Bila speaker DUN Perak keluarkan Notis untuk menghadapkan MB dan barisan Exco negeri Perak yang baru ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kesimpulannya yang patut rakyat Perak perolehi adalah bahawasanya permainan politik yang memporak-perandakan negeri mereka sejak kebelakangan ini tidak akan berakhir. Hilang sudah pertimbangan wajar. Hilang sudah kematangan. Hilang segalanya.
Tiada lagi usaha meletakkan kepentingan rakyat di persada teratas sebaliknya survival politik dan dendam kesumat mereka yang dikatakan sebagai wakil kepada rakyat kini jadi keutamaan.
Itulah akibatnya bila permainan politik tidak digantung sementara setelah tamatnya PRU ke 12 yang lalu. Inilah akibatnya bila laungan menggalakkan lompat-melompat dihalalkan. Beginilah natijahnya apabila hak dan kepentingan yang menjadi tunjang peradaban sesama kita diperlekehkan dan dijadikan alatan mainan politik.
Lupa sudah janji semasa memancing undi, lupa sudah ikrar semasa mengangkat sumpah sebelum ini, lupa sudah segala rancangan untuk rakyat yang direncanakan dahulu.
Sampai bila semua ini akan berterusan?
Tiada lagi usaha meletakkan kepentingan rakyat di persada teratas sebaliknya survival politik dan dendam kesumat mereka yang dikatakan sebagai wakil kepada rakyat kini jadi keutamaan.
Itulah akibatnya bila permainan politik tidak digantung sementara setelah tamatnya PRU ke 12 yang lalu. Inilah akibatnya bila laungan menggalakkan lompat-melompat dihalalkan. Beginilah natijahnya apabila hak dan kepentingan yang menjadi tunjang peradaban sesama kita diperlekehkan dan dijadikan alatan mainan politik.
Lupa sudah janji semasa memancing undi, lupa sudah ikrar semasa mengangkat sumpah sebelum ini, lupa sudah segala rancangan untuk rakyat yang direncanakan dahulu.
Sampai bila semua ini akan berterusan?
15 comments:
Sekarang, ramai dah nampak wajah sebenar mereka.
Bila BN perintah, maka bunyilah 'demi kepentingan rakyat', mana yang cuba usik maka 'tiada lagi usaha meletakkan kepentingan rakyat di persada teratas'.
Kalau nak tahu demi rakyat @ tidak, BUBAR LAH DUN, biar rakyat tunjuk kuasa mereka, bukan menyorok di belakang sultan.
teman dengor mb zombie suda kasi warning dgn siva. zombie cakap berhati2 dgn tindakan yg beliau ambil.
wahhhh wahhhh wahhhh zombie pandai sudah kasi warning ye muahahahaha
Ya, rakyat yang neutral akan nampak wajah sebenar mereka.
Tidaklah PR tu lebih baik dari UMNO. Sama saja nampaknya.
keling speaker tu jadi zaman nizar badut jadi MB. sekarang ni zamry tak lantik lagi speaker,,,
Begitu 'pariah'nya politik Malaysia hari ini bermula dengan seseorang yang meletakkan kepentingan keluarga mengatasi kepentingan rakyat, diikuti dengan dengan seseorang lagi yang meletakkkan agenda peribadi dan dendam kesumat mengatasi kepentingan rakyat dan diikuti sekumpulan yang bertopengkan ugama dan perkauman - dan kemuncaknya kita nampak yang mana satu permata yang mana satu kaca.
Tidak mustahil jika negara masih memerlukan seseorang untuk dipinjamkan semula seketika membetulkan semula keadaan ini.
Raayat Perak bukannya bodoh,tak ada raayat tak ade le raja,MB,ADUN Speaker,UMNO,PR dan sebagainya.Dari itu jangan le berhujah Derhaka le,Syaitan le,Ketuanan Melayu le, Keling Le,Perlekeh Raja le,ISA le.........ni semua tidak mendatangkan faedah kepada Yob Yob dan Yong Yong sekalian.Nak bergaduh tunggu dulu persoalannya bior teman ni raayat Perak nentukan kemana,siapa dan bagaimana nak nyelesaikan isu yang dah kusut ni.
Dari itu beri balik hak teman, nak nentukan siapa yang betui........kamu semua ni berhujah macam le beruk mak ye.Nih dengor ni....kita semua kan di beri nyawa dek tuhan baik Raja,baik Polis,baik Karpal Singh,baik Nizar,baik Zambry,baik penjual laksa kat KK tu semuanya.Dari itu jangan lupa tuhan ,jangan menipu, jangan cakap putar belit.....nih bagi balik kuasa kat Raayat Perak siapa yang dia hendak sebenor benornya.Dua dua puak salah ...heh ...kalau aku ada kusa aku tangan tangan kan kamu semuanya lepas tu bermaaf maafan. Kan baik gitu ni tak bergaduh macam budak tadika masuk le ulamak nye sekali.Patutnya masing masing jaga tepi kain sendiri ,yang putih tetap putih dan yang hitam tetap hitam.Dari itu BERDAMAI demi raayat Perak.Kalau kamu tunjuk samseng kamu siap Yob tak bulan depan PRU 13 besok kamu tau le nasib kamu.................
