Monday, July 27, 2009

Inkues: Kerajaan Negeri Selangor pihak yang berkepentingan?

Laporan Malaysia Insider yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor akan melantik peguam bagi pihaknya di dalam prosiding Inkues kematian BH Teoh agak sedikit ganjil bagi saya. "With all due respect to the learned counsel" yang dinamakan di dalam laporan berita di atas, persoalan saya adalah adakah kerajaan negeri perlu diwakili dan adalah terdiri dari 3 pihak berkepentingan di bawah di dalam inkues simati ini yang memerlukan ianya diwakili oleh peguam bagi prosiding berkenaan?

Pihak berkepentingan di dalam sesuatu inkues adalah seperti berikut:
  • the next of kin or personal representative of the deceased person;
  • a representative of an enforcement authority or government department appointed to attend to attend the inquiry;
  • any other person who, in the opinion of the Magistrate, is properly an interested person.
Jelas yang pertama dimaksudkan di atas adalah ahli keluarga simati, yang kedua pihak jabatan penguatkuasaan atau jabatan kerajaan yang terlibat dan dijemput oleh mahkamah koroner untuk menghadiri prosiding, dalam kes ini sudah semestinya MACC dan lain-lain pihak yang difikirkan oleh mahkamah sebagai sesuai dianggap sebagai "orang yang berkepentingan"

Kenapa perlu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat melantik peguam untuk mewakili mereka di dalam prosiding tersebut bilamana prosedur sesuatu inkues itu adalah jelas, yakni yang terlibat secara aktif adalah majistret sendiri, dibantu oleh pegawai dari pejabat pendakwaraya berserta saksi-saksi yang kerkaitan dengan penyiasatan kes kematian simati. Di dalam sesuatu prosidng inkues, majsitret sebagai koroner bertindak sendiri (lebih kepada bersifat inquisitorial) dalam memeriksa saksi-saksi yang memberi kepentingan. Hatta peguam yang mana mewakili ahli keluarga si mati pun tidak mempunyai hak untuk bersuara melainkan dibenarkan oleh mahkamah. Inkues bukannya sepertimana prosiding perbicaraan biasa yang bersifat adversarial.

Bukannya tujuan sesuatu inkues diaturkan prosidingnya sebegini untuk menghalang mana-mana pihak bersuara tetapi ianya untuk melancarkan dan mempercepatkan perjalanan prosiding ini. Logiknya ketidakperluan peguam yang mewakili pihak berkepentingan untuk bersuara "as of right" adalah kerana inkues itu nanti kelak tidak akan melibatkan sebarang perintah yang membabitkan sebarang tanggungan liabiliti jenayah kepada mana-mana pihak walaupun sekiranya di akhir prosiding ketetapan yang dibuat oleh majistret atau koroner menunjukkan penglibatan mana-mana pihak samada secara perbuatan atau ketinggalan di dalam menyebabkan kematian simati.

Mungkin kerajaan negeri selangor nanti akan mengarahkan peguam yang dilantik memohon kepada mahkamah untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang berkepentingan tetapi kenapa membuang masa dan wang terhadap sesuatu yang belum tentu dibenarkan oleh mahkamah koroner/inkues nanti? Bukankah kerajaan negeri mempunyai penasihat undang-undang negerinya sendiri kalaupun masih mahu mencuba nasib untuk hadir sebagai pihak yang berkepentingan di dalam inkues tersebut?

Walaubagaimanapun seandainya dibenarkan kehadiran peguam nanti bagi pihak kerajaan negeri oleh mahkamah koroner berkenaan, apakah yang boleh disumbangkan beliau di dalam prosiding itu kelak bilamana hak untuk bersuara peguam tersebut sudah ditetapkan sebagai bukannya "as of right"? Lagipun lazimnya peguam yang hadir adalah peguam yang mewakili pihak waris simati dan bukannya dalam kes kali ini, satu institusi pentadbiran negeri yang bertindak pula secara langsung bagi pihak simati dan warisnya. Lainlah kalau peguam berkenaan mewakili waris atau personal representative simati sendiri.

