Saturday, July 04, 2009

Liberalisasi sana-sini....

Beliau juga menyatakan bahawa semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) di dalam bentuk makronya akan diteruskan tetapi instrumen yang digunakan untuk mencapai langkah penstrukturan masyarakat dan mencapai persamaan perlu diubah.

Baca Melayu sokong liberalisasi

Kalau sedar, mana semangat mana pengat, mana makro mana koro, baguslah.

KUALA LUMPUR 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin Barisan Nasional yang termasuk pemimpin utama Umno serta Melayu menyokong pelbagai langkah liberalisasi yang diumumkannya sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 3 April tahun ini.

Tapi yang musykil ini, tanya kepada pemimpin saja. Kepada rakyat jelata sudah bertanya ke? Betul-betul faham ka apa yang depa kat kampung-kampung tu mau?

"Saya telah berunding dengan para pemimpin utama dan mereka mempercayai kini adalah masanya kami melakukan perubahan, penyemakan semula dan bergerak ke hadapan. Saya rasa rakyat menyedari perkara itu," kata Najib semasa ditanya sama ada partinya menyokong kesemua langkah yang dilaksanakannya.

Baru-baru ini kata sekarang adalah zaman kerajaan tak tau semua, zaman rakyat jelata yang lebih arif. Kalau macam tu, tanya kepada pemimpin sahaja tak aci lah kot. Kena la tanya yang bukan pemimpin juga. Main "rasa-rasa" sahaja tak cukup. Bukan apa, macam-macam boleh dijadikan isu. Yang anti-nasionalisme pun boleh jadi sebaliknya, yang liberal pun boleh tukar jadi konservatif ..demi undi.

Apa pun kenalah ingat, perlembagaan belum dipinda, masih yang sama.



Tambahan (Off Topic)

Sebelum mahu liberalisasi sana-sini banyak-banyak lagi, cuba-cuba jengok masalah-masalah rakyat sebagaimana diutarakan di dalam blog Luah Fikiran ini, boleh dibaca di sini. Blogger kudakepang juga ada menulis mengenainya di sini.


9 comments:

Anonymous said...

Adekah semua ucapan ucapan dasar baru PM merangkap Menteri Kewangan di bincang di mana forum atau jawatan kuasa kabinet atau ini semu sendiri punye idea ?
Setiap kali ade convention tiap kali itu di umum yang baru.
Saya rase sungguh hairain kerana nampak macam tolak ke tembolok saja !
Ta de sapa yang bantah setakat ini.
tak kan dasr kerajaan yang pro Rakyat Malaysia dan pro Bumiputera selama 17 tahun tiba nak nak buang gitu saje ?
Dah buat analysis "what if" ke atau "dynamic model" ke atau "fatal flaw " ke?
Di mana input input dari kementerian dan BNM.
Takut lah kalau input semua dari satu Bank Bumi aje ?
Siape yang ade "oversight" kapda PEM merangkap MentKewangan ?
Tak kan TanSri SC CEO saje kut?
Malaysia sudah buka luas habis daripada dasr imigresen,dasar langit terbuka,sekarang nak buka luas lagi dasr kewangan dan hartatanah !
Orang kampung ade berkate :jika kita buka pintu depan luas,jangan salah kan penceroboh yang akan merpkosakan rumah kita sebab perampok itu kate--tuan rumah yang buka pintu jempaut saya masuk jadi say buat ape yang perampok buat.
Ini semua dasar terbuka ade cermin sikit Kota Singa punye cara.
Kita nak ikut Kota singa punye model, kerajaan kite kena ikut model kerajaan kota singa kan(faham2 aje).Tapi kalu ambik sekerat aje, yang sekerat lagi untuk menyelia dan"oversight" tak ambil, itu nama nya setengah masak, lagi teruk "half breed".
Saya minta semua ucapan di di bentang di Parlimen dan di bahas secara profesional.
changkat lobak.
arjuna waspada

Quantum Metal Consultant said...

Saolannya? sudahkah UMNO berubah??!! Kalau sekadar rakyat kembali menyokong sedikit sebanyak atas muak dengan gelagat pembangkang - itu belum memadai untuk UMNO kembali bertapak.

DAP sedang mengorak laju dengan mengadakan investment arm dengan Singapura dan kaum china makin yakin dengan DAP. PP akan dipertahankan, Selangor dan Perak akan berada dalam genggaman diikuti N9.

