Friday, February 06, 2009

Kuasa Budibicara Sultan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak

Setakat pemahaman saya, bahawasanya bukan setakat peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan Perak juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan menggunapakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya). Untuk konteks lihat di sini.



Gambar: SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, semalam berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. – BERNAMA


Apa itu Fasal 16 (6)?



Jelas ada 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;
  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. MB hendaklah ("shall") meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "shall" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan. Kegagalan memasukan ("tender") perletakkan jawatan, mengakibatkan jawatan tersebut dianggap sebagai dikosongkan.
  3. Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.

Apa itu Fasal 18 (2) (b)

*Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran.

Apa terjadi semalam?
  • Najib datang mengadap dan buktikan kepada Sultan, majoriti ahli DUN Perak menolak MB Nizar dan menyokong MB yang baru
  • MB Nizar datang mengadap dan mohon DUN dibubarkan serta terangkan kenapa perlunya pembubaran.
  • Setelah mendengar kesemua pihak dan menilai berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya (yang jelas menunjukkan majoriti telah menolak MB Nizar,) permintaan pembubaran DUN telah ditolak oleh dan istana dengan menggunakan kuasa budibicara yang ada padanya di bawah peruntukan 18 (2) (b) (peruntukan 18 (2) (b) menunjukkan sultan bukan hanya perlu berfungsi sebagai "rubber-stamp" tetapi ada kuasa budi-bicara di bawah bidangkuasa sedia ada yang ada padanya di dalam menerima atau menolak permohonan pihak eksekutif).
  • Disebabkan tidak ada perkenan istana untuk DUN dibubarkan dan dan majoriti ahli DUN mahukan ketua eksekutif baru dan menolak kepimpinan Nizar, baginda Sultan telah menitahkan MB Nizar dan exconya hendaklah memasukkan perletakan jawatan secara bersama sebagai ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri sejajar dengan peruntukan Fasal 16 (6).
Harap-harap pemahaman mudah saya di atas dapat membantu anda di dalam memahami apa yang berlaku semalaman.

46 comments:

Anonymous said...

Agreed that the Sultan has done correctly based on the 2 clauses. There was a request for dissolution of state assembly which implied that there is an issue of no majority by the governing party then. At the same time the other party has conveyed that they will have the majority in the State Assembly with the coalition of independent assemblymen. Based on this, Sultan had called the 4 concerned assemblymen for verification and hence the decision of the Sultan is in accordance to Clause 16 (6).

On the status of the 3 assemblymen from PR, I am sure the Sultan is fully aware of the ruling of 1982 case & other relevant case laws.

As a law abiding citizen, PR has to abide to the Sultan's decision and handover the government to BN/Independent coalition pending the court decision on the status of 3 assemblymen. If they win at court later, they can go back to the Sultan for a review of the governing party.

Anonymous said...

Terima kasih kerana sedia menjelaskan dengan lebih terperinci dan jelas mengenai intipati undang2 yang digunakan sebenarnya...
Dpt menangkis segala kekeliruan.

Dhahran Sea said...

Salam Tuan Lawyer,
It is indeed the privilege of the legal fraternity to discuss & talk about legal matters - the legal gobbledygook is really beyond the people in the street. However one thing is for sure: the people of Perak voted in GE12 for a change and they got it through a democratic means. Now, things are back to square one because these 4 katak jumped ships - are we then say that the Sultan through his "wisdom" has done a "maksum" thing? With due respect to his long and illustrious career in the legal field, are we saying that his decision in this matter is beyond reproach? I remember he was saying a few weeks back that, "the Raja2 have to EARN the respect of the people; otherwise they might become IRRELEVANT?"... I'm sure and indeed I'm hearing some other "legal experts" are questioning the Sultan's decision on the matter..

kluangman said...

Jauh lebih dari itu, Sultan lebih menghayati kehendak rakyat majoriti yang sudah bosan dengan pilihanraya demi pilihanraya yang disengajakan sebagai agenda politik mereka baik BN mahupun pakatan.

Dalam hal ini Sultan bapi pihak rakyat telah menoloak BN dan Pakatan secara jelas cuma memberi peluang sekali lagi kepada BN untuk sedar dan membuktikan kemampuan untuk menjadi kerajaan yang melindungi rakyat dan bukannya rakyat sebagai mangsa.