Persoalannya, adakah kerajaan negeri selangor di dalam mengeluarkan kenyataan berikut;

“The state is determined to ensure that the rights of the late Teoh, his family and other state officials who will be testifying at both proceedings are protected at all times,” said Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim today in a statement released by his office.

sedar bahawa mereka berkemungkinan akan hanya bazirkan wang rakyat negeri selangor kerana peranan peguam di dalam satu inkues lazimnya hanya untuk hadir sebagai "watching brief" (tanpa sebarang hak automatik untuk bersuara) demi menjaga kepentingan simati semata-mata dan bukannya bagi menjaga kepentingan "other state officials" yang mereka jangkakan akan dipanggil untuk memberi keterangan di dalam inkues itu nanti. Saya percaya tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan bahawa di dalam sesuatu inkues yang membenarkan kehadiran peguam untuk kepentingan saksi-saksi yang dipanggil, tambahan lagi sekiranya ianya bagi pihak pegawai-pegawai rasmi kerajaan negeri seperti yang dilaporkan Malaysian Insider di atas.

Jangan bazirkan wang rakyat kalau hanya sekadar untuk terus mempolitikkan prosiding itu nanti. Inkues adalah satu kaedah acara jenayah dan bukannya alat politik mana-mana pihak. Sesuatu kerajaan adalah kerajaan kepada semua rakyat tidak kira anutan politik masing-masing. Adakah kerajaan negeri ingin membuat "precedent" melantik peguam bagi pihaknya di dalam setiap inkues yang dijalankan sekiranya ada lagi kes-kes kematian mengejut, sekiranya ada, yang tidak melibatkan "political figure" di Selangor di masa hadapan? Bezakanlah kepentingan politik dengan kepentingan umum. Kerajaan negeri ditubuhkan untuk negeri dan rakyatnya dan bukannya kerajaan itu terbentuk untuk kepentingan parti politik yang memerintah. Fahami bahawa tiada yang didakwa atau yang dibela di dalam sesuatu prosiding inkues. Tiada pertuduhan dan sabitan yang akan berlaku di dalam inkues ini.

Mengikut pemahaman saya, isu-isu yang akan diputuskan di dalam satu inkues adalah berkaitan simati dan perihal kematiannya dan penetapan yang akan dibuat adalah samada kematian mengejut tersebut disebabkan oleh;
  • an accident caused by the deceased’s own fault;
  • by events beyond human control; or
  • due to the actions of known or unknown person/s.
dan ianya bukannya diadakan untuk tentukan samada wujud sebarang konspirasi jahat/politik oleh mana-mana pihak untuk menjatuhkan mana-mana pentadbiran kerajaan. Kalaupun masih percaya wujud perkara sedemikian, wujud forum lain untuk pihak kerajaan negeri yang begitu "prihatin kepada kebajikan rakyatnya" ini untuk cuba ketengahkan isu tersebut tetapi apa yang pasti ianya bukannya di dalam prosiding inkues yang akan dijalankan kelak.


Nota Tambahan:

Untuk penerangan lebih lanjut, ringkas tetapi padat, mengenai prosiding inkues dan Practice Direction berkaitan, anda boleh muat-turun dokumen berkenaannya di sini dan sini dari website Pejabat Peguam Negara di sini.

7 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Terimakasih diatas penerangan yang begitu jelas. Tapi pasti ada pihak yang takut pada bayang2 sendiri yang akan merumitkan perkara yang mudah. Lebih2 lagi 'instant lawyers' yang banyak muncul akhir2 ini.

Hamirdin b Ithnin said...

Alo lawyer kg., bola amacam? Liverpool boleh menang EPL ke?

Anonymous said...

Saya rasa loyar la Tuan Lawyer - setelah membaca tulisan Tuan Loyar.

LimKamPut said...

