Wednesday, February 18, 2009

Permainan politik yang tiada penghujungnya (2)

Dikemaskini semula 9.02pm

Sekali lagi kita bakal dipertontonkan dengan permainan politik di negeri Perak. Kali ini nampak gayanya, speaker DUN Perak pula mahu kembali semula ke tengah pentas drama politik negeri tersebut.

Baca Perak speaker bars Zambry, excos from assembly sittings

Ada yang mungkin seronok dan begitu teruja kerana akan berlakunya impasse ataupun kebuntuan di dalam perjalanan kerajaan negeri. Hairan sungguh kerana sebagai rakyat yang merupakan majikan ataupun boss kepada ahli-ahli DUN dan kerajaan negeri Perak sendiri, mereka begitu seronok sekiranya "pekerja-pekerja" mereka ini tidak boleh bekerja atau dihalang dari bertugas. Kalau ini mentaliti majikan di dalam sesuatu perniagaan maka nescaya ranaplah perniagaan tersebut.

Mungkin mereka "terlupa" (lupa atau ingat bergantung kepada keadaan dan kehendak permainan politik masing-masing) bahawa sistem kerajaan di negara ini baik di peringkat persekutuan mahupun negeri adalah diwarisi dari sistem kolonial yang dikenali sebagai sistem demokrasi berparlimen westminster. Di dalamnya terdapat 3 cabang kerajaan yang berasingan yang sama tarafnya dan ketiga-tiga cabang ini di dalam menjalankan fungsi masing-masing bertindak juga sebagai satu mekanisma "check & balance" kuasa sesama mereka. Tidak ada satu yang melebihi kuasa yang satu lagi.

Oleh yang demikian seandainya berlaku kekusutan dan pergelutan kuasa di antara dua cabang sepertimana yang kita bakal lihat sehari dua ini di negeri Perak yakni di antara pihak Legislatif (DUN) dan Eksekutif (MB dan kerajaannya) pihak-pihak yang tidak berpuashati masih mempunyai satu lagi cabang kerajaan untuk diadukan permasalahan mereka dan bagi mengadili kemelut yang dihadapi. Kedua-dua badan tersebut boleh merujuk kepada badan Kehakiman, cabang ketiga sesebuah kerajaan.

Apapun sebagai seorang Speaker DUN, seseorang itu tidaklah bertindak sewenang-wenangnya dan menunjukkan berat sebelah di dalam menjalankan tugasannya. Seandainya tindakan yang diambil jelas merupakan "abuse of process" ataupun salahguna proses sesuatu cabang kerajaan tersebut maka secara sendirinya keputusan yang dibuat bebas untuk dicabar di Mahkamah dengan serta-merta, tertakluk kepada peruntukan perlembagaan dan undang-undang berkaitan. Tindakan di Mahkamah boleh dipercepatkan atas alasan kepentingan awam dan sebagainya.

Untuk lebih perspektif tentang kuasa dan batas-batas seorang yang bergelar Speaker DUN, baca sini dan sini.

Baca juga sini, sini, sini dan sini untuk cerita selanjutnya.

10 comments:

Quantum Metal Consultant said...

DUN Perak wajar tidak dibubarkan, pentadbiran kerajaan negeri harus berjalan terus seperti biasa melalui kuasa eksekutif MB.

Keputusan Speaker sekaligus mengiktiraf kewujudan Zambri sebagai MB Perak yang baru dan sah dan satu penafian kepada Nizar bahawa jawatan MB yang kononnya masih disandangnya dengan sendiri gugur.

Zambri harus jelaskan kepada rakyat Perak bahawa atas dendam politik dia dihalang dari menjalankan tugasnya di Dewan Undangan Negeri.

Anonymous said...

Salam Tuan Lawyer,

'smart' move on Pkr's part.
Kali pertama baca perlembagaan berkaitan, rasa2nya saya faham, klik yang kedua... saya jadi confuse, klik yang ketiga saya jadi blur... maaflah tuan, saya orang kampung. senang saya tanya tuan je 'kedai kopi style'

- Kuasa Sultan untuk campurtangan kali ini ?
- obviously the speaker CAN do it. right? sah tindakannya?
-sekiranya dicabar tindakannya di mahkamah, tidakkah akan mengaitkan sama tindakan Sultan sebelum ini, maksud saya untuk pertahankan tindakannya, speaker akan kaitkan hal2 yang terjadi sebelum ini ?

On a positive note, rakyat mendapat first hand lesson in the workings of the democracy in our country :) orang kampung ramai dah pandai sebut 'perlembagaan', 'DUN'! sekarang ni bab 'kuasa seorang speaker'.

Lawyer Kampung said...

kluangman, terimakasih untuk komen.

