluangman, terimakasih untuk komen saudara.

Anonymous said...

Semua disebabkan oleh tindakan PEGUAM yg kononnya berjuang atas nama keadilan tetapi sebenarnya nak TAMBAH PERIUK NASI mereka sahaja dengan MENGAMBIL KESEMPATAN diatas keadaan..

Kenapa PEGUAM MELAYU ISLAM tak menyertai peguam-peguam yang ditahan itu?? Kenapa kerana PEGUAM-PEGUAM yg ditahan itu hanya mengambil kesempatan danmempunyai MOTIF POLITIK..

Teramatlah senang untuk difahami TINDAKAN MEREKA..

Bagi aku tindakan POLIS adalah paling tepat!!

Anonymous said...

Perkara pertama orang ramai perlu tahu..

1. siapa kah yg lantik mereka utk mewakili??

2. mereka datang untuk mengOFFER diri..

3. kelayakan hak individu utk diwakili adalah selepas dia tahu hak dia perlu dilindungi BUKAN semasa dia melakukan perkara itu..

4. inilah PERBUATAN yang mencemarkan PROFESION PEGUAM.. macam orang tua-tua cakap... "PEGUAM ni UNTUNG pasal KES MENANG dia dapat DUIT KES KALAH pun dia dapat DUIT".. tak ke begitu YOP??

Lawyer Kampung said...

bro ketam, betul ke macam tu? kalau ada ulterior motives tak baguslah.. Tapi setahu saya peguam2 muda ini datang dari LAC, yakni Khidmat Bantuan Guaman Majlis Peguam. Mereka memberikan khidmat secara percuma. Melihat kepada gambar mereka, kesemuanya peguam muda yang saya rasa hanya berniat untuk membantu. Mereka ini selalunya dipanggil oleh Bar Committee mengikut giliran masing2. Saya simpati kerana mereka mungkin mereka hanya berada di situ memandangkan giliran mereka di dalam jadual bertugas di LAC untuk bertugas. Kes naya lah kalau macam tu. Namun begitu seandainya mereka memang bertujuan lain selain daripada memberikan khidmat guaman secara percuma dan demi berbakti kepada masyarakat, jangan risau bro ketam, sayalah orang yang pertama akan menarik balik sokongan saya ;) Dengan syarat, pihak polis tidak menyalahgunakan kuasa mereka semasa penahanan dilakukan. In time we will know.

Quantum Metal Consultant said...

Siapa pula yang nak memberi simpati kepada polis? jika mengambil tindakan dikatakan salah dan jika tidak mengambil tindakan dikatakan cuai?

Susah oooo jadi polis macam tu...

Lawyer Kampung said...

Cepo & lain-lain, mungkin penulisan elviza di sini boleh berikan sedikit gambaran apa yang berlaku pada hari tersebut, baca di sini