Dilaporkan di dalam The Malaysian Insider bahawa pakar-pakar perundangan perlembagaan bersetuju bahawa YB Speaker DUN Perak telah bertindak mengikut lunas-lunas perundangan yang betul bila menggantung MB baru Perak dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya yang baru. Baca Perak Speaker has suspension powers, says legal expert. Tetapi tidak semua berpendapat sedemikian, baca nukilan DSN di sini dan saya sendiri di sini.
Ramai yang juga katakan bahawa PR sedang memulang paku buah keras kepada BN. Mereka yang pro-PR sudah mula teruja dengan perkembangan terbaru di atas dan sudah mula berkira-kira untuk menjatuhkan kerajaan yang baru dilantik. Paling kurang pun, hujah mereka berlaku kebuntuan politik di Perak oleh kerana penggantungan MB dan exconya.
Saya ingin bertanya, kebuntuan apa? Tiada kekusutan yang tidak boleh dileraikan. Sebaliknya, PR Perak sendiri telah mengusutkan situasi mereka apabila terlebih ghairah melepaskan ledakan peluru kedua (arahan pergantungan ke atas MB & barisan Exconya oleh speaker DUN ) walaupun telah melepaskan das yang pertama bila memfailkan saman di mahkamah sebelum ini. Ini adalah tindakan yang kurang bijak. Kenapa saya kata begitu?
Ramai yang juga katakan bahawa PR sedang memulang paku buah keras kepada BN. Mereka yang pro-PR sudah mula teruja dengan perkembangan terbaru di atas dan sudah mula berkira-kira untuk menjatuhkan kerajaan yang baru dilantik. Paling kurang pun, hujah mereka berlaku kebuntuan politik di Perak oleh kerana penggantungan MB dan exconya.
Saya ingin bertanya, kebuntuan apa? Tiada kekusutan yang tidak boleh dileraikan. Sebaliknya, PR Perak sendiri telah mengusutkan situasi mereka apabila terlebih ghairah melepaskan ledakan peluru kedua (arahan pergantungan ke atas MB & barisan Exconya oleh speaker DUN ) walaupun telah melepaskan das yang pertama bila memfailkan saman di mahkamah sebelum ini. Ini adalah tindakan yang kurang bijak. Kenapa saya kata begitu?
- Keputusan menggantung pastinya akan diterjemahkan sebagai satu lagi tindakan biadap mencabar kuasa Sultan Perak.
- Isu DUN dan kuasa eksekutif adalah dua perkara berbeza. Digantung keahlian hanya bermakna MB & rakan-rakan digantung dari sertai persidangan DUN tetapi mereka masih lagi tetap merupakan wakil rakyat dan jawatan eksekutif mereka sebagai MB dan exco kerajaan negeri masih lagi sah.
- Tindakan sivakumar terbuka untuk dicabar di mahkamah. Dan cabaran di mahkamah kali ini boleh dibezakan. Seperti yang katakan ini adalah percakaran politikal dan kuasa antara pihak legislatif dan eksekutif. Dan jika dicabar di mahkamah, pihak eksekutif mencabar kuasa ketua legislatif dan bukannya sultan.
- Tindak-tanduk Speaker DUN pasti akan dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan tindakan yang bersifat "bias". Tindakan penggantungan adalah sebagai satu usaha untuk menghalang persidangan DUN dengan korum yang secukupnya demi mengelakkan pengesahan DUN keatas perlantikan MB yang baru dan juga penyalahgunaan kuasa untuk memastikan Sivakumar sendiri tidak akan kehilangan jawatannya sebagai Speaker DUN.
- Lebih memudaratkan keadaan bagi PR adalah kenyataan yang dibuat oleh Ngeh hari ini. Ianya seolah-olah mahu menjerut tengkuk sendiri. Baca Perak DAP says snap polls the only way out. Kenyataan yang seolah-olah memberikan kata-dua kepada kerajaan negeri samada mahu teruskan kebuntuan dan hilang kuasa bila DUN bersidang kelak ataupun bubarkan DUN, pasti akan diterjemahkan sebagai berbaur ugutan. Mahu diugut siapa? Kerajaan negeri, rakyat jelata atau raja? Inilah masalahnya bila mulut lebih pantas daripada akal.