Dinturtle, terimakasih untuk komen. Tak berapa bijak jugak rasa saya. Nanti pasti ada yang kaitkan dengan sikap tidak hormat keputusan sultan bila speaker DUN bertindak begini. Lagipun isu DUN dan kuasa eksekutif adalah dua perkara berbeza. MB & friends mungkin digantung dari sertai persidangan DUN tetapi dia tetap wakil rakyat dan MB yang sah. Yang kedua, hak untuk mencabar di mahkamah kali ini boleh dibezakan. Seperti yang katakan ini adalah political tussle antara legislative and the executive. Dan jika dicabar di mahkamah, the executive tidak mencabar keputusan sultan. Yang ketiga, sultan tetap sultan manakala sang speaker hanyalah speaker dan berada di keadaan yang amat genting sekali seandainya DUN bersidang kelak. Itu pendapat saya ;-)

Anonymous said...

aik,macam pernah dengo kes speaker berat sebelah ni. Yang sebelum ni cukup adil dan saksama.
Bukan rakyat seronok deme tak bekerja. rakyat taj nak deme menyeleweng

ALAM said...

Tindakan Speker DUN Perak mungkin dalam keadaan mabuk da gila kuasa. Cuba kita imbas kembali sejarah dan peraturan yang di amalkan. Selepas pilihanraya, sekiranya parti mana yang menang, Dewan Undangan Negeri tidak bersidang lagi, Menteri Besar dilantik, lepas tu Exco dilantik tanpa menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang. Adakah perlantikan ini juga telah menghina dewan kerana dewan belum bersidang dan belum melantik speker.

Menyorok kembali tentang jawatankuasa yang mengadili, mb dan exco-exco ini adakah ia satu jawatakuasa yang bebas dan adil. Dimanakah keadilan yang diberikan kepada mereka yang diadili?

MB dan exco-exco perak telah menjungjung titah tuanku sultan. Speker munjungjung tinah nizar dan ngeh.

Persoalan disini, Titah mana yang mana yang lebih mulia, titah yang dititahkan oleh Speker atau titah tuanku sultan perak?

Semua orang tahu, kes speker DUN perak ini, bagaimana beliau memperolehi jawatan ini. Jawatan ini beliau perolehi dengan cara ugutan.?


Bertindaklah orang-orang Melayu Perak. Jangan biar bangsa-bangsa yang diangkut oleh penjajah menjajah anda.

Anonymous said...

Salam Lawyet Kampung.

Saya rakyat bawah ADUN yang lompat parti. Dulu saya undi beliau kerana parti beliau. Tetapi sekarang ni saya tak sokong dia kerana dia sudah tukar pasukan.

Apa saya boleh buat di mahkamah untuk 'pecat' dia?

Hantar petition kat dia suruh letak jawatan dibuang sahaja.

Nak harap orang2 politik selesaikan, BN ngan PR buat macam budak - budak. Rakyat jugaklah nak bertindak.

Saya pun dah bosan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Mengadili mb dan exco haram tak payah adil. Speaker bn dulu tak pernah adil pun. Speaker parlimen lagi mengarut. mana yang lebih mulia, titah Spaeker atau titah tuanku sultan perak? Titah rakyat dan undang-undang tubuh lebih mulia

Quantum Metal Consultant said...

Anon 5:41 AM...anggaplah undi awak tu ..undi rosak..

Anonymous said...

biasa lah tu...dah kena kat badan sendiri...baru tau speaker adil ke tak adil...

dulu speaker halo org pembangkang...org pembangkang kata speaker berat sebelah...

dah kena kat badan sendiri baru berakaiiii!!!...

baru ler nak kata...org nak buat kerja..diganggu...

Dulu puak2 perampas nie ganggu PR masa memerintah...hangpa tak kata ganggu plakkk

Dulu masa kami kalah...kami tetap bg hangpa perintah...50 thn beb!!!...

Selama 11 bln ilang kuasa...meracau sana sini...sekat merata2...itu di kunci..tak bleh dtg msyrt...

Ko lain..aku lain...ko federal...aku state....

hmmm...........

Anonymous said...

biasa lah tu...dah kena kat badan sendiri...baru tau speaker adil ke tak adil...

dulu speaker halo org pembangkang...org pembangkang kata speaker berat sebelah...

dah kena kat badan sendiri baru berakaiiii!!!...

baru ler nak kata...org nak buat kerja..diganggu...

Dulu puak2 perampas nie ganggu PR masa memerintah...hangpa tak kata ganggu plakkk

Dulu masa kami kalah...kami tetap bg hangpa perintah...50 thn beb!!!...

Selama 11 bln ilang kuasa...meracau sana sini...sekat merata2...itu di kunci..tak bleh dtg msyrt...

Ko lain..aku lain...ko federal...aku state....

hmmm...........