Saturday, May 30, 2009

Penanti, Selamat Mengundi!


Posting Asal 10.06PM 30/5/2008

Penanti, Selamat Mengundi!

Esok orang Penanti keluar mengundi. Mari kita ucapkan selamat menunaikan tanggungjawab sivil kepada mereka dan kita galakkan mereka untuk seramai yang mungkin untuk keluar mengundi. Jangan pula kita kempen untuk mereka jangan keluar mengundi, itu menyalahi undang-undang!

Kita faham ramai yang bersimpati dan prihatin dengan nasib orang Penanti kerana tidak semena-mena perlu keluar mengundi. Tanpa ribut, tanpa taufan kata orang, tup-tup mengundi lagi! Tapi apakan daya, itu yang kita praktiskan selama ini, terpaksalah juga mereka keluar berbaris pagi-pagi besok, walaupun untuk kali ketiganya dalam tempoh tidak sampai 16 bulan. Angkara siapa, sebab apa dan kenapa, satu Penanti hinggakan ke Bayan Baru sudah tahu, satu negara sudah maklum mengapa ianya jadi begitu. Walaupun ada orang Penanti yang skeptikal untuk hala tuju dan perubahan yang boleh dikecapi hasil daripada proses pembuangan undi ketiga mereka sejak Mac 2008 ini, mereka tiada pilihan lain. Mengundi tetap perlu mengundi. Itu tanggungjawab, itu hak, usahlah disia-siakan. Banyak kos yang telah dibelanjakan oleh mereka yang bertanding dan juga oleh kerajaan. Rugilah kalau kita tidak mengundi.

Walaupun mungkin agak membebankan (kerana perlu mengundi dan mengundi lagi), tetapi masih ada kebaikan di sebalik apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya para pengundi di Penanti sudah tahu apakah kelemahan, kekurangan dan segala macam masalah dalaman parti wakil mereka sebelum ini. Sekurang-kurangnya juga, wakil rakyat selepas ini dan gagasan yang diwakilinya boleh mula sedar kekurangan diri dan mungkin boleh mula belajar bermuhasabah diri sendiri dengan mengakui segala macam masalah dalaman dan luaran serta berazam untuk berbuat sesuatu demi memperbaikinya.

Harapan kita kepada yang akan menjadi wakil pengundi di Penanti, beliau nanti tidak akan mengulangi karenah wakilnya yang terdahulu, itu sahaja. Kasihankan lah pengundi, sesekali mereka mengundi itu bukannya untuk keluar mengundi sampaikan 3 kali dalam masa 16 bulan. Mereka mengundi untuk memilih wakil kepada rakyat, bukan wakil kepada parti politik atau gagasan yang menang dalam pilihanraya tersebut.

Kepada bakal wakil rakyat Penanti yang baru, berkhidmatlah sebaik mungkin, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Pastikan anda benar-benar menjadi "fajar baru" kepada orang Penanti. Selagi belum ajal, berazamlah untuk bekerja sungguh-sungguh untuk sepenggal hayat DUN, tak perlulah pergi sambung belajar atau sebagainya di dalam tempoh tersebut. Itu tanggungjawab anda.

Selamat Mengundi orang Penanti, moga-moga, selepas besok, anda semua tidak lagi perlu lagi keluar mengundi sebelum Pilihanraya Umum yang ke-13 nanti!

Dikemaskini 8.09PM 31/5/2009

Tahniah kepada calon PKR yang berjaya mengekalkan kerusi DUN Penanti. Kemenangan bergaya dengan majoriti lebih besar (5, 558 undi), tetapi dengan jumlah undinya berkurangan (merosot lebih kurang 1, 300 undi) daripada keseluruhan jumlah yang diperolehi calon yang terdahulu. Dengan peratusan keluar mengundi menurun mendadak kali ini, adakah ini satu-satunya penyebab kemerosotan jumlah undi yang diperolehi calon PKR kali ini berbanding yang terdahulu? Adakah penyokong-penyokong hardcore BN memang tidak keluar mengundi langsung hari ini? Baca laporan keputusan PRK Penanti hari ini di sini. Apa pun tahniah kita ucapkan kepada bakal Timb. Ketua Menteri 1 P. Pinang yang baru. Semoga dapat berkhidmat kepada negeri ini dengan lebih baik lagi daripada yang sebelum ini.


4 comments:

ILOVEPR said...

Adei sakit batang hidung aku.Kena sebijik ateh batang hidung aku weh!

Unknown said...

salam mr lawyer
it is a clear sign that Malaysians already tired with election..they waiting for the next PRU not PRK

Lawyer Kampung said...

GSenduk selamat bercuti dan terimakasih utk komen & link yang diberikan.. :)

IlovePR, maafkan saya ;) terimakasih untuk komen

Salam Mr. Pre-Attorney Zharif, that's right brother. Too much of anything is not good ;) Thanks for the comment.

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Lari topik Tuan. Baru lihat firsthand 'runtuhan' bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh.
RM450, umur setahun...hmmm one very important head gonna roll !! Mujur stadium kosong, bayangkan kalau tengah diadakan konsert rock, ia runtuh ?? seperti kata PRamlee - mati dalam iman..

Orang kata, bukan saya yang kata, tapi ORANG kata, MB sengih makin lebar. Maaf ya, tapi ni ORANG kata...tapi rasanya sebab lain, bukan sebab runtuhan ni...