Thursday, August 20, 2009

PRK N11: Terlebih Kilas

Bagi saya yang baru sahaja bertatih lebih kurang sedekad bertungkus lumus memastikan saya tidak menghadapi apa-apa masalah (di bawah peruntukan Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan lain-lain yang berkaitan dengannya) di dalam mengharungi kerjaya saya sebagai seorang peguam, pandangan sinis dan usaha meringankan bebanan politik yang kini ditanggung oleh calon BN bagi PRK N11 oleh TPM adalah tidak begitu manis didengar. Kenyataan beliau yang menyamakan denda Majlis Peguam akibat aduan terhadap salahlaku profesional seorang Peguam sama sahaja seperti saman kesalahan meletak kenderaan, hanyalah akan memburukkan lagi keadaan.

Kebanyakan Peguam tidak memandang enteng perihal aduan berkaitan tindak-tanduk profesional mereka, tidak kira samada ianya kesalahan kecil mahupun yang besar. Kebanyakan peguam, berusaha sedaya upaya untuk mengelak perkara sedemikian. Kerjaya kepeguaman memerlukan dedikasi khusus dan integriti yang tinggi. Sekurang-kurangya itulah yang dikhabarkan oleh Master saya 13 tahun yang lalu, semasa saya memulakan alam chambering saya.

Kebanyakan peguam juga, setahu saya, tidak akan memandang remeh sekiranya mereka dihadapkan apatah lagi jika didenda oleh Lembaga Disiplin Majlis Peguam. Ini bukan soal Majlis Peguam tetapi lebih kepada soal jatidiri sendiri. Soal berkenaan keperluan untuk seseorang sentiasa mempunyai "clear conscience". Ianya lebih kepada soal kesedaran moral dan aspek etika perlakuan diri sesorang peguam itu sendiri. Tetapi itu mungkin hanya terpakai kepada kebanyakan mereka yang bergelar atau pernah bergelar peguam. Ianya kini mungkin tidak lagi terpakai kepada semua.

(Nasihat saya) Jangan terlebih kilas, takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula habis keciciran.

Tetapi percayalah jika sesuatu itu dilakukan dengan teliti, penuh azam, kesungguhan dan keikhlasan; tanpa perlu terlebih mengilas kiri dan ke kanan, Burnley pun boleh kalahkan Manchester United!

Kadang-kadang ada baiknya kita diam sejenak dari berterusan berceloteh yang bukan-bukan.

4 comments:

hoqni said...

Lawyer kampung -

Awak cakap baik2 tau. Burnley - MU jangan kasi cerita. LOL!

Quantum Metal Consultant said...

Jika diteliti kenyataan tersebut, tentunya ia sesuatu yang mengecewakan dari segi profesional dan integriti tinggi yang harus dijaga.

Tetapi apakah para peguam kini termasuk Majlis Peguamnya sendiri begitu berwibawa dan profesional untuk dipndang sebegitu rupa dalam situasi sekarang.

Bukankah mereka sering mengepalai demokrasi haram, bukankah mereka yang sering mengajurkan majlis yang mempersoalkan perlembagaan dan kontrak sosial, bukankah mereka yang selalu mempermainkan undang2, bukankah mereka yang menjadikan mahkamah sebagai sarkas dan bukankah mereka juga yang membuat hukuman sebelum mahkamah membuat keputusan?

Kewibawaan apa yang hendak dibanggakan sekarang!

Rasanya isu ' peguam tidak boleh ditahan semasa bertugas' saranan Majlis Peguam lebih memalukan dan cuba berada dalam 'kekebalan' yang 'kebebalan'.

Mat Cendana said...

I'm with you on this one. As a lawyer, you surely know more about how serious this matter of being disbarred is. The Bar Council are pompous twerps at times but with this particular issue, the focus is on the candidate's character, not the Bar Council.

I'm staying at the sidelines with this by-election. What a pity the momentum from Manek Urai threatens to fizzle out with this one. But look at the positive side - This should be a lesson to Umno to be more careful when deciding on the candidate.

Tok Pawi said...

Being disbarred is just like not being allowed into the bar. Well, you can always carry a sixpack.

Sorry, sorry. Loyar joke.