Tuesday, November 11, 2008

Forum NEP (KL Seri Pacific-10 Nov 08)

Semalam saya telah dijemput bersama lebih 20 orang professional Melayu yang lain (tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan hala politik) di bawah umur 40 tahun untuk menghadiri satu forum berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru (Kesan & Halatuju) di Seri Pacific Kuala Lumpur.

Program yang sepatutnya bermula jam 8 malam dan berakhir 11 malam di Bilik Seraya, Tingkat 4 Seri Pacific itu telah berlanjutan hingga ke jam 12.30 malam akibat feedback yang bersemangat daripada ahli-ahli forum.

Forum yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemulihan UMNO & Barisan Nasional dan diusahakan sendiri oleh Pengerusi kedua-dua Jawatankuasa di atas iaitu DS Idris Jusoh sendiri dan pembantu khasnya Dato' Dr. Ramzi telah dihadiri dan dihangatkan lagi dengan pandangan-pandangan daripada Datuk Dr Norraesah Mohamad, Dr Mahani Zainal Abidin (Ketua Pengarah ISIS), Professor Dato Dr Zabid (Presiden/VC Unitar), Datuk Dr Awang Adek, DS Jamaluddin Jarjis, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Norza Zakaria.

Forum yang dijalankan dengan secara santai tersebut saya kira telah mendapat berbagai reaksi, saranan, hujah dan idea daripada ahli-ahli forum yang saya kira amat berharga bagi pihak kerajaan amnya dan UMNO/BN khasnya untuk meneruskan dan mengolah dasar-dasar baru yang lebih relevan dengan masa dan kehendak rakyat tetapi sentiasa berteraskan undang-undang dan konvensyen negara. Mekanisma perlaksanaan perlu dibaiki dan sasaran sebenar dasar perlu dicapai. Hak dan kepentingan yang telah diperuntukan di dalam perlembagaan negara wajib diambil kira tanpa mengorbankan kepentingan yang lain.

Apa yang patut dipuji adalah kesedaran yang telah timbul dari dalam UMNO dan BN sendiri untuk berinteraksi secara langsung dengan kumpulan fokus ("focus group") tertentu dengan menganjurkan program-program sebegini. Kesedaran dan keinginan untuk terus jejak di bumi nyata ini perlu diteruskan. Usaha untuk memenangi hati rakyat sebegini amat saya alu-alukan. Terimakasih kerana sudi mendengar keluhan, saranan (walaupun pedas) dan cetusan hati ahli-ahli forum berkenaan semalam. Harapan saya janganlah nanti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan pula. Walaubagaimanapun syabas kepada semua yang terlibat. Mungkin masih ada lagi sinar di sebalik kemendungan yang melanda parti berkenaan di masa kini.

Dikemaskini 9.17am 12 Nov 2008

Pengkhabaran ringkas yang diterima daripada Pengerusi J/K Pemulihan UMNO/BN pagi ini dan daripada pemerhatian awal berdasarkan feedback yang diterima semasa forum dijalankan, ianya adalah seperti berikut, pesanan ringkasnya berbunyi:-

YOUNG MALAY PROFESSIONAL: ( focus group study-forum 10/11/08 Seri Pacific KL)
  1. Majority masih sokong NEP.
  2. Majority of them also fail to see peranan NEP in '' EDUCATION''. Only see NEP memainkan peranan dari segi Equity & Contract.
  3. Majority also not happy with govt because of CORRUPTION, UNFAIR, DISTRIBUTION (UMNO PUTRA) & hoping for GREATER TRANSPARENCY. Bearing in mind also that world is getting more open, more liberal & more universal.

13 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Forum forum sebegini bukanlah satu perkara baru malah makin bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan khususnya ketika 'Melayu' dan 'Islam' digugat dari pelbagai sudut.

Semuanya kostum dan kosmetik. Ia sekadar harapan dan udara segar yang baru.

Lawyer Kampung said...

Harapan kita semoga ianya tidaklah sebegitu. Keikhlasan amat penting dalam menaikkan kembali imej seseorang ataupun sesuatu kumpulan itu. Terimakasih kerana komen saudara kluangman ;-) I am inclined to give them the benefit of the doubt on this.

Anonymous said...

Tuan,

Apa jadi lepas "talk"?
Bersurai, fokus kempen pemilihan UMNO?
UMNO better stop living in its own world....

Lawyer Kampung said...

Puan Jed, they did not even mention or talk about it, amazingly! haha ..then again, most of the 20 over attendees are not those voting come March 09 ;-) Bersurai? mestilah, dah lewat malam tu..haha

Small Talk said...

Tuan Lawyer,
Talk Only No Action what for?
Better No Action Talk Only, at least you are NATO!
The speakers you mentioned, all of them, can't say much...semua "flying saja...entah bila nak landing!
See what I mean? Hahaha

Lawyer Kampung said...

Tuan lawyer aka Dato SN, bahaya tu TONA hahaha.. yes, majoritinya yg sedang "on leave" lah.. ;-)

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Lawyer,

Something catches me, "Jawatankuasa Pemulihan UMNO".

So there's a committee responsible to rehabilitate UMNO.

And they finally admitted that UMNO is in trouble.

Thus they generally agreed that UMNO was almost crippled in the previous election.

But is the committee really sincere searching for the root of all evil? Because I don't think they have to look far for the answer.

Wassalam.

Quantum Metal Consultant said...

Berikut majlis2 yang anda boleh sertai sepanjang November hingga March 2009, kemasukan adalah percuma termasuk makan dan minum, jika ada yang perlukan penginapan sila hubungi urusetia:

1- Seminar Membasmi Kemiskinan
2- Bengkel Pemulihan Pemuda
3- Majlis Ramah Mesra Pemimpin bersama Rakyat
4- Jawatankuasa Pemulihan Dalaman Wanita
5- Majlis Memperkasa Melayu
6- Majlis MengIslamkan Melayu
7- Majlis Pemulihan Hadhari
8- Sehari Bersama Chua Soi Lek
9- Penganugerahan Tokoh Perpaduan
10- Katakan 'Tak Nak' Kepada Politik Wang.
11- Forum Pengambilalihan Kerajaan - PKR
12- Majlis Perpaduan Bangsa
13- Perjumpaan Melayu Sedunia

bla..bla...bla...bla..Semuanya di rasmikan PM atau TPM.

Ada yang berminat???

Lawyer Kampung said...

Tuan PS, yes they set up this committee in June & the committee first presented its findings to the MKT during the MKT retreat in Shah Alam back in July if I am not mistaken. hahaha ..the "root of all evil" is a big hint already for them... thanks for the comment bro :-)

CPC said...

UMNO perlu perhebatkan usaha-usaha sebegini. Jangan hanya asyik dengan berpolitik sesama sendiri. Undi tidak semuanya datang dari dalam UMNO apabila pilihanraya kelak.

KN36 said...

interesting, but insightful? forgive the apparent cynicism - there's been too much of these of late you tend to take these invites with several bags of salt.

what will be of real interest is moving forward & real action points for improvements. if talk only - well even i can talk no?

Lawyer Kampung said...

kluangman, macam mana nak hubungi urusetia untuk program # 8 & 11? ;-)

cpc, thanks for the comment

kn36, ..insightful? that you should ask our friend caustic dude, he was there, with all guns blazing ;-) Anyway, let's hope for the best, shall we? After all, it shall be us that will do the voting come next general election.

Anonymous said...

Tuan LK,
Did you actually see a dude wearing a helmet in that room, wherever that was?

"life's tough, get a helmet"