Dolah perlu turun March ini untuk tidak mengulangi sejarah Nizar diheret keluar dari pejabat. Jangan berlagak 'banyak lagi kerja nak dibuat' kerana rakyat sudah berkata, cukuplah !!!

Anonymous said...

Saudara Empunya Blog,

Memang Selayaknyer nama hang Lawyer Kampong sebab x paham translation of the article,
To be fair, Meh sini aku terangkan berdasarkan translation hang yang tak lengkap#
"Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti AHLI-AHLI DUN - .
Ok cuba fokus pada ayat "sokongan majoriti AHLI-AHLI DUN"dan bezakan maksud makna sebenar perkataan #Legislative Assembly - perkataan ni membawak maksud Persidangan Dewan Undangan Negeri, yakni majoriti AHLI AHLI DUN yg bersidang dalam dewan. Diulangi LEGISLATIVE ASSEMBLY! so the correct translation sepatutnya berbunyi "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri." bukan memadai hanya dgn hilang sokongan majoriti ahli ahli DUN,so ada paham x ???

LAIN KALI KALU X RETI LAW JGN SIBUK TULIS PASAL LAW bikin malu aje.

By Ex-UM student
(FAKULTI UNDANG UNDANG)

Anonymous said...

Tapi kena semak jugak, ADUN lompat tu kenapa... rasuah RM 5juta seorang dapat. Ini bukan perkara main-main. Ini kepercayaan rakyat ngok. Penat berbaris mengundi dalam pilihanraya. Jangan nanti jadi NEGRI PERAK DARUL PULUS. Andai kata lagi beberapa bulan 3 ADUN BN masuk bebas atau PR, tukar kerajaan lagi la kita. Kan haru biru punya cerita... kerajaan jongkang jongkit PERAK DARUL PULUS. 5 million dolar goverment

kluangman said...

Ex student..tak payah lah hang nak bincang dan pertikai ikut law yang tok hang buat dan hang dok baca pakai spek kelabu jenama noa.

Dah pandai law - singh tu dah melalak umum nak bawak pi mahkamah, tunggulah saja - tu yang dok belarak haram buat demonstrasi tu pakai law tok hang mana pulak.

iam_khufu said...

Ex-UM student,
anda betul. Kalau dilihat dalam terjemahan bahasa melayu memang itu lah maksudnya. Walau apa pun terpulang pada mahkamah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah.

Anonymous said...

Ex-Student UM

The clause says "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the MEMBERS of the Legislative Assembly, ...."

The clause clearly mentioned confidence of the MEMBERS of the Legislative Assembly. How this loss of confidence does not stated here .... proper way, I agree, must be thru the DUN meeting or assembly. But since it does not stated clearly, then it could be by other means as well...

Just a thought

Abdul Sr said...

x-student um,

dalam clause tu mcm lawyer kg ckp x disebut cara atau prosiding apa yg patut digunakan. jd itu grey area (aku ingat la, aku bukan loyar) dan kau interpret cara hanya melalui persidangan DUN.

ymm sultan, x lord president, yang nama dia kat sekolah kau belajar dulu klu aku x silap, interpret cukup utk dia panggil bn yg claim ada majority, bawa satu persatu adun yg d katakan menyokong bn utk d tanya sama ada betul atau x claim bn tu utk menentukan kerajaan pr dh xde majority.

bar council president pun kata nizar xde kes.

constitutional xpert shad faruqi pn kata kes ni menyebelah sultan.

kau jgn dengar karpal singh, dia bukan kira apa, long shot pn dia x kisah, motivasi dia janji dia bole malukan institusi raja melayu.

dia buat keputusan sendiri2 saja ni nak saman. anwar pun dh kata pr xkan saman sultan, dia x nak cari nahas. melayu dengan sultan dia jgn buat main.

dr m dulu pn berbulan2 semarak satu malaysia tp xde la yg bersemarak tu kurang ajar macam orang pr, itu pn memang jelas pihak raja silap.

Anonymous said...

kluangman,

memang standard kluang betul. Mike beria ngampu kata sultan betui. Buka kelas tuition le dengan Ex-UM Student.

Demontrasi tu rakyat yang buat bukan mb. mahkamah2 gak. demo tu nak bagi paham org yang ada otak takde akai macam kluang

Anonymous said...

