Saturday, August 01, 2009

Mabuk, amuk & merajuk

Saya memang cukup minat dengan lagu-lagu M.Nasir. Bagi saya, melodi dan liriknya memang hebat. Tak tahu sebab apa, hari ini saya begitu asyik melayan album pertamanya selepas zaman Kembara berjudul "Solo", terutamanya lagu "Biarkan Luncai Terjun". Dari dalam tablet saya, hingga ke dalam kereta sampailah ke dalam PDA saya, berulang kali lagu ini diputarkan. Anak-anak pun sampai naik hairan, mana pergi lagu-lagu baru Rob Thomas, Daughtry yang selalu dia mainkan tu, mana pergi lagu-lagu rock kapak Led Zeppelin, Black Sabbath, Dio, Rainbow yang dia suka sangat pasang dalam kereta, sampaikan kita nak dengar Taylor Swift dengan Miley Cyrus pun susah. Mana pergi CD MP3 rojak Aerosmith, Def Leppard, Queen, Dire Straits, Sting dia? Apa hal pula abah hari ni? Lama sudah dia tak layan lagu M. Nasir/Kembara sampai macam ni, lepas ni demam M. Nasir lah pulak kita 2, 3 minggu dalam kereta dia ni jawabnya. Haha..

Apa yang berhantu sangat lagu "Biarkan Luncai Terjun" ini? ..mungkin liriknya kot..

Kita, kita bukanlah mereka
Mereka, mereka bukanlah kita
Haruskah kita jadi mereka
Mereka jadi kita
Revolusi atau hanya nafsi-nafsi

Kita kata kita melamun
Kita kata kita jakun
Kuno pasif dan irihati
Malas pula boleh dibeli
Suka berpolitik

Kau dan aku, kita
Berdiri di persimpangan
Kau di di persimpangan
Kau dan aku, kita
Dalam kemelut dan kekalutan

Biarkan luncai terjun
Dengan labu-labunya
Biarkan biarkan

Mabuk, amuk dan merajuk
Itukah cogankata kita
Dan diwarisi dari Pak Tua
Dari Pak Tua

*Lagu/Lirik: Biarkan Luncai Terjun - 1988 (M.Nasir)

Kepada yang belum pernah mendengar lagu ini, mungkin ini masanya untuk mencari album awal M.Nasir sebagai penyanyi solo, selepas dia hebat berkarya secara berkumpulan sebagai Kembara. Nak dengar lagu di atas? Boleh didengar sedikit di sini. Lagi elok pergi beli terus di kedai besok. Saya syorkan juga kesemua lagu-lagunya yang lain dalam album tersebut di antaranya seperti Seloka Jegela Melayu, Sayembara Hidup dan Demi Masa. Lagu-lagu hitsnya yang lain dalam album ini saya tak perlu ceritalah, ramai mungkin tahu lagu lagu Mustika, Rajawali Terbang Tinggi dan yang lainnya. Dengar melodi dan amati bait-bait liriknya. Memang terangkat beb!

Sekali lagi, sama-sama kali ini " ..mabuk, amuk dan merajuk..." Itukah cogankata kita? Ini yang kita waris dari Pak Tua?

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Siapa yang mabuk kuasa?
Siapa yang amuk nak dapat kuasa? Siapa yang merajuk kerana tak dapat berkuasa?

Siapa yang laila, siapa yang majnun dan siapa yang jadi luncainya dan siapa yang terjun...

Hairee said...

Bro, gua google lagu tu x jumpe la nk dwnload.
Tp gua tgh syok lyn Kembara - Senandung Buruh Kasar... Dgr kat blog Din Merican...Lps dgr trs dwnload...

Hairee said...

Silap bro..gua bkn dgr senandung buruh kasar kt Din Merican tp kat MIMPI SENJA...