Tuesday, July 14, 2009

PRK N41: Tahniah Pengundi-Pengundi Manek Urai!

65 undi majoriti, 117 undi rosak, wow! Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai. Pengajaran yang tuan-puan berikan, kepada politikus-politikus yang sudah mula tersasar jauh dan lupa perjuangan sebenar negara bangsa, amat saya hargai. Siapa menang, siapa kalah sudah tidak penting lagi. Yang mana dahulu mendabik dada dengan siasah liberal serba baru, siasah tutup mata, telinga dan hati demi politik; mulai hari ini pandanglah ke belakang, kajilah sejarah, bukalah kitab sebelum memulakan langkah kanan menuju ke hadapan.

Ada yang lebih penting dari politik. Ada yang lebih berharga daripada siasah peribadi. Tahniah kepada PAS yang mengekalkan kerusi DUN N.41, tahniah juga kepada UMNO & BN yang begitu sengit memberikan saingan. Namun begitu, syabas dan tabik dari saya kepada pengundi-pengundi di Manek Urai!

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada Pas yang menang walaupun sekadar menurunkan penjual ikan berbanding calon BN yang merupakan seorang pengurus yang berpelajaran tinggi.

BN tidak tewas, cuma tidak menang. peningkatan undi yang ketara diterima BN menunjukkan Umno masih diterima rakyat terutamanya orang2 Melayu di kawasan pedalaman. Umno juga menang di peti undi di mana TS Muhyiddin menjanjikan jambatan baru. Diharap Tan Sri dapat menyediakan jambatan baru demi kemudahan bangsa melayu.

vinnan said...

'Umno juga menang di peti undi di mana TS Muhyiddin menjanjikan jambatan baru. Diharap Tan Sri dapat menyediakan jambatan baru demi kemudahan bangsa melayu.'

Inilah kebodohan orang Melayu BN yang sungguh mengecewakan. Pembangunan dan keselesaan rakyat adalah hak asasi rakyat bukan hak UMNO. Satu hari wang Petronas akan habis dan orang akan menderita seperti saudara-saudar mereka di Indonesi. Masa itu apakah yang orang Melayu akan lakukan? Salahkan orang bukan Melayu diatas penderitaan orang Melayu. Lepas itu merusuh, merogol dan membunuh orang bukan Melayu? Parti politik semua hantu. Bezanya ialah diantara hantu kecil adn hantu besar.

Satu perkara lagi, kemenangan tipis PAS di PRK MU tidak hairan kerana prestasi PAS dalam PRK memang tidak memberansangkan.

Tahniah Kepada PAS

Quantum Metal Consultant said...

Tahniah kepada Tokpa - semua kawasan undangan negeri dan parlimen di Kelantan perlu dipantau UMNO dari sekarang dan majukanlah projek2 rakyat kerana di situ adalah Melayu dan Islam.

Melayu Kelantan perlukan perlaksanaan yang berterusan dan bukannya janji2 seketika menjelang pilihanraya, ceramah PAS akan lengang jika UMNO mementingkan kerja dan keikhlasan kepada rakyat.

Kemewahan yang berlebihan dan terlampau perlu dielakkan.

Ismail N said...

Tahniah jugalah sebab tak banyak gaduh-gaduh. Cuma 2 aje awek Puteri UMNO jadi mangsa kali ini. Politik-politik juga tapi jangan sampai taksub dan bergaduhan sesama sendiri. :)

Anonymous said...

Jangan pedulikan maanusia Vinnan itu. Dia pergi ke sana ke sini mengeluarkan kata kata yang tidak beradab. Saya pun boleh buat demikian tetapi tidak ada faedah nya, melainkan 1-2 kes melampau.

Nampak nya orang kampung di Manik Urai pun mahukan pembangunan. Tok Guru pun di lapurkan mengakui hal ini. PAS tak menyangka keputusan itu dan nyaris kalah.

Sekarang BN harus kaji apa pulak orang kampung di lain lain tempat mahukan. Malah, apa pulak orang Melayu keseluruhan nya mahukan. Orang Melayu yang tidak berkepentingan politik, Melayu pengundi biasa.