Tuan Lawyer,

Semuanya ni berat sebelah lah Tuan Lawyer:-

1. MACC
2. PDRM
3. Hakim/Mahkamah
4. Kerajaan
4. Inkues
5. Suruhanjaya Diraja

Semuanya tak boleh pakai! Yang betul-betul adil dan saksama adalah saya, rakan-rakan saya dan sekutu-sekutu saya.

Yang Benar,
Lim Kit Siang

Benar!
Lim Guan Eng, Theresa Kok, Manoharan bagi pihak rakan-rakan LKS yang lain

Ya! Ya! Ya!
Anwar Ibrahim, Nik Aziz bagi pihak sekutu-sekutu LKS yang lain

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan,

Kerajaan Negeri Selangor bazir wang atas pengkebumian penjenayah curi kereta. Sponsor pulak funeral Teoh sepenuhnya dan dengar anak yang bakal dilahir pun akan di sponsor.
Sekarang ini pulak...

Dah tu sibuk tak ada duit nak urus negeri dan nak kebas pulak duit Zakat yang kami bayar pada PZS.

Mulaikan tahun hadapan kami tak mahu lagi bayar zakat di PZS. Kami cari dan bayar sendiri sahaja.

Lawyer Kampung said...

Tuan dinturtle, terimakasih kerana rumusan tepat saudara ;)

Tuan Prof, belum start EPL belum tau :) Terimakasih kerana masih sudi melayari Lawyer Kampung ;)

Anon 4.24pm, kalau ada rasa loya tu petanda baik lah.. makna saudara/saudari faham apa yang saya nukilkan ;) Terimakasih untuk komen

LimKamPut, :)tq for commenting

anon 8.37pm, terimakasih kerana sudi berikan pandangan

Anonymous said...

Ini lah apa yang Tun Dr Mahathir katakan, secara menyindir yang selalu di buat nya dalam blog nya, bahawa semua Kerajaan ada buat salah.

Tapi salah Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat ini nampak nya ketara. Mereka bahru sahaja 1 tahun lebih memerintah tapi sudah macam macam hal. Termasuk penambahan tempat maksiat di negeri Selangor secara berganda. Tuduhan Wakil Rakyat PKR, ahli pakatan nya sendiri, terhadap DAP ada hubungan dengan "Underworld" yang biasa nya termasuk kongsi gelap, samseng dan gengster. Melakukan urusan di Ibupejabat Kerajaan Selangor. Yang membayangkan kongsi gelap, samseng dan gengster mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan PR Selangor.

Itu sebab PR nampak saperti cicak putus ekor. Gagap dan latah. Terburu buru dengan tindakan yang tak tentu arah. S/Usaha Agung DAP menulis surat menyalahkan MACC walau pun Polis bahru sahaja memulakan siasatan mereka. Peguam menasihatkan dua orang yang di lapurkan terakhir melihat/ menjumpai Teoh supaya jangan setuju beri contoh DNA. Tidak menasihatkan yang sa orang itu supaya jangan pergi ke negeri China. Bukan kah dia "Officer of the Law" dan "interest of the law overrides interest in client confidentiality" dalam kes saperti ini?

Bila sudah tunggang langgang, macam mana MB Selangor nak dapat nasihat yang betul? Kalau di beri nasihat pun, mungkin terdesak dan degil juga melantik peguam peguam ke Inkues untuk "menjaga kepentingan" mereka, konon nya. Saya nampak ini hal "menjaga kepentingan sendiri (vested interest)".

Kesian lah rakyat negeri Selangor. Berapa wang di bazirkan untuk menjaga kepentingan mereka. Walau pun kekurangan hasil negeri. Hasil dari lesen pasir dan sebagai nya di laporkan banyak berkurangan dari anggaran. Beberapa orang sudah menulis di blog menyatakan kesal mereka mengundi DAP dan PKR. Saya tahu banyak lain yang sedar tapi tidak menyuarakan kesal mereka. Saya harap banyak lagi yang akan sedar.

Abu.