Tuesday, February 03, 2009

Senjata makan tuan?

Bila kali pertama dia "gempaq", habis bertempiaran lari menyelamatkan diri mangsa-mangsanya ke Taiwan. Sampaikan ribut taufan melanda pun tidak dihiraukan.

Bukan main seronok mereka main acilut. Terbantut semua rencana, sangkut semuanya angkara permainan politik sang politikus.

Tetapi semenjak kebelakangan ini, senjata "angka" beliau mula berputar arah picunya. Kerajaan yang dari mulanya rapuh semakin goyah. Kononnya tiada politik berteraskan ras tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Kerajaan yang dibentuk pakatan sendiri lebih teruk mempermainkan sentimen mengikut ras.

Lompat dahulunya dihalalkan, telah mula di"fatwa"kan haram, paling-paling kurang pun "makruh". 2 Kerusi yang sudah jadi milik sendiri pun hendak dilepaskan. Lagi menggerunkan sang politikus, takut-takut nanti 2 yang patut melompat tidak pula melompat, hanya bersalin kulit keluar dari pakatan tetapi tidak masuk barisan. Duduk ditengah-tengah, terbang bebas bersama 3 lagi rakan yang lain. 5 serangkai pula bersatu hati, mengukir perjanjian dengan lawan, bentukkan satu kepimpinan campuran, menyanggah kepimpinan sekarang. Lagi yang menyeramkan sang politikus, yang baru melompat masuk sebelum ini, meletakkan jawatan atau...

..iishhh udoh ghope tak ghope ceghite yang teman dengor ni... ate betul ke gitu jadinye yeop? Jangan penin memikiornye udoh le..

Tapi betui ke yeop? Kalau betui, jangan bior, kejor yeop, kejor... dulu deme kejor sampai ke Taiwan pun buleh.... hahaha

kemaskini 8.55pm

11 comments:

Kama At-Tarawis said...

OOOh, this is so delicious!

Chombi Penang said...

Ni orang penang pun nak tanya jugak, awat pak sheih kalut sangat ni? Chek sakit kepala ka? Kalu sakit chombi buleh tulung picit.

kluangman said...

Mau tak kalut..esok lusa masuk kandang, pospon pun resah jugak..

Mau tak kalut..March sudah mali, kalu dolah pi jugak..Najit naik. haghu..

Anonymous said...

Sedap sehingga menjilat jari. Nak lagi satu!

Anonymous said...

Ate tumpor le yeop. tumporrr

paloi bin mulau said...

hehehe tu le kome paloi. tapi memang mahathir dah sakap melayu mudak lupe..tak gitu yop.

kome jgn buat2 lupa bila Raja Nazrin
mintak semua adun pr sign tanda akan setuju untuk membentuk kerajaan negeri dan nizar jadi mb.

kalau beruk dua ekor tu tak sign memang Raja Nazrin tak perkenan pembentukan kerajaan negeri. apa kome ingat Raja Nazrin kirang cerodik macam kome ke?

Anonymous said...

Politik adalah bersih tetapi pengamal politik amat kotor. Rakyat jadi mangsa.

bERANIKAN hATI said...

kalau begini gaye nye, kerayan sungguh lah kita. Tak kemboh juga kome kala nya buat pilihanraye semule. Tak rot la kita nok pegi mengundi bebanyok kali ni. Itu la gon depilih ke pr (penipu rakyat) tu buat mende?

Mr. Os said...

oi kome deghoyan dah berbunge
emok kite pinang anak daghe
anak daghe anak daghe bote
dapat bote tapi satu peghok pihanghaye

Anonymous said...

... akibat dari dilaknat setelah beri tanah Melayu 999 tahun.
:D

MRSM Kalae Chepo 66/73

Lawyer Kampung said...

Kama-at-Tarawis, ;-)thanks

Paloi, Chombi, kluangman, beranikan hati & MRSM Kalae Chepo :-)terimakasih untuk komen