Tuesday, November 04, 2008

Siapa tidak hormat siapa sebenarnya?

Setahu saya hak untuk membenarkan celahan, pertanyaan atau penjelasan adalah hak mutlak pembahas yang sedang menggulung ucapan pada ketika itu. Jika beliau tidak memberikan laluan itu adalah haknya. Tidak perlulah dijustifikasikan dengan kepentingan umum bila hampir semua soalan yang hendak ditanyakan telahpun diarak sekeliling arena siber sehinggakan jawapan yang akan diberikan pun kita sudah boleh agak. Kadangkala kita perlu bezakan kepentingan umum dengan kepentingan berpolitik tidak bertempat. Bukan semua soalan retorikal berbaur politik itu adalah untuk kepentingan rakyat, malahan seringkali ianya dihambur semata-mata untuk kepentingan siasah peribadi dan promosi politik kumpulan berkenaan itu sahaja.

Hormatkah kita kepada dewan apabila suka sangat bertindak keluar dewan beramai-ramai sekiranya tidak setuju angin dengan pihak lawan? Adakah budaya membentak sebegini tanda hormat? Pantang merajuk sedikit, sudah diajak kawan-kawan berbaris keluar dewan. Bukan sekali, sudah berkali-kali dilakukan!

Sedarlah bahawasanya gaji dan elaun yang dibayar oleh rakyat kepada ahli-ahli parlimen adalah untuk mereka berada di dalam dewan, sama ada suka atau tidak, bukannya untuk berarak beramai-ramai meninggalkan dewan semasa persidangan sedang berlangsung. Haruslah ditanya diri sendiri terlebih dahulu siapa yang tidak hormat siapa sebenarnya?

14 comments:

NOBISHA said...

Tuan,

Kadang-kadang yang duduk dalam dewan tu pun bukan berbahas. Ada sesetengah tu, duduk kerusi empuk dalam dewan sambil sms kawan2. Kalau kita sering ke parlimen, kita akan bertemu ahli parlimen yang lebih banyak berada di lobi dan kantin parlimen dari di dalam dewan. Pada saya, soal keluar parlimen ni biasalah.

de minimis said...

Hi LK

The issue of "no respect" and "arrogant" is just political spin. Parliamentary decorum anywhere in world allows the MP who is speaking the discretion whether to "give way" or "beri laluan" or, not. In this sense the Minister (probably fearing that he may lose his train of thought and exposition) exercised his privilege of not giving way.

But that's politics for you.

Erotomania said...

Salam Tuan,

Saya pernah memberi komen seperti komen Tuan dalam blog Anwar Ibrahim, tentang perangai keluar dewan ni.

Saya dengar dari seorang kawan yang dalam parlimen British, ketika seorang ahli parlimen sedang berucap, sesiapa yang ingin mencelah akan bangun tanpa bersuara bagi mendapat perhatian Speaker. Hanya apabila Speaker membenarkan celahan dibuat, barulah dia boleh mencelah.

Betul ke?

Kalau betul, kenapa agaknya kita tak boleh nak amalkan tata-tertib sebegitu? Tak salah kalau kita tiru perkara-perkara yang baik walaupun ianya dari Barat.

Terima kasih.

Lawyer Kampung said...

Tuan Nobisha, haha.. itupun satu masalah juga tu. Cuma bezanya mereka yang masih duduk di dalam dewan (walaupun senyap atau ber'sms') masih lagi berada di dalam dewan semasa persidangan. Manakala bagi mereka yang berada di lobi & kantin parlimen itu pula tidak mengajak kawan-kawan yang lain bangun meninggalkan dewan, tanpa menghiraukan decorum dewan mahupun Yang DiPertua dewan dan rakan YB mereka yang masih lagi bersidang, sambil melaungkan bahawa mereka bertindak kerana kepentingan umum telah dinafikan oleh pembahas yang tidak hormat kepada dewan. Ini sudah kes melata dulang paku serpih.. ;-)

Hi there de minimis, my point exactly sir! ;-)

Bro erotomania, ini semua soal decorum di dalam majlis. Baik di parlimen, mahkamah mahupun kenduri kahwin semuanya sama sahaja. Tambahan lagi jika sudah bergelar senior parlimentarian yang sudah arif dengan kaedah-kaedah persidangan yang telahpun dikanunkan ;-) Inginkan sesuatu, mintalah keizinan, jika tidak dibenarkan, janganlah pula kita membentak, 'show tantrum' tidak tentu hala.. seperti yang bro sendiri sedia maklum dan seperti yang dikatakan oleh bro de minimis kita, itulah politik namanya :-)

mamasita said...