Ex-UM Student, Quote "Ok cuba fokus pada ayat "sokongan majoriti AHLI-AHLI DUN"dan bezakan maksud makna sebenar perkataan #Legislative Assembly - perkataan ni membawak maksud Persidangan Dewan Undangan Negeri, yakni majoriti AHLI AHLI DUN yg bersidang dalam dewan." Unquote....Errr, brader! jangan la terus translate "Legislative Assembly" tapi baca la ayat kat depan tu sekali "members of Legislative assembly" vs "members in Legislative Assembly"...perkataan "of" dan "in" membezakan semuanya...errr, hang tak habis belajaq kot?

Anonymous said...

Extract of Dato' Nizar's letter to Sultan dated 5/2/09 -

1. "Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Point to ponder - He said "Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri." If so, Q1 : Why didn't he call for special sitting of the Assembly immediately to address the issue. Q2 :Why did he request the Sultan to dissolve the Legislative Assembly then when the Assembly has not sit and established the vote of confidence for the MB. Has he messed it up or made a u-turn for PR's own agenda.

2.'Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.'

Point to ponder - Q1 : Is there a clause in the State Constitution to explicitly state that the Speaker has the legal authority to determine the status of the 3 members. The relevant clauses needs to be look into. Q2 : If there is such clause, why must PR take the matter to court for decision. It should be brave to have the special sitting of the assembly and to produce the relevant clause on the authority of the speaker and to establish whether a vote of confidence will be initiated. Since it is taking the matter to court, it could be implied that the there is no clause that explicitly mandated the Speaker to decide on the status of the 3 members. Q3 : If PR intended to seek court decision on the 3 members, why did PR seek the Sultan's decision to dissolve the Assembly.

Things doesn't seem to jive here. Hope some experts can look into these issues legally & objectivity to avoid serious confusion on current on-goings.

Anonymous said...

Ex-UM Student,

Kena apa la sempit sangat fahaman hang ni.Aku faham dan setuju dengan interpretasi Lawyer Kampong tu. Memang tepat.Yang aku kelabu hang punya penerangan.Hang baca undang2 dan buat interpretasi ikut nafsu dan pemikiran yang sempit.Macam first yr law student.'Members of the legislative assembly'membawa makna 'ahli ahli dewan undangan negeri'.Isu bersidang ke tak bersidang tak di sebut.Thelaw is silent here.Jadi keputusan DYMM Sultan Perak,berhubung 'hilang sokongan majority ADUN boleh dibuat dimana2.Didalam dewan,di istana,atau dalam cara bagaimana sekalipun. Yang penting Tuanku pasti,sahih dan berpuashati, bahawa MB telah hilang sokongan mejority ADUN.Perkara yang boleh jernih jangan dikerohkan.

Anonymous said...

Hmmm,,
Cuma satu pengamatan..
Yang dilihat berdemo,berarak,berbaring, menentang mencaci yg meluap luap kemarahan hanya orang orang PKR dan PAS sahaja, kenapa media tak siarkan kemarahan penyokong penyokong DAP? atau saya yang terlepas pandang?..
Hmmm ataupu meraka lebih suka tunggu dan lihat atau berniaga dan mencari untung lebih bermakna pada mereka..Hmmm walauapapun..sah atau tidak penubuhan kerajaan BN disana..Usahlah sesama kita bergaduh..yang untungnyer..??yang sakit badan PAS and PR yg untungnya tuan tuan budiman dan cerdik pandai fikir sendiri lah..maaf jika coretan ini bukan dalam konteks yang di bincangkan..
salam

kuldeep said...

My lawyer always tell me that cannot only look at literal reading of the clauses...must look at facts and law together.Sometimes also got mixed laws and facts but yang predominant is mixed facts and mixed law he he he.Thats why he says after 30 years his firm still called a "legal practise".
Easier for doctors tho..only ask for more blood test,x rays watever else in the hope in time they can figure out wats wrong.

lawyer buruk said...

Ex-student UM.
Awat hang pi sempitkan interpretasi Layer Kampong yang dah jelas tu.Baca undang2 biar menyuluruh.Baca, analisa,dan faham undang2 dengan minda yang sempit akan memerangkap hang dalam kotak pemikiran hang yang dah gelap tu.Betui ka hang ni ex-student um?Macam x pecaya je.

Anonymous said...

kepada Ex-UM student....

maaflah...komen sikit!!!!
agak pelik apabila seorang pelajar
institusi tinggi tak dapat membezakan
perkataan "in" & "of".......

pehhh...wa caya lu la brader!!!!
cakap omputih bukan main berabuk lagik...tapi kalu makna "in" & "of"
pun tak paham-paham...payahlah beb
bukak balik la buku English Foundation Pt.1...tak Basic English
For Kindergarten

...emmmm hnag ni Ex-UM or Graduate-UM ( meaning Ex-UM kantoi??)

perak mali said...

emmm

Piggy Singh said...