Apa yang UMNO mahu banggakan? Slogan dan billboard???

azmie said...

kena tipu lagi org melayu. micro maknanya kecik, makro maknanya besar. yg dikatakan "semangat deb dlm bentuk makro akan diteruskan" tu ialah, tokey melayu yg besar akan terus dapat faedah, yg kecik macam kita semua akan mati

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
I think this time im agreed with yr thought. Dasar/pendekatan ekonomi yang baru nampak gah dari segi nama dan konsep dengan berpaksikan semangat liberalisassi. Itu juga sokongan Pak Lah hari ini.
Pada hemat saya,tidak kira apapun namanya tapi yang paling FUNDEMENTAL PADA MASA DAN KETIKA INI IALAH KEMISKINAN RAKYAT (RATA-RATA MELAYU) PERLU DIBERI PERHATIAN. DINAMIC Ada pemimpin UMNO yang bercakap dengan penuh gah tentang itu?. Memberikan preskripsi yang detail tentang soal itu?. Yang ada sebagaimana kat saudara ialah, tiap kali ada buat launching maka akan adalah paculan konsep-konsep baru. Bukankah itu retorika?
Entahlah.....sesudah mendung berlalu pada Mac baru-baru ini, kita mengharapkan siang akan berpanjangan....jika tidak kita akan kembali kepada malam, menanti bulan penuh tiba akhinya.
Lu fikirlah sendiri, kata nabil.

Ismail N said...

Bro, mcm tag-team dengan TDM aje kritik DSN. For me, doesn't matter kalau tak consult rakyat sbb mandat telah diberi malalui p/raya. Cuba mestilah beri benefit rakyat as a whole bukan sebilangan kecil aje. My concern cuma pada implementation aje especially Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas). Dengar cerita byk duit kena pam di sana. :)

Anonymous said...

En Covey bagi petua "perlaksanaan".
"A superb strategy will fail if the plan is poorly executed.Execution is everything".
Pada amatan saya, liberisalsi ini bergantung kapada orang asing.
Sikit sangat penglibatan rakyat malaysia ,hanye setakat jual asset drp 20 juta hingga 259,001 saje.
Betul dah bagi mandat.
Pres Bush dapat mandate liberlalisai ekonomi dia,hancus beb, sebab tiada "oversight".
Belajar dari sini puncukup, kita tak bolih main mian uji uji bab ekonomi beb, reseb kita ade RM323 billion RM, RM aje.
Rakyat tanah besar Cina ade 1.3 trillion US $ punye reseb.
So,mandat pun madat lah, tapi jangan hancus dan jangan pecah tabung.
changkat lobak.
arjuna waspada.

Lawyer Kampung said...

arjuna waspada, terimakasih untuk pandangan tuan ;)

Kluangman, macam kita selalu perkatakan dah berbuih mulut, dah lenguh jari-jemari menekan keyboard.. harap-harap mereka faham dan lakukan sesuatu :)

azmie & ryzal72, terimakasih untuk komen tuan-tuan :)

Mail, terimakasih untuk komen, bukan tag-team hanya kebetulan ;) bukan nak bagi buruk, pandangan hanya untuk bagi cantik... :D

Anonymous said...

Kita bagi (jual) Proton pada syarikat luar, kita bagi KLIA pada syarikat luar, kita bagi kampung kita pada orang luar, kita bagi segala-galanya – kan dapat pulangan duit kertas.
Atau itik yang bertelur emas i(asset) ni kita simpan – telurnya saja kita liberalisasikan. itik (ketuanan) kita simpan – tiada kompromi dalam hal ketuanan kita.

Liberalisasi ekonomi cenderung kepada penjajahan sesebuah negara. Cuba fikir kenapa mana-mana syarikat yang hendak bertapak diSarawak perlu didaftarkan mengikut kehendak negeri Sarawak iaitu 51% ekuitinya hendaklah orang Sarawak. Kenapa, kemasukkan orang semenanjung (walhal warganegara Malaysia) ke Sarawak bersyarat?
Peliknya, bila orang luar/ syarikat asing – mudah sangat diberikan “kerakyatan” penuh berniaga – untungnya disedut keluar negara balik ke tanah asal nenek moyang mereka.
Apa yang orang tempatan dapat dipenghujungnya? Bila madunya sudah habis, mereka pun belah - Seperti Tun Mahathir kata, mereka ini/ syarikat luar ini tiada kesetiaan – itulah pentingnya disyaratkan 30% – sebaiknya (ideal) ekuiti orang tempatan adalah 51% apapun 49% pun takpe. Kalau 30% ini dihapuskan atau direndahkan lagi, bukankah itu hakikatnya kita sudah hilang ketuanan?
Orang Melayupun dari negeri bukan Kelantan tak lepas jika hendak memiliki tanah diKelantan kalau bukan anak jati Kelantan – hati-hati dengan liberalisasi. Kenapa ada Tanah Simpanan Melayu? kenapa ada Hutan Simpan? Kenapa ada hak pribumi? dan sebgainya – kita tidak boleh liberalisasi secara mutlak. Yang kuat menelan yang lemah itu undang-undang rimba.

Apakah kita sudah begitu kuat untuk liberalisasi?

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Lawyer Kampung said...

Dr Rani, terimakasih untuk pandangan saudara. Bernas sekali! :)