29 comments:
asyik2..statement mesti selit raja...mesti selit sultan...mesti selit istana....
selindung balik istana...pooooraaaahhhhhhhh!!!!
Ade itulah maksud empunya blog. Kenapa Pakatan rakyat yang dah mula cuba tunjuk sentimen hormati raja dan hanya cabar kerajaan bn bagi 2 orang malaun ni buat macam ni dan bercakap macam tu pulak. Kan ke tak bijak? Dah elok-elok nak pulih keadaan dan jadi tegang tak tentu pasal. Tak pandai la macam ni......
woi eda..pirahhh!!!!!!!!!!!!!!!
Baru kedua-dua padam muka! Main lagi pintu belakang.Hang main aku, aku main hang.Kita tengok sapa yang kena.
sapa yang start buat keadaan tak tenang ni dulu cik eda? PR ke BN-Umno? serasanya sejak 11 bulan yang lalu di perak ni memang tenang. takdak sapa-sapa dari pr pi jentik telinga umno. tak tau la pulak yang tak teanng tu cik eda ke, umno ke..
ingat rakyat peduli kalau speaker mencabar kuasa sultan. Rakyat yang mulakan dulu.
Rakyat hanya nak balik kerajaan terbaik Perak yang dirampas. ambik balik benda yang dirampas memang kena rampas balik. mana boleh mintak elok2
Apa jua tindakan yang di ambil oleh kedua dua pihak ia akan mendatangkan kerugian kepada rakyat Perak khususnya ketika pemberhentian pekerja sedang menjadi jadi sekarang akibat kegawatan ekonomi.
Kemungkinan beberapa keputusan penting tidak dpat dibuat dalam keadaan sebegini kusut.
Agak aneh, ada pengulas di sini menyebelahi parti sokongannya berdasarkan sokongan semata mata sedangkan apa faedah yang diperolehinya apabila sesebuah perjalanan kerajaan negeri terganggu.
Tindakan melalui undang undang yang di ambil adalah wajar di ambil oleh sesiapa sahaja tetapi sebarang keputusan yang menganggau perjalanan sebuah kerajaan negeri baik siapa sahaja perintah adalah tindakan menyusahkan rakyat - rakyat tidak harus menyokong.
Kita berharap selepas ini, apa jua kekusutan, biarlah ia dibuat melalui mahkamah dan undang2 untuk memutuskan - jangan lagi ada ceramah hasutan, demonstrasi jalanan atau apa jua kekacauan dan ugutan kepada mana mana pihak.
Cukuplah sekali kurang ajar, jangan ulang dan jadi sial.
Woiit Melayu PKR dan PAS yang bodo!!..Dah terang hangpa dipergunakan tapi masih tak tau??Golek dan guling atas jalan? Bodo ka apa?? Main pintu belakang? Hangpa tanya ketua DSAI pasai pintu belakang ni.. he is the expert! Main belakang dia memang terror..terbaru dia main lompat katak..Bodo ka apa?
Pada Sivakumar, don't be too stupid, showing you are the hero of the rakyat ( kiss my arse )You should not be bias..You are only a speaker laa..you should be neautral..
Malaysian Insider menjijikkan.. akhbar so called Malaysian tapi berhati Singapore.. Told ya people who work with MI..If you are not satisfied with this nation..go migrate somewhere else..IF ever other countries want to accept a shallow minded person like you...
Orang tak hormat sultan dan berjuang atas nama rakyat (rakyat Perak? kononnya..I will say..pirrraahhh !!
Ade,
Abis yg geng kau pakai baju kuning berarak ke Istana Negara tu ape? Pergi jumpa kuda?
Ohhh, masa kau nak, Raja dan Sultanlah segalanya. Daulat Tuanku. Baju kuning? Kalau kau kena, habis Raja dan Sultan kau belasah?