Salam Tuan Lawyer,

Instability in cyber world is only virtual, doesn't matter how much violence involved, it may not translate to physical pain or injuries.

Instability in real world is what we are afraid of, and it looks like both parties do not show any sign of compromise. But of all these trouble FOR WHO? Definitely not for us. Let these politicians live in their own world.

Wassalam.

ISLAM FOREVER said...

TIADA KEMUNGKINAN SULTAN TERSILAP DALAM HAL INI? MAKSUM KAH SULTAN BERBANDING BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W???

kluangman said...

Sultan mungkin tersilap tetapi keputusan kena dibuat dan itu adalah pilihan yang terbaik - tetapi kesilapan itu beribu kali lebih baik dari kebiadapan dan rakusnya Nizar dan Pakatan.

Anonymous said...

Tongkatmusa,

Saya setuju dengan tafsiran `lawyer kampung' kerana itulah juga pada pendapat saya tafsiran bekas Yang Amat Arif Hakim Federal. Tidak terdapat dalam fasal 16 undang2 tubuh yang menetapkan bahawa hilangnya kepercayaan majoriti ADUN dikehendaki dibuat semasa sidang DUN dan perlu diusulkan. Yang pasti, fakta yang dipersetujui adalah MB DAto Seri Nizar aku (confirm) bahawa sokongan majoriti dimiliki oleh BN dan minta DUN Perak dibubar. Maka sebaik permohonan itu ditolak Tuanku, Dato Seri Nizar hendaklah (Shall) letak jawatan mmengikut undang tubuh - dia enggan. Dimana letaknya silap Tuanku Sultan Perak bila Tuanku menghendaki Dato Seri Nizar letak jawatan? Apakah Tuanku Sultan tidak tahu menafsir undang2 tubuh negerinya sendiri?
EX-UM student terlalu yakin dengan tafsirannya.

Prof Madya Dr Abdul RAni Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Anonymous said...

salam. saya lawyer tp x nak ckp legal aspect sbb sy mmg lemah dlm constitutional law. tp in my view, perkataan majority tu perlu ditafsir dulu. maksud saya, cuba adakan pilihanraya semula di 4 DUN yg terlibat dgn lompat katak tu. SBB.. adun2 tu letak jawatan terlebih dahulu, maka ini dikira DUN2 tersebut kosong dan perlu dipilih semula. kalau BN menang byk dlm 4 DUN tu baru leh kira BN ada majority. Just my humble view as perakian. i know most of us don't like BN anymore. Their view is also important.

kluangman said...

Kita kembali semula kepada kenyataan awal Anwar untuk mengambilalih kerajaaan pada September atas 'sebab' ramai MP dari BN akan menyertai Pakatan tetapi nasib tidak menyebelahinya - satu tindakan yang cuba dihalalkan oleh Anwar - itu merupakan cubaan teknikal - tanpa akan mengadakan semula pilihanraya jika MP dari BN melompat kepada Pakatan.

Di Perak, suasana ini berlaku apabila 3 DUN menjadi bebas dan 1 DUN kembali semula kepada UMNO menyebabkan Pakatan menjadi minoriti.

Kuasa pembubaran kepada Sultan Perak tetapi baginda menggunakan kuasa untuk memilih menyerahkan pentadbiran kerajaan kepada majoriti - kebetulan BN.

Dalam hal ini - kenapa Pakatan tidak menggunakan kaedah yang sama untuk memujuk semula 4 DUN tadi atau lain lain DUN Perak untuk menyertai mereka semula jika dikatakan majoriti rakyat Perak menyokong mereka - majoriti dilihat dari sudut kerusi DUN.

Tanpa pilihanraya semula tidak bererti demokrasi tiada kerana semua DUN dilantik melalui pilihanraya yang lalu. Pakatan jangan terlalu yakin akan menang di Perak jika di adakan semula pilihanraya kerana tindak tanduk gelagat lebih sudu dari kuah mereka menyebabkan UMNO kelihatan bertenaga semula.

Pendekar kg said...

