Tuesday, May 12, 2009

Satu Sekolah, Satu Bangsa, Satu Malaysia!

Ke arah permuafakatan bangsa dan demi melihat negara ini terus aman & makmur, saya menyokong sepenuhnya inisiatif yang dimulakan oleh Demi Negara di sini. Baca juga nukilan JMD di sini dan satD di sini.

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan oleh pelbagai isu yang menyentuh usaha memupuk dan menyemai agenda perpaduan negara. Segregasi kaum yang semakin menjurang lebar akibat daripada kegagalan memahami aspirasi sebenar penubuhan Malaysia makin menjadi-jadi. Sekecil-kecil isu begitu mudah diperkotak-katikkan untuk dijadikan resipi untuk memecah-belahkan perpaduan nasional.

Hakikatnya sistem pendidikan negara yang menjurus kepada kepelbagaian bahasa pengantar mengikut ras-ras utama negara ini telah sedikit sebanyak menjadi katalis kepada jurang perpaduan kaum yang semakin meluas di masa kini.

Integrasi nasional harus dimulakan dari awal. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kemaskini

Dipersilakan untuk memuat-turun JPEG Logo di atas untuk diletakkan di blog/website tuan/puan tanda sokongan kepada usaha ini. URL untuk petisyen di atas boleh dilayari dan ditandatangani di sini. Terimakasih kerana sokongan tuan/puan.

11 comments:

Anonymous said...

wah.. excellent lah!

mmg saya sokong benda benda macam ni!

syamsul

Anonymous said...

Sokong, ini memang patut dilakukan sejak dulu lagi. Malaysian Malaysia ke 1Malaysia ke, ketuanan rakyat ke...yang penting hapuskan sekolah2 jenis kebangsaan yang bersifat segregation, racial dan racist..hanya sekolah kebangsaan sahaja yang perlu ada di Malaysia ini.

Takapalah

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

Mintak izin amek gambar, saya pun nak ikut kempen saya.

Definitely Demi Negara WILL NEVER WALK ALONE in this.

Wassalam (the previously jangan publish, ada mistake, just delete)

Amar.k.s said...

Sokongan dari aku padu. Tidak ade dua atau tiganya. Satu sekolah, satu bahasa, satu bangsa satu negara. Sekolah Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Rakyat Malaysia demi Negara ku Malaysia.

pundek said...

Poorah............

Quantum Metal Consultant said...

Sekolah wawasan ?
Orang bukan Melayu sudah ada jawapannya..

Anonymous said...

Minta izin copy gambar, saya pun nak kempen.

Anonymous said...

KOMPEM DAP,MCA,MIC,PKR pun akan menentang!! KEnapa?? Pasal sembang je lebih nak MALAYSIA MALAYSIAN tapi tetap dgn BANGGA DENGAN BANGSA dan BAHASA SENDIRI

Quantum Metal Consultant said...

Satu Sekolah, Satu Bangsa, Satu Malaysia!
-.............

Kenapa agaknya melayu secara majoritinya paling sebok dengan benda benda macam ni sedangkan kaum lain buat dek je...

Melayu tukang sebok, tukang sorak, untungnya orang lain dapat..

Cikgu Kampung-Bred said...

Salam Bro Lawyer Kg,

Tumpang tanya, apakah implikasi implementasi Satu Sekolah Untuk Semua terhadap status dan peranan Koleq?

Lawyer Kampung said...

Salam Cikgu Kampung-Bred, setahu saya koleq masih lagi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ;-) Lagipun saya percaya koleq telah dimasyhurkan sebagai "national heritage", diletakkan dibawah naungan Majlis Raja-Raja Melayu dengan ungkapan selagi ada bulan dan bintang dan dengan itu mempunyai peranannya tersendiri.

-Lawyer Kampung-Bred juga- ;-)