Salam Tuan Lawyer,
Bzz..part 'ooohhh, masa kau nak...' gaya macam isteri saya cakap semalam la !
I still don't get it - Kenapa tak diadakan sidang Dewan tergempar, semua Adun wajib hadir, dan tentukan masa tu siapa yang majoriti? Settle ! Tak perlu buang duit dan masa bertelagah, keluar masuk mahkamah.
Tak perlulah Snap election state level, dalam gawat2 ni, banyak lagi tempat yang lebih baik dibelanjakan duit kos pilihanraya tu, baik dari kerajaan atau parti.
It looks as if the Perak DUN Speaker has more power over and above his own Sultan in that he could even nullify the appointment made by the Sultan by suspending the new MB and his EXCO. Whatever is the DUN Speaker’s interpretation or whoever is advising him, it is ludicrous and absurd.
DUN Speaker Siva even thinks that he too has the power to declare a DUN seat vacant and to command SPR to hold a by election on an unsigned letter purported to be the resignation letters of two DUN members.
By the look of it, he thinks that he is above not only the Sultan but also the chairman of the election Commission.
My view of his recent act of suspending the new MB and his EXCO is a direct challenge against the authority of the Sultan and he could be liable to be detained under the ISA for undermining national security if not charged under section 121A of the Penal Code.
Assoc Prof Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Law lecturer IIUM
Bahasa Malaysia
Speaker DUN Perak seolah-olahnya mempunyai kuasa mengatasi dan melebihi Sultannya sendiri sehingga boleh menggantungkan MB Dato Zambri dan Exconya yang dilantik Sultan. Apapun tafsirannya dan siapapun penasihat undang2nya, ianya tafsiran yang peilk dan janggal.
Speaker DUN Perak Siva juga berfahaman bahawa dia juga berkuasa mengistiharkan mana-mana kerusi DUN kosong dan juga berhak mengarahkan SPR mengadakan pilihanraya kecil berdasarkan surat yang tiada bertarikh kononnya dua kerusi DUN adalah kosong.
Nampaknya, Speaker DUN Perak bukan sahaja mengatasi kuasa Sultan bahkan mengatasi kuasa pengerusi SPR juga.
Pada pandangan saya, tindakan Speaker Dun Perak menggantungkan MB baru dan EXCOnya adalah suata tindakan mencabar kedaulatan dan titah Sultan dan suatu perbuatan yang membolehkannya ditangkap dan ditahan dibawah ISA kerana menggangu gugat keselamatan negara dan atau didakwa dibawah seksyen 121A Kanun Keseksaan.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
apa nak dipedulikan...komen kaum yang tak beraja gitulah bunyinye....mana le dia reti adab dan pekerti...ntah-ntah sumpah laknat udah pun turun satu persatu...tak reti nak taubat lagiiii
Tuan Lawyer,
Semalam saya jumpa kawan yang sokong PR dia suka sangat...he thinks what Speaker did was right..dia ni pun Ade juga...otak kat kepala lutut...and they always think that rakyat 100% behind them..March 08 result showed that people are divided if PR has 100% support they should strong goverment tak lah jadi bila 3 orang jadi Independent kerajaan PR tumbang...
ada yang tanya why tak panggil persidangan dan buat undi tak percaya...kena faham la kalau ada persidangan dan ada undi tak percaya PR ,Nizar mesti kalah that why he call for snap election hoping to have chance to get more support but we have to realise that March 08 rakyat Perak was divided ...any significant changes done by them except giving lease hold land up to 999 years...how many people benefit from their decision ...do you think every rakyat Perak agree? if you have snap election and the outcome is still 50-50 then we have another story of weak government ...tak baca ka how much cost of KT by election ...15 millions...so how much more to spend for Perak election..nanti makan kertas undi baru lu tau...
Salam Tuan Lawyer,
dengan izin...
Yem, saudara kata kalau buat persidangan, dan ada undi tak percaya, Nizar mesti kalah....