Sultan Perak bekas Federal Judge tu, kalau hakim2 lain ada buat silap dalam penghakiman, Raja Azlanlah yg semak dan betulkan.

kalau siapa belajar undang2 even dengan pensyarah non-Malaysian pun, meke puji penghakiman Raja Azlan yang berdasarkan keadilan dan fruitful.

Setakat pensyarah2 universiti ni, meke rasa kecik je berbanding dgn Raja Azlan, bukan sebab status royale tu tapi kredibilitinya.

Reputasi keadilannya memang diakui.Adakah kredibiliti macam ni boleh hilang semata2 ada pihak tak puas hati sebab Sultan tak ikut nafsu politiknya. Bukankah Sultan dah beri peluang meke memerintah, kalau betul Sultan nak sangat BN tu, dia dah boleh pancung awal2 lagi.

Waktu DAP, PKR dan PAS ngadap Sultan nak tubuh kerajaan, Sultan waktu tu terpaksa mintak mereka ni buat satu dokumen perjanjian bersama untuk memerintah. Sebab Sultan tahu kalau diberi macam tu saja, kerajaan negeri boleh jadi tak sah, sebab meke bukannya satu pakatan yg sah pada waktu itu. Kalau Sultan taknak waktu tu saja Sultan boleh mintak UMNO hantar wakil dan Sultan perkenankan, tapi Sultan berlaku adil kepada semua pihak.

Kerajaan DAP Nizar pun tumbang selepas 2 kali (kiraan saya) signal drpd istana, supaya hak2 orang Melayu tidak diusik. Tapi signal ini diabaikan, paham2 je la perangai DAP. Ni degil taknak resign ni perangai DAP lani.

Taknak resign pun lepas Nizar sendiri yg cakap, it's up to the Sultan to decide dalam bahasa Melayunya terpulang kepada Sultan untuk memutuskan!!! Kalau PR nak saman Sultan di mahkamah, meke sudah pasti akan cuba mengghaibkan statement ini daripada affidavit.

Sudahlah meke cuba rosakkan kredibiliti Sultan Perak, pencacai2 Anuar ambik kesempatan utk kempen menentang instistusi raja Melayu itu sendiri. Terserlahlah tujuan meke sekrg nak jadikan Malaysia negara republik mengikut kehendak DAP.

memetik kata2 Nizar dalam keadaan semangat semasa satu press conference "we go like ROCKET"

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12222&Itemid=90

Artikel dia atas digunakan oleh PR semasa berangan-angan memiliki kerajaan Pusat.

-SenjataMakanTuan-

Along said...

perkataan majority ni saya ingat kita boleh pakai tafsiran Nizar ketika memohon bubar DUN sebab tiada command of majority.

Bila MB (waktu itu) sendiri berkata tiada command of Majority dan berkata it's up to the Sultan to decide, maka di situ sahaja memang tiada majoriti dan Sultan akan membuat keputusan sewajarnya.

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15310&Itemid=1

Artikel ini juga mengintreperetasi undang2 mengikut objektif dan kehendak sesuatu kumpulan.

-SenjataMakanTuan-

Anonymous said...

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Aziz Bari

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17063&Itemid=50

Intrepetasi undang2 ikut selera masing masing. Semua orang dah pandai. Semua org dah jadi Melayu moden. Saya Melayu Lama.

-SenjataMakanTuan-

Anonymous said...

law law gak bang,

tapi adun yang lompat katak tu ada yang kategori pelaku zina (sedekah seks). dah tentu salah dari segi undang2 Islam.

Mungkin apa yang berlaku ini adalah musibah untuk menghapuskan dosa PR yang menyimpan orang2 sebegini sebagai kawan.

Untuk BN, aku tak tau la apa nak jadi....

wallahualam

Anonymous said...

Apa pun maksudnya LEGISLATIVE ASSEMBLY. Orang yang nama ahli DUN, tempat nak buat keputusan adalah di DUN bukan di bawah pokok ketapang. Kalau persatuan mana2 nak buat keputusan kena ada meeting dan buat keputusan. So kenapa dalam kes nie nak buat dalam pejabat UMNO pulak, atau di Istana Sultan. Kena pulak yang mesyuarat hanya sebelah pihak di panggil, apa kejadian berlaku dalam Istana tu pun kita tak tahu.

Anonymous said...

Pendekar kampung mengatakan,

"Setakat pensyarah2 universiti ni, meke rasa kecik je berbanding dgn Raja Azlan, bukan sebab status royale tu tapi kredibilitinya."

