Thursday, February 05, 2009

Lambung syiling amacam...

Sekarang ada 3 wakil bebas yang condong, 2 dah nak kena bicara, nak tubuh kerajaan berapa lama?

Sekarang juga 28-28, seri, terikat. Baki 3 adalah manusia-manusia yang "paling berkuasa" di DUN Perak. Arah mana kecondongan mereka selepas ini boleh tentukan hala tuju negeri tau.

Kukuh, stabil? Jangan buat lawak, yeop!

Nasib baik kita bukan Sultan Azlan. Bukan senang nak buat keputusan ni...

Kalau diputuskan A, pilihanraya dijalankan tetapi tidak tentu lagi keputusan tidak akan serupa dengan kedudukan di dalam DUN sekarang. Tidak tentu lagi yang menang akan dapat 2/3 majoriti. Cakaplah berdegar-degar macam manapun.

Kalau diputuskan B pula, walaupun sedikit sebanyak dapat kurangkan permasalahan "Ngeh+Nga=Nganga" selama ini, tak menjaminkan kestabilan juga. 2 wakil bebas yang "tak berapa sihat" itu tak jaminkan kesinambungan pentadbiran yang lincir dan berterusan sehingga PRU-13. Lagipun kalau dah lompat mai, depa boleh lompat pi! Tak boleh marah tau....

Jika diputuskan C, status quo, MB masih yang sama dan tunggu keputusan mahkamah atas permohonon speaker juga tidak akan tentukan bahawa percaturan yang sama perlu dilakukan semula di mana A atau B perlu ditentukan sekali lagi akhirnya.

Habis tu macam mana? Coin toss boleh? ;-)

*Updated 3.30pm

P/s Walau apa pun yang terjadi selepas ini (Baca *Sultan has asked Nizar to resign, BN set to form government), janganlah buat perangai macam Pak Abu di bawah ini. Kalau kita gelakkan orang, orang pun boleh gelakkan kita nanti...lagi kuat! Sekarang pun dah ada yang dok kena dah sebab dia gelakkan orang kuat sangat sebelum ni.. ;-)




Updated 3.55pm

Ini satu lagi, kenapa sesetengah tu perlu celupar (dari guestbook website ini)? Terima-terima sajalah..

No comments: