Thursday, May 28, 2009

Tak habis-habis dengan Chin Peng, PKM...

Dah naik menyampah tengok perangai manusia yang acap liberal, kununnya perjuangkan hak asasi kemanusiaan bercakap dan mengagung-agungkan kepala komunis no. 1 Malaya. Sedarlah diri sedikit.Bercakap pasal hak asasi atau ada agenda lain di sebalik tabir?

Ada yang sampai memperingati hari ulangtahun penubuhan PKM (tak nampak pula di dalam penulisan mereka pernah mereka memperingati hari ulangtahun ATM, PDRM umpamanya dan menulis mengenainya dengan nada dan semangat yang serupa).

Bercakap tentang hak asasi tetapi tak tahu nak imbangi antara kepentingan individu dengan kepentingan umum. Itu bercakap guna kepala lutut. Kalau terlampau taksub dengan PKM dan supremo No. 1 PKM, kenapa tidak guna saluran mahkamah sekali lagi? Buktikan anda ada locus standi dan failkan permohonan sebagai pencinta PKM untuk bawa pulang Chin Peng. Bagilah segala macam alasan yang sering diperkatakan di dalam blog-blog pro dan apologis PKM. Cakap sahaja tak guna, cubalah!

Nak bercakap fasal perjanjian perdamaian kunun. Tidak hormat perjanjian perdamaian kunun. Itu perjanjian bersyarat. Perjanjian letak senjata, menyerah kalah. Ada syarat yang telah dipersetujui. Siapa yang nak langgar syarat sekarang bila nak balik semula ke Malaysia?

Dah tak jadi ancaman kepada negara? Itu bukan soalnya. Ramai lagi yang merengkok di dalam penjara yang sudah tidak lagi jadi ancaman kepada negara, yang telah insaf. Kenapa mereka masih lagi ada di sana, terus menjalani hukuman setimpal dengan kesalahan lampau mereka?

Ada beratus ribu manusia yang bergelar anggota dan bekas anggota keselamatan di dalam negara ini, tetapi perasaan si pengkhianat seorang itu juga yang diutamakan. Pelik bin ajaib!

Nak tanya sikit, Parti Komunis Malaya dan fahaman komunisma ini dah tak diharamkan lagi ke? Bila pula dah jadi halal semula?

23 comments:

DSN said...

Bravo!

Kalau tak faham lagi...tak tau nak buat macam mana dah..

Periuk api yang mereka pasang dulu semua sudah jumpa ke?

Bukankah perjanjian damai dulu syaratnya si Chin Peng itu tidak akan balik ke sini lagi?

setulangdaing said...

Yang beria-ia sangat nak kan si Chin Peng tu kenapa. Ada udang sebalik batu ke? Pihak polis kena siasat orang Gerakan ni. Entah2 ada dikalangan ahli keluarga dia ( si x sedar diri yang minta Chin Peng dibawa balik)yang pernah jadi talibarut komunis.

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

MB Kedah setuju Chin Peng tidak dibawa pulang
28/05/2009 3:02pm

JITRA 28 Mei – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke negara ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut wajar bagi menghargai jasa dan melahirkan simpati kepada mereka yang berjuang menentang parti itu demi keselamatan negara semasa era darurat.

``Saya setuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal ini,'' katanya di sini hari ini. - Utusan.

Aku said...

Chin Peng sudah tua tak larat, tak lama lagi akan mati. Aku tak kisah sangat Chin Peng ni. Sediakan tali gantung untuk dia, kalau nak balik sangat.

Tapi yang aku kisah sangat-sangat ni ialah penyokong-penyokong komunis yang ada dalam negara ni. Orang seperti ini sepatutnya dipastikan pengkhianatannya pada negara. Dulu-dulu, mana-mana negara pun hukum bunuh pengkhianat negara seperti ni.

Aku kata, buang negeri saja pengkhianat-pengkhianat ni.

ustazSAID said...

Salam, panas nampak Bro...ok la tu, Najib dah gtau no way to CP. yga b'iya2 ni memang letak otak kat kepala lutut...padan la!

nt-hipoc8 said...

Tuan,

Why the big fuss ?? Ah Peng good fren ma...
He killed my family, raped and later sembelih my wife... but ok wan, that wan long time oredi... now Ah Peng ontheway to hell, stopby, and want to use my toilet. short time only.

come come la.... no problem wan... no hard feelings... i welcome some more - hand to the chest - thing

Kembara Politik said...

Salam Bro LK,

Nampak sangat depa tu simpati dgn komunis compared dgn para pejuang tanah air. So, dah nampak sgt mana letaknya rasa patriotik mereka ni. Hati-hati dgn cara halus mereka ni.

dinturtle said...

Salam Tuan Lawyer,

Mula2 baca tu menyirap gak darah.. memang kurang ajar ! pergi ke susan's blog, baca sekali komen2..most of them tak tahu hujung pangkal hal komunis ni. Their agenda - Melayu = UMNO = Hentam !

Tulisan susan takde 'feel',(saya tak fikir beliau yakin dengan apa yang beliau tulis ) purposely to create tension,

But the dangerous thing here, macam ada satu concerted effort sesama mereka untuk terus mengocak ketenteraman awam. Semua isu akan di racial kan.

and we keep on defending...

hmmm.. how about an article challenging 'their' stand on Bahasa Malaysia as the national language...

antipenjajah said...