Pensyarah2 ada kelebihan dan keitimewaannya tersendiri. Pensyarah tidak duduk dibawah kuasa atau arahan Mahkamah Federal atau Mahkamah bawahan/ rendah. Keputusan Hakim hanya mengikat pihak2 yang bertikai bukannya Pensyarah.

Maka pensyarah bebas menilai keputusan mana-mana Hakim. Samada penilaian undang2 nya meyakinkan atau tidak adalah persoalan lain.

Dalam hal krisis Perak saya bersependapat dengan lawyer kampung dan mereka-mereka yang bersekutu dengannya. Adalah jelas Dato Seri Nizar mengaku tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli DUN. Frasa "members of the legislative Assembly" bukannya "members in" sudah cukup terang bahawa Sultan Perak bekas seorang Yang Amat Arif Hakim sememangnya arif dalam penafsiran undang2 tubuhnya sendiri.

Pakatan Rakyat telah tersilap langkah bila mohon bubar DUN sepatutnya memanggil sidang DUN dan lihat betul ke Pakatan Rakyat sudah hilang majoriti. Nampaknya Barisan Nasional lebih pantas dalam hal percaturan politik. Kata Raja Petra dalam blog Malaysian today "What more to Say" - nasi dah jadi bubur - Pakatan Rakyat tak nak dengar nasihat orang kononnya sudah pandai.

Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

kuldeep said...

Dear Prof Abd Rani,

I saw in one of the blogs that Perak 16/6 differs in the sense that "members" not stated instead..

"Perak state constitution: Artikel XVI(6): If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly.."

In your opinion does it make a real difference whereby only a sitting of the legislative assembly can ratify a loss of confidence?

Thanks

Anonymous said...

I think the action taken by YTM Sultan Perak is the right thing to do. Fast, efficient and does not trouble the people into having to go thru another election.

A swift move.Brilliant and full of wisdom.

With proof that the support is no longer there for Mb Nizar, the MB was actually left with only two choices.

1. Request from the Sultan for a re-election
2. Resign from his post, together with his exco members.

What had unfold was in essence is the execution of articles 16(6), 18 (6)(b) and 15 which basically gave YTM Sultan the mandate to decide how to go about setup a new state government-- which is the ultimate objective.

YTM Sultan could have chosen to allow for another election. But he did not. Something he decided and the people of Perak should accept.

Since MB Nizar refuse to resign, then himself together with his exco members should be punished for disloyalty to the king. They should not be allowed to enter Perak again. Of course, this is if the YTM Sultan is angry enough to deem it so.

You can imagine what will happen next...multiple bi-elections.

Anonymous said...

In blog Kerajaan Rakyat, i had a heated debate with the commentaors of the blog. i think they are mostly Pakatan Rakyat supporters. The letter to Sultan by the former MB did not have the word "members of the Legislative Assembly" but 'the majority of the Legislative Asembly:. The ommission whether was deliberately made or not, I am not sure. Perhaps lawyer Kampung could verify for us on the authenticity of the Undang2 Tubuh Negeri Perak provided by him. Otherwise "masak" dia for misleading us. Before we discuss aything, we have to get the law right.

There is a world of differrence if no mention of the words "members of". In that case, Dato Seri Nizar is correct legally. But, how could the Sultan not know his own Undang-Undang Tubuh Negeri. The law provided by lawyer kampung is pari materia (sama) with Pahang. Thus, I suspect, the letter ommitted the words "members of".

i now wish to comment in Malay;
“if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly, then unless at his request his Royal Highness dissolves the Legislative Assembly he shall tender the resignation of the Executive Council”
(Undang-unang tubuh Perak dan Pahang adalah sama).

Saya terjemah;
Jika/ sekiranya MB sudah tiada lagi mempengaruhi keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Undngan Negeri , maka melainkan atas permintaannya Tuanku Sultan membubarkan DUN beliau hendaklah kemukakan perletakkan jawatan EXCO.

Perlukah diadakan sidang DUN? Perkataan "members of the Legislative Assembly" bukan "members in". Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar.?

Persoalan samada Tuanku perkenankan DUN dibubar adalah prerogatifnya (pada timbangan atau fikirannya)- bolehkah menang kalau disaman Sultan?.

