Friday, February 27, 2009

The Herald & Perintah Terkini KDN

"Keadaan ini tidak boleh diterima."

Beliau mengulas langkah terbaru kementerian itu yang mengenakan syarat label "Untuk Penganut Kristian Sahaja" di semua penerbitan yang menggunakan nama Allah.

Label tersebut - bersaiz 16 jenis fon Arial berhuruf tebal - hendaklah dipaparkan di muka depan penerbitan Kristian seperti arahan KDN menurut Seksyen 22(1)(c) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Baca lagi laporan Malaysiakini di sini.

Ha! Kenapa katakan KDN tidak adil pula? Bukankah peraturan telah dilonggarkan? Selama ini terkinja-kinja sangat hendak gunakan nama "Allah". Sudah dibenarkan bukan? Hendak apa lagi? Ikutlah sahaja kehendak peraturan yang ditetapkan. Lagipun dahulu kata, permintaan hendak gunakan nama tersebut hanyalah kerana men"daulat"kan bahasa melayu bukan? Bukan hendak sebarkan makalah atau risalah tersebut kepada rakyat bukan kristian negara ini yang menggunakan bahasa melayu bukan? Jadi kenapa katakan tidak adil bila perlu cetakkan "Untuk Penganut Kristian" sahaja di setiap penerbitan anda?

Kenapa hendak katakan ianya satu "keadaan yang tidak boleh diterima"? Penerbitan-penerbitan tersebut bukan untuk tatapan si aiman, siti, ismail atau upin & ipin bukan? Bukan bertujuan hendak mengelirukan atau menyebar ajaran kristian kepada orang Islam bukan?

Apa tunggu lagi reverend, patuhi sahajalah Perintah yang diwartakan KDN tersebut. Nasihat saya kalau tidak mahu melanggar Akta Keselamatan Dalam Negeri dan peruntukan Perlembagaan negara, pastikan jangan sesekali dibiarkan kelihatan makalah, majalah dan penerbitan-penerbitan tersebut di dalam tangan terutamanya si aiman, upin, ipin, muhammad, haziq, azman, nurul ain, hasya, maisarah, hanna, mahupun ibu bapa dan kaum keluarga mereka yang sentiasa tertakluk kepada peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Malaysia.

Pastikan setiap maksud patah perkataan "untuk penganut kristian" sahaja itu dipatuhi dan bukan sekadar hiasan muka depan risalah, makalah dan lain-lain penerbitan. Jangan ingkar undang-undang negara, buruk padahnya nanti.

dikemaskini semula

10 comments:

kluangman said...

Kebenaran yang diberikan oleh KDN adalah satu kesilapan besar malah satu dosa dan bala yang akan menimpa umat Islam di negara ini.

Setakat manalah KDN mampu mengawal jika UMNO pun sudah dicelakan dan tidak mampu buat apa apa - memang wajarlah Karpal celakan Pemuda UMNO kerana Pemuda UMNO gagal mempertahankan bangsa dan ugamanya.

Anonymous said...

Sudah bagi betis nak peha...

Anonymous said...

Media cetak ada langganan 14,000 naskhah .
Kalau versi internet version media elektronik, jutaan orang bolih baca dan download dan fotostat.
Jadi apa guna KDN sekat untuk kristian saja ?
Wahai KDN ,saya amat sedih.
adekah ini nak preempt kemasukan parti PKR ke Sarawak dan Sabah ?
Sudah rujuk ke ke DYMM YDP dan Raja Raja Melayu ?
arjuna waspada dari changkat lobak.

unimportant person said...

ini satu tindakan paling bodoh, begitu juga dgn kenaikan tol.wrong time, wrong place.
tindakan ini akan memakan diri!

Mat Cendana said...

Yang MalaysiaKini punya report tu - Kalau kita baca tanpa mengetahui background dan perkembangan-perkembangan, nampak seolah-olah "Orang-orang Kristian rugi kat sini".

Ye ke? Tapi bila baca lapuran Associated Press dalam Boston Herald tu, rasa macam lain.

Lihat juga dalam New Straits Times: Conditional use of 'Allah' allowed.

Disamping itu, kes dimahkamah hari ini:
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=392806

Anonymous said...

Kenapa PAS & PKR (Anwar Ibrahim terutamanya) senyap sahaja mengenai perkara ini? Masing-masing jaga periuk nasi sampai sanggup gadaikan maruah?

Anonymous said...

Belum dakwat kering dengan kelulsuasan ini, pihak Herald dah bantah melalui media dengan keras syarat syarat.
KDN dah bagi jalan ,sekarang nak langit pulak.
Lagi kehinaan kpd DYMM YDP dan Raja Raja Melayu.
Nampak asakkan serangan desakkan dari semua pihak yang menolak asas keharmonian tidak akan reda ,soallah nya ade ya menjadi "master planner?"
Adekah gelombang ini tidak menjadi perkara bimbanagan orang melayu islam ?
arjuna waspada dari changkat lobak.

dinturtle said...

Salam Tuan Lawyer,

Mereka dah dapat apa yang diminta, dan syarat diberi mengikut argumen permintaan mereka. Jadi bila mereka masih tak puas hati, KDN seharusnya mengkaji semula kebenaran yang diberikan atas dasar kemungkinan terdapat niat lain yang tidak tersurat semasa permohonan awal, yang amat diragui kejujurannya.

Kenapalah KDN berlembut sangat? kenapalah tidak ada kemarahan dikalangan umno dan ngo islam ? kenapa semangat pahlawan seperti yang ditunjukkan pada karpal di parlimen hari tu tidak ada dalam hati pahlawan2 umno dalam kes ini?

Diharap ada ngo yang dapat memulakan inisiatif untuk mengumpulkan umat Islam bagi menunjukkan penentangan kita, mendesak ditarik balik kelulusan yang diberi. I will go !

mahadett said...

Bila kita gagal untuk menunjukkan kekuatan kita melalui kesepakatan kita sudah tentu ada yang akan berani menuntut yang bukan-bukan dan mencabar kesabaran kita. Apatah lagi dari kalangan kita juga kedapatan mereka-mereka yang berani menyuarakan bagi pihak yang satu lagi.Inilah Melayu dan Islam kini di Malaysia.

Lihat di mana-mana sahaja..dilaman-laman web, diblog-blog.. bukan main ghairah menyuarakan freedom of speech, freedom of expression and freedom of association. Menentang, menghentam kerajaan,yang dahulunya kuat menjadi lemah hinggakan tak terdaya lagi untuk menafikan tuntutan-tuntutan yang tidak pernah terfikir oleh kita dahulu akan terjadi.Tidak akan berlaku perkara sebegini jika tiada dikalangan kita sendiri menyokong usaha-usaha mereka. Dari kalangan kita juga yang membuka ruang dan peluang untuk mereka berkesempatan.Inilah akibatnya apabila kita merasakan diri sudah terlalu berpengetahuan dan menganuti liberalisme.

Lawyer Kampung said...

Terimakasih kluangman, dinturtle, mahadett, uinimportant person & anon-anon sekelian untuk komen-komen saudara/saudari. ;-)