Monday, July 13, 2009

PRK N41 Manek Urai: Selamat Mengundi!

Manek Urai; apakah faktor penentunya esok? Kalau ditanya pakar pengkaji sosio-politik, boleh jadi berkajang analisis yang dikemukakan. Kalau ditanya pakcik dan makcik di MU pula, senang sahaja jawapan mereka berkenaan faktor penentu undi yang bakal mereka berikan. Tidak lain dan tidak bukan, faktor pakej rangsangan yang di bawa tok guru semenjak hampir 20 tahun lamanya sehingga kini di Kelantan. UMNO tidak ada tok guru, UMNO masa kini tidak menjaminkan keselamatan dan ketenangan ruhani sepertimana dipakejkan tok guru, berbeza dengan PAS yang mempunyai "adunan mujarab" yang menjadi santapan ruji masyarakat melayu di luar bandar seperti di MU. Tidak perlu pembangunan fizikal, tidak perlu janji-janji manis pembangunan. Tidak ada kesannya Pakej rangsangan ekonomi, pemansuhan PPMSI, diskaun kadar tol dan lesen meniaga, penubuhan ekuinas mahupun pergolakan di dalam PR. Bagi penduduk MU, mahupun Kelantan sekalipun saya percaya mereka tidak pernah menganggap bahawa mereka diperintah oleh PR. Kerajaan mereka adalah kerajaan PAS, PAS Kelantan dan ianya tidak ada kena mengena dengan yang lain di dalam PR, mahupun apa yang berlaku pada PAS peringkat pusat. Semua itu terlalu jauh daripada MU. Jambatan, sekolah, jalanraya, lampu elektrik sudah ada, dan jika diizinkan tuhan, walaupun masih di bawah PAS ianya akan tetap menjadi lebih elok dan bertambah mantap.

Kenapa agaknya undi di tahun 2004 bertukar angin di tahun 2008. Kenapa 2004 berupaya memenangkan UMNO dan memperbaiki rekod 1999 dan sebelumnya. Kerana, pemerintahan paklah, pada awalnya menampakkan pengganti yang sesuai kepada santapan ruhani yang selama ini dipakejkan dengan baik oleh tok guru & co. di Kelantan. Tetapi ini semua hanyalah pendapat dangkal dari saya yang melihat dari jauh, mungkin kerja keras tok pa & co. dan keseimbangan akhirat dan duniawi yang ditonjolkan tok pa sendiri boleh membuktikan sebaliknya esok, siapa tahu?

Kalaupun UMNO dan BN berharap untuk mendapatkan petunjuk samada mereka sudah mula mendapat tempat di hati rakyat jelata sebagaimana yang membentuk komposisi pengundi di MU, berusahalah lagi di saat-saat akhir ini untuk memenangi hati lebih kurang 45% dari jumlah pengundi yang terdiri daripada pengundi di antara umur 21-39 tahun di MU. Kejayaan meraih majoriti pengundi yang mewakili segmen ini boleh menjadi cahaya untuk menerangi semula jalan malap dan berliku yang harus diredah UMNO dan BN menuju PRU ke 13 nanti. "Kemenangan" dalam segmen pengundi saluran ini akan sekurang-kurangnya boleh menjadi penawar mujarab kepada apa yang dijangka ramai akan berlaku esok di MU.

Semoga calon yang terbaik menang besok hari. Selamat mengundi warga MU!

3 comments:

mantra-indeeptots said...

Salam LK...

Tok Pa dan Ku Li adalah kekuatan UMNO di Kelantan...

so banner2 di Manek Urai ada tak gambar mereka...

UMNO tidak peka... theres still another 1hr more to print and hang them...

Nik Amir. said...

Sebenarnya 'Islam Hadhari' adalah penawar mujarab untuk meneutralisedkan jampi serampah. Malangnya pembawa obor Islam Hadhari dihalau macam anjing kurap.

Najib pun patut meneruskan Islam Hadhari dalam 1malaysia.Wallahualam.

Quantum Metal Consultant said...

Islam Hadhari 2004 - idea bagus.
Islam Hadhari 2008 - cakap tak serupa bikin.
1Malaysia 2009 - nampak macam bagus.
1Malaysia 2013 - ?