Saya pun setujudengan beberapa pengomen blog disini bahawa persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab Dato Seri Nizar sendiri mohon dibubar DUN. Sepatutnya, Pakatan Rakyat tidak seharusnya mengistiharkan kersusi Behrang dan Changkat Jering tu kosong dan membuang mereka. Itu telah membuat Adun Changkat benggang dan Adun Behrang pun menjadi berang dan melompat dan menyokong BN sebagai bebas. Inilah punca kejatuhan Pakatan Rakyat. Raja Petra pula diblognya Malaysia Today bertajuk "what more to say" mengatakan Hee merajuk kerana yang lain mendapat Toyota Camry sedangkan dia tidak dapat. Pakatan Rakyat nyata telah buat langkah2 yang silap sehingga membawa padah.


Sekian

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin.
Pensyarah Undang2 IIUM

Zahrita said...

Perlembagaan Malaysia:

Article 43 (4): "If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet."
Perlembagaan Negeri Perak:

Article XVI(6): "If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".
Perbezaan susunan perkataan dan perbezaan penggunaan bahasa antara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak berhubung status 'hilang majoriti' seorang Perdana Menteri dan Menteri Besar, telah menyebabkan kekeliruan Istana Perak hingga memutuskan bahawa Perlembagaan Negeri menghendaki MB Nizar meletak jawatan.

Kenyataan Pejabat DYMM Sultan berhubung keputusan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru yang dikemukakan oleh BN jelas memperlihatkan kekeliruan pihak Istana.

Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:

"Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri."
Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong. Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai 'tafsiran yang salah' sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, 'hilang sokongan majoriti' merujuk kepada 'ahli-ahli Dewan Rakyat' manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada 'Dewan Undangan Negeri' dengan tiada perkataan 'ahli-ahli' bersama dengannya.

Ini bermakna 'hilang sokongan majoriti' bagi kes peringkat persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).

Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan 'hilang sokongan majoriti' itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan 'hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri' sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan 'hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri'.

Kekeliruan timbul antara "the confidence of the majority of the members of the House of Representatives" dalam Perlembagaan Persekutuan dengan "the confidence of the majority of the Legislative Assembly" dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Oleh itu pendirian Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah adalah menepati kehendak Perlembagaan Negeri Perak. Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar hanya patut berundur setelah usul undi tidak percaya terhadapnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan berjaya mendapat sokongan majoriti.

Tiada kaedah lain yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk penentuan 'hilang sokongan majoriti' bagi seorang Menteri Besar.

SI Bangau said...

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenapa Nuar lompat lambat,
Senjata dah makan diri

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila tewas bisng kiamat
Lupa dia yang memulai

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nak jadi parti dihormat,
Tadbir tiada otak, tembak kaki

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
999 tanah lama sangat
Macam hidung ditarik babi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Poket Nger dan Nga sendat,
Nizar boneka nangis sendiri.

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila ditegur angkuh sangat
Nizar tak ambik peduli

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nizar kena terima hakikat,
Bila tak ada majoriti

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Apalah PAS bising sangat
Di Perak cuma 7 kerusi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
ADUN memang pilihan rakyat
Jawatan MB Sultan beri

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sultan Azlan amat cekap
Helah Nizar tak sidang lagi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenan Sultan tak dapat,
Lupa kata serah pada duli

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan derhaka tak bertempat
Akhirnya akan makan diri

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan mintak Pilihanraya Cepat,
PR derhaka, rakyat tak bagi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Parti Islam jangan sesat
Tak baik fitnah, benci, maki

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sabar dan ajak taubat
Kalau bijak, berpeluang lagi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak kuasa sangat ,
Islam Melayu jangan diketepi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak selamat,
Jangan dibohong Anwar lagi

sal said...

Thanks Zahrita

Anonymous said...

Disini, persoalannya apakah ayat-ayat sebenar undang2 tubuh negeri Perak yang sebetulnya. Apakah Tuanku Sultan tidak tahu atau memahami undang-undang tubuh negerinya sendiri? Perlu ingat bahawa Tuanku Sultan adalah bekas Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Federal dan amat arif dalam selok belok undang2. Apa kurangnya tafsiran tuanku Sultan berbanding orang-orang lain?
Sila lawat juga http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=101#comment-1713
yang berpendapat seperti lawyer kampung - Tuanku tidak membelakangkan undang2 Tubuh Negeri Perak.