Hai LK!Staging a walkout is very unbecoming and extremely rude.They all ni ingat atuk dia punya dewan?Takkan semua nak keluar pergi loo at the same time?Kalau takreti nak behave,lain kali jangan sibuk bertanding jadi parlimentarians!
They all ni ingat ni gelanggang main2 ker?

mekyam said...

lk dan rerakan pengunjung,

mcm saran erotomania, amalan baik drp barat tiada salahnya kita contohi.

satu lagi amalan bagus ialah menyiarkan di saluran khas tv setiap persidangan parlimen supaya rakyat boleh tengok tingkah laku dan telatah wakil mereka.

barulah jenis2 yg bersikap tak dewasa, yg selama ini mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, berfikir dua kali sebelum mengkhianati amanah kita meletakkan mereka di parlimen.

Jed Yoong said...

Tuan,

Kee Kee.
Merajuk-lah. Anwar mah.
I read via Nobisha's blog that Khalid was late and wanted to join the PC...
Kee Kee Kee..
Snide remarks aside ;) , Anwar's budget is a bad idea....

Lawyer Kampung said...

Sis mamasita, mekyam & jed yoong, thanks for the comments. Agree with what mamasita has said, it's conduct unbecoming of a parliamentarian to always resort to such a protest. Agree, it's keanak-anakan, bersikap tak dewasa to an extend as per Mekyam. If at all they felt that there's a need for such urgency to debate the issue they should have invoked the necessary point of orders & interim applications to the dewan in order to get things their way (plus to show no mala fide on their part) instead of staging the same drama over & over again. Then again as Jed puts it,there is no point if the expected rebuttal is a bad idea, a non-starter to begin with. :-)

belut said...

asalamualaikum.

pada saya, YB-YB yang meninggalkan dewan semasa bersidang , tak kira dari BN atau Pembangkang, memang meunjukkan sikap yang tak sopan dan memebelakangkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat. suka atau tidak pada perkara yang dibahas bukan isunya. setiap YB harus dengar segala perkara yang telah dihujahkan. itu satu AMANAH. ini tidak, syok sendiri je. mcm bagus sangat. merajuk tak bertempat. nak melawan tak beradap.

Anonymous said...

BRADE BENGANG SEBAB NAJIB PERLI DIA. ITU YANG AJAK GENG KELUAR DEWAN TU 'JANGAN MAIN MASAK-MASAK DENGAN DIAORG LAGI TAU. KITA JGN KAWAN DGN DIAORG TU LAGI. DIAORG NAKAL. JOM KITA SEMUA BALIK!'

SmallTalk said...

Lawyer,
Would u walk-out of the court room if the judge refuse permission for u to speak (submit)?
Similarly in Parliament, if the speaker don't allow u to speak yet, wait la, not walk out.
For what u know, those MPs are lawyers by training & they acted like idiots!
What Erotomania said is actually the Standing Orders in M'sian Parliament & DUNs but never practiced properly.
The MPs must be given kursus on this but some are just lunatics!

Lawyer Kampung said...

Salam belut, setuju dengan apa saudara utarakan.

Anon, tq for the comment

Dato S N, Prof. Balan would have luku our kepala out of contempt even if that happened during our moot court trials in 2nd year...hahaha the QCs would have done the same thing too!

Dara^Lara said...

Semasa bertugas di parlimen memang kita dah diberi taklimat tak boleh meninggalkan dewan.. nak pergi WC pun kena fikir banyak kali.. tapi well, nampaknya Good Manner tu bukan requirement utk jadi wakil rakyat kot.. Pakej ekonomi yg Menteri Kewangan bentang itu memang interesting. Agaknya opposition x tau nak bangkang apa kot.. lepas sibuk kat luar bising2 tak setuju la, figure missing la.. bukanka itu tanggungjawab YB-YB semua utk duduk dalam tu n bahaskan? Tapi biasala, populariti kan lagi penting... sikap hormat-menghormati? BELAKANG kirala, yg penting menang kerusi kan? sigh...

Lawyer Kampung said...

Dara^Lara, terimakasih kerana komen dan berkongsi pengalaman anda di parlimen dengan kami. Keep it coming! ;-)