-Makanya Umno lah yang cabar PR buat persidangan. PR tidak punya alasan untuk menolak.
-Tidak pun, Sultan Perak atas dasar menyelesaikan kemelut once and for all, menitahkan diadakan sidang.
Tapi yang saya herankan, kenapa tidak ada inisiatif pun di pihak Umno untuk mengadakan sidang tergempar ? Apakah Umno sendiri tidak yakin dengan katak2nya?
Bukankah PKR sendiri mengatakan itu antara yang membezakan cara anwar dengan cara Najib dalam isu katak? Anwar cuba mengubah majoriti melalui proses undi tak percaya didalam sidang parlimen, manakala Najib diluar dewan. Jadi Pkr harus menerima cara ini sebagai cara yang terhormat.
RM15 juta itu cuma belanja dipihak PDRM sahaja semasa Prk KT. Kalau diambil kira sedekah dari pihak Umno (wang ehsan, belanja kempen, upah hadir ceramah dll), mencecah ratusan juta. Kalau diambilkira nilai projek2 yang diberikan pada kontrektor2, akan mencecah Billion !
Makanya sidang tergempar ADUN ini pada saya adalah alternatif terbaik kepada pilihanraya.
Galak betul sesetengah pihak mahukan DUN Perak dibubarkan - macam negeri tu mak bapak dia punya, ini lebih kerja batu api dan orang luar - rakyat Perak dan orang kampong majoritinya tidak merasakan itu keperluan utama dalam kehidupan harian mereka sekarang.
Bubar dan mengadakan semula pilihanraya bukan satu jaminan BN atau Pakatan boleh menang DAN yang lebih penting pembaziran masa, tenaga, wang dan sumber sekadar untuk memuaskan 'ego politik' masing2...
Selepas pilihanraya, akan ada cerita baru, akan ada fitnah baru, akan ada cerita beli baru, akan ada lompat baru, akan ada petisyen baru, akan ada kes mahkamah baru, akan ada rampasan baru - begitulah psuingannya.
Selesaikah kekusutan kalau manusia manusia di kedua dua pihak itu masih ujud dan dibenarkan 'berpolitik secara rimba'.
Sebelum ini PKR menubuhkan kerajaan negeri atas dasar parti campuran kerana Pakatan tidak didafatarkan sebagai satu ikatan parti dan penubuhan tersebut atas dasar ehsan dan kebijaksanaan YM Sultan Perak - malangnya seperti anjing tersepit yang dilepaskan, akhirnya menggigit tangan yang melepaskan.
(Jika UMNo mahu mempergunakan Sultan seperti yang didakwa - ia boleh digunakan di peringkat awal lagi)
Adalah lebih mudah menangani dan mengawal Parti Komunis Malaya daripada berhadapan dengan Pakatan.
Fikir fikirlah sendiri.
One simple conclusion;
If UMNO is fair, clean and trustworthy, BN will rule Malaysia for a thousand more years. But absolute power yields corruption, arrogance and nepotism. UMNO has lost its rights to govern the country with rotten leaders like Khir the Toyol, Kerismuddin, Ahmad Ismail and etc. Go, Pakatan Rakyat, go. It's the will of God and people.
To Yoyo,
How about this..
"If PR is fair, clean and trustworthy, PR will rule Malaysia for a thousand more years"
hehehehe.. I guess what happen in Perak really showed what kindda rotten leaders/parties PR have..
And it is God's will that BN should rule Perak... don't you think so?
Yoyo.... keme ingat oghang peghok semua pangkah fuckatan riot ke? Bior bebenor!
Apa kata semua ADUN PR resign dah diorang ni galak sangat nak bubar ? Kita buat half State Election la ..
Kalau semua ADUN yg resign tu diundi semula dengan majoriti lebih besar, baru lah pressure ADUN BN dan BEBAS pulak resign.
Yang cukup terang keadaan skr, BN takut nak bubarkan ADUN Perak. Nanti kalah teruk.. malu (U) '(M)amak/Indo' (N)(O) - No, No. Melayu bukan melayu sejati, apa dia mereka?