Dalam kedua-dua blog itu (lawyer kampung & Malaysian News Blog) bloggers tersebut mengatakan terdapat perkataan "confidence of the members of the Legislative Assembly" bukannya "confidence of the Legislative Assembly" mengikut pemahaman Zahrita. Undang2 Tubuh negeri Pahang juga menyebut "confidence of the members of the Legislative Assembly". Perlembagaan Persekutuaan pun begitu berdasarkan kenyataan Zahrita.

Saya berpendapat Undang-undang tubuh Negeri Perak yang disediakan Lawyer kampung adalah yang betul kerana ayat yang sama juga terdapat di Blog Malaysian News Blog - dan satu blog lagi (tak ingat) dimana sama seperti dengan negeri Pahang terdapat perkataan "members of the legislative Assembly". Maka fiirasat saya Tuanku Sultan telah menafsirkan dengan amat arif undang2 tubuh negerinya sendiri.

Apa kelebihan perkataan "members in" dan "members of" pengomen2 blog ini telahpun habis-habisan membincangkannya.

Maka pendapat Zahrita kemungkinan besar tersadar jika undang2 Tubuh Perak yang dinyatakannya tidak tepat,

Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Lawyer Kampung said...

Wow! 40 comments... Just got back from cuti, sorry for not responding earlier. Terimakasih kepada semua yang telah menyumbangkan pendapat dan pandangan ...dan tak lupa juga kepada yang mengutuk saya... adatlah tu ;-)

Mungkin, jika masa menginzinkan, dalam sehari dua lagi saya akan menyambung nukilan saya tentang perlembagaan, kaedah penafsiran perlembagaan dan undang-undang dan maksud kuasa budibicara memandangkan ramai yang begitu berminat dengan undang-undang perlembagaan ini, tak sangka saya kerana semasa belajar di Law Fac (lama) UM dahulu ramai yang begitu "liat" hendak ke kelas consti.. tak begitu "ex-student um"? sempat ke masuk ke kelas consti? Atau dah mula "liat" ke kelas sejak classes MLS lagi, hence the visible lack of knowledge with regard to basic statutory interpretation know how & such?

p/s: Terimakasih juga kepada Prof Abdul Rani di atas kerana tidak jemu2 memberikan pandangan :-)

wirda said...

mohon copy paste...:wink:

Lawyer Kampung said...

Wirda, by all means :-)

Anonymous said...

Don't you all get it...all this while these lawyers use ntah apa2 punya clause bagi kita semua confuse. Pastu dia orang charge kita utk interprate (betul ka spelling aku nih...lawyer kampung tolong check balik) semua clauses tuh! Masuk court, make our life miserables and they got the money! We have the gut to say that we are right on "Legislative Assembly" punya interpretation! Aper2 citer biar gasak PR & BN masuk court.
Lawyer/Hakim tu pun manusia juga. Boleh wat silap juga. Anyway, Allah is the best judge.
Ainur68.

Lawyer Kampung said...

Ainur68, saya pun cari makan kat court juga..hahaha. But oklah tu now that Nizar has already filed a suit to challenge the validity kerajaan Perak sekarang. Itu patut dilakukan awal-awal lagi bukannya biar melarat seperti sekarang. Terimakasih untuk komen :-)

Hanis said...

Merujuk kepada comment yang berbunyi

"Hmmm,,
Cuma satu pengamatan..
Yang dilihat berdemo,berarak,berbaring, menentang mencaci yg meluap luap kemarahan hanya orang orang PKR dan PAS sahaja, kenapa media tak siarkan kemarahan penyokong penyokong DAP? atau saya yang terlepas pandang?..
Hmmm ataupu meraka lebih suka tunggu dan lihat atau berniaga dan mencari untung lebih bermakna pada mereka..Hmmm walauapapun..sah atau tidak penubuhan kerajaan BN disana..Usahlah sesama kita bergaduh..yang untungnyer..??yang sakit badan PAS and PR yg untungnya tuan tuan budiman dan cerdik pandai fikir sendiri lah..maaf jika coretan ini bukan dalam konteks yang di bincangkan..
salam"
ini.

Hanya satu yang saya nak tambah untuk semua yang sedang hebat berhujah disini.

Saya bersuara demi masa depan saya sebagai generasi muda dan juga sebagai seorang 'political scientist' yang masih muda.

"Raja adalah simbol KETUANAN MELAYU"

dalam RUKUN NEGARA pula

1.Kepercayaan kepada tuhan
2.Kesetiaan kpd RAJA dan NEGARA
3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5.KESOPANAN dan KESUSILAAN

sekian.