Rakyat negara sendiri tak boleh balik. Penjajah bebas bergerak seluruh negara.
Pelik........

Lawyer Kampung said...

Anti-Penjajah, read this, tq.

Chin Peng not a Malaysian but a Briish national: Historian

Chin Peng, the former secretary-general of the outlawed Community Party of Malaya (CPM), is not a Malaysian citizen but a British national, according to historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Dr Khoo said Chin Peng, whose real name is Ong Boon Hua, was born in 1923 in Sitiawan which is in the Dindings District.

He said Dindings then was a part of the Straits Settlements which came under the British colonial administration.

"Dindings was a part of the Straits Settlements since 1826 and was only handed over to Perak in the 1930s. The Straits Settlements comprising Penang, Melaka and Singapore had been under British colonial administration between 1867 and 1941.

"According to these facts of history, Chin Peng is a British national and not a Malaysian citizen," he told Bernama when asked to comment on calls by several people for the former CPM leader to be allowed to live in Malaysia.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/NewsBreak/20090528183442/Article/index_html

Lawyer Kampung said...

DSN,setulangdaing, aku, ustazSaid, nt-hipoc8, dinturtle & KP & anti-penjajah, terimakasih kerana berkongsi pandangan di sini ;)

Anonymous said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah
penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin
Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berkaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan samarata dan samarasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep samarata dan samarasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-
negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawa Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

icon2008 said...

Jika Allahyarhamah Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang ke Malaysia, mengapa tidak Chin Peng?

Bukankah Allahyarhamah juga salah seorang BEKAS pemimpin komunis?

Lawyer Kampung said...

saudara icon2008, Allahyarhamah Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang tetap bersyarat. Syarat itu dipatuhi beliau, penolakan sepenuhnya fahaman komunisme. Mengapa tidak Chin Peng? Mengapa yang lain yang telah mengisyhtiharkan penolakan sepenuhnya fahaman ini dibenarkan, kenapa tidak Chin Peng? Jawapannya jelas bukan ;-) Terimakasih kerana komen saudara.

Mr.KETAM said...

Shamsiah Fakeh adalah rakyat MAlaysia kerana MELAYU adalah AUTOMATIK RAKYAT MALAYSIA tetapi Chin Peng SEORANg CINA tak pernah diterima sebagai Rakyat Malaysia kerana tidak pernah mendaftar sebagai rakyat Malaysia semasa KEMERDEKAAN..

antikomunis said...

Ada oranng sudah taubat?!

http://sloone.wordpress.com/2009/05/29/in-loving-memory-of-a-brave-courageous-soldier/

icon2008 said...

Menurut Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964, seseorang yang lahir sebelum hari kemerdekaan secara automatiknya telah mendapat kerakyatan Malaysia.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_citizenship)

Chin Peng sekarang berumur 85 tahun dan rasanya dia sudah tidak kuat lagi untuk bergiat dalam kegiatan subversif lagi seperti zaman mudanya.

Lagipun, dia tidak menimbulkan sebarang masalah semasa menetap dalam buangan di sempadan Thai.

Nak marah pada dia, marahlah. Tapi janganlah halang hak dia untuk pulang ke kampung halamannya bagi menziarahi kubur ibunya. Hal ini sahaja sudah menunjukkan bahawa dia sudah bertaubat.

Gedung Akal said...

Tuan Lawyer,
Boleh masuk sekali yang ini, mana tahu boleh terjadi..hah apa kita nak kata lagi.
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/bagaimana-sekiranya-chin-peng-masuk.html

Anonymous said...

Dear all, read this http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/27994-villagers-against-chin-pengs-return

Lawyer Kampung said...

icon2008, sekiranya isu kewarganegaraan yang ingin kita bincangkan, saya rasa pandangan Prof Khoo Kay Khim perlu juga diberi perhatian. Mengenai isu dia ingin pulang ziarah kubur tunjukkan dia sudah bertaubat, maafkan saya katakan bahawa itu hanya andaian saudara. Apapun terimakasih kerana sudi memberikan lagi pendapat di sini :)

icon2008 said...

Lawyer Kampung,

Memang benar pandangan setiap orang perlu diambilkira.

Saya setuju juga mengenai hal Chin Peng bertaubat adalah andaian saya semata-mata.

Alasannya, sekiranya SEKARANG INI dia betul-betul jahat atau kejam, saya rasa dia tidak akan mengingati ibunya apalagi hendak menziarahi kuburnya.

Sebenarnya, tiada orang boleh mendakwa bahawa pandangannya adalah bersifat benar mutlak atau seratus peratus betul yakni profesor emeritus sekalipun.

Semua orang berhak mengeluarkan pendapatnya berasaskan hujah yang kukuh. Sekiranya, kita tidak bersetuju dengan pandangan orang lain, tidak perlulah mencemuh peribadi orang tersebut.

Sekian.

Lawyer Kampung said...

saudara icon2008, saya bersetuju dengan saudara bahawa dalam memberi pendapat kita perlulah punyai etika. Saya harap tiada yang terguris hati di dalam posting saya di sini ;)

Lawyer Kampung said...

Mr. Ketam, Gedung Akal dan anons, terimakasih kerana sudi memberikan pendapat di sini :)