Friday, November 14, 2008

Bagaimana hendak hapuskan politik wang di dalam UMNO?

Sudah berbuih mulut berbagai lapisan manusia yang memperkatakan isu politik wang di dalam parti politik primier negara ini. Lagi dikata, lagi banyak dipersoal maka lagi galak ianya menjadi-jadi.

Saya ada beberapa cadangan bagaimana hendak hapuskan sama-sekali budaya berpolitik UMNO ini.

Apa kata kalau hapuskan cara undian yang dijalankan sekarang untuk tentukan pemenang dengan cara melambung syiling pula. Calon sendiri yang pilih "head" atau "tail". Biarkan nasib yang tentukan siapa pemenang. Kalau ada lebih daripada dua calon, lambung syiling untuk tentukan siapa yang akan mendapat bye atau bertanding di peringkat suku akhir, separuh akhir dan sebagainya. Untuk mengelakan rasuah dan me'minimize'kan kemungkinan rasuah, petugas yang akan melambungkan syiling hendaklah di' blind-folded' kan. Ataupun lantik saja Nik Aziz atau Karpal Singh sebagai hakim melambung syiling tersebut.

Satu lagi cadangan saya adalah bagi undian akan datang ini dan selepasnya, UMNO jadikan dua kemungkinan siapa yang akan dikira sebagai pemenang diantara calon-calon yang bertanding. Ianya mungkin diberikan kepada mereka yang meraih undi yang terbanyak ataupun kepada siapa yang meraih undi tercorot. Salah satu daripada dua kemungkinan tersebut. Sebelum pengundian berakhir, calon mahupun perwakilan tidak akan tahu yang mana satu kemungkinan akan berlaku. Biarkan yang menjadi calon dan bakal pengundinya pening memikirkan samada hendak suruh undi atau jangan undi. Hanya selepas pengundian, barulah MKT dihadapan kesemua perwakilan, secara live, melambungkan syiling untuk tentukan method kiraan terbanyak atau tercorot yang akan dikira sebagai pemenang untuk perhimpunan agung tersebut.

Kalau dua-dua idea diatas tidak dipersetujui saya ada cadangan ketiga. Apa kata untuk setiap calon dan perwakilan yang akan hadir ke PWTC nanti, ujian "lie detector" digunakan terhadap mereka dipintu masuk dewan sebelum mengundi Soal mereka samada mereka pernah terima wang atau berikan wang untuk tujuan meraih atau memberikan undi dengan gunakan mesin pengesan penipuan tersebut. Kalau mereka fail ujian tersebut, jangan bagi masuk dewan!

Kalau dah tak boleh juga, saya cadangkan bubarkan sahajalah parti UMNO ini.

7 comments:

Anonymous said...

lawak- lawak....


untuk analisis kedua (interlektual sedikit!)

http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

Lawyer Kampung said...

Terimakasih bro hikayat mamak bendahara. Interesting points you got there in your post with regard to money politics & umno. ;-)

ALI MAIDIN said...

memang lu lawyer kg. he heh

Anonymous said...

Tuan loyar, kalau gunakan kaedah no. 3 tu, mesti tinggal 5 orang yang pergi perhimpunan agong. 3 perwakilan dengan 2 orang calon saja yang tinggal kuakuakuaaa

mamasita said...

Hai LK..you cannot hapuskan politik wang laah!How many times have I told you?If I ever hear you suggest any steps towards eradicating it I will drop a nuclear bomb over your house ok?hehehe..

Quantum Metal Consultant said...

Sebenarnya bukan setakat berbueh mulut tetapi dah habis kata kata dah untuk bercakap tentang politik wang dalam parti tupperware tu.

Yang sesuai jangan larang, jangan nasihat, jangan tegur dan jangan cari penyelesaian nak hapuskan, tetapi lebih baik kita cadangkan bagaimana nak terapkan, nak budayakan malah kalau boleh guna istilah bagaimana kita nak 'halalkan' wang haram itu menjadi 'wang halal' supaya lebih meriah dan dapat dibuat secara telus, terang terangan.

Rais Yatim pernah cadangkan untuk 'ditenderkan' sahaja setiap jawatan, itu sebenarnya tepat tetapi ramai pula yang pura pura kata dalam parti depa tak lah seteruk itu.

Nazri pula kata 'mana ada bukti?' -satu lagi bahlol yang betul betul pekak dan buta pada persekitaran yang berlaku. Bukankah YM Tengku Ahmad Rithaudin telah mengumumkan ratusan aduan berhubung politik wang telah berlaku, bukan tugas Mahathir nak buktikan, itu tugas Jawatankuasa Siasatan, apa punya turrrr....si Nazri botak ni.

Satu langkah drastik yang mungkin perlu dibuat oleh Mahyuddin dan Mukhriz ialah menarik diri dari pertandingan sebagai protes kepada 'politik wang' yang berlaku dan mendesak satu siasatan benar benar dibuat. Masa siasatan dari Disember hingga Mac adalah satu masa yang mencukupi dan relevan untuk siasatan ini dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin yang lebih berwibawa.

Lawyer Kampung said...

lensapr, ya lah, orang kampung, jadi lawyer pun lawyer kampung sajalah bro.. haha

dulu kini dan selamanya, dah lagu tu, nak buat lagu mana lagi? :-)

mamasita, please don't drop that bomb! That bad, eh? ;-)

kluangman, terimakasih untuk komen yang begitu terperinci sekali :-)