Sunday, July 26, 2009

Ramaikan bakal pengundi bukan ahli...

150, 000 kawasan baru? Apa takrifan kawasan? Berapa purata dari 1 "kawasan" yang benar-benar ada potensi hendak di"umno"kan? Meramaikan ahli satu hal tetapi meramaikan bakal pemangkah satu hal lain brader..

“Sasaran kita di 150,000 kawasan yang telah dikenal pasti dan gerakan akan dibuat dalam masa terdekat. Kita mahu mereka menjadi ahli UMNO dan seterusnya berdaftar sebagai pemilih pada pilihan raya depan.

“Kita berharap mereka ini akan menjadi pengundi kita kerana tidak guna kalau mereka berdaftar sebagai ahli UMNO tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Labis, di sini hari ini. - Bernama

Baca UMNO kenal pasti 150,000 kawasan untuk tarik ahli baru

Bakal-bakal pengundi baru adalah anak-anak muda zaman tweeter dan facebook. Mereka tidak berminat dilihat sebagai "belia", mereka tidak berminat jika dianggap sebagai "poyo", "tak cool" dan sebagainya. Keahlian kumpulan siasah (mana-mana parti sekalipun) bukannya yang sebahagian besar mereka cari. Perkara yang dilihat sebagai melambangkan ketaatan kepada sesuatu parti siasah bukan cara mereka. Mereka melihat dan menilai daripada sudut yang berlainan, mereka menyokong hari ini, mereka boleh menentang esok hari dan kembali menyokong lusa hari. Gunakanlah pendekatan yang berinovatif dan pragmatik di dalam memenangi hati kumpulan ini, dan usaha melipat-gandakan keahlian bukannya cara terbaik untuk memastikan sokongan mereka di masa depan. Kad keahlian bukan keutamaan kepada mereka.

Kalau setakat menjadi ahli, berdaftar sebagai pengundi baru dan kemudian menjadi penumpang dan tidak mengundi parti sendiri tidak berguna. Kekuatan satu-satu parti sepertimana PRU 12 mengajar kita bukannya boleh sekadar diterjemahkan berdasarkan kepada kekuatan fizikal jumlah ahlinya. Lebih afdal sekiranya usaha untuk menggiatkan kerelevenan parti kepada negara dan rakyat yang diutamakan. Lebih afdal sekiranya ahli yang sedia ada dikuatkan pemahaman berkenaan intipati sebenar dasar perjuangan. Lebih afdal lagi jika dilipat-gandakan usaha menambah kedinamikan parti supaya selari dengan perubahan masa tetapi tetap ampuh dalam mempertahankan nilai-nilai asas yang menjadi tunggak perjuangan. Lebih afdal lagi sekiranya usaha menangani kebobrokan dalaman dipertingkatkan.Lebih afdal lagi sekiranya pemahaman dan usaha memikat rakyat marhain diperkuatkan. Lebih afdal lagi sekiranya wayang kulit dikurangkan dan tahap keikhlasan dan kematangan ahli yang sedia ada untuk teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara diperkukuhkan.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

DiTerengganu (harap ada orang Umno tganu yang baca), cara novatif dan pragmatik yang digunakan untuk memancing undi2 baru para remaja adalah dengan mengadakan Dana khas sebanyak RM200 tiap seorang.

Patutlah negeri yang kaya minyak ni ramai rakyat sengkek. jadi pengemis. Duit di beri bodoh je, padahal lebih baik jika dilabur dalam bentuk kilang2 yang boleh menyediakan pekerjaan pada rakyat dan memastikan pendapatan tetap secara jangka panjang. Tapi pendekatan wang ehsan selama ini mewujudkan rakyat pengemis dimana tiap kali raya atau buka sekolah, berduyun2 yang merayu simpati wang ehsan. Nasiblah rakyat Terengganu antara yang termiskin di Malaysia walaupun mempunyai budget yang tertinggi.

Ya, cermin diri, perbetulkan parti, perbaiki niat perjuangan bangsa.. dengan sendiri rakyat akan memberi sokongan. (termasuk saya)

Tak perlu slogan atau melaung2kan apa yang hendak dilakukan. Orang dah muak slogan.emilang..Islam Hadhari, cemerlang gemilang terbilang, 1 Malaysia, Rakyat didahulukan ....Tak payah cakap, belanja juta2 nak beri penerangan, buat jer !

Semerah Padi said...

Salam Sdr LK,

Saya setuju dengan tulisan Saudara.

Mungkin salahsatunya yang perlu difikirkan serta dibaikpulih dengan tindakan-tindakan sewajarnya oleh UMNO adalah sayap PEMUDAnya.

Terasa macam ada keadaan "serba salah" dalam sayap tersebut.

"Negara Ini Ada Tuahnya"

Semerah Padi

Lawyer Kampung said...

Bro dinturtle & Semerah Padi, pandangan bernas saudara berdua saya hargai. Terimakasih ;)

Anonymous said...

sorang satu kawasan wakakaka

Sasaran 150,000 ahli baru
02/08/2009 6:08pm
Utusan Online

KUALA LIPIS 2 Ogos - Semua pemimpin dan ahli UMNO perlu bekerja keras bagi mencapai sasaran seramai 150,000 ahli baru di kalangan golongan muda menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tumpuan diberikan kepada golongan muda kerana mereka merupakan pengundi baru yang layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. - Utusan.