Nampak nya pemimpin bahru kita berat kapada bukan Melayu sekarang. Contoh nya, liberalisasi ekonomi, membenarkan sekolah vernakular, PPSM dalam bahasa Mandarin dan Tamil. Cadangan Ekuinas - tak tahu siapa yang akan mendapat faedah nya, betapa luas pengagihan menafaat nya, berapa peratus kekayan boleh tercapai berbanding dengan pencapaian bukan Melayu. Omar Ong hendak di payong terjunkan ke dalam Petronas. Tak tahu apa tujuan dan faedah nya kapada kaum Melayu. Kekayaan Petronas lebih dari kekayaan kesemua syarikat syarikat kaitan Kerajaan/ GLCs.

Saya khuatir ke mana arah 1 Malaysia. Cadangan Satu Sekolah untuk Semua (SSS), yang mahukan BM sebagai Bahasa Penghantar dan sekolah sekolah vernakular di serapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan, sepatut nya di terima dan kajian ke atas sistem pelajaran yang ada sekarang ini di lakukan.

Saya harap pemimpin akan terima cadangan SSS itu dan boktikan dia tidak berat sabelah dalam dasar dasar kemajuan dan pembangunan nya. Melayu kaum majoriti, 68% jumlah nya di Malaysia ini. Harus di beri keutamaan. Melayu keseluruhan nya sudah peka dan mahu layanan yang berpatutan, saperti juga Melayu di Manik Urai.

Sekian, terima kasih.

Dot.

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

Setiap kali adanya PRK, kita dapat saksikan betapa hipokritnya ahli2 politik baik dari BN maupun PR. Masing2 menabur janji untuk meraih undi hingga rakyat tempat lain jadi jealous dan ramai dalam diam mengharapkan wakil rakyat mereka juga mati cepat ! :)

Tak boleh salahkan rakyat.Kalau tak disebabkan PRK, sampai bilalah jalan2 lama di MU, KT dan tempat2 PRK lain nak diturap semula. Rakyat dapat duit, bodoh je beri cash mcm mak bapak dia punya duit. Janji beri mcm2 projek mcm syarikat bernama Malaysia ni dia yang punya. PR pula tebalkan muka beri mcm2 dalih untuk menghalalkan 'kesepakatan haram' mereka. Di kampung Melayu cerita lain, dikampung Cina cerita lain. Depan wartawan cerita lain.

Saya sokong kenyataan Dot diatas. exactly my sentiments and worries. Perlu ada desakan2 secara sistematik dan berterusan kearah mencapai satu sekolah. Bila nak buat demo ni ? Satu demo bukan politik, disertai mereka yang mahukan keadilan dan kesepakatan antara kaum dan secara tak langsung menelanjangi niat mereka yang menentang.

Anonymous said...

Salam Sdr dinturtle

Saya pun penyokong kuat SSS. Saya setuju dengan cadangan demo itu. Saya rasa tak salah kalau berdemo secara aman, ikut peraturan, minta kebenaran pihak berkuasa, tidak menggunakan kekerasan, sepanduk sepanduk yang bahasa nya tidak menyayat hati sesiapa. Saya fikir Tuan Lawyer Kampung pun boleh saksikan niat baik kita kalau kalau penulisan kita di sini lenyap ke alam siber atas apa apa sebab sekali pun.

Tapi malang nya kita yang menggunakan nama samaran di blog blog ini biasa nya tidak minat keluar dari alam siber memperkenalkan diri atau di kenali khalayak ramai. Mungkin kalau ada demo di lakukan kita boleh ikut dengan tidak memperkenalkan diri. So’al nya siapa yang sanggup menguruskan, mengatur dan menggerakkan usaha usaha mengadakan demo itu?

Saya fikir, sebaik baik nya PENA. Mereka pernah melakukan demo dan mempunyai infrastruktur dan sistem menggerakkan demo. Mereka telah memperjuangkan mertabat Bahasa Kebangsaan sehingga PPSMI di batalkan. PPSM dalam Bahasa Kebangsaan ada lah selari dengan tujuan SSS supaya Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa penghantar di sekolah sekolah. Ha nya PENA nampak nya tidak membantah sistem sekolah vernakular yang SSS mahu di serap kan ke dalam sistem SSS. Tapi ini mungkin boleh di runding dengan PENA.

Oleh itu, jika Sdr ada hubungan, atau ada kawan kawan yang ada kenalan dengan pemimpin PENA, mungkin Sdr boleh majukan cadangan Sdr itu kapada mereka.

luah fikiran said...

Tahniah kepada PAS. Keputusan memberikan isyarat yang jelas kepada kedua-dua pihak.PRU 13 pun tak lama lagi.