Wednesday, September 23, 2009

Mabuk Ketupat & Lemang

Mungkin masih lagi pening-pening lalat akibat terlalu banyak makan ketupat & lemang. Mungkin kerana ketaatan yang luarbiasa terhadap pemimpin senior. Mungkin juga kerana bercakap ikut sedap gigi. Apapun alasannnya, ianya adalah sesuatu yang amat memilukan bila kita kelihatan seperti tidak boleh membezakan antara kesalahan disiplin kerana menulis buku dengan kesalahan disiplin akibat menggunakan wang secara salah untuk tujuan meraih sokongan politik.

“I don’t see how Isa’s record can be a liability to Umno and the Barisan Nasional in the Bagan Pinang by-election,” he told Bernama on Wednesday.

He cited the example of former Umno president Tun Dr Mahathir Mohamad against whom first prime minister, the late Tunku Abdul Rahman, had taken disciplinary action for writing the book, “The Malay Dilemma”.

“Due to strong pressure from the grassroots, the next prime minister, the late Tun Abdul Razak (Hussein), took Mahathir back and the latter went on to become a great leader,” he said.

baca lagi di sini.

Sedih bila melihat bakal-bakal pemimpin kita tidak begitu bijak dan cermat di dalam mengutarakan pendapat dan pandangan bagi menjustifikasikan atau mempertahankan sesuatu perkara yang disokong mereka.

Bakal pengundi sedang memerhati, sekelian jelata sedang menimbang. Hati-hati bila memberikan pendapat.

12 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Ini jenis mangkuk hayun.

Small Talk said...

Bukan salah lemang dgn rendang tu...its the lack of grey matter

Anonymous said...

hahaha. alahai nak tegakkan benang yang basah. itulah dia.

Lawyer Kampung said...

Kluangman, TokSam & DrSid :-D Apo nak dikato...

dollah yankee said...

ini semua ketua pemuda jenis lungguk. satu lungguk 15 biji $10

Kama At-Tarawis said...

Yup, I share your sentiment LK. Sampai bilapun takkan boleh berubah kalau dok ada yg pemikirannya masih ditakuk ini. Dia lupa (atau buat-buat lupa, ataupun sengaja takmau memahami)seluruh negara sedang memerhati dengan begitu teliti BN's move in this forthcoming by-election. Bengap betul.

AnTi AljUbuRi said...

Ketupat dan lemang tidak memabukkan - mungkin terlebih makan tapai pulut- kegemaran orang N9 tu ...

Perlu dipejelaskan.. pengundi bukan semuanya ahli kepada mana mana parti, apatah lagi kalau nak dikatakan semuanya umno ... presepsi pengundi mesti diambil berat disamping ahli parti mesti menzahirkan kerjasama dan kerja kuat dalam suasana pemikiran yang terbuka!!!

UMNO mesti dimenangkan dalam PRK Bagan Pinang dan ajenda peribadi mesti diketepikan!!

Lawyer Kampung said...

Dollah Yankee, Sis Kama & Anti-aljuburi, terimakasih untuk komen-komen tuan-puan. Che Det juga ada mengulas tentang perkara ini di http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/09/calon-pilihanraya.html

Harap-harap yang berkenaan faham apa yang disuarakan. ;)

Anonymous said...

Ada yang mengatakan jika Isa atau anak nya (Timb Ket Bah Pemuda) tak jadi calon, berat BN nak menang. Sebab begitu kuat "pengaruh" Isa di atas bahagian nya. Selalu mengeluarkan "perbelanjaan" untuk mesyuarat2 Cawangan dan Bahagian, satempat atau di luar bandar. Anggaran RM40,000 sa tahun.

Ini lah masaelah politik wang tak habis habis. Penghabis2 nya, siapa yang banyak wang juga naik ke atas. Saya sokong UMNO tapi bosan dengan keadaan ini. Betul kata TDM - kalau Isa di calonkan dan menang pun, implikasi nya kapada UMNO berat. Tapi, siapa yang mulakan politik wang semua ini?

Wahai Melayu, kikiskan lah gejala politik wang ini. Rasuah akan menjahnamkan kaum Melayu di negara nya sendiri.

Anonymous said...

Masaelah nya Isa tak sedarkan diri, tak memikirkan kepentingan bangsa. Dah begitu lama jadi MB dulu, bagi lah lain orang chan.

Bersesar hati lah sedikit dan undur diri lah. Be magnanimous in the interest of your own bangsa. Duit banyak boleh teruskan "menyumbang" tapi biar lah orang lain jadi calon.

Maybe sebab dia orang nya tak besar, jadi hati nya pun tak besar juga. Maaf LK saya get personal sikit tapi meluat menengok jenis maanusia yang gilakan kuasa dan pangkat YB saperti Isa ni. Dia kan sudah YB kerana dia Tan Sri. Cukup lah, kawan.

Wira.

Lawyer Kampung said...

No problem wira, appreciate the comment bro :)

Quantum Metal Consultant said...

Tuan, jangan masih lagi asyik mabuk dengan ketupat lemang..

Pendapat tuan mampu memberi sumbangan menyelamatkan Bagan Pinang.. ayoh!