Woiit bodo ka apa si Yoyo ni??
Dalam keadaan kegawatan ekonomi skrg, pasai apa nak bubar dan buat pilihanraya negeri lagi? Banyak duit mak pak ngko???
Kalau kamu orang PAS, sedo dirilah..kamu hanya menang 6 kerusi jer.. kalau kamu PKR, kamu menang 4 kerusi ciput ajer.. Hanya Melayu yang tak sedo diuntung saja yang ngundi dua parti ni..dan kamulah Melayu yang bukan Melayu sejati... MELAYU SEJATI TIDAK AKAN DERHAKA TERHADAP SULTANNYA !! DAN NGKO PIKIR SULTAN PERAK NI BODO MACAM NGKO??
Tapi kalau kamu anak keling/anak cina...no comment..pasai dua puak ni lebih tahu tentang sejarah India dan China daripada sejarah negara ini sendiri..
Heheh! This post has drawn some really heated response. Maybe they've cooled down by now and start thinking about the points sanely.
I have to hand it to you, LK - YOU are one of the sanest voices on blogosphere. You may or may not be correct but the *manner* is that of someone judicious.
To those who claim that the previous government was of "the rakyat". Okay, maybe it was. But what about the present one? Is it not too? And remember that the MB and Excos also have the approval of the SULTAN.
Whatever you think of him, of `feudalism', just keep it under wraps when it comes to "The Law and the Constitution" - His Highness has the power and authority, NOT "what you think should be".
So what we have here is - some people think there is a Sultan Sivakumar who can override what `the lesser' Sultan Azlan Shah has decided. Playing with fire here dude.
Kpd Sdr Anak Perak dan Mat Cendana,
Atas kerana nama "Orang Melayu", UMNO cukup derhaka sampai melanggarkan undang2 utk menguasai Perak. Gila kuasa kesimpulannya. Jika kebenaran itu pahit, apakah lagi kebanggaan dan kemuliaan orang Melayu sendiri.
UMNO bukan lagi pertahanan hak orang Melayu sj (sebenarnya ia dikuasai oleh orang Mamak dan Indo). Jelasnya banyak orang Melayu sudah insaf bahawa Keadilan sama PAS lebih sesuai utk kedamaian, keadilan dan pembangunan negara. Mohom pergilah UMNO dan BN.
Kalau memperkatakan tentang 'melayu' tetapi dalam masa yang sama menidakkan UMNO atau PAS, jelas seseorang itu tidak berlaku adil kepada dirinya, bangsanya dan ugamanya.
Lain lain parti terkemudian lebih kepada agenda peribadi tetapi terpaksa mendukong 'melayu' untuk hajatnya.
Yoyo & Lain-Lain
Pertama sekali, tentang golongan yang dipanggil "Mamak" dll; atau yang "berketurunan India" - Ini adalah salah satu wedge yang sering digunakan oleh orang-orang yang anti-Melayu, Muslim supaya sentiasa terdapat syak-wasangka dan sifat mendengki dihati orang-orang Melayu terhadap golongan ini. Dan memang terdapat di kalangan orang-orang Melayu yang bersifat Ultra, mempersoalkan kehadiran kumpulan ini dalam Umno dan kepimpinan Melayu.
Mengapa perlu begini? Siapakah diantara orang-orang Melayu yang "pure bred" (ni macam dok bercakap tentang haiwan seperti kuda pulak, sorry). Berapa peratus saja orang-orang Melayu sekarang yang sebegini?
Itupun kena beri definasi dulu - Adakah yang berketurunan JAWA bukan Melayu? Kalau nak ikut strict dalam anthropology, Jawa dan Melayu adalah berlainan. Kalaulah diambil-pakai, Umno kena reject berapa peratus yang berketurunan Jawa - Mungkin separuh ahli Umno Selangor mesti digugurkan.
Jadi, untuk mudahkan urusan, yang "berketurunan Indonesia" dikira sebagai Melayu.
