Wednesday, November 05, 2008

Obama: Agen Perubahan+Jaringan Kerja Internet=Tsunami Politik landa Amerika

Hari ini sejarah tercipta di Amerika Syarikat apabila setelah lebih 200 tahun merdeka, seorang Presiden dari keturunan afro-amerika di lantik sebagai presiden. Melihat dan mendengar concession speech dari lawannya, McCain sebentar tadi, jelas kematangan berpolitik di dalam ucapannya yang saya kira perlu diteladani oleh para politikus negara ini, sama ada BN ataupun PR. Pembesar kerajaan terutamanya juga harus mengambil iktibar daripada kemenangan Obama ini bahawasanya konsep "agen perubahan" dan jaringan kerja internet adalah elemen penting dan tidak harus dipandang remeh. Tsunami politik bukan sahaja melanda negara kita, ianya juga telah melanda Amerika, lihat sahaja apa yang berlaku di kubu-kubu kuat Republikan seperti di New Mexico, New Hampshire, Virginia, Ohio, North Carolina dan sebagainya hasil daripada faktor-faktor tersebut. Walaupun Amerika bukanlah contoh terbaik kepada kita, namun apa yang dikatakan dalam ucapan ulungnya sebagai president-elect, dimana Obama telah berkata, "I will listen to you, especially when we disagree" patut dicontohi oleh semua, tidak kira pembesar (kerajaan mahupun pembangkang) serta rakyat jelata negara ini. Semoga kita juga akan bertambah matang di dalam berpolitik dan semakin progresif di dalam pelbagai bidang sebagai satu bangsa Malaysia.

"Yes we can!" menjadi laungan semangat baru rakyat Amerika masa kini. Bukankah kita terlebih dulu sebelum ini pernah berteriak, "Malaysia boleh!"?

Updated 4.48pm

Read also RantingsbyMM's Barack's Barakah

10 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Mungkin KJ di Malaysia menyamai Obama di US.

Tetapi slogan 'berani berubah' Mukhriz lebih meyakinkan.

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

"I will listen to you, especially when we disagree". The local version will be "I will listen to you, especially when we disagree, then I knew you are my enemy".

The problem with this country is that the words of disagreement would never reach the right channel. Dollah wasn't aware of public protest until the outcome of PRU 12.

And I've given hope on our parliament to voice our disagreement, the MPs just know how to walk out.

Wassalam.

Son of My Parents said...

Salam Tuan,

Lim Kit Siang bertanya adakah orang Cina, India, Iban dan Kadazan boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti dalam posting blog terbarunya. Gara-gara pemilihan Barack Obama sebagai 'President-Elect' Amerika Syarikat.

Interesting...

Why not? Kalau DAP mendapat majoriti di Parlimen maka pemimpin DAP itu layak menjadi Perdana Menteri dengan perkenan Yang Dipertuan Agong.

Mungkin saya silap, tetapi saya berpendapat bahawa DAP inginkan Malaysia menjadi seperti Singapura satu hari nanti... sebuah Republik.

Terima kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Teresa Kok sesuai dicalonkan PM Malaysia kerana dia mampu memporak perandakan rakyat dengan bercakap bohong dan membangkitkan isu perkauman.

Calon calon lain yang sesuai ialah Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang selalu mempertikaikan Perlembagaan.

Atau Lim Eng Guan yang akan merendahkan status Bahasa Melayu sebahagai bahasa kebangsaan.

Mungkinkah Samy Vellu yang mahu kerajaan melepaskan pelampau Hindraf SAHAJA dari ISA.

Atau Lim Kheng Yaik atau Koh Tsu Kun yang mahu mengahapuskan DEB.

Siapa lagi bukan Melayu dan Islam yang sesuai dicalonkan...

Mereka masih menunjukkan mentaliti menjadi PM kaum mereka sahaja, standard mereka masih jauh dari bayang Obama. Jangan berangan.

BaitiBadarudin said...

'Malaysia boleh' dah klise, 'berani berubah' dan mengambil tindakan yang selaras dengan slogan lebih meyakinkan!

mamasita said...

You know LK..just my apa they call it?2 cents opinion?Even tho Obama menang,he will just have to listen more to a bunch of advisers consisting of mamy powerful Democrats.Janganlah ingat our country needs any Obama.I tengok Obama takde tokoh pun. Jadi CEO multi-national company ada gaya. Menang sebab senang tne white supremos nak control dia. He will just be a puppet.Really takde gaya seorang President,sorry to say.

Caustic Dude said...

Dude,
He's physically black but he ain't a brutha. Raised by Mr. and Mrs. Dunham in Hawaii. That's as white as white can be. Hell, Jeo Flizzo is more black than Obama. Obama Sr.'s biggest contribution was walking out on him. Had the Sr. Kenyan stayed, Jr. would be a medium-sized company CEO and no mo'. Had daddy stayed, Jr. ain't gonna be nobody's pre-so-dent.

Brother knows more about Indonesia than Harlem. Black man he ain't. So forget about 'first black presodent' tag. OJ Simpson used to live like a white man, married (and murdered) a white woman but Obama is half white.

You have a good weekend LK.

-CD-

Lawyer Kampung said...

Kluangman, KJ=Obama ? haha ..yang lain tu pulak? Opportunis semuanya.. :-)

Piggy Singh, I catch your drift sir!

Erotomania, saya faham apa yang saudara utarakan tetapijangan kita ikut sangat rentak tari politikus opportunis sebegitu, boleh pening lalat kita dibuatnya ;-)

baitibadarudin, betul tu dah terlampau cliche, tetapi kalau masih boleh dipakai, apa salahnya.. :-)

Mamasita, points taken. ;-)

CD, long time no hear. What's up dude? ;-)

Anonymous said...

lk,

i don't know where cd got his facts, but when obama lived in nyc [while attending columbia and until his employments after graduation], he lived in harlem!

the man also left jobs with promising career tracks in manhattan to go work as a community organiser in one of the worst hoods of chicago.

i think it's reasonable to say he would know more about the country he spent most of his life in (as a colored man, regardless of ethnic origins) than the 4 years he spent in indonesia at the tender age of 6-10.

***

hi m2, i'm sure you have your own yardsticks when you said obama "takde gaya seorang President". but having seen the man in action, to me he has gaya, and more, in spades!

maybe i'm just easily impressed. ;D

Lawyer Kampung said...

mekyam, thanks for the comment. CD you better get your facts right bro ..hahaha