...tak hendak seribu dalih.
Kepada pengamal-pengamal undang-undang yang berada di dalam Jawatankuasa disiplin UMNO, saya menyeru kepada mereka untuk membaca penulisan DSN di dalam postingnya yang terkini, Conduct Unbecoming of a Member, berkenaan dengan kononnya wujud permasalahan perundangan yang dihadapi oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO di dalam menangani isu politik wang dan prosedur yang berkaitan di dalam menghukum mereka yang terlibat. Saya juga ada menulis mengenainya di sini.
Jangan kelihatan seolah-olah hendak melepas tangan begitu sahaja dan menyalahkan kekurangan di dalam peraturan dan kod etika demi mengelakkan dipersalahkan akibat kedaifan penguatkuasaan dan hukuman ke atas mereka yang bersalah.
Di dalam menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang buatan manusia ini, loopholes perundangan boleh dicari, dan loopholes perundangan juga boleh dikambus. Apa yang perlu adalah keinginan dan azam dan sedikit 'ingenuity'.
Dengan menguar-uarkan kekurangan di dalam kod etika UMNO itu sendiri telah memberikan persepsi yang amat buruk sekali kepada usaha 'reform' yang kononnya sedang dijalankan. Apa taknya, dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah satu carte blanche diberikan kepada mereka yang mengamalkan amalan sogok-menyogok untuk meneruskannya sehinggalah satu pindaan dilakukan ke atas kod etika berkenaan.
Ingatlah kod etika hanyalah satu guideline berkaitan etika di dalam urusan sesuatu pertubuhan. Tidak lebih dari itu.
P/S
Takziah saya ucapkan kepada kerabat DiRaja Negeri Sembilan dan seluruh rakyat negeri berkenaan di atas kemangkatan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Al-Fatihah

No comments:
Post a Comment