Okay, yang kat Kelantan pulak macamana?... Ini dari Selatan Thai, Pattani; sudah berlainan rumpun dengan yang dari Indonesia. Nak reject ke kumpulan ni? Kalau reject, orang-orang macam KijangMas, satD, Mohd Zawi dll tak boleh dikira sebagai Melayu... serta Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.
Oleh itu, kepada orang-orang Melayu DAN Islam: Tak payah nak berkira sangatlah, sampai nak jadikan "Melayu" tu exclusive. Yang terbaik sekali ialah, Pakai yang terdapat dalam Perlembagaan.
Ini Lawyer Kampung punya area. Dan saya rasa Dato' Shamsuddin Nawawi "Small Talk" pernah bagi definasinya, SEPERTI YANG TERMAKTUB.
BTW untuk panjangkan cerita sikit tentang "Melayu-Mamak-India" - Kalaulah saya diberi kuasa, saya akan beri taraf Bumiputera kepada rakyat Malaysia yang sepertimana ramai orang-orang Cina di Kelantan. Ini adalah konsep "Bangsa Malaysia" yang sebenar, bukan seperti yang dilaungkan oleh Pakatan (PKR dan DAP khususnya)... yang nak cakap Bahasa Melayu pun tak rethi. Tapi yang ni saya elaborate LAIN KALI, ok... Banyak kerja yang nak buat ni.
Tentang PAS, Pakatan yang disebutkan oleh Yoyo di atas - nanti dulu. Atau lain kali... Sekarang ni sibuk, dan Comment ni dah jadi terlalu panjang.
Cuma sedikit saja yang saya nak sebut: Apa yang di lihat sebagai "orang melayu meninggalkan Umno untuk sokong PAS, PKR" - Ini adalah situasi yang "fluid". Okay, mereka telah `berhijrah' pada PRU12... Tapi adakah mereka `terus bermastautin'? Atau `sementara' saja?
Dan bagaimana dengan mereka-mereka yang "mula-mula dari Pakatan, sekarang ke arah Umno", kerana tidak puas hati dan tidak yakin dengan yang ada... "Bangsa Malaysia" yang hanya berpura-pura, yang hanya hendak mematikan Umno dan Melayu. Takpa, kalau saya ada masa, saya akan tulis Post kat blog saya: Mengapa saya alihkan sokongan dari PAS (sejak 1983)/Pakatan ke Umno sekarang ini?
Yang ni kena jawap, walaupun gaduh nak buat kerja lain... sebab nanti dikatakan "Setuju" pulak:
Atas kerana nama "Orang Melayu", UMNO cukup derhaka sampai melanggarkan undang2 utk menguasai Perak.
Di mana yang Umno telah derhaka di Perak?? Setahu saya - serta bukti-bukti yang ada - ini kerja PKR, PAS dan DAP... Kalaulah Umno telah memberi rasuah atau ugut wakil-wakil rakyat itu sekalipun, ini bukan "derhaka", walaupun diakui "tidak beretika".
Dan kalau tidak beretika, cuma dua kali lima dengan Mamat Permatang Pauh DAN balachi-balachinya dalam PAS dan DAP - dulu mereka jugak yang dok galak nak suruh MP crossover. Jadi, takde pihak yang boleh nak mengaku dirinya "bersih dan suci".
Guys & gals, thanks for the lively debate. Res ipsa loquitor, as they say it in latin ;-) Terimakasih sekali lagi.
nak tanya la.
kenapa melayu dalam pembangkang (yang kusi kat perak tu ciput aje) sanggup mempertahankan secara gila babi kerajaan yang belakang tabirnya adalah DAP dan speakernya pula dari puak HINDRAF?
The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy.
Indeed sivakumar is brave enough in thinking that he was above and over the Election Commission.
Whether wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.
Soalan seterusnya adalah, adakah dia mengatasi Sultan pula bila menggantungkan Dato Zambri dan EXCOnya?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Public Law) IIUM
Post a Comment