Sunday, December 14, 2008

Pembangkang tidak setuju pembelian Camry di Perak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari berkata, walaupun kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana tinggi, pembelian kereta tersebut menyebabkan mata wang negara mengalir dalam negeri.

"Saya anggap tindakan kerajaan negeri ini sebagai tidak patriotik dan melanggar arahan Kerajaan Pusat sebelum ini," katanya.

Baca lagi Camry: Kerajaan Perak tidak patriotik

Seronok jadi pembangkang ni, bukan susah kerjanya. Bangkang dan terus bangkang! Bagaimana pula dengan rakan-rakan pembangkang yang menjadi kerajaan negeri di Terengganu? Yang lagi hebat dengan pembelian kereta-kereta jerman mereka? Patriotik dan ikut arahan kerajaan pusat ke?

Kemaskini 4.48pm

Kerajaan negeri Perak pertahankan keputusan mereka, baca Perak defends its Camry decision

Apa-apa pun, isu yang sebenar adalah terhadap pihak Proton sendiri. Perlulah lakukan sesuatu untuk elakkan alasan-alasan standard yang sering diberikan apabila keputusan dibuat menolak penggunaan kereta buatannya terutamanya Perdana. Mungkin model serba baru bagi kelas 2000cc ke atas adalah jawapannya.

9 comments:

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

When everything is in total mess, the answer is buy japanese.

At least depa pun terpengaruh dengan Tun's legacy, look east. Bukan macam Mat Said, buy German first.

Wassalam.

Son of My Parents said...

Salam Tuan,

Unpatriotic? I doubt if the opposition members' (that'll be members from the BN) garage/driveway has Made-in-Malaysia cars.

Terima kasih. Wassalam.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Dalam kes ini, BN tak boleh nak cakap banyak. Cakap tak serupa bikin. Tapi kenapa pembangkang di Perak sama je ngan pembangkang di peringkat parlimen - asyik bangkang je.. cuba beri alternatif. Macam cadangkan pakai MPV Proton yang akan keluar tahun depan. Boleh gi majlis ramai2, banyak kegunaan tu.

azreen said...

atleast terengganu ade duit royalti..so ade la sedikit surplus budget..tap pelik jugak proton dah byk kali bagitau yang kos sebenarnya x tinggi..yang x gunanya ialah bengkel2 cina yang penipu dan tamak..siapa yg kena charge kat tganu?
dorg ni pn satu dh pkai duit rakyat suport la kereta nasional..kalo kerajaan negeri x suport siapa lagi?

perak ni kes bayar gaji PFA pn x settle nk pulak beli camry 2.4..kalau nk jimat beli je la yg 2.0..

Quantum Metal Consultant said...

Kan dah cakap 2 x 5 dan 5 x 2 itu jawapannya sama. Tidak ada banyak perbezaan kerajaan atau pembangkang, semuanya menghalalkan cara.

Pilihanraya Umum Ke 13 lambat lagi, pilihanraya Umum ke 12 dah lama jugak berlalu, dah kabur manifesto, dah lupa janji.

Anonymous said...

"Seronok jadi pembangkang ni, bukan susah kerjanya. Bangkang dan terus bangkang!"

Ha ha.. bro, Uncle Nuar tetap mahu jadi govt jugalah, walau macam mana seronok pun jadi pembangkang.

Anonymous said...

Nampaknya pn kluangman cuba menyamakan tindakan kerjaan perak sama dengan kerjaan bn.

Jauh benar bezanya. dulu masa mat said terengganu komplen proton tinggi service.

sebab tu tukar mercedes.

perak pulak alasan yg sama tapi beli lagi murah iaitu toyota.

kalau jangka panjang service proton asyik rosak dan mahal biar beli toyota. kalau beli mercedes dah melampau.

so pn kluangman jangan nak sama kan apa yg tak sama.

BN/UMNO tetap selama lamanya pengkhianat rakyat dan negara.

Ikea

Quantum Metal Consultant said...

'Alasan' memang jadi mainan kata kata pemimpin pembangkang dan pemimpin kerajaan dalam menghalalkan cara mereka. Walaupun tak sama alasan (case by case) tetapi itulah sikap hipokrik mereka.

Dan yang lebih teruk lagi, pengikut dan penyokong pemimpin2 ini mudah sangat terfanatik, terpedaya dan cuba menegakkan 'pemimpin mereka yang basah'.

Anonymous said...

Salam ...

Sepatutnya pemimpin Parti Pakatan Rakyat yang baru memegang pemerintahan di Selangor, Perak dan Kedah tidak terlalu ghairah dengan pembelian kerata baru untuk menggantikan kerata Perdana V6 yang sedia ada.

Walaupun dikatakan kos penyelenggaraan Perdana V6 terlalu tinggi , adalah lebih bijak jika para pemimpin ini cuba menukarkan kos yang terlalu tinggi ini dengan kos yang sebenar. Penyelenggaraan Perdana V6 kalau diikutkan penggunaan kepada orang biasa (yang menggunakan secara harian ) adalah tidak mencapai jumlah seperti yang di laporkan. Kos yang telah mencecah jutaan ringgit itu adalah mark-up oleh pemandu@driver atau pihak owner itu sendiri kerana boleh claim dari wang peruntukan penyelenggaraan.

Dalam keadaan ekonomi sekarang dan tampuk pemerintahan yang terlalu muda, Pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya mengubah cara pemerintahan supaya rakyat dapat melihat pendekatan Parti yang disokong oleh rakyat ini.

Dengan pembelian kereta Camry yang terang terang bukan buatan Malaysia ... kebanyakan rakyat yang masih di atas pagar melihat tindak tanduk kerajaan baru ini sama seperti kerajaan BN.

Memang ada perutukan khas untuk pembelian kereta ... tapi adakah terlalu wajib untuk menukar kereta itu sekarang? Sepatutnya tukar cara penyelenggaraan kereta itu dengan cara yang betul. Kalau betul kos Camry itu jimat kenapa Parti Pakatan Rakyat yang dikatakan akan mengubah nasib rakyat ini tidak menukar kepada kereta MYVIE sahaja? Lagi jimat. Dikatakan semasa baru memerintah ada yang sanggup naik motosikal ke Dewan untuk bersidang kerana hendak menunjukkan sifat rendah diri kenapa sekarang tidak?