Monday, August 31, 2009

Merdeka dan terus merdeka...

Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua. 52 tahun merupakan usia yang muda bagi sebuah negara. Banyak lagi liku, denai beronak yang perlu diharungi. Jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Persoalan kepala lembu dan hukuman sebat dek arak, hanyalah ujian kecil wahai bangsaku.

Jangan mudah terkeliru, tidak perlu menjadi haru-biru. Pandang sejenak ke belakang jawapannya ada di situ, tidak perlu kepala digaru. Tepuk dada tanyakan selera, arah mana yang hendak dituju. Cita-cita apa yang diburu, tanyakan diri selalu. Tidak guna mencari seteru, hanya akan ketemu jalan yang buntu. Usah bicara hingga keliru, tampak jelas di dada tiada ilmu.

Kita mahu menjadi satu, kita dambakan bangsa yang bersatu. Mulakan langkah untuk berpadu, benihnya perlu disemai di batas yang satu.


7 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Good wordings tuan, couldn't have said it better.

Kalaupun tidak sempat kita menuai hasilnya, biarlah ianya menjadi satu legasi kepada anak cucu kita.

MERDEKA !

eddy said...

Selamat Menyambut Merdeka bro,short post but well put. My fervent wish is that one day in the not too distant future a real brave politician or a group of politicians will emerge to take the bull by the horn and finally decide on a Satu Sekolah untuk Semua education system to really make us United Malaysians having Satu bahasa, Satu bangsa dan Satu negara.

Amir Razain said...

Salam kemerdekaanjuga kpd awak.
_____________________
View Profile: Rantong™

Antu ku ku said...

Banyak hantu berkeliaran di bumiku,
Habis keliru, tidak menjadi satu,
Pakai sepatu, jinjinglah buku,
Kenalilah sejarah, asal usul dulu,
Jangan menyalak melulu tidak menentu,
Jadi kaum pendatang yang tidak ingin bersatu,
Baginya kepentingan diri, itu yang terdahulu,
Layak kah jadi ahli negara ku?
Ceh! balik tongsan lah kamu!!

Quantum Metal Consultant said...

Orang dulu mencurah keringat untuk Merdeka.
Orang sekarang berpeluh nak sabotaj merdeka!!!

Inilah perbezaan bijak pandai yang dinamakan pemimpin atau bakal pemimpin negara yang sebenarnya sama taraf dengan komunis, busuk hati.

Anonymous said...

Salam Lawyer Kampung,

Pandai juga Tuan LK bersastera! Saya menyokong penuh usaha SSS!

-sokongSSS-

Lawyer Kampung said...

dinturle, eddy, rantong, antu ku ku, kluangman & sokongSSS, terimakasih kerana komen-komen bernas saudara/saudari :)