Monday, December 08, 2008

Ahmad Said & 'Monsoon Cup'nya!

Dahulu cakap lain, sekarang sudah lain pula nadanya!


Ahmad said Terengganu would continue to host the Monsoon Cup as it had boosted the locals' livelihood.

"We expect the event to draw more spectators to this beautiful state."

Baca lagi Monsoon Cup success earns PM's praise

Nampak gayanya tak sia-sialah Monsoon Cup di Terengganu selama ini...

7 comments:

Gelombang Rakyat said...

Emmm

Ada kaitan P 36 Kuala Terengganu kah?

Quantum Metal Consultant said...

Kalau dah benih UMNO, apa yang nak kita harapkan, kalau dah lalang, takkan jadi 'pokok beras' pulak...

Zed Zachary said...

Lumbu punya susu itu sapi dapat nama ka encik??!

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

Sapi tu takkan dapat nama je, komisyen tak de ke?

Kat Kelantan for the last few days ada monsoon gak, tapi monsoon flood.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

tengah surfing blogs bila ternampak topik yang 'menyentuh perasaan' ni. izinkan saya memberi beberapa patah komen ..

1- Monsoon Cup TIDAK membawa pelancong yang datang ke KT semata2 mahu menontonnya. Kalau ada pun cuma kebetulan.
2- Ia TIDAK membawa pelancong luar seperti yang didakwa, kalau ada pun cuma beberapa orang saja, itu pun bukan kategori pelancong kerana mereka adalah sebahagian dari pasukan yang bertanding.
3- Hotel2 TIDAK pernah penuh dengan pelancong2 yang datang untuk Monsoon Cup. Kalau penuh pun cuma kebetulan ada kursus atau seminar, tidak pun dipenuhi petugas2 yang berkaitan sukan itu. Ini di akui oleh seorang Pengurus Hotel 3 bintang yang terkenal di KT.
4- Kawasan Dataran Syahbandar dimana orang ramai dapat menyaksikan pertandingan itu hanya penuh pada waktu malam sepanjang pertandingan, semata2 mahu menonton acara hiburan yang diadakan.
5- Yang memeriahkan Monsoon Cup adalah expo/karnival yang diadakan serentak di kawasan Dataran Syahbandar. Orang ramai ke sana untuk ke karnival BUKANNYA untuk Monsoon Cup
6- Karnival/expo disertai oleh lebih 60 peniaga tapi 90% adalah peniaga dari luar Terengganu. Dakwaan ia memberi peluang perniagaan pada rakyat Terengganu TIDAK BENAR ! Rakyat Terengganu menghabiskan wang bukan mengaut untung.
7- Rakyat Terengganu lebih tahu akan sukan layar ?? Hahahaha.... tanyalah sapa pun orang Terengganu, selepas 4 tahun menganjurkan Monsoon Cup, apakah mereka lebih mahir tentang selok belok sukan layar ? ...dok tahu gak !dok gi mari gi mari, buat natang bende tahu...
8- Monsoon Cup tahun ini HANCUR !! dari 5 hari pertandingan, 3 hari hujan ribut ! peniaga (dari luar Terengganu) rugi sebab tiada pengunjung, tapak niaga banjir, barangan basah.

Kesemua diatas adalah FACT !Saya adalah salah seorang peniaga yang telah berniaga di keempat2 Monsoon Cup.

Kalaulah orang Mad Said ada membaca ini, ingin saya beri cadangan - orang ramai ke sana semata2 kerana Karnival dan hiburan, jadi apakata diteruskan karnval itu tiap tahun TANPA MONSOON CUP, tukar nama Monsoon Karnival. Kenapa perlu bazirkan jutaan RM tiap tahun sedangkan hasilnya tidak berbaloi. Jutaan RM yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk membina 5 kilang setahun, dapatlah mat2 rempit yang ramai diTerengganu bekerja, lagipun kilang2 itu akan memberi hasilnya sendiri, tidak perlu diberi modal tiap tahun. Selepas 5 tahun, adalah 25 kilang yang menjana ribuan peluang pekerjaan, dan hasil lumayan pada kerajaan negeri, bukannya belanja hangus tiap tahun dengan menganjurkan Moonson Cup.

Apa yang pasti, by election yang akan datang ini, isu boros Monsoon Cup akan sekali lagi menjadi salah satu modal utama PAS...satu lagi Masjid Kristal.

Maaf, panjang sangat...

Quantum Metal Consultant said...

Mahathir buat LIMA, paklah pun nak buat MONSOON, nak tunjuk tere jugak...tapi..

Sesuatu yang berkiblat dengan niat yang tidak betul, pastinya tidak menjadi.

Anonymous said...

SETUJU...SEMUA KOMEN RESPONDEN BETUL BETUL BELAKA...!!

SAYA ANAK TRENGGANU