Kita tidaklah pertikaikan orang Perak yang bijak pandai tetapi kita sekadar mempertikaikan orang perak yang bo dan ba.
Orang perak yang bo dan ba biasanya cintakan negara dan hormat sultannya.
Orang perak yang bijak pandai ni lah selalunya yang jadi boneka cina terang terangan.
Jadi terpulanglah kepada orang perak untuk jadi jenis yang mana satu.
Salam Tuan Lawyer,
Tuan pengundi Bt Selambau ? Nak tanya sikit, semasa PRU12, Arumugam bertanding dan menang atas tiket Bebas. Dan dari artikel tuan yang lalu, hanya Bebas dan BN yang bertanding. Just for my info, - kenapa tiada calon PR ?
- Bagaimana Arumugam berkempen dulu, adakah dengan bantuan PR?
- lambang yang digunakan Bebas?
- Kalau dengan Bebas pun kalah, teruk sangatkah sentimen anti BN/anti PL ?
- Kempen Arumugam ? ceramah2 nya ? maksud saya susah juga nak cover seorang. dan kalau dibantu PR pun, takkan dilaungkan 'undilah Bebas'?
Salam dinturtle,
Ya saya mengundi di Sg Petani dlm kawasan DUN Bukit Selambau. Arumugam bertanding atas tiket Bebas, dan semasa pertandingan sebelum keputusan keluar tidak pernah ada sangkut pautnya dengan PKR. Arumugam tiada siapa yang kenal, tiada ceramah, tiada promosi. Sentimen anti-BN? lihat sahajalah kepada undi rosak (lebih 1, 600) dan jumlah kemerosotan majoriti undi BN (dari menang 7000 lebih undi majoriti kepada kalah lebih dari dua ribu undi). Kalau lambang "kunci" yang digunakan oleh si nobody ini pun boleh menang, saudara sendiri boleh buat tafsirannya ;-) Calon PKR ditolak pencalonan atas sebab teknikal dan tidak pernah PKR membantu si Arumugam ini. "Bantuan" hanya tiba setelah arumugam diajak melompat ke PKR & diberikan jawatan exco negeri Kedah..
"sampai bila keadaan ini akan brterusan?"
Jawabnya selagi pehak kerajaan yg memerintah tersedar yg mereka sebenarnya "ada telor"..
Isu pertikaian calon BN di DUN Bukit Selambau juga membawa kepada kekalahan BN, dan jangan lupa Parlimen Sg Petani ditandingi oleh Zam yang dijadikan bahan ketawa dalam UMNO sendiri dan akhirnya tewas yang memalukan.
Seluruh pencalonan BN pada PRU12 yang lalu juga atas dasar campurtangan pertukaran calon di saat saat akhir kerana peranan KJ meletakkan calon kroninya juga antara punca, dan para petugas BN meninggalkan post kawalan masing2 kerana tidak puas hati atas agihan peruntukan pilihanraya yang tidak sampai atau dimonopoli oleh orang tertentu.
Salam Tuan Lawyer,
U serious ??!! That bad !? Apalah kempen yang dapat dilakukan oleh Arumugam seorangan selaku Bebas.. Dan jentera BN yang sebegitu besar boleh kalah dgn lebih 2k undi to someone like him ! Terimakasih for the info. Nobody ever mention this fact in any blogs.
Looking forward to ur honest reports on whats happening there. Pasang baiiik punya kaki kasi report to you. Bet ur daily hits would reach all time high as d-day approaches.
I'm sure there are more like me, don't know where to get the real rakyat news.
kalau kepentingan rakyat yang difikirkan takdele rampasan kuasa. umno bila kalah mulalah keluar cerita perpaduan, kepentingan rakyat, boneka cina, kepentingan melayu.....piiiraah
dah umno mulakan main kotor bersedialah bergelumang dengan najis..
Bukan ke keputusan ini dibuat oleh Sultan Azlan Shah ke???
Tak paham apa kena mengena BN dalam hal ini...
Sultan Azlan ahli BN kot?
Tapi kita lupake dulu, Sultan Azlan yang bantu Nizar naik jadi MB, kalau tidak jangan haraplah pasal DAP paling majoriti di